17/02/2018

Kera sumbang menulis

Bila aku masuk media sosial banyak betul benda yang aku tak setuju, tapi itulah, nak bising-bising sampai up status membebel tak setuju tu memang tidak lah. Dan aku ni dah kenapa asyik nak menongkah arus sangat ni?

Pastu kan, korang ada tak rasa korang dah tak boleh nak masuk dengan kawan-kawan lama? Rasa macam berat betul nak pergi jumpa kawan lama. Aku sekarang memang buat hal sendiri je, aku nak pergi, aku pergi. Aku taknak, memang aku diamkan aje. Serius aku dah malas. Aku dah malas nak jumpa orang-orang dari masa lalu. Kalau dengan orang masa sekarang pulak, aku dah habis tenaga nak kenal rapat.

Nak duduk diam-diam dan bina tempurung aku sendiri, boleh tak?

04/02/2018

Dugaanku

Aku berpaut pada---
 sejengkal tali cuma
Itulah yang ada---
 sementara aku hidup di dunia ini 

Seperti biasa, aku sejenis manusia yang bila berkenan pada satu lagu, aku akan mainkan ia sampai jemu. Bila reflect pada diri sendiri, biasalah, hidup siapa yang tiada dugaan, betul tak? Kalau dah namanya hidup, pasti akan diduga. Tapi aku kira okay lagi la, sekurang-kurangnya aku masih boleh buat kerja sambil goyang kaki dan makan sedap-sedap.

Kita rileks sudeh.

Aku juga sudah sampai pada satu point yang aku sudah malas nak cerita lebih-lebih dengan orang sekeliling. Malas nak cerita pasal keluarga aku, pasal pengalaman aku dulu-dulu, pasal pendapat aku apa semua. Aku jadi malas. Sebab aku anggap mereka semua hanya sementara. Aku dah malas nak invest tenaga nak bercerita dari awal hingga akhir pasal diri sendiri. In fact, bila jumpa kawan-kawan rapat pun aku tak banyak bercerita.

Atau aku memang have nothing to offer? Hmm.

Alogg masih menulis, Ayah. Cuma bukan di FB.

22/01/2018

Terdesak sesak

Duit ni, kalau difikir banyak kali, boleh hampir gila dibuatnya. Ada lagi beberapa hari nak 25hb, rasanya udah sesak betul dah ni. Kompeni aku kerja ni jenis bila festive month dia bagi gaji pada 10hb, so Disember hari tu gaji masuk awal, sekarang ni nak menyampaikan ke 25hb Januari punyalah seksa. Terpaksa juga aku guna duit simpanan yang tak berapa nak ada tu. Nak menyimpannya berbulan, nak menghabiskannya sekelip mata, je! Aku ada juga scroll Jobstreet, tapi faham-faham sahajalah, nak mendapatkan satu interview tu punyalah payah! Takpelah, at least aku selesa dengan kompeni sekarang. Tapi iyalah, aku tak dapat nafikan bahawa sedap juga jika dapat gaji up sedikit daripada yang sekarang. Sekurang-kurangnya, aku boleh suruh Ayah bersara. Kau bayangkan lah, dahulu Ayah aku engineer, sekarang hanya mampu jadi pak guard sahaja dek kerana umurnya yang sudah mencecah 60--tiada siapa mahu mengambilnya bekerja.

Kau doakan yang baik-baik untuk kami, ya? Moga hidup kau juga Tuhan mudahkan.

01/01/2018

Kena ada sebelum 35 tahun:

Hati yang tenang.

---

Entahlah wei, aku ni bukan sejenis manusia yang mengejar dua biji rumah, simpanan enam bulan gaji, dan kereta mewah bagai. Hidup aku steady je. Kau orang nak belanja mewah-mewah, nak kumpul harta banyak-banyak, itu kau orang punya pasal.

Tapi itulah, ada rasa sesuatu jugalah bila tengok seseorang itu boleh berbelanja 10k begitu sahaja. Terasa juga seakan aku ni duduk di bumi paling dalam, dia duduk di langit paling tinggi, mana mungkin aku mampu berbelanja seperti itu. Apa rasanya berduit berharta sebanyak itu, ya?

Secara logiknya lah, sebagai rakyat marhaen yang bekerja 9 jam sehari, apa patut aku rasa apabila ada orang yang mampu habiskan 10k dalam sekelip mata?

Aku masih mencari jawapan ni. Lagi satu soalan, apa yang kau kejar dalam hidup kau? Kalau kau tahu apa yang kau kejar dalam hidup, rasanya tidak perlu lagi kau ikut senarai 'Kena Ada Sebelum 35 Tahun' oleh seorang asing di media sosial. Tapi takpelah, mungkin ia boleh jadi inspirasi, kot.

Selagi kau tidak menyusahkan orang sekeliling, hiduplah seperti mana yang kau suka.

20/12/2017

A closure, finally.

Wow, after so many years, his name popped up on my phone screen, and he told me that he's now married. Then why bother contacting me at the first place, kan? After so many years of silence, after a mountain of hopes yang I bina dalam diam, it turned out semuanya berkecai begitu sahaja dengan jawapan 'Dh...'

You know what, Syuhada, don't be stupid no more. Delete his number. Delete the messages. Delete everything.

Now. Now and forever.