31/12/2010

cuti bakal berakhir, latihan industri bermula!

ahad ni,
hari melapor diri ke tempat praktikal.
iskk.. rasa cepat je cuti habis.
walaupun cuti kali ni agak pendek,
di samping melakukan perkara-perkara membazir masa,
alhamdulillah ade jugak perkara berfaedah yang aku buat.

30/12/2010

saya pengguna KTM tegar

ya.
saya pengguna KTM yang tegar.
dari first year, sampai la dah nak grad,
memang saya percaya KTM,
lebih dari Plusliner. lebih dari Transnasional.
saya percaya Sentral Kuala Lumpur lebih dari Puduraya.
eh terminal baru ape? Bukit Jalil kan?
bagi saya naik keretapi jauh lagi selamat.
lagi pun I tak suka lah sesak-sesak ni you all.
naik bas sesak, taww.. ahax! :P

berikut adelah koleksi gambo yang saya snap:

KTM Batu Gajah. hensem kan? harap-harap kekal hensem.

dari level mata saya. memang tak nampak tivi sobs.

first class. tiket rm45. bezanya?
bangku yang macam mahal siket.

paling canggih: Electric Train Service (ETS).
maximum speed yang direkodkan adelah 147 km/h
dan dia accelerate dalam masa beberapa menet jek!
max speed ade ditulis kat skrin,
cuma dalam skrin ni tak berapa nampak.

tingkap: ETS vs Shuttle

non-adjustable bangku Shuttle.
siap selotep tuuuu.

bangku: ETS vs Shuttle

ETS: train-ing busy bodies!

overall:

1. servis memuaskan. memang puas hati. setakat ni semua tren bergerak on time. sampai kat stesen yang dituju pun biasanya cuma delay beberapa menet je. kira okay lah tu kan. memang patut dapat pujian. tahniah! :)

2. dalam tren tak kira lah tren apepun, baik Shuttle, ETS, atau pun Ekspress Rakyat, SEJUK GILA. paling sejuk ETS. hari tu rase nak menggigil pun ade. ngetor je badan bila turun kat KL Sentral. jadi sila bawak sweater. atau apape saje yang boleh mengurangkan sejuk.

3. bila sejuk, tido pun sedap. tapi setakat ni belum penah lagi terlentok kat bahu mamat hensem. HAHA.

4. biasanya diorang bukak cerita. movie ke apape lah. oleh kerana kekerapan naik shuttle agak tinggi, saya perasan diorang re-run cerita yang sama. cerita hantu melayu (kononnya). cerita katun ape tah, tapi katun tu jijik sebab ade orang makan hingus, euwwww! pastu famous assassin yang cite pasal kematian MJ, Princess Diana dan JFK. ade jugak diorang tayang cite omputih. kisah pembunuhan. tapi belum tengok sampai habeh lagi, mungkin next trip buleh tengok ending dia kalau dia tayang cite tu. :P naik ETS, baru sekali. dia tayang SHERLOCK HOLMES! mujur ade subtitle sebab memang tak dengar suara Pakcik Yang Hott tu. haha. tapi, sila bersabar sebab setiap 15 menet dia padam skrin, taktau kenapa. jimat letrik? tak mungkin..

5. jangan risau kalu perut anda lapar sebab KTMB takkan membiarkan anda lapar dengan ade nya orang bawak troli jual-jual makanan. hehe. diingatkan, JUAL ye. bukan percuma. rasanya, kalau tren tu takde kafe, memang akan ade orang jual makanan tu. kalau bernasib baik, dapatla merasa nasik ayam rm4.00 dalam tren. yang kurang bernasib baik tu cuma Maggi HotCup je la. :P tapi saya tak penah beli apape dalam tren. sebab dia selalu tanya tym saya mamai. "adik nak beli apape?" terus geleng-geleng kepala pejam mata. oh ya. kalau naik first class nya koc, dia bagi air mineral free. :D

6. kepada yang bawak beg besor tu, sila letak beg anda di ruang kosong kat depan koc. bawak barang on your own risk. dah tau nak naik tren dan bawak beg beso, simpan lah barang-barang berharga dalam beg kecik sikit yang anda boleh peluk jadi beg besor tu buleh letak kat ruang kosong yang mungkin jauh sikit dari tempat duduk tanpa rasa was-was. ni tidak. dua kali saya dah 'terkena' dengan orang bawak beg beso. sekali tu saya duduk kat Window, orang beg besor kat Aisle. jadi dia letak beg dia tengah-tengah jalan. menyusahkan orang nak lalu. sekali lagi, saya duduk kat Aisle, orang beg besor kat Window. sanggup ohh dia bersempit dengan beg dia selama tiga jam lebih! saya tak sampai hati offer dia letak beg kat tengah-tengah ruang kaki, jadi ade la space sikit untuk dia duduk, tapi dia menolak.

SILA LETAK BARANG PALING BERHARGA DALAM BEG KECIK YANG ANDA BOLEH PELUK KALAU TAKUT HILANG. BEG BESOR YANG TAKDE BARANG PALING BERHARGA SILA LETAK KAT DEPAN KOC, DEKAT DENGAN PINTU KELUAR. takdek sape nak curi, insyaallah. harap maklum.

7. enjoy perjalanan anda kerana anda akan berdepan dengan macam-macam jenis orang. berhati-hati juge. :)

8. tak dapat nak bagi komen pasal toilet sebab tak penah guna toilet dalam tren. takut nak tinggal beg, hehe.

9. pada pendapat saya, kaunter tiket Komuter dengan kaunter tiket Intercity patotnya diasingkan. okay, kalau tak nak asingkan pun, bukak lah dua kaunter atleast. tak la orang beratuuuurr panjangggg... dan. isk. saya agak tertekan hari tu kat KL Sentral sebab kaunter ETS dengan kaunter Intercity diletakkan berasingan, satu kat utara, satu lagi kat selatan. hehe. yang menjadikan jauhnya hari tu sebab saya bawak baaaanyak beg dan beg adalah berat. dalam hati dok cakap kenapa lah tak disekalikan aje kaunter ETS ngan Intercity? tapi takpe lah. sekurang-kurangnya saya eksesais sikit bejalan dari utara ke selatan KL Sentral tu. heheh. :P

10. konduktor tiket adakalanya seorang mamat muda. bagus. i loike. err.. ditekankan lagi sekali, adakalanya. :P yang orang jual makanan bawak troli tu pulak, pernah sekali tu seorang pakcik, dan beberapa kali yang lain adelah seorang minah yang muda. humm.. kenapa bila sebut minah rasa macam kurang sopan? okay tukar. perempuan muda. akak kot. :P

ehh. dah sepuluh lah. nak tambah ape lagi? humm..

11. ETS ngan Shuttle memang sangat berbeza. ETS senyap woh. Shuttle tren, bagi orang yang first tym naik memang agak scary, kot? ngan bunyi tayar ketapi tu macam nak terkeluar dari landasan, memang cukup buat orang rasa ragu-ragu. tapi, bising lah macam mane pun, saya tetap buleh tido dengan aman dalam tren tu, hehehh. :D tapi kalu naik ETS memang tak sempat nak tido dah sampai dah. 2 jam tu rasa sekejap sangat. sampai tak tau nak pilih antara tido dengan tengok movie. dan hari tu saya pilih untuk tengok movie, jadi memang tak dapat lah nak tido.

okay cukup sampai sini. sengaja ber-saya-saya, bagi nampak formal sikit. ye lah, mana tau kan orang KTMB baca entri ni kann..?? :)

akhir kata, sekiranya anda plan nak naik tren, enjoy the trip. ^^

25/12/2010

umm. (mengira sekejap.) 24 tahun sudahhh!

Assalamualaikum semua! greetings! ^^

hari ni nak cite pasal perkara-perkara yang BEST pasal Mama ngan Ayah sayaa:

Mama ngan Ayah sangat sangat sangat lah supportive. siriyes.
tak kira ape minat kitorang, mesti Mama ngan Ayah sapot juge. ape kitorang minat, mesti Mama ngan Ayah amek tau jugak. contohnya, dulu, kitorang gilabola. tak pasai-pasai Mama pun amek tau pasai bola. Ayah pun kadang-kadang bila ade match antara team yang kitorang minat tu, Ayah akan anto mesej. :) ha, ade lagi satu contoh yang memang tak boleh blah. kitorang empat beradk dulu penah dilanda demam wrestling. memang gila ah! siap sanggup tuu tipon Astro nak subscribe ABO nak tengok matchh! tak pasai-pasai Mama pun kenal sape Jeff Hardy, Triple H, Randyyy Ortonn, dan bla bla bla. Ayah yang mula-mula 'bising' tengok kitorang tengok wrestling, lama-lama Ayah orait jek. bagi je kitorang subscribe wrestling channel. ngeh ngeh ngeh.

Mama ngan Ayah serba-boleh woh!
cakap je ape kerja, Ma ngan Ayah mesti boleh buat punyaa. saya penah terdetik dalam hati, kalau satu hari nanti saya dah jadi mak, mampu ke saya jadi mak yang terbaek macam Mama, uhuk uhuk. dari kerja-kerja bertukang, baik paip ayo, baik wayar letrik, sume Ayah buleh buat. Mama pulak, toksah cakap arr. masak, menjahit, berkebun, mengaji, err ape lagi u just name it, memang Mama buley buat punyaa. hebat kan? kan? besyukur betul ade ibubapa yang serba boleh ni. tapi jangan sampai menjerat diri sampai anda tak tahu masak oleh kerana hanya mengharapkan tugas memasak itu dilaksanakan ibu anda kerana ibu anda masak sedaap tanpa ade kesedaran diri sendiri untuk belajar masak. isk. macam cakap pasal diri seniri jek. :P

Mama ngan Ayah pembakar semangat paling sejati ketika saya bersedih.
saya tak tao macam mana pengalaman adik-adik saya, tapi saya penah mengalaminya. skema nya ayat! :P contohnya tym saya sedih pointer saya jatuh atau dapat markah sangat teruk dalam test atau gagal test JPJ sebab lupa pakai seat belt atau sedih sebab tak dapat balik rumah atau sedang bengang-bengang dan sakit hati tentang sesuatu perkara, Mama ngan Ayah selalu aje bagi nasihat yang menenangkan hati. sampai sekarang saya simpan lagi mesej Ayah yang berbunyi, "laa tahzan" berserta gambar piala. hehe sangat comel, sebab bila saya baca mesej tu saya senyum. tak lupa jugak mesej Mama "Along you can DUIT, idup alonggg!" heheh. ayat-ayat ni la yang jadi pembakar semangat paling sejati dalam hidup saya. :')

banyak lagi perkara-perkara lain, tapi cukup lah Ultimate Three di atas. :)

happy anniversary, Mama Ayah! ♥

semoga dikurniakan kesihatan yang baik,
rezeki melimpah ruah,
dipermudahkan urusan harian,
bahagia sepanjang masa dunia akhirat,
dan
senantiasa dalam keberkatan Allah subhanahu wa ta'ala.

sayang Mama ngan Ayah!

bersukaria di Tasek UTP bersama kawan baik selamanyaa~

assalamualaikum semua!

i dah dua hari berturut-turut bergumbira bersama 'kawan-baik-selamanya', you!
hari kamis,
kuor ke Jusco Ipoh,
hari jumaat,
berpiknik kat Tasik UTP pulee~

*terimakaseh kepada Mama kerana sediakan karipap*

kitorang bersembang, bergelak ketawa, dan bergambar-gambar!
ohh dan aku memang loser gila bila diorang cakap pasal korea watsoever.
ketinggalan zaman betul.
kalau pasal gosip budak sekolah lagi lah.
memang lansong taktau hape.
dah la dah lupa rakan-rakan sebaya yang lain (Fatihah? Ehsan?)
sorry guys.
kalu jumpa kat pasarmalam atau kat mane-mane konfhem aku dah susah nak cam korang.
melainkan kalau korang adalah mereka di bawah inii!
orang-orang dalam gambo di bawah ini adalah orang-orang yang WAJIP kekal dalam ingatan selamanyaa!
^^

walopun cuma empat orang jek,
tetap BESH!
kalau laaagi ramai, musti laaagi meriah!
tapi nak wat cemano orang lain takdapat datang.

jumpa korang lagi lain kali okehh?

 sayang korang!

03/12/2010

jumpa geng baru!

wah wah wah. tak pasai-pasai aku semalam melayan Geng Pejabat Sains Haiwan bejalan-jalan kat MAHA. cuma ya lah, yang tak tahan nya, diorang masing-masing dah ade duit poket, jadi diorang borong baaanyak. aku je yang tak reti nak beli hape. dah barang nya sume macam barang orang yang dah ade famili, kalau bawak Mama mungkin lah ade benda nak dibeli! tapi yang best nya, i takde kuor duit pun, sume diorang tanggung, hihihi. muka tak malu betoi ler. :P semalam cuma pusing satu hall jek, Hall D, tempat makanan. tapi jenuh wehh.. hari bekerja pun ramai orang! orang Perak kata, berjembik-alun! ghope ulat taik! o_0

dan kemungkinan besor petang ni aku ke MAHA lagiii~! best friend aku masa kat SKAUK, Cik Dhaniah, ajak g MAHA. wuhu! plan nak ajak dia g tempat ternakan, tadi tak sempat nak jenguk.. rugi lah kan kalau orang macam aku tak pegi survey kat tempat ternakan. tapi tengok lah macam mana, tak konfhem lagi.. :)

ni baru lepaih jumpa Mr Supervisor. dan sempat jugak bersembang-semabang dengan beberapa lecturer pasai hala tuju lepaih ni. best jugak sembang-sembang macam tu, banyak point yang aku dapat. dan setiap lecturer bagi pandangan yang berbeza-beza. tapi, most of them cakap, kena consider beberapa perkara, contohnya.. umm.. ehh banyak lah diorang cakap, padahal aku baru jumpa tiga orang lecturer jek. nak share kat sini tapi nanti lah. sakit kepala ni, malam tadi takleh tido. nak balik bilik, rehat.

sehingga bertemu lagi! have a greaaatt day everyone! ^^

02/12/2010

berada di Jabatan Sains Haiwan. akhirnya.

akhirnya, aku nya final year project report dah pun siap di-check oleh Mr Second Assessor. tapi entahlah yeh, instinct aku mengatakan yang beliau tak check habis. haihh ape lah nasib. dah la Mr Supervisor pun tak check aku nya report nih, kat Mr Second Assessor pun dia tak check habeh? sebab nya kat bahagian Results, ade page yang tak bertanda, jadi hati aku merasakan macam dia tak check. sobs. sedey gua. dan lagi satu, tadi Prof ZA cakap, benda ni bukan nya thesis, tapi report writing. ehe. pandai2 aku je panggil benda ni thesis. heheh.

okay. mari meng-updet perihal kehidupan kat UPM selama beberapa hari ni. hihi. padahal baru satu hari kat UPM. :P

malam tadi memang mati kutu betul. dah la wireless susah nak connect. sabor je ler. dengan external hard disk tertinggal kat rumah. at least kalu ade external hard disk, dapat gak ar tengok Family Outing dan tergelak sensorang. mujur lah kat blok tu raaaamai je lagi manusia. cuma manusia yang aku tak kenal. bukan budak kos aku.

hari ni, seperti yang dirancang, aku pegi Pejabat Am Jabatan Sains Haiwan, amek repot. dalam kotak tu, tinggal aku nya repot jek. sekarang ni tinggal beberapa orang je lagi yang belum submit Project Report. memang tadi agak kecoh jugak. Dr J kata begini, Prof ZA kata begini. datang Dr S, kata macam lain pulak. haishhh aku jugak yang tersepit kat tengah2. ni sume pasal kekeliruan format sebenar untuk front page. benda kecik je pun sebenarnya, pasal tahun je pun, tapi buat semua orang kompius. so lastnya, aku rasa aku ikut Prof ZA punya cadangan, since he is the FYP Coordinator. masa bercakap-cakap ngan Dr S, dia komplen la kenapa aku tak siap jilid Projet Report lagi. aku selamba je cakap, "Dr pun tanda report orang lain lambat." beliau pun ape lagi, "eeehhh budak ni. belasah baru tau, ingat aku ni duduk goyang kaki je ke macam u all? orang bizi tau. itu pasal lambat!" heee. selamba je aku cakap dia wat kerja lambat. suka hati je kan? alah tapi dia okay je kot sebenornya. dia siap ajar cane nak buat lagi haa. (ahaks! ayat bodek kah ini?)

:)

20/11/2010

ofis Ayah vs ofis Mr Supervisor

hehe. baru habeh exam! horray! tapi tak horray sebab kena stay lagi kat UPM. tapi takpe. isnin ni gua balik ke Pekan Toronto terchenta. weehee~! <3

tadi tym kuor dari surau, terserempak dengan Mr Supervisor. wah! beliau dah botak macam Mawi sekarang. beliau bejalan besama2 anak2 beliau 3 orang. laju jek. nak tego pun tak sempat.

teringat tym kecik2 dulu. kitorang pun macam tu jugak. masa tu Ayah keje kat Celcom. tektap minggu Ayah bawak g ofis. Ayah sibok buat keje, kitorang sibok main bangku ofis yang ade roda tu. masa tu dua orang adik beradik lagi. eh yeke. ntah la tak ingat. rasa macam dua orang? lepas tu, Ayah bawak g The Mall, jalan2. main gem. alaa kat tempat main gem yang banyak2 tu, kira macam indoor funfair la kot. kat situ penah nek ketapi  kecik, nek ferris wheel, umm.. tapi selalu teringin nak main kereta yang langgar kereta orang lain tu, tak penah pun dapat main.. hihi. tak tau la indoor funfair tu ade lagi ke tidak kat The Mall sekarang. ye lah, sekarang kan dah ade TS, yang ade the largest indoor themepark tu. mesti orang dah tak g main kat The Mall dah, kan?

masa Ayah keje kat Ericsson, turn Shemi ngan Yagg pulak ikut Ayah g ofis. hehe. beso woh Ericsson nya ofis. canggih. merasa lah jugak masuk kompeni canggih manggih. :D

humm okaylah. sebenonya bukan pasai Mr Supervisor pun. cuma bila tengok dia tadi bawak anak2 dia, tingat zaman kecik2 dulu Ayah bawak g ofis. tapi yang pasti, ofis Ayah kite lagi beshh dari ofis Mr Supervisor sebab ofis Ayah kite ade baaanyak kompiter. Lepas tu boley main kejar-kejar pakai bangku ofis! :P

heheh.

19/07/2010

atuk dah pindah?

hu. assalamualaikum semua. ingat tak kat entri ni?

nak dijadikan cerita, atuk saya dah pun 'pindah' ke depan mesjid seperti yang dia cakapkan tu. atuk menghembuskan nafas terakhirnya pada malam sabtu, 17julai2010 jam 8suku malam. kitorang dapat tao terus siap2 balik Johor. dalam kol seploh setengah macam tu kitorang gerak, kol 4 pagi sampai kampung. hu..

macam yang saya cakap pada entri lepas, atuk lebih kurang berusia 90 tahun. cek dlm ic, atuk lahir tahun 1923, tapi atuk (arwah) cakap dia lahir tahun 1920. dah tua kan? tapi atuk orang kuat tao. cuma dalam dua minggu baru ni, atuk stat sakit2 yang lagi kritikal. pagi sabtu, atuk dibawa ke hospital, malam tu dia dijemput menemui Penciptanya..

dulu2 atuk penah cita sal zaman jepun. saya nak cite pun, saya dah ingat2 lupa citenya cane. hu.. atuk dulu imam kampung. solat takpenah tinggal. solat sunat apetah lagi. saya yang muda pun tak rajin buat solat sunat. atuk walopun dia dah berumur, dia uzur, dia tak tinggal solat sunat. saya kena jadi macam atuk lah. tapi bila ye? :P

okay lah. ayah baru sampai kampung hari ni. ayah tak sempat sampai masa hari pengebumian atuk. kitorang masih lagi di kampung, saya 'cuti emergency' dua hari.

semoga roh atuk dicucuri rahmat.
al-fatihah.

26/02/2010

yang sebenornye, mutton curry bukan kari kambing.

pertama sekali, mari berselawat.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

 ***

berbalik kepada tajuk entri. ingat tak dulu2 tym kita sekolah, kita ade blajo pasal daging, dalam english? aku ingat lagi, cikgu english aku ajor, beef ntok daging lembu, chicken ofkos-lah ntok daging ayam, pork ntok daging babi, manakala mutton ntok daging kambing. rupanya, aku dah kena tipu hidup2. selama hari ni, aku percaya mutton tu daging kambing. tapi sejak berkecimpung dalam bidang ternakan, para lecturer memperkenalkan istilah2 yang penting yang kitorang kena tao. salah satunya, nama2 daging dalam bahasa inggeris. dari situ lah baru aku tao, yang sebenarnye, ape yang cikgu ajar kat sekolah tu SALAH!

mutton, bukan ntok daging kambing, tapi ntok daging bebiri. bebiri dewasa. atau bahasa inggeris nya, adult sheep. hah. istilah yang sebenar ntok daging kambing adalah, jeng jeng jeng.. CHEVON! pastu, lamb juga BUKAN-lah merujuk kepada kambing. ye la, salu kat restoren western, ade jual lamb chop kan? dan dia bagi daging kambing kan? salah tu. patotnya chevon chop. lamb sebenarnya merujuk kepada bebiri muda. err.. bebiri yang kecik lagi. macam yang dalam lagu tu, mary had a little lamb~

cemana buley jadi tesalah istilah ni? aku rasa, satu malaysia dah salah istilah ni? ish3. kat european countries, diorang jarang makan daging kambing (chevon). bese kat sana kambing dibela bukan ntok tujuan daging, tapi ntok susu. diorang minum susu kambing. besenye, diorang makan daging bebiri muda (lamb) dan diorang sekali sekala makan daging bebiri dewasa (mutton). disebabkan keterbiasaan omputih yang makan lamb chop (merujuk kepada daging bebiri muda), orang2 malaysia pun ikut sama cakap diorang makan lamb chop. padahal, tu sebenarnya bukan lah lamb pun, tapi chevon. pehni ingat tao ape aku bitao ni. hihi. general knowledge tu oh.! ;)

sampai sini dulu.
have a nice weekend eberibodi^^