19/07/2010

atuk dah pindah?

hu. assalamualaikum semua. ingat tak kat entri ni?

nak dijadikan cerita, atuk saya dah pun 'pindah' ke depan mesjid seperti yang dia cakapkan tu. atuk menghembuskan nafas terakhirnya pada malam sabtu, 17julai2010 jam 8suku malam. kitorang dapat tao terus siap2 balik Johor. dalam kol seploh setengah macam tu kitorang gerak, kol 4 pagi sampai kampung. hu..

macam yang saya cakap pada entri lepas, atuk lebih kurang berusia 90 tahun. cek dlm ic, atuk lahir tahun 1923, tapi atuk (arwah) cakap dia lahir tahun 1920. dah tua kan? tapi atuk orang kuat tao. cuma dalam dua minggu baru ni, atuk stat sakit2 yang lagi kritikal. pagi sabtu, atuk dibawa ke hospital, malam tu dia dijemput menemui Penciptanya..

dulu2 atuk penah cita sal zaman jepun. saya nak cite pun, saya dah ingat2 lupa citenya cane. hu.. atuk dulu imam kampung. solat takpenah tinggal. solat sunat apetah lagi. saya yang muda pun tak rajin buat solat sunat. atuk walopun dia dah berumur, dia uzur, dia tak tinggal solat sunat. saya kena jadi macam atuk lah. tapi bila ye? :P

okay lah. ayah baru sampai kampung hari ni. ayah tak sempat sampai masa hari pengebumian atuk. kitorang masih lagi di kampung, saya 'cuti emergency' dua hari.

semoga roh atuk dicucuri rahmat.
al-fatihah.