21/12/2011

followers

Masa mula-mula menulis blog dulu, aku tak expect pun ade orang nak baca. Semua nya sebab terpengaruh dengan kawan-kawan aku yang dah ade blog. Masa tu Pipah, Wan, Shaqifah, and of course me gayfwen - Miss Ynadiniy - dah ade blog masing-masing. Setelah diasak dan didesak oleh gayfwen, oke finally aku pun buat blog dan dimulakan dengan post ini. Heh. Akhirnya minah tu dah stop ber-blogging sekarang sebab dah berhijrah ke tumblr. Aku join tumblr pun pasal dia jugee. Hehe. Satu perkara je dia tak dapat mempengaruhi aku - KPop. Tapi tak dinafikan aku banyak tahu pasal KPop dari dia.

Okeh.

Mula-mula blog ni cuma dibaca oleh kawan-kawan. Lepas tu aku bagitau mak aku. Dan akhirnya satu famili tahu. Pakcik aku, cousins and all that. Dengan coursemate, memang aku rahsiakan masa mula-mula, sebab kalau diorang tahu nanti takley kutuk diorang, haha. Tapi tah cemana akhirnya satu kos tahu aku ade blog. Sampai lecturer pun tahu. Tapi takpe, sebab diorang mesti takde masa nak baca repekan aku nih. =="

Aku jeles gak kadang-kadang, orang lain tulis pasal makan kat mana, makan ape, pasal pakwe, pasal ntah pape tah lagi, ade raaaaamai gilos followers. Ce kalau aku tulis benda-benda centu, agak-agak followers bertambah dak? Haha. Wait, the problem iz, I don hev eni boifrenggg rait naww LOL and I don wanna hev one. (Amekau, bold di situ menunjukkan penekanan ya. :P)

So, ape aku buat ialah, aku tulis je apape. Lagipun mak ayah aku sangat sapot ini belog. Puan Mama bila bukak kompiter je mesti tanya, blog ade tulis apape? Enchik Ayah pulak penah cakap semoga aku jadi penulis tetap kat mana-mana majalah~ sobs terharu den. Itu adelah beberapa sebab kenapa aku masih lagi berblog sampai hari ni. :')

Harapan aku, aku dapat tulis benda-benda yang memberikan untung orang ramai, bak kata Prof Muhaya, buat jadi ladang pahala. Peh. Masa tu baru berbaloi-baloi followers ramai. Kih kih kih. Oh by the way. Yang paling best ialah bila ade orang yang ramai followers follow belog aku. Hehe. Memang macam tah pape tapi seriyes aku rasa terharu. Yelah, setakat hari ni follower cuma 47 orang jek. Tiba-tiba orang yang follower ribu riban follow. Pergh. Malu I. :P

Aku pun tak tahu lah ape yang menyebabkan orang follow blog aku. Pasal aku rasa blog ni membosankan. Tapi aku sayang kat blog ni. So aku teruskan jugak menulis walaupun kadang-kadang aku tulis benda takde paedah, macam sekarang ni. Dan aku ni takde seni menulis macam orang lain. Yang sebenarnya aku memang bukan orang seni pun. Heh. Aku kagum ngan orang-orang yang tulis blog yang ala-ala dakwah, sebab ayat diorang memang best. Kretip.

Tapi tak kesah la kan. Setiap orang ade cara masing-masing. Kalau hari-hari nak rasa down sebab penulisan aku tak kretip, tak ke mano la den!

Kepada readers yang setia membaca belog ini, terima kasih daun keladi saya ucapkan. Kepada orang-orang yang tekan button FOLLOW, kepada Puan Mama, Enchik Ayah, adik-adik aku (haaaaa Along tau ler kome bace an blog Along!), kepada kawan-kawan (yang aku tau Jah ngan Paktam memang pembaca setia blog ni, yang lain aku tatau, sorii), saya dengan ini mahu mengucapkan TERIMAKASEH ~

Oh ya. Aku dalam blog je macam ni. Bajek macam banyak cakap. In real life aku tak banyak cakap sangat. Macam blog The Other Khairul tu. Ni kira macam The Other Me laa. Tapi tak boleh la buat nama blog macam tu pasal nanti orang cakap aku tumpang populariti Mr. K tu pulak kan. :P

Okidoki! Cukup sampai sini sahaja. Terimakasehh u olls


(gif kat atas ni adelah pengaruh tumblr)

15/12/2011

krisis

Semalam ade krisis dengan Puan Mama. Pasal benda kecik je pun. Aku yang mula-mula naik angin dulu, lepas tu terus laju je mulut berkata-kata tanpa memikirkan hati seorang ibu.

Apa lagi, gunung berapi pun meletus lah. ><

Akibatnya, malam tadi tidur berendam ayor mater, sebab takut solat tak diterima sebab dah buat Puan Mama terasa hati. Isk isk. Tau pulak menyesal. Tau pun takut.

Ingat, walau macam mana pun hati kita geram, kita JANGAN melawan cakap mak. Sabar je. Jangan diikut hasutan shaitonnirrajim tu. Sebab kedudukan seorang ibu adalah kedudukan paling tinggi. Syurga kan di bawah tapak kaki ibu, keredhaan dan kemurkaan Allah pun terletak pada keredhaan dan kemurkaan ibubapa. Sedangkan cakap ah pun tak boleh, kalau lebih dari tu lagi-lagi lah tak boleh. Akibatnya nanti Allah bayar cash je kat dunia.

So, no matter what, dont ya eva eva talking back to your parents.

Selalu dan sentiasa doakan kesejahteraan mereka. Sedekahkan pahala untuk mereka. Lagipun, apa hak kita nak melawan, nak marah pada mereka? Dulu kecik-kecik sape yang menyusukan kamu (aku)? Sape yang tak tidur malam sebab nak elakkan kamu (aku) kena gigit nyamuk? Sape? Sape? Ce kabo, sape? Sampai sekarang kot Mama pantang tengok nyamuk terbang-terbang, mesti nak dibunuhnya. :')

Lagipun, berbakti kepada ibubapa kan dapat memberatkan timbangan pahala. Buat ibubapa gembira, happy, senang hati, kan dapat baaaaanyak pahala. Yang nak marah-marah pasaipa? Aishh. Layan ibubapa elok-elok, sebab kalau takde diorang takde ler kita ni. Kira untunglah kita ade ibubapa, Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wassalam dulu, bapak meninggal masa mak baginda pregnant kan baginda. Nak jumpa pun tak sempat. Mak Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wassalam pulak, meninggal masa umur Nabi sallallahu 'alayhi wassalam enam tahun. Kalau aku entah ler. Tak dapat nak dibayangkan macam mana kalau Allah tarik nikmat berpunya ibubapa tu.

Itu la satu-satu nya mak ngan ayah yang kita ade. Kalau suami/isteri meninggal, boleh kahwin lain. Anak mati, boleh beranak lagi. Tapi kalau mak ayah dah takde, dah takde ganti dah. Tsk.


Fikir-fikirkan. Kita dah buat mak ayah kita senyum dak hari ni?


Ini peringatan kepada diri sendiri terutamanya.

27/11/2011

5 sebelum 5

Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Sihat sebelum sakit,
Hidup sebelum mati.

Alhamdulillah.
Tahun ni, Allah bagi semuanya kat aku.

Aku masih muda. Yelah memang lah dah nak masuk duapuluhlima kalau ikut kiraan tahun bulan, tapi. Tapi, anggota badan aku semua alhamdulillah syukur pada Allah masih kuat. Masih boleh respon pada persekitaran. Mata boleh melihat. Telinga boleh mendengar. Tangan ngan kaki boleh bergerak. Lidah boleh bercakap dan merasa.

Kaya. Aku takde lah cakap aku kaya gila banyak duit dalam bank, tapi alhamdulillah syukur pada Allah, tahun 1432 ni Allah bagi rezeki tanpa disangka-sangka. Duit jatuh sekelepuk. Baki dia pun masih empat angka lagi. Hehehehe.

Lapang. Peh. Pasal lapang ni toksah nak cakap la. Paling rilek dalam sejarah penghidupan aku selama duapuluhempat tahun ikut kiraan tahun bulan. Tahun 1432 yang lepas, alhamdulillah syukur pada Allah, tahun yang paling rilek gila. Kecuali empat bulan pertama. Eh. Lima bulan pertama, kot? Entah. Hmm. Mungkin ade orang cakap aku buang masa dan habiskan beras kat rumah, well, aku tokleh nak tutup mulut orang kan, tapi yelah aku mengaku la dah lama sangat aku pegang title P tu. Walaumacamanapun, aku rasa banyak benda aku belajar selama masa lapang aku ni. Serius banyak. Dan alhamdulillah sangat-sangat, masa lapang ni aku berusaha gigih gunakan untuk buang perkara yang keruh dalam hidup aku jauh-jauh. Dan aku cuba belajar dari kehidupan. Cuma kehidupan bekerja je aku belum belajar lagi. Heh.

Sihat? Ya Allah alhamdulillah syukur pada Allah. Aku sihat. Boleh melihat, mendengar, bercakap, berjalan, makan, minum, membuat aktiviti perkumuhan paling minima sekali sehari, macam-macam lagi lah. Kalau nak sebut semua memang tak tersebut.

Hidup. Alhamdulillah. Allah bagi aku peluang aku hidup untuk melengkapkan tahun lepas. Alhamdulillah ya Allah. Tahun baru ni dan yang akan datang masih belum pasti bagi aku. Benda paling magik bagi aku, dan dalam masa yang sama menakutkan bagi aku, ialah, rasa dada kiri, jantung masih berdegup. Rasa jantung masing-masing. Aku selalu rasa cuak bila jantung aku berdegup laju. Aku selalu bayangkan macam mana kalau Allah berhentikan degupan jantung aku secara tiba-tiba. Bila je aku bayang macam tu, terus cakap Astaghfirullah al-'adzeem. Sebab bila-bila masa je Allah boleh berentikan degupan jantung ni. Dan aku sangat takut kalau tak sempat taubat. Huhuhu. Semoga Allah matikan aku dan anda semua yang membaca, dengan husnul khatimah. Ameen. 

Masa aku menaip ni pun kalau Allah nak berentikan jantung aku, boleh sangat. Okey baru teringat aku belum solat isya.

K la thanxbye!

SALAM MAAL HIJRAH. Semoga rahmah Allah sentiasa bersama kita semua. Ameen.

14/11/2011

kenangan SPM tahun 2005

Hari ni budak-budak form 5 start SPM. Adik aku ade sorang amek SPM. Macam tak percaya jek Yang dah SPM tahun ni. Dah habeh sekolah rupanya budak tu. Semoga Allah permudahkan urusan adik-adik kita, ameen. :)

Bila tengok adik aku siap-siap nak SPM ni, teringat lah zaman aku SPM dulu. Aku dulu amek SPM kat SMK Cyberjaya. Motto dia SMKC = Sentiasa Menuju Ke Arah Cemerlang. Wah. Aku first batch SPM SMK Cyberjaya tau, jangan main-main. Kitorang ade 17 orang jek amek SPM tahun 2005 tuh. Tolak sorang, sebab sorang lagi pindah sekolah masa hujung tahun, so jadik 16 orang jek. Exam dalam kelas jek. Orang lain dalam dewan besor, kitorang dalam kelas. Sunyi jek sekolah time tu. Paling sunyi time exam Bio, Fizik, ngan Kimia, sebab cuma ade dua orang calon jek. Aku ngan Tipah. Sorang pegang 50%. Pehh.

Walaupun kitorang cuma 17 orang, tapi masing-masing amek sabjek lain-lain. Dua orang Sains Tulen. Lepas tu ade yang amek Sastera. Ade yang amek Akaun. Ade yang amek Seni. Seni pun kalau tak silap dua orang jugak. Memang special lah wa cakap lu. Sekolah lain mana ade macam tu. Hehe. Setiap kali nak kelas Bio, Fizik, Kimia ngan Addmath, kitorang berdua kena keluar kelas. Kadang-kadang belajar kat bilik guru. Kadang-kadang kat lab. Kadang-kadang kat library. Kat kelas kosong pun pernah gak. Lagi terbaik, kat open area depan kawasan perhimpunan. Lepas tu ade budak-budak junior lalu lalang. Mula lah terhilang konsentret belajor. Lagi best, budak-budak kelas aku pun ade lalu-lalang, dok babai-babai. Hehehe. Tah pape jek.

Yang paling tak boleh lupa, first day SPM, aku lambat. First day, of course lah paper BM. Jauh jugak lah berulang sebenarnya, dari Bandar Putra Permai kat area Equine Park tu, ke Cyberjaya. Lambat sikitttt jek jalan jadik jammed teruk. Cikgu Sahreah siap call mak aku, tanya mana Syuhada ni, tak sampai lagi. Hehe. Masa aku sampai tu memang semua orang dah masuk kelas. Belum sempat bertenang dah terus bukak kertas soalan. Alhamdulillah. Lepas jugak dah satu stage yang agak penting dalam hidup semua rakyat Malaysia. Walaupun tak berapa cemerlang sangat, tapi alhamdulillah. :)

Sekarang dah 2011 dah pun. Kawan aku yang Tipah tu dah selamat kahwin dah pun bulan berapa yek, tapi tahun ni la jugak. Bayah pun kahwin tahun ni, masa aku tengah praktikal, bulan dua rasanya. Memang tak dapat la nak memeriahkan majlis. Mujur lah masa dia bertunang aku dah pegi. Dah pregnant dah pun Bayah nya. Baru-baru ni dua orang lagi dah bertunang, Zue dengan Dila. Nad belajar lagi kat UUM. Emi pun belajar lagi, rasanya dah habeh dah. Faten, lepas habes belajar dia jadik cikgu tadika. Ira, dah kerja. Jagprij pun dah kerja. Aku? Semua pun belum. Heh. Budak-budak lelaki aku tak tau ape cerita. Dulu-dulu rajen gak diorang tanya khabar. Dah lama-lama senyap terus. Jangan kahwin tak ajak sudah. :P

Alahai. Kalau nak cerita pasal sekolah, sepuluh mukasurat penuh pun tak cukup. Walaupun aku sekolah kat situ setahun jek, banyak benda baru aku belajar. Maksud aku dengan environment baru. Environment yang lain sangat dengan Seri Iskandar. Still, aku sayang dua-dua sekolah, sebab dua-dua pun besttt! :D

12/11/2011

pasal aku dan gambar

Pagi tadi, terbaca pasal Bila Kita Terlalu Lalai..

Peh. Dia punya sentap. Memang sampai tak boleh nak kata ape dah. Isk.

al-Fatihah untuk arwah. Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati.
Ya Allah. Semoga Allah ampun kan dosa arwah, dan dosa-dosa kita yang menggunung tu. Ameen.

---

Lepas je baca post tu, terus bukak facebook. Nekad. Mesej kawan-kawan. Mintak tolong diorang delete gambar zaman dulu. Zaman yang aku asik nak bergembira jek. Hu hu hu.

Kalau nak ikutkan hati, memang nak mesej semua kawan-kawan, tapi macam tak cukup nekad lagi. Cuma mintak kawan-kawan delete gambar yang pegi air terjun ngan pantai jek. Hmm. Bila fikir balik pasal masa lepas, jujur lah kan, serious rasa nak lempang diri sendiri. Kecewa. Pelik. Pelik sebab macam mana aku boleh buat macam tu. Pegi sana, pegi sini. Aku penah gak terpikir, nasib baik Allah tak tarik nyawa aku time aku pegi jenjalan tu. Na'udzubillah. Semoga kita mati dalam husnul khatimah. 

Bila fikir dalam-dalam lagi, ya Allah tiba-tiba rasa bersyukurrrrr sangat bilik kat UPM dulu tak dapat online. Bayangkan kalau boleh online, tah berapa juta gambo aku upload. Ya Allah.. Subhanallah.. Rupanya Allah sayangkan aku. :') Patut lah Allah tak bagi aku online dulu, sebab kalau aku online, memang buruk padahnya. Alhamdulillah ya Allah. Rupanya Kau tak pernah lupakan aku. Aku je yang selalu lupa pada Mu ya Allah. :'(

Kepada kawan-kawan, aku tak tau la berapa ramai kawan aku yang baca ni kan, tapi aku nak pesan satu jek, please, please, please, fikir sebelum upload. Kalau nak upload pun, kasik strict la sikit dia punya privacy. Gambo yang tak berapa nak tutup aurah tu, toksah la upload. Sekali ajnabi tertengok gambar kita tak tutup aurah, satu dosa kat kita, satu dosa untuk ajnabi tu, dan satu dosa kat ayah/suami/adik-beradik lelaki/anak lelaki. The problem is, dalam facebook bukan ade satu je ajnabi, ade lapan belas juta, hah. Tak pasal jek kita punya saham dosa mencanak naik. Takuttttt. Yang paling kasihan, tak pasal jek ayah/suami/adik-beradik lelaki/anak lelaki dapat dosa di luar sedar. Kata sayang kat ayah, kata sayang kat suami, kata sayang kat adik-beradik lelaki, kata sayang kat anak lelaki, tapi.. kita kasik diorang share dosa kita. Sayang ke namanya tu? Tak best lah macam tu kan.

Okay lah. Tu je nak bebel. Hehe. Ini peringatan untuk diri seniri, supaya andai kata aku TERLUPA DIRI dan upload gambor online, at least adelah modal korang nak ingatkan aku balik.

Oh ya. Satu lagi, even satu gambar tu korang dah remove dari profile, tuan punya gambar dah delete album tak senonoh tu, gambar tu still ade kat orang-orang yang dah di-tag bersama dalam gambo tu. Benda tu lah yang menyusahkan hidup aku. Hari tu dah mesej dah tuan punya album gambo, delete album tu. Sekali satu hari tu, aku bukak profile kawan aku sorang lagi yang sama-sama di-tag dalam gambar tu, tengok gambar tu ade lagi. Memang rasa nak gugur jantung. Rasa macam nak hack je facebook diorang pegi delete satu-satu. Haha.

Phew. Sebelum aku habes kan membebel, aku nak ulang lagi sekali, ini peringatan untuk diri seniri, supaya andai kata aku TERLUPA DIRI dan upload gambor online, at least adelah modal korang nak ingatkan aku balik.

09/11/2011

hobi paling rare

Dulu-dulu masa sekolah cikgu suka tanya hobi ape, cita-cita ape. Jawapan standard zaman aku sekolah dulu, mengumpul setem, berbasikal, membaca buku, haha. Eh tapi seriously aku memang ade buku setem pun. Cuma setem tu dah tak bertambah-tambah sampai sekarang.

Lagipun, sekarang aku ade hobi baru.

Mengedit blog template. Heh. Mintak maap la kat orang-orang yang biasa baca blog ni sebab rupa dan warna blog ni selaluuuuuuuuu sangat bertukar. Ini kerana aku memang gemor menukar-nukar rupa blog nih. Ntah ape yang best nya entah.

Ni yang paling baru, lepas makan sepeket mamee monster depan komputer tadi, terus scan, buat jadik header. Ngeh ngeh ngeh. Err.. Agak-agak ade melanggar etika apape tak? Aku risau gak, dibuatnya kompeni mamee monster ni saman aku sebab pakai peket kopok dia jadik header, ai mak, jenuh ler.

Tapi yang pasti, aku memang takkan add lagu, takkan tukar rupabentuk pointer, takkan add nuffnang, dan takkan tepek gambor muka seniri. Shoutbox pun aku dah remove pasei nya spam je banyak. Sakit mata nengok nya. So, dari masa ke semasa mungkin cuma layout ngan header jek yang berubah. Heh heh heh.


Oke tu je nak bagitau. Kita tengok berapa lama header kat atas boleh bertahan. :P

06/10/2011

bela unta kat Malaysia: possible or impossible?

soalan ni dah lama dah orang tanya kat aku, ade lah dekat setahun jugak. tapi baru sekarang baru nak jawap. :P jujurnya, aku memang tak banyak ilmu pasal unta. sebab memang tak belajar pun pasal unta ni. so sekarang aku cuma bagi pendapat berdasarkan ape yang aku google dan jawapan-jawapan dari survey yang aku buat. ceh. takde la survey besar-besaran, setakat lima-nam orang jek. heh. harap-harap kalau ade orang yang lagi profesional dalam bab ni TERbaca blog ni, hai sila lah komen yeh, betulkan mana yang patut. :)

perkara pertama yang aku fikir ialah, kita boleh bela lembu tenusu, tapi kenapa tak unta? kalau nak ikutkan lembu tenusu pun tak sesuai dok kat Malaysia ni, tapi kita dapat cari baka yang boleh adapt dengan climate kat Malaysia ni. so aku pikir unta pun mungkin centu gak. boleh. tapi kena buat penambahbaikan untuk adaptation.

tapi, tiba-tiba aku teringat kes Malaysia bela biri-biri masa tahun 80-an kot. Tuan Haji selalu cerita pasal kes ni. dia kata Malaysia dulu ade pernah sekali dilanda demam 'membela biri-biri', tapi at the end of the day benda tu kurang menjadi sebab biri-biri tak dapat adapt dengan kita punya environment sebab dia berbulus tebal bergulung-gulung. banyak mati.

acaner pulak ngan unta?

first, kena kenal dia punya anatomi ngan fisiologi dulu. macam yang kita semua tahu, unta ni binatang padang pasir. gurun. memang banyak beza nya kalau nak dibanding dengan lembu ngan kambing. persamaan diorang, diorang ni semua herbivor (der, semua tau kot!) dan ruminan. biasanya ruminan perut diorang ade empat compartment. tapi unta ni dia lain sikit, perut dia ade tiga compartment jek, sebab dia takde Omasum. budak-budak ternakan sila refresh balik omasum tu mende. :P

selain daripada tu, satu lagi special characteristic unta ialah - diorang ade bonggol. omputih panggil hump. kalau unta dari species Dromedary (Arabian Camel), deme ade satu hump jek dan biasa nya tinggal kat zon panas. kalau species Bactrian, deme ade dua hump dan biasanya tinggal kat rugged-cold climate. satu kat panas, satu kat sejuk. berdasarkan ciri-ciri tersebut, maka mereka mempunyai kampung halaman yang berlainan; Dromedary biasanya berasal dari Asia Barat (refer map kat bawah - kawasan merah dan hijau), Bactrian pulak berasal dari Asia Timur (refer map kat bawah - kawasan kuning).

dari Wiki.

Malaysia dok kat kawasan kaler oranje tu. secara geography dan climatically berbeza dengan dua-dua kampung unta tu. climate kita panas dan lembap. masa nak bela lembu tenusu pun, banyak adjustment kita kena buat, supaya lembu tenusu tu dapat adapt ngan climate kita. nak tau tak, kita punya lembu tenusu ni walaupun baka imported, still tokley produce susu dalam kuantiti yang sama yang dia boleh produce kat kampung halaman dia. lagi satu, diorang senang sakit. same lah macam kambing Boer yang femes tu. dia bukan nya asal dari Malaysia pun. asal diorang dari Afrika Selatan. masuk Malaysia, kalau tak jaga betul-betul, memang senang nak kena pneumonia. masa kat tempat praktikal dulu pun, banyak jugak kambing mati sebab pneumonia. kalau ikut pendapat Dr Sapto, dia kata kalau bela unta kat sini pun ade high probability untuk kena pneumonia sebab kat sini high humidity.

ape yang aku boleh cakap buat masa ni ialah, untuk large scale punya projek bela unta, aku nasihatkan buat research centre sekali. sebab nya, secara anatomi dan fisiologi nya tak sama dengan haiwan yang memang sedia ade kat Malaysia, so memang sah-sah la kita tak biasa. lepas tu, memandangkan climate kita memang tak boleh nak diubah, kita kena adjust unta tu supaya dia boleh fit in and survive in our climatic condition. hehe. kena buat genetic engineering, breeding projek ape semua. gila kaya ar kalau boleh wat gitu. tapi kalau nak mula kecil-kecilan pun tak mustahil aku rasa. Zoo Negara boleh je bela unta. tapi kena mintak nasihat vet lah. kena check selalu, sebab takut-takut unta tu kena culture climate shock (lol ade ke istilah tu? heh.) susah jugak. sebab unta kat Zoo Negara pun aku tengok tak berapa nak sihat, jadi aku bayang kan kalau nak bela unta secara persendirian ni kena extra, extra care daripada owner dia. untuk peringkat permulaan baik bela sekor dua. bila dah rasi, baru lah bagi dia beranak pinak.

argh! rasa macam banyak lagi aku nak cerita! tapi, tak berani sebab takut tersalah info. maklum lah, ilmu masih cetek. eh btw, bela kambing pun hokey hape, sunnah Nabi ﷺ tu! kalau tak silap, ustad penah cakap, setiap Rasul, mesti mengembala kambing dulu, baru lah Allah lantik sebagai Rasul. tak ingat tu hadith ke ape wallahu a'lam, terlupa nak catat hehehe.

sebelum aku menekan noktah terakhir (cewah!), aku nak ingatkan diri aku pertama-tamanya, dan saudara-saudaraku sekalian, kita kat dunia ni semua ni ibarat pengembala, yang mana satu hari nanti akan ditanya pasal gembalaannya. ape ke pelik benor perkataan gembalaan tu, wujud ke pun? tapi english nya macam ni:

Each of you is a shepherd, and each of you will be asked about his flock.

ade kesempatan aku mau cerita pasal pneumonia kat haiwan ternakan ni. dan rasa macam nak cerita pasal breeding sebab aku ade sebut tadi bagi unta beranak-pinak. inshaAllah. breeding is my favourite subject btw! weehoo!

Wallahu a'lam. :)

04/10/2011

Si Pencuri Hati

hari tu ade sorang kawan tanya aku,
Hati dah dicuri orang baru ke cik ada?
hah. hamek aku sedas. soalan cepu cemas namanya tu. tapi aku jawap dengan cool.
teehee. aku cuma rase it is inappropiate. hati aku ade la dalam badan aku LOL! :P
sebenarnya aku nak jawap ma fi qalbi ghairullah,
tapi jawapan tu aku simpan dalam hati jek.
sebab jawapan tu berat sebenarnya.
sangat. berat.

aku tulis benda ni sebab nak ingatkan diri sendiri.
takut besok lusa terlupa pulak.
maklum lah aku kan manusia.
doakan aku istiqamah, yeh?



haizzz nak publish ni pun aku fikir lapan belas ratus kali.

23/09/2011

horse riding

sekarang ni aku dok menghabehkan masa tengok Princess Man, dalam cerita tu banyak la scene dia menunggang kuda. alahai bila tengok rasa jealous jek. yang jadi lagi jealous tu sebab non Muslim lagi banyak yang mengamalkan sunnah Rasulullah sallAllahu 'alaihi wassalam, walopun dalam cerita drama diorang. sobs rasa macam terpukul jek. kita yang Muslim ni pun tak banyak cerita yang mengaplikasi kan sunnah Rasulullah sallAllahu 'alaihi wassalam. cerita Melayu tak habeh habeh kelab malam, dangdut. kelab malam, dangdut. macam takde benda lain nak tunjuk. tah pape la produser Melayu ni. kalau ade yang terbaca blog ni (LOL memang harapan ar) tolong lah, jangan masuk kan scene kelab malam dalam drama, i'm begging you, pleaseeeeee. malu weh nak tengok tivi ngan adik-adik laki aku bila kuor scene centu, ape kome yang berlakon ni tak tau malu ker? huk huk.

ehem. that is mukadimah. maaf agak kurang sopan. 

berbalik kepada cerita asal, bila tengok Princess Man, teringat zaman belajar Equine Management dulu. masa kat UPM dulu, memang ade kawan ajak join kelas horse riding kat Pusat Ekuin. unfortunately masa tu tengah bizi final year project, kerja  lab lagi, kelas, lepas tu tambah kelas horse riding. macam tak buleh nak catch up. pendek kata orang kalau taknak memang macam macam alasan dia bagi, kalau nak memang dah berusaha sedaya upaya despite bizi cemana pun, tak gitu? hehe.

sikit sebanyak pasal kelas horse riding UPM

kalau tak salah, yuran dia rm100 kalau anda adelah student UPM, kalau bukan, mahal sikit lah. daripada ape yang kawan-kawan cerita, basically dia takde lah ajar naik kuda macam nak pegi berperang tu, ape yang dia ajar lebih kurang je ape yang kita belajar dalam Equine Management. horse grooming, cane nak naik kuda, cane nak trot, simple things la kiranya. lagi satu pasal kelas horse riding tu, dia takde bagi sijil. tapi kalau nak biasakan diri ngan kuda, memang berbaloi lah. tiap-tiap minggu dapat jumpa Hobo. caranya senang aje, pegi Pusat Ekuin UPM, jumpa Pakcik Kordi (rasanya nama dia Pakcik Kordi?), pehtu bagi nama kat dia, nanti dia arrange kan kelas horse riding kita, sesuai dengan jadual kelas. so kepada adik-adik yang rasa nak beramah mesra ngan kuda, boleh la rajin kan diri pegi Pusat Ekuin. sementara korang rasa ade banyak free time petang-petang, baik pegi. ade la paedah sikit. :P

tapi yang paling penting, macam yang Prof ZAMJ cakap, kelas kuda ni salah satu objektif penting yang every student kena dapat ialah: dapat overcome rasa takut dengan kuda. serious objektif tu memang sangat tepat kena kat aku, sebab aku memang cuak sikit kalau ngan kuda memandangkan saiz dia yang besar dan kaki dia yang kuat tu. berkat menonton drama terlampau banyak, bila berdepan ngan kuda mesti bayangkan dia mengamuk, dia angkat kaki depan dan well. attack aku. hehehe. silly me. padahal kuda adelah saangat baik dan bijak. dia takkan attack unless dia rasa insecure. akibat insecurity, anda mungkin menerima gigitan sakti daripada kuda. dua orang kawan aku pernah kena gigit kuda time kelas praktikal, jangan main-main.

maka dengan ini sekian sahaja dari saya.

19/09/2011

hari malaysia celebration 2011

i was given the opportunity to involve in Hari Malaysia celebration;
peringkat Mukim Belanja.

it was a very sunny day,
the kids were very bersemangat masa nyanyi while orang tua tak berapa nak nyanyi sebab tak tahu lirik.

paling lawak,
ade sorang pakcik ni cakap,
orang surau takde pun datang!
pehtu kawan dia jawap,
emh. deme mane ndak datang. deme bacer yasin jee doplo pat jam!
LOLOL saborrrrr je lerr pok cik uiii

=="

hmph.
tektap tahun sambut pun dengan cara yang sama jek.
paling takboleh belah tahun ni siap ade Konsert Suara Kami.
isk.
tak pasal jek aku google #soulkrazy
orang cakap kalau nak tengok negara in the future,
tengok generasi muda dia yang sekarang.

sigh.


semoga Allah berkati bumi Malaysia.
tetapkan hati pemimpin kami dalam iman.
tetapkan hati kami dalam iman.
jangan lah Kau tarik nikmat iman dan islam daripada kami ya Allah.

ameen

07/09/2011

hari raya 2011


 beraya rumah Pipah ku sayang dapat habuan novel-novel yang best!
raya tahun ni dapat jumpa kawan-kawan lame.
dapat jumpa Puan Khairani yang dah pun jadi isteri orang,
Cik Shaqifah yang dah fly ke Koreaaaaaa,
Cik Nadia yang baru je balik dari Sabah bha,
jumpa Cik Salwa Cheria yang dah pegang shark.
(seriyes beliau pegang shark, dan aku baru tau Mesia ade shark LOL. aku ingat Shark dalam KL Gangster je HAHA LOL lagi)
jumpa Cik Julia yang makin cun sekarang phewit baju raya dia satu set o0o0o~
jumpa Puan Zana dan suami dan anak-anak nya Iskandar dan Umar,
jumpa Encik Akmal yang rupanya lagi tinggi dari Cik Pipah.
oh.
yes.
jumpa Cik Pipah dan adik beradik beliauu selama dua hari beturut turutt!
jumpa Cikgu Naziha! beliau adelah Guru Cemerlang tau!
i [heart] you Cikgu Nazihaaa~
beliau adelah cikgu yang wajar dijadikan contoh kepada bakal guru sekalian.
contohnya Cikgu Wan Nur Hanisah.
mesti jadi cikgu berwibawa macam Cikgu Naziha!

eh. sedare mare pun mesti lah ade jumpe juge.
jumpa adik sedara Umar dan Amar.
teehee Umar mukanya same jek cam Atuk Sarip!
lepaih tu mestilah jumpa si Haiqal ngan Hafiy.
oh tak lupa juge si Yoyot atau name sbenor nya Iqram Dinzly.
memang kena sakat je lah budak-budak tu jawapnyeeeww.
kih kih kih.

tadi dengar ustaz dalam Madrasah tu dia cakap,
ade enam benda yang kita disunnahkan untuk bergembira.

pertama
pada hari raya

kedua
pada hari kita menikah. ehem.

ketiga
bila jumpa sahabat lame yang kita memang dah lame benor tak jumpe

keempat
mase kita pegi kenduri walimah

kelima
bila jumpa baby baru lahir

keenam
err.. gua lupa sudah. tsk.

oke lah.
tu sajew.
apehal gedix ade www nih?

01/09/2011

komplikated betui jadi pempuan zaman sekarang.

sejak-sejak raya ni, wahh shiok betei meng-ushar orang. teehee. tak kira lah pempuan ke, lelaki ke, semua gua bantai ushar. saje, tengok pesen orang. orang ni macam-macam pesen ade.

tapi yang gua paling tak tahan pesen lilit tudung zaman sekarang. peh. seriyesli, gua memang kalah ar ngan adik-adik pempuan zaman sekarang. melawo bukan main! mase dok kat r&r pagoh semalam, ade lah sekumpulan budak-budak pempuan, lagi rendah dari gua yang memang rendah ni, pehh seme pakat lilit tudung masing-masing. memang gua ushar habeh ar, kih kih kih. dalam hati gua agak budak-budak ni paling koman pun form one. aduhai. kecik kecik lagi dah jadi mangsa fesyen. gua doakan besok lusa diorang besor sikit, diorang pakat  pakai tudung lebor sikit.

cakap pasal tudung lebor ni. ehem. gua seniri pun belum lagi bertudung lebor. ehem. doa-doakan gua terbukak hati nak bertudung lebor. berniqab ke. hehe. hati tu nak, tapi still takde inisiatif nak bergerak ke arah itu. bila tengok tudung-tudung zaman sekarang memang gua salu doa, harap jangan laa gua terpengaruh ngan tudung-tudung tu. huhu. eh mintak maap yeh, ini pendapat peribadi gua, gua tadek niat bajet bagus ke hape, tapi gua rase tudung-tudung pesen ni bukan gaya gua ar. gua main bawal jekk. hehe. setia pada bawal hitam. bior ler orang nak kate gua ni tak habeh-habeh tudung hitam, gua tak hairan ar bro. gaya macam ni la baru lah orang buleh cop gua sebagai minah-bawal-hitam. baru lah unik. hehe.

selain daripada ke arah tudung lebor, gua jugak ade menyimpan hasrat nak berstokin kaki. kweng kweng kweng. kaki pun aurat ui! actually gua memang dah ade sepasang stoking kaki. hadiah daripada sorang hamba Allah yang gua kenal gitu-gitu aje. oke la. kalau gua dah pakai betui-betui nanti hamba Allah tu dapat jugak pahala, inshaallah! hehe. adik bongsu gua pun sejak dia dengor Sheikh Muhamad Nor Mansur al-Hafiz kat Redio Perak tu cakap pakai stokin kaki tu wajip, dia pun dok sibuk Along pakai stokin kaki! Mama pun kena pakai! tsk. tapi alhamdulillah lah, ade juge yang mengingatkan. :)

masa raya hari tu, Puan Mama ade beli kan baju kurung cotton. peh bila pakai rasa best jek. lepas Puan Mama balik dari Saudi, beliau dok cakap kat gua, jom Along kita pakai jubah. takpayah pakai seluar-seluar ni. heh. gua bab jubah ni lomah sikit. bukan ape, kurang inci lah kata kan. macam takde jek jubah untuk gua. so Puan Mama je lah yang berjubah, ber-abaya. alhamdulillah. cuma ye la, orang Malaysia ni tak biasa lagi nengok orang pakai macem tu, so bila Puan Mama pakai macam tu, semua orang dok ushar beliau baekk punya. haishh bagi sedebik baru tahu! payah betul jadi orang Malaysia, pakai ketat-ketat orang ushar, pakai abaya pun nak ushar jugak? pelik sungguh!

oh. gua nak cerita pasal baju kurung sebenor nya. hm. lepas pakai baju kurung cotton tu semalam, gua cakap sama Puan Mama, lepas ni Along nak pakai baju kurung je lah. pehh Puan Mama pun ape lagi, memang menyokong seratus peratus! lepas tu beliau mula la nak memuji-muji baju kurung ni cantik, sopan, tutup aurat semua. hehe. fyi, gua adelah orang yang paling tak suka pakai baju kurung dulu. sampaikan kenduri pun gua bantai tshirt. Puan Mama memang cop gua sebagai penghapus budaya berbaju kurung hihi. sekarang ni bila dah berumur (cewah cewah), baru lah sedar yang sebenarnya lagi molek pakai baju kurung. ingat nak pakai blaus, tapi payah jugak nak cari saiz blaus. tshirt pulak, peh tshirt zaman sekarang bukan main lagi. ibaratnya macam nak tunjuk segala bentuk yang ade. isk isk. gua beli tshirt bukan nak balut aurat, gua nak tutup aurat, bro!

orang cakap benda baik tak baik tangguh-tangguh. eh kejap. selalu orang sebut ayat ni kat orang yang nak kawin je an? HAHA. ehem. gua harap lepas gua tulis kat sini, gua dapat kekuatan nak buat semua hasrat hati gua tu. doa kan gua. kalau rasa nak pahala lebih buleh la kasik hadiah tudung lebor satu, stokin kaki satu, baju kurung sepasang, kat gua ni. hihihi. gurau jek. maaf kan segala salah dan silap gua. hari baik bulan baik ni jom lah kita saling memaafkan. halalkan makan minum gua. maklum lah, gua ni memang suka kebas makanan orang hehehe jadi harap lu orang semua halalkan makan minum gua tu. dah jadi darah daging ni weh! gua doakan sape-sape yang baca gua punya random rants ni semoga diberkati Allah selalu inshaallah ameen!

oh ya, salam aidilfitri dari Syuhada dan famili. Assalamualaikum! :)

25/08/2011

Biskut Coklet From Tronoh With Love HAHA

teehee. poyo jek from tronoh with love tuh. sila abaikan. kali ni ahkak nak bajet Chef Wan sikit, konon-konon terel la wat biskuit nih, kih kih kih. ini adelah disebabkan permintaan ramai (ceh, padahal dua orang je) yang nakkan resipi biskut coklet yang ahkak salu bawak balik UPM bila hari raya tu. biskut coklet ni memang biskut wajip dalam famili ahkak. tiap-tiap tahun mesti buat.

oke tanpa membuang mase. kepada Alijah Sukadi dan Darmawati Awang, here goes the recipe!

---------------------------------------
Resipi dipetik dari ANEKA BISKUT MODEN (Selenggaraan Puan Sa'adiah Mohamad; Terbitan ALAF 21 SDN BHD)

bahan-bahan:

336 g tepung gandum
196 g mentega (bese aku guna Planta)
168 g gula kastor
3 sudu besar serbuk  koko (bese aku guna Van Houten)
1 bijik kuning telur (dan putih telur jangan buang)
1 sudu kecik serbuk penaik
1/2 sudu kecik esen vanila (lebih pun bolehh. bagi hilang bau telur!)
chocolate rice ikut suka hati dan cita rasa masing-masing.

cara-cara membuatnya:

ayak tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik dalam bekas. ala salu aku ayak atas sokkabo jek, tak pakai bekas pun, hehe. tapi sokkabo bersih ler. jangan amek yang tak bersih pulok. lepas siap ayak, letak tepi.

pukul kuning telur ngan esen vanila. lepas tu masukkan mentega ngan gula kastor. pukul bagi kembang. buku cakap sampai berkrim.

lepas tu baru masukkan bahan-bahan yang dah diayak tadi. gaul sebati. 

lepas tu canaikan aduan tadi. canaikan, agak agak ar, tokleh tebal sangat nanti dia kembang. kalau nipis pun tak best jugak sebab nanti dia tak jadi berlapis-lapis. so agak-agak sederhana la. cewah cewah.

lepas tu terap pakai acuan yang korang suka. sapu putih telur atas dia, baru tabur chocolate rice ikut cita rasa masing-masing, nak banyak ke, nak sikit. tabur sebelum putih telur tu kering, kalau tak nanti chocolate rice tu takmo lekat.

macam biasa lah, biskut tu kena susun dalam oven tray yang dah disapu planta. tujuan sapu planta - supaya dia tak lekat masa nak angkat. hehe. susun biskut atas tray tu pun kena agak-agak, tokleh dekat sangat sebab dia ade possibilities untuk mengembanggg.

bakar dalam oven dengan suhu 170 darjah celcius! aku tak ingat la bape minit tapi nanti aroma dia naik, pehtu tengok kaler biskut tu. korang dah biasa tengok biskut yang aku bawak tu, mesti boleh agak kan? agak-agak dah masak tu keluarkan lah dari oven. 

----------------------------------------

hehe. actually aku lom stat wat kuih raya lagi. nanti bila dah stat wat, aku uplod gambo. aku pun lupa satu adunan buleh dapat berapa ketul. biasa kalau kat rumah, kitorang wat tiga adunan, so kali tiga la semua bahan-bahan kat atas tu. ye la, satu adunan bukannya banyak, sekali hadap pun buleh habeh, heheheh. dasar buruk lantak, biasalah. tapi untuk first try baik satu adunan je dulu. nanti dah jadi buleh tambah lagi, tak gitu?

selamat mencuba ya Cik Jah dan Cik Darma! senang jek. konfhem jadik, inshaallah!

13/08/2011

alkisah Bachelor Pertanian Sains Ternakan (Part II)


Salaam alaik.

kali ni saya mahu membebel pasal Sains Ternakan lagi. jadi kepada sesiapa yang berkenaan dan yang mahu ambil tahu, boleh lah terus baca, tapi kalau yang rasa bosan minah-ni tak-habeh-habeh-dok-promote-kos-dia-bajet-kos-dia-ni-baguih-sangat, boleh la melompat ke blog-blog lain. teehee. :D

kali ni akak (akak la pulekkk) mahu kongsi sama adik-adik sekalian pasal beberapa tips yang boleh digunapakai bila dah masuk universiti nanti. teehee. bajet macam berjaya sangat pulak nak share tips, ek? takpe takpe. korang layannnnn jeee.. harap-harap some of them are useful to you guys. oh btw, wahh. ramai jugak adik-adik yang dah ade blog seniri yeh? macam Shyafiq, Amirah, Shidah, ngan Muezz. bhahaha rajen gila aku stalk blog budak-budak neh T__T oh ya, sorang lagi yang dah terjumpa blog ni, Hafishah, tapi dia takde blog kot? hah, berkenal-kenalan lah kau orang samua. mane tahu buleh jadi geng, an? ;)

kita teruskan dengan tips-tips yang mungkin boleh digunapakai.

#1: tidak memasukkan video atau gambar yang diambil semasa dalam kelas dalam mana-mana laman sosial, blog atau lain-lain.
heh. cerita nya macam ni. salah sorang kawan akak dah masukkan video kitorang semelih arnab dalam kelas amali Meat Science ke facebook dia. biasalah, kita ni bukan nya diam je time kelas. so time tu kitorang memang bising-bising, gelak-gelak, sambil tu ade yang cakap, "die rabbit, die." nak dijadikan cerita, video kawan akak tu dah tersebar sampai ke London, diorang punya aktivis Animal Rights dah ter-tengok video tu. hah kau. memang dia serang la kawan akak ni. dia anta mesej. dia buat group kat facebook. dia call UPM. sampai semua lecturer pun tau. orang atasan UPM pun tau. yang tak best nya aktivis ni siap ugut pasal Islam and blablab. peh memang kecoh ar time tu. kitorang sume pun rasa besalah gila babas. akak pun sama dua kali lima dah masukkan video dalam blog (klik sini), mujur time tu tak ramai readers, so ilek je ar. jadi dengan ini akak nasihat kan, kalau nak tunjuk apape video atau gambar, make sure gambar tu gambar yang sopan. no darah-darah. no semelih-semelih. oke? gambar yang sesuai untuk tontonan umum tak kira latar belakang agama, bangsa, pendirian pemakanan (vegan atau all-i-can-eat-type-of-people), dan lain-lain. kalau boleh elakkan lah masuk kan gambar. haha. tapi blog akak ade je gambar. tu pun lepas fikir lapan kali nak letak ke tak. tapi semua gamba sopan-sopan je la. takde la ngeri sangat. hah. pandai-pandai lah korang pilih gambar/video. akak harap jangan la kes tu jadi lagi. oh ya. kalau upload kat facebook pun make sure privacy dia kasik strict sikit. takut nanti sampai kat minah vegan europe, haaa habeh la kena facebook korang kena ambush.

peh. panjang lebor cerita nya! kita move on ke tips kedua. :P

#2: jangan main-main banyak sangat masa semester pertama-kedua-ketiga-keempat-eh-semua sekali-lah!
hehe. akak dulu blajar rilek-rilek je. bila dah lepaih exam baru lah rasa ralat kenapa lah tak stadi betul-betul? walaumacamanapun alhamdulillah, overall cgpa akak 3.704, lagi sikittttttttttt je nak dapat first class degree honor. sobs. diingatkan. UPM ni kedekut sikit. universiti lain 3.50 dah dapat first class degree honor, UPM kena dapat 3.75 and above! tsk. lagi 0.046 jek nak first class honor. sobs. memang lah kalau ikut kan kecewa dah lama hantuk kepala ke dinding, tapi tu la alhamdulillah akak takde lah kecewa sangat. sebab sampai situ je usahanya. mungkin sebab banyak 'leka' masa kat universiti dulu, tu yang jadi tak sampai first class degree honor tu. takpe lah. yang penting ilmu nya kita dapat. anugerah dekan ke hape ke tu kira bonus saguhati.

heh.

balik kepada main point. oleh sebab itu akak nak ingatkan, kalau nak dapat first class degree honor (hey kalau ptptn diorang terus cakap tak payah bayar duit pinjaman tau kalau dapat first class honor ni!), make sure skor masa sem awal-awal. macam akak dulu cgpa permulaan adelah 3.555, lepaih tu naik sikittt je jadi 3.569. heh. hampeh betui. hidup takde peningkatan. so pendek katanya pandai-pandai lah korang susun strategi blaja supaya dapat maintain cgpa. elakkan B (dan ke bawah). sebab B (dan ke bawah) adelah penyebab cgpa jatuh. cgpa ni hampeh, kalu naik ciput je, tapi kalu jatuh, bukan main banyak lagi dia nak jatuh. so, berusahaaaaaa!

#3: blaja-blaja jugak, ko-kurikulum jangan dilupakan.
ini lagi satu perkara yang paling penting. kalau korang nak tahu, masa korang grad nanti akan ade beberapa anugerah yang korang buleh rebut, dengan syarat cgpa kena bagus. antaranya Pingat Emas Canselor, Anugerah Pelajaran Di Raja, Pingat Emas Alumni, Pingat Yayasan Pak Rashid, Pingat Emas Prof Emiritus Tan Sri Rashdan Baba, Hadiah Agrobio, dan Hadiah Syed Kechik. akak masa mula-mula dulu memang tak tau pun pasal anugerah-anugerah ni, tup tup bulan lepas orang UPM call, cakap akak tercalon untuk dapat anugerah. peh. seronok tau! sekali kena isi borang ko-kurikulum. heh. itu yang den lomah tu. isi punya isi, adoiyai punya lah sikit aktiviti koko. isk buat malu jek! pengajarannya, make sure korang ade melibatkan diri dalam kepimpinan, kerja-kerja amal dan kebajikan, sukan, aktiviti menguji ketahanan fizikal dan mental, ngan program kebudayaan dan kesenian. at least satu untuk setiap kategori cukup lah. kot? akak dulu tak tau. mane la akak nak join benda-benda yang kolej buat. lagi-lagi sukan dengan kebudayaan. memang harapan ar akak nak join. sekali time isi borang pencalonan anugerah diorang nak semua tu. hmmpp. mula lah rasa nak nyanyi lagu, andai dapat, kuundurkan putaran dunia~ HAHA. anyway akak redha je. kalau dapat, memang wow ajaib gila. kalau tak dapat tu memang logik lah. hehehhh.

err.. oke lah cukup dulu sampai sini. tiga tips yang akak rasa paling penting untuk diingatkan. next akak nak cerita sikit pasal etika berpakaian sebab Amirah ade tanya pasal tu. dan mungkin ade lah sikit-sikit tips pasal benda lain. ini baru sikit. baru pasal basic tips je. belum pasal ladang dan blablab. pasal transportation. amboi banyak nya yek nak cerita? tak surprise pulak korang masuk UPM nanti sebab akak dah cerita kat korang. hehehe. tak kesah lah, yang penting akak harap ape yang akak cerita ni beneficial untuk korang. cukup dulu takat ni. dah dah p ngaji, buat solat sunat! kumpul pahala banyak-banyak!

oh ya. panggil akak, Kak Ada je cukup. hehe. tapi panggil nama penuh Syuhada tu pun lagi bagus.

thank you for reading.

12/08/2011

pengajaran dari Ramadhan

Hai orang-orang beriman,
diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu
agar kamu bertaqwa
[2:183]

Salaam alaik. bulan Ramadhan tiba lagi. setiap kali ramadhan, konfhem femes ayat 183 Surah al-Baqarah, kan? bulan yang Allah kurniakan rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka. inshaallah, saya doakan semoga segala amalan kita ditulis pada buku amanah saham sebelah kanan kita, dengan harapan kita dapat menebus saham kita tu untuk ke syurga idaman, ameen 

oke lah. straight to the point. sekarang jam laptop saya 15:05. perut dah mula kriuk kriukk laporr. isk isk isk. lepas tu terus baring. dok baring tu, teringat mesej Ayah, "ingatlah mereka yg malang cth: kebuluran di somalia."


heh.

terus bangun.

fikir.

saya tiap-tiap hari puasa. nama pun puasa, memang adat lah rasa lapar, kadang-kadang sikit je lapar, kadang-kadang lapar macam budak baru blajo puasa. saya puasa baru sebulan je. tigapuluh hari je pun. dok kecoh lapar, lapar.

bila tengok budak-budak Somali, subhanallah.. lagi kasihan. diorang bukan takat puasa dalam bulan Ramadhan je, diorang terpaksa berpuasa dalam bulan-bulan lain jugak. sebab tak cukup makanan. kalau tengok dalam berita (read: daripada Google ya, bukan Buletin Utama) diorang sebut 'famine in Somalia'. apebenda famine? feline saya tahu lah! atau canine! rupanya famine tu EXTREME SCARCITY OF FOOD. [terimakasih kepada subjek Ekonomi yang diajar oleh Dr Syafiq - saya tahu ape makna SCARCE].

gulp.

saya ade cakap dengan Mama baru-baru ni, rupanya Somalia ni tak habeh lagi masalah kebuluran! ingatkan dah okey, sebab dalam tivi macam dah tak tunjuk pun pasal diorang? isk isk isk malu ar weii belajar tinggi masuk u tapi tak tahu pasal Somalia masih lagi kebulorr! lalu Mama pun jawap, itulah sebab Ayah beriya-iya nak subscribe package news. kat berita luar negara memang hari-hari diorang tunjuk pasal Somalia. memang kesiannn benor nengok nyer..

seingat saya, masalah Somalia ni dari zaman saya sekolah rendah lagi. dulu dulu tak tahu apape, tak reti nak amek iktibar. sekarang pun masih ignorant sebab tak tengok berita dunia. sila hantuk kepala ke dinding sekarang. semalam tengok Awani (nasib baik ade Awani), haaaa kauuu.. baru nampak budak Somalia dalam tivi. dah la masa makan. rasa bersalah je. kita kat sini makan mewah-mewah, tapi saudara seislam kita kat Somalia terpaksa puasa siang dan malam tujuh hari seminggu tiga puluh hari sebulan tiga ratus enam puluh lima hari setahun!

sobs. dah tak lapar dah. let us pray for Somalia. for Palestine. for our beloved Malaysia. and pray for the world. 

alkisah Bachelor Pertanian Sains Ternakan

Salaam 'alaik!

hari ni saya mau cerita pasal kos Sains Ternakan (lagi). ini berikutan ade dua orang adik yang berjaya (!) dapat kos Sains Ternakan dan diorang nak tau lagi lanjut pasal kos ni. Shyafiq ngan Amirah. bersemangat betul diorang google pasal Sains Ternakan. yang si Shyafiq pulak lagi hebak, siap menghantui kotak mesej blog, kotak mesej facebook, sebab nak tahu sangat pasai kos nih, hehe. over la tu kan sampai menghantui? akak gurau jek, saje bagi ayat gempaq sikit, jangan amek hati yeh? ^^

pertama sekali akak nak cakap, adik-adik, takmo risau. kos ni takde lah susah sangat (ini ayat tipu, saje nak sedapkan hati korang. *evil laugh*) and i think one word can describe the course very well - FUN! i mean, SERIOUSLY FUN! sebab apa? haa rasa lah sendiri baru betul-betul FUN! hehe. adik-adik, tak perlu risau-risau, sebenarnya tak kira lah kos ape pun kita amek, mesti ade bahagian yang susah. jadi yang akan menjadikan benda susah tu senang ialah cara kita berdepan dengan benda tu. ehem. *clear throat*


Sains Ternakan vs Perubatan Veterinar
tidak dinafikan, masyarakat kita selaluuuuuuuu menganggap Sains Ternakan = Veterinar. berdasarkan pengalaman, bila kita cakap kita amek Sains Ternakan (bahasa inggerisnya Animal Science); respon yang akan diterima ialah, "ohh jadi dokter haiwan lah ni!" dan setiap kali itu lah jugak kita kena gigih terangkan "ehh bukan jadi dokter, tapi jadi farm manager. saya tak belajor pasal mengubat penyakit macam dokter vet tu, tapi saya blajo cane nak menguruskan ternakan." akak yakin, korang pun akan menghadapi situasi yang sama, so setiap kali jadi macam tu, jangan malu-malu nak mengaku yang kita memang takkan jadi dokter haiwan. cakap je nanti jadi pengembala kambing. eh okay ape pengembala kambing, sama dengan Nabi Muhammad tau! haa bukan senang nak dapat kerja yang sama dengan Nabi Muhammad, hehe. berbalik kepada main point, Sains Ternakan lebih kepada macam mana nak manage, nak handle haiwan ternakan, bermula dari saat dia lahir, sampailah dia melahirkan anak dia pulak, and the cycle continues forever. pendek kata, kos ni merangkumi semua aspek kehidupan seekor haiwan ternakan - termasuk lah ruminan dan bukan ruminan. berbanding dengan dokter vet, diorang belajar pasal penyakit haiwan dan cara-cara mengubati - termasuk haiwan ternakan dan haiwan peliharaan. sebenarnya takde soal siapa lagi besar dari siapa, siapa lagi hebak dari siapa, tapi sebenarnya antara penternak dengan vet kena ade kerjasama erat. memang lah the best part kalau amek vet ialah, blajo 5 tahun terus ade gelaran Dokter. Dr Syuhada Adros contohnya and you guys can call me Dr. Ada. :P

Semua senyum gembira.

"saya amek Sains Ternakan sebab saya malas mahu belajar macam dokter"
HAHA yang iye nye pointer masa matrix dulu tidak melayakkan diri nak jadi dokter - 3.23 jek - dokter hape kebendanya! hehe. masa akak isi UPU tahun 2007 dulu, pertama akak pilih universiti yang tak terletak diceruk pedalaman dan terletak di negeri yang dekat dengan Perak sebab akak seorang yang selalu tidur bawah ketiak mak jadi tak mahu duduk jauh-jauh dengan mak. T__T konfhem lah universiti pilihan ialah universiti yang terletak kat negeri Selangor - UM, UKM, UPM. memandangkan pointer matrix yang tidak boleh dibanggakan langsung, akak rasa akak layak masuk UPM sebab dengar cerita UM dengan UKM cuma amek orang-orang hebak, jadi akak jadi rendah diri sebab pointer tak cukup hebak, sobs. so masa browsing kos-kos yang ditawarkan UPM, kat Fakulti Pertanian ade Sains Ternakan, Akuakultur, Sains Pertanian, Hortikultur, ngan Perniagaan Tani. perkara pertama akak fikir bila nampak Sains Ternakan, "amek Sains Ternakan je lah, mesti blajo cane nak ternak ayam, ternak kamben, mesti senang, mesti tak heavy sangat. lagi pun benda tu boleh buat bisnes lepas blajo nanti kalau-kalau takde koje!" ya, akhirnya akak letak Sains Ternakan sebagai pilihan kedua sebab yang pilihan pertama akak gatai tangan pegi letak Bioteknologi UKM - yang memang dari awal lagi akak konfhem takkan dapat. so dengan mengabaikan Bioteknologi UKM yang diletakkan secara sengaja kat atas sekali dalam senarai lapan pilihan universiti, Sains Ternakan adelah pilihan pertama akak - dan alhamdulillah akak dapat! ^^

Ahh nostalgic. Baru selesai bentang FYP ni.

ternyata dont judge a book by its cover tu betul - dont judge a course by its name!
hehe. ni part yang korang taknak dengar baca ni. bila dah stat blajo, dah bertaaruf dengan Anatomi dan Fisiologi Haiwan, peh baru lah hati berkata, dalam dunia ni mane ade benda senang. bunyi je macam kampung, Sains Ternakan, tapi, subjek dia bukan calang-calang. ade satu entri akak cakap pasal Sains Ternakan ni mencabar jugak, dan senarai sabjek yang kena amek tiap-tiap sem boleh klik page Geng Ternakan kat ateh tu. tapi macam yang dah disebut awal-awal tadi, yang jadikan benda susah tu senang ialah cara kita handle benda tu. kalau dah tahu lemah anatomi dan fisiologi, banyak lah buat revision, tanya kat Dr Hilmi, (mind you, he might look like your atuk, but his knowledge on anatomy and physiology, especially muscles, adelah seperti di hujung jari sahaja! tabik spring sama Dr Hilmi!) dan buat stadi group. belum kalkulus lagi. T__T masa dulu selalu tak puas hati kena nak bela ayam/kambing pun kena blajo dy/dx dan pengamiran. memang tak faham betul. tapi itu adelah kehendak universiti jadi kena lah ikut, kalau tak, tak boleh grad. lepas tu blajo accountancy ngan marketing. memang agak tensi bila kena buat cash flow, IRR, err ape lagi tah. tapi bila fikir balik, untuk menjadi usahawan ternak yang unggul, kena lah tahu semua tu! lepaih tu blajo pasal information technology pulak. isk isk. tiap-tiap minggu ade assignment kena hantar. dah la kelas IT tu malam, bulan puasa, memang menguji kesabaran betul. mujur lecturer kensel semua kelas masa ramadhan, HAHA. tapi bila fikir balik, penting sbenarnya seorang penternak unggul blajo bab IT ni, sebab ye lah, nanti ladang dah besor, takkan nak pakai file hitam tebal tu jek? kena lah key-in data dalam komputer. ehe. ladang besor? berangan lah pulak.

Korek rektum lembu untuk check its pregnancy stage.

tapi takde lah susah macam nak mati. cuma nak rasa susah sampai nak tidur je.
hehe lepas tu bangun balik sambung stadi. :D satu kelebihan amek kos ni ialah sebenarnya takde lah tension yang sangat. hujung minggu ramai-ramai pegi bersihkan reban ayam, cuci tahi. kalau amek Sains Tenusu, kena pegi perah susu lembu. pengalaman akak perah susu lembu ade kat sini (Part I) dan sini (Part II). kalau amek Sains Pastura kena tanam rumput, lepaih tu gilir-gilir pegi siram. lepas tu kena ramai-ramai pegi harvest. best ape pegi ramai-ramai. dengan kawan-kawan. lepas tu dok mengena kan orang. buli sana buli sini. err bukan lah maksudnya buli macam tumbuk-tumbuk tu, dakk. tapi buli macam gurau-gurau kasar manja gittew. tu kalau batch akak la. batch korang mungkin sopan-sopan kot, takde lah macam tu. :P di sini lah penting nya semangat berkawan, amek kos ni memang tok ley jadi kera sumbang, kena baik ngan sume orang, tapi jangan lah baik nak amek kesempatan pulok! ish ish tak baik macam tu taw! belajar ni kena rilek je, tapi jangan rilek sangat. masa belajar kita belajar betul-betul, masa kat ladang kita buat betul-betul. bila hujung minggu kita enjoy bekerja. baru lah shiok! XD

Bela ayam kampung beramai-ramai

humm. banyak pulak akak tapi kali ni. ni cuma mukadimah je. HAHA. lenkali akak cerita what exactly yang korang akan belajar setiap sem. tapi tu lah, akak nak ingatkan ape yang akak lalui mungkin tak sama dengan korang. akak zaman 2007-2011. korang zaman 2011-2015, mungkin lain sikit. Jabatan Haiwan pun dah pindah ke Bangunan Agrobio kat area Pusat Ekuin UPM, betul-betul depan LDP. akak dulu blajo kat bangunan lama. korang kat bangunan baru. tapi akak tak tahu diorang bawak pindah sekali ke tak ladang kambing ngan reban ayam kat belakang Jabatan Haiwan yang lama tu? rasanya kambing ngan ayam tu semua pindah jugak. oh ya. dulu Fakulti Vet dengan Jabatan Haiwan sebelah-sebelah je, jiran tetangga. tapi sekarang satu dah kat area Fakulti Perubatan UPM, satu lagi dah kat Pusat Ekuin, masing-masing kat hujung dunia. T__T

bersambung ke episod seterusnya, cheh wah! Ramadhan Mubarak, yaw! ^^

22/07/2011

kawan-kawan saya datang melawat setiap kali saya sidai kain

salaam 'alaik! 

hehe.
hari ni nak cakap-cakap benda ringan jek.
benda bukan politik. cewah cewah.
benda bukan pasal industri ternakan negara. uhuk.
tapi pasal diorang ni,
pantang dengar aku bukak grill dapo nak sidai kain,
konfhem diorang datang menderu.
berlari nak serang aku sambil miaw miaw.
HAHA.
:P

Si Hitam, Si Mata Buta, Si Kuning Buruk, dan lain-lain.
belum campur Beckham lagi.
waahh bukan main lagi Beckham,
Mem Besor takde kat umah dia hari-hari pun balik mintak makan.


tengok lah, dua dua pun berebut nak makanan.
lepas bagi makan nanti Si Mata Buta tu je yang makan, Si Hitam tak.
T__T


oke byee
:D

11/07/2011

moral of the story: BERSIH 2.0

assalamualaikum rakyat Malaysia.

semoga kita semua dalam lindungan dan keberkatan Allah, inshaallah. :)

i've done a lotttt of readings. banyak artikel pasal BERSIH kalau nak baca semua pun memang tak larat. video pun banyak. sampai pening-pening nak tengok semua. tapi yang paling terharu sekali ialah bila saya tengok gambar, dan comments from people. dan ya, ade yang sokong BERSIH, ade yang tolak BERSIH. itu standed la kan, bukan semua orang share pendapat yang sama, rambut saja sama hitam tapi hati lain-lain!

pendapat saya cuma satu, seperti yang saya katakan tadi, rambut sama hitam tapi hati lain-lain, tapi itu tidak bermakna kita boleh menyekat pendapat orang lain. islam itu aman. islam menganjurkan keamanan. islam tidak ajar kita untuk kurang ajar dengan orang yang tidak sependapat dengan kita, tetapi islam mengajar kita untuk saling menghormati antara satu sama lain, despite of races or religion or whatsoever.

malang sekali, ape yang saya nampak dari BERSIH ialah komen-komen yang tidak membina, penuh carutan, makian, kata-kata kesat, yang bagi saya amat menyakitkan mata. menyedihkan, yang buat komen macam tu kebanyakan adelah saya kira muslim (berdasarkan namanya). sedih tau, kita orang islam adelah dituntut (tapi mungkin tak didedahkan dari kecik) untuk menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza pendapat. normal lah dia fikir lain, aku fikir lain. tapi jaga lah tertib bercakap. respect each other. lebih-lebih lagi kepada yang non-muslim.

namun begitu, saya bukan lah membuat sweeping statement bahawa semua muslim memberikan komen 'tidak membina', ade jugak segelintirrrr non-muslim begitu. tapi, jujurnya, yang membuka mata saya ialah sebenarnya komen dari non muslim. klik sini dan baca komen mereka. jujur, hati saya tersentuh. membaca komen tersebut menunjukkan seolah-olah non-muslim lebih sayang kepada negara kita, Malaysia, atau nama lamanya, TANAH MELAYU. jujur saya rasa begitu rendah hati. kerdil berbanding mereka. di mata saya, komen mereka adelah ikhlas dari hati. bagaimana pula komen anak muda muslim kita? masih banyak yang emosional. mengatakan BERSIH itu buruk dan sebagainya. malah ade yang melabelkan melayu dikudakan, melayu idiot, melayu itu melayu ini. oh, come on. yang bercakap itu pun tidak turun di perhimpunan tersebut, macam mana mereka tahu? ade mata-mata boleh terbang kah? fikirkan, bagaimana kita boleh bercakap dengan bahasa sebegini?

ya. saya akui raaaaaaaaaamai yang berselisih pendapat. ini pendapat saya. kita sepatutnya bukan memperjuangkan hak kebebasan bersuara, tapi kita sepatutnya mendidik dan memperjuangkan sikap MENGHORMATI PENDAPAT ORANG LAIN. lupa kan pasal hak kebebasan bersuara. lupa kan. lupa kan. tapi, tanamkan sifat menghormati pandangan orang lain, tidak kira lah orang itu muslim, atau non muslim. jika dia muslim, kita memang patut hormat mereka kerana setiap muslim adelah bersaudara. jika kita berselisih pendapat dengan non muslim jangan sekali kali mencerca mereka kerana setiap kita adelah daie kecil. maksud saya, duta islam kecil. ya. setiap kita adelah duta islam. kita membawa nama islam. sematkan islam dalam hati and i am hundred and ten percent sure we will respect other better.

oh. menggigil rasanya menaip hari ni. T__T saya pasti mereka yang turun BERSIH sangat sangat sangat sayangkan Malaysia sama seperti mereka tidak menyokong BERSIH. i believe our love to Malaysia is equal. so please please please, be wise when making any statement. biar lah orang lain buat statement bukan-bukan tapi let us just start the perubahan with ourselves. ya. ini peringatan untuk diri saya, diri anda, dan anda, dan anda, dan anda. dan anda juga. haha bila nak habis ni? oke oke lepas tu anda akan menasihati orang di sekeliling anda pula. wahhh itu baru lah mesej berantai yang bermakna!

sebagai penutup, lupakan persengketaan sebelum ini, kita tanamkan sifat hormat pandangan orang lain dan berfikir sebelum bercakap. tinggal kan emosi sebelum bercakap. ini semua adelah ingatan untuk diri saya terutamanya, dan saudara-saudara seislam saya yang lain. ouh, anda yang membaca ni non muslim? ya, anda juga rakan baik saya. saya sayang anda semua, percayalah.

sekali lagi sebagai penutup, jom daftar mengundi! eh tiba-tiba pulak. hehe. tapi serious, jom daftar mengundi.

oke lah cukup sampai sini. yang baik itu datang dari Allah, yang buruk dan negatif itu datang dari saya dan tegur saya, oke? sekian, terima kasih! 

08/07/2011

cabaran cikgu masa kini

Assalamualaikum.

penglibatan (?) aku dalam Hari Bersama Waris SMKSI semalam sedikit sebanyak membuka mata aku pasal ape yang terjadi kat sekolah sekarang. dan yang penting, aku tersedar betapa besaaaaaaaaaarrr nya cabaran cikgu zaman sekarang.

aku dan ibubapa yang lain dimaklumkan bahawa pihak sekolah mensasarkan seratus peratus lulus SPM tahun ini. ini adelah selari dengan pencapaian SPM pada tahun lepas, iaitu 99.4%. so for sure tahun ni kena target lebih dari tahun lepas kan? tu logik lah. tapi, Puan Pengetua cakap, ade empat orang calon SPM yang tak tahu membaca. ya tak tahu membaca.

aku tertanya-tanya, cikgu sekolah rendah deme ni dulu buat ape? tak ngajor ke? bior je ke? ate ke takkan le deme ni benak benor? kalau betul dia tak tahu membaca dari sekolah rendah, kenapa tak masuk program pemulihan? kenapa program pemulihan tak berkesan kalau dia dah masuk program tu? aku dulu masa darjah dua pernah masuk kelas pemulihan kat SKAUK. i mean by masuk is masuk and get in the class. sebab cikgu pemulihan tu cikgu kelas aku yang aku sayang, jadi aku ngan kawan-kawan saja masuk kelas pemulihan yang dia handle. ape diorang belajar? diorang belajar macam tadika (walaupun aku tak penah tadika, tapi aku rasa tadika macam tu lah kot?). aku masa tu kecik lagi, darjah dua. dalam kelas tu tak ramai. tak sampai sepuluh orang murid. sorang cikgu, Cikgu Ropidah Imas yeah i remember her name, she taught me to tulis huruf bulat-bulat. TERIMAKASIH CIKGU SEKARANG TULISAN SAYA BULAT-BULAT :'). okay cut the crap.

jadi, katakan diorang ni masuk pemulihan, kenapa diorang still tak pandai membaca sedangkan penumpuan seorang cikgu kepada seorang murid adelah lebih sebab kuantiti murid yang sikit? macam mana cikgu UPSR dia? cikgu PMR? macam mana bila dah SPM pun still tak boleh membaca? TELL ME WHYYY?!!

parents should NEVER left their children unattended!

adik aku jawap senang ja, mak bapak dia busy sangat, tak sempat nak tengok anak-anak. DING! maaf kan saya cikgu sekalian, saya terlepas pandang pasal tanggungjawap ibubapa. terimakasih kepada Adik Mie (hehe) yang mengingatkan pasal ibubapa. kenapa ibubapa terrrrlampau busy sehingga terrrrrrlupa yang anak-anaknya tak tahu ABC? isk. sebenarnya ibubapa tak boleh menyerahkan seratus peratus tanggungjawap mendidik kepada pihak sekolah. pada pendapat aku lah, yang jadi macam ni sebab ibubapa dah lepaskan tanggungjawap mendidik tu kat pihak sekolah. kepada cikgu.

semalam siap ade sorang bapak tu cakap, "sekolah ni tak bagus! menyesal saya hantar anak saya sekolah ni! cikgu tak buat kerja! cikgu tak pandai mengajar!"

itu adelah keluhan yang aku dengar sendiri daripada sorang cikgu aku yang memperkenalkan aku erti Fizik, Cikgu Naziha. Cikgu Naziha, i [heart] you, Cikgu! macam mana ayat macam tu boleh keluar dari mulut seorang ayah? kalau encik ayah tu adelah seorang ayah yang hebat, oke fine takpe dia nak salahkan sekolah. dari apa yang aku tengok, cikgu-cikgu ni ade saja usaha diorang nak mencurahkan ilmu diorang. diorang tak penah nak kedekut ilmu. berkorban masa petang, berkorban cuti weekend buat kelas tambahan. macam tu dia boleh kata cikgu tak mengajar? in my very humble opinion, first thing yang kita patot persoalkan bila kita tak dapat archive sesuatu ialah diri kita sendiri. adekah kita sendiri dah cukup usaha? kita sendiri dah cukup ikhtiar? kita dah cukup doa? dah cukup tawakal? ayat macam tu pada aku memang tak seharusnya keluar dari mulut sesiapa pun. siapa kita nak judge orang lain tak buat kerja ke hape ke? kerja-kerja judging ni kita patut serah kat Allah semata. kita tak layak nak judge orang lain, sebab kita sama-sama hamba Allah. see? HAMBA.

sebab tu aku berpendapat, cikgu zaman sekarang ni cabarannya lagi besarr. dari hal murid/pelajar, tuntutan dari pihak atasan, karenah ibubapa, urusan rumahtangga sendiri lagi. peh kalau nak cakap satu-satu cabarannya memang sampai bila pun tak habis. dan benda ni cikgu tak boleh handle sorang. kena ade kerjasama erat antara ibubapa dan cikgu. lagi pun semua orang pun tahu pendidikan pertama bermula dari rumah. RUMAH. bukan sekolah. dari ibubapa. bukan cikgu. dan rumahtangga mesti dibina dengan cara yang betul sejak dari first step lagi: iaitu ketika mencari calon untuk membina rumahtangga bersama, dan perlu diingat kan dalam masa yang sama kita sendiri terlebih dahulu kena jadi orang yang bagus untuk mencari/mendapatkan pasangan yang bagus. semuaaaaaa benda yang kita buat, yang ade sekeliling kita akan membentuk kita jadi apa. jadi cari acuan yang baik supaya keluar dari acuan itu juga yang baik-baik inshaallah. eh ape dah jadi macam topik rumah tangga pulak nih? hehe.

jadi sebagai penutup, doa aku satu je kepada cikgu-cikgu sekalian, semoga semangat mengajar kalian tak pernah padam. semoga usaha kalian sentiasa diberkati Allah. ingat, Allah tak pandang pada apa hasilnya, tapi Allah nilai pada usahanya. maka berusahalah wahai cikgu. sekali lagi, aku doa supaya cikgu-cikgu kat Malaysia ni diberi kekuatan, semangat dan usaha yang gigih dalam mengajar. seriyes aku kagum dengan sape-sape jadi cikgu kalau macam ni gaya cabaran zaman sekarang.

berusahalah cikgu sekalian!

05/07/2011

A TRUE MUSLIM LEADER

taken from zarahumaira's tumblr. :)

Once Umar (Radhiyallahu Anhu), during his caliphate, was going on his usual rounds towards Harrah (a suburb of Madinah) with his slave Aslam, when he saw a distant fire in the desert. He said, “There seems to be a camp. Perhaps, it is a caravan that could not enter the town due to night fall. Let’s go and look after them and arrange for their protection during the night.”

When he reached there, he found a woman and some children. The children were crying. The woman had a pan of water over the fire. Umar (Radhiyallaho Anho) greeted her with salaam and, with her permission, went near her. (The woman didn’t recognize that it was Umar).

Umar, “Why are these children crying?”

The Woman, “Because they are hungry.”

Umar, “What is in the pan?”

The Woman, “Only water to soothe the children, so that they may go to sleep in the belief that food is being prepared for them. Ah! Allah will judge between Umar (Radhiyallaho Anho) and me, on the Day of Judgment, for neglecting me in my distress.”

Umar (weeping), “May Allah have mercy on you! How can Umar know of your distress?”

The Woman, “When he is our Amir, he must keep himself informed about us.”

Umar (Radhiyallaho Anho) returned to the town and straight away went to the Baitul Mal (House of Charity) to fill a sack with flour, dates, fat, and clothes, and also drew some money. When the sack was ready, he said to Aslam, “Now put this sack on my back, Aslam.”

Aslam, “No please, Amir-ul-Momineen! I shall carry this sack.”

Umar refused to listen to Aslam, even on his persistent requests to allow him to carry the sack, and remarked, “What! Will you carry my load on the Day of Judgment? I must carry this bag, for it is I who would be questioned (in the Hereafter) about this woman.”

Aslam most reluctantly placed the bag on Umar’s (Radhiyallahu Anhu) back, who carried it with a swift pace right to the woman’s tent. Aslam followed at his heels. He put a little flour and some dates and fat in the pan and began to stir. He blew (with his mouth) into the fire to kindle it.

Aslam says, “I saw the smoke passing through his thick beard.”

After some time, the pottage was ready. He himself served it to the family. When they had eaten to their fill, he made over to them the little that was left for their next meal. The children were very happy after their meal and began to play about merrily.

The woman felt very grateful and remarked, “May Allah reward you for your kindness! In fact you deserve to take the place of Khalifah instead of Umar.”

Umar consoled her and said, “When you come to see the Khalifah, you will find me there.”

He sat for a while at a place close by and kept on watching the children. He then returned to Madinah. On his way back, he said to Aslam, “Do you know why I sat there, Aslam? I had seen them weeping in distress. I liked to see them laughing and happy for some time.”

Source: From the book “Stories of the Sahaba” by Shaikh Muhammad Zakariyya Kandhalvi.

----------------------------------------

aku tertarik dengan ayat Umar, What? Will you carry my load on the Day of Judgement? I must carry this bag, for it is I who would be questioned (in the Hereafter) about this woman.

sekadar ingatan untuk kita bersama. 

23/06/2011

Kelas Ustaz Azmi

JANGAN jadi orang yang tak mahu lansung ke majlis ilmu.
pesan Luqmanul-Hakim - singgah la ke majlis yang ade sebut nama-nama Allah, mana tahu Allah turunkan berkat masa tu. elakkan singgah ke tempat maksiat, takut kalau-kalau Allah turunkan bala masa tu..

sunat tunggu anak lelaki si mati supaya dia dapat mengimamkan solat jenazah. para lelaki sekalian, jika mahu jadi lelaki hensem dan ohsem dunia akhirat blaja-blaja la solat jenazah. jangan nanti nak solat jenazah ade yang bentang sejadah puleee. T__T
EMPAT golongan yang sedang menunggu kita: Tan Sri Izrail, Pengurus Jenazah, Encik Ulat dan Cacing, dan waris-waris (yang tiada ilmu - sibukkan pasal harta kita je)

pendidikan islam itu bermula dari episod pencarian suami/isteri lagi. ustad kata, orang sekarang ni hantaran kepada pempuan RM22222.22; tapi pandai masak 2 jenis jugak - nasik dan telur goreng. wuwuwuwu. terasa i taww. tapi sekarang i tengah blajo don wory wahai bakal suami HAHAHA. ustad kata pempuan yang layak dapat hantaran ribu riban adelah mereka-mereka yang hafizah (oh aku bukan hafizah), pandai masak (err..), pandai jahit (konfhem la aku tak pandai! jahit lencana pandai la). sobs. tiba-tiba rasa rendah diri. T__T

LEBIH BAIK TAK CUKUP TIDUR SEKARANG KERANA BERIBADAH; DARIPADA TAK BOLEH TIDUR MASA DALAM KUBUR NANTIIII..! huhu.

sekali tinggalkan solat, 6000 tahun dalam nerakaaaaa! satu hari akhirat = 1000 tahun dunia. ENAM RIBU TAHUN AKHIRAT SAMA DENGAN BERJUTA-JUTA TAHUN DUNIAAA..! hukuman Allah itu Maha Hebat dan tak tercapai akal ku. Allah dah bagi tahu awal-awal kenapa kita degil sangat.. aku pun kadang-kadang selaluuuuu lalai. isk. T__T
    reblogged from here.

    oke tu je. scary tau dengar ustad tu cerita pasal hukuman Allah. minggu depan nak isra' mikraj. mesti ade keluar cerita pasai Nabi Muhammad sallallahu'alaihi wassalam nampak pempuan raaaamai dalam neraka. aku macam sedih je bila Nabi Muhammad sallallahu'alaihi wassalam cakap macam tu. tapi kan Nabi Muhammad sallallahu'alaihi wassalam ade cakap lagi, 

    Jika seorang perempuan solat lima waktu, menjaga kemaluannya, serta taat kepada suaminya, pasti dia masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. (Hadis riwayat Ibnu Hibban)


    sekian, wassalam.

    21/06/2011

    tanggungjawap.

    hai assalamualaikum semua. good day everibodiii. :)

    hmm. dulu-dulu ade la member aku tapi-aku-tak-ingat-siapa cakap kat aku, "kalau tak dibiasakan dari sekarang sampai kesudah la kau tak buleh bangun pagi!"

    well, now i can prove them wrong.

    siriyes aku dari dulu sampai la umor 23 tahun ni, buleh kira ngan jari bape kali aku tak tidur lepaih subuh. tak pecaya sila tanya Mama. lepas subuh je mesti tidur. tak penah tak tidur. jam kol semilan otometik baru la mata buleh bukak seluas-luasnya. dari zaman aku kecik sampai la ke besor. eh besor kewww?? :P

    tapi sejak situasi memaksa aku untuk bangun pagi dan tak tidur lepaih subuh, wow magik sungguh aku boleh bangun apabila dengor azan subuh secara otometik! padahal nya sebelum ni punya sedap krohh krohh tidur haram tak dengor pun azan subuh, hehehehehe. alhamdulillah. aku teringat dulu la, masa aku kecit-kecit lagi, tym dok kat Menara Rajawali AU3 Keramat, Ayah penah cakap kat aku, sebelum tidur doa kat Allah, cakap ngan Allah mintak malaikat kejutkan subuh pagi besok. dan yeah, memang besok pagi nya aku bangun subuh! hehe. tapi tu sekali je la aku buat, lepaih tu aku dah tak buat dah. tak tau nape.

    jadi secara ringkasnya, pada pendapat aku la, bila kita ingat, kita sedar yang kita ade tanggungjawap, apape pun boleh jadi. tapi yang penting kita ingat tanggungjawap kita tu. semat dalam hati elok-elok, chewahhhhh! hehe. aku pun dulu penah je pikir, isk aku ni salu tidur je pagi, petang, malam, cane nanti besok dah keje, dah kawin, dok umah mertua misalnya, jenuh la kalau aku tak buleh buang habit ketiduran aku ni.

    somehow sekarang aku sedar yang itu semua mainan fikiran semata. sebenarnya boleh je, selagi kita ingat pada tanggungjawap kita. contoh lain, aku dulu serious tak pernah lansung masak tau, lansung tak pernah! cannot cannot memasak! tapi sekarang, boleh laa.. kot. haha.
     
    cakap pasal masak, actually agak tensi jugak tau tak tau masak. i mean the feeling of zero knowledge on cooking, adelah sangat teruk. bayangkan yeh, kawan-kawan sebaya kau semua boleh masak, pehtu tiap kali nak masak-masak kat hostel misalnya, kau akan jadi watak kecillll je kat corner bilik sebab semua yang terer-terer masak tu dah memenuhi the spotlight kat depan kuali buat hal memasak diorang. serious dalam hati aku tensi. T__T

    aku kadang-kadang tak paham tau. dari zaman aku sekolah, sampai lah masuk universiti, mostly bila aku cakap aku tak pandai masak, kawan-kawan perempuan aku biasanya akan cakap, aku pun tak reti masak. tup tup bila time masak-masak haa kau, tau jeeee masak?? memang buat aku rasa rendah diri. dah la memang rendah jadi laaagi extra extra rendah. bila jadi macam tu, aku akan cakap dalam hati, "oh aku sorang je la yang memang jahil dalam bidang masakan". serious sedihhh oooo.. kalau tau masak tu cakap je la, "aku boleh la masak sikit-sikit buat alas perut, ala rilek la wey, masak tu senang je, aku yakin kau pasti boleh jugak." hish. pentipu la..

    isk. dah makin kelaut pulak ni. tadi cerita pasal tidur lepas subuh, ending jadi masak pulak? aku cuma nak highlight kan sekali lagi, kita akan boleh buat benda yang kita tak penah buat bila kita ingat dan set kan tanggungjawap kita dalam hati (dan kepala) setiap kali sebelum tidur dan bangun dari tidur.

    oke tu je nak cakap. sehingga bertemu di lain hari! :)