03/02/2011

pengalaman berkerja.

assalamualaikum semua. :)

punya lah lama kan tak updet? untuk pengetahuan semua, aku sekarang tengah berpraktikal di sebuah ladang kambing yang terletak di Kuang, Selangor. memang pedalaman lah wa cakap lu, tapi, sebenonya takdek lah pedalaman sangat. tempat kira strategik lah jugak, sebab stesen komuter Kuang saaaaangat dekat! jadi kira senang lah kalu nak kemana-mana. cuma yang susahnya, kitorang takdek masa nak kuor g melepak dan bersuka ria sebab tiap-tiap hari pun kerja, kerja, kerja!

aku baru sebulan kat sana tapi baaanyak benda dah blajo. macam-macam. seolah-olah sekarang tengah menuntut kat institusi yang diberi nama 'ar-Raudhah Biotech Farm'! nanti lepaih habeh praktikal dapat sijil woh, ala-ala graduation day gitueww~! ahax! :P

ape kabo aku? haha. aku sehat alhamdulillah. makan cukup. tido cukup. jadi sehat lah aku! :P

rutin harian? punch card pukul 8, sarapan, naik kandang pukul lapan setengah, buat ape yang patot, pukul satu tepat lunch break! makan tengahari, solat, lepak-lepak kejap, pukul dua naik kandang balik sampailah pukul lima. kadang-kadang ter-over-time jugak, pukul nam setengah baruuu balik. solat asar dulu kat ladang baru lah berjalan kaki balik ke Training Centre (TC). oh ya. TC tu tempat tinggal kitorang. agenda waktu malam; makan dan selesai solat isya', terus tido. pukul sepuluh tu kira dah lewat malam kalau kat Kuang. haha. bapak awai tido. kol semilan tido, pukul nam setengah bangun. dekat semilan jam tido. memang puas la tido. kadang-kadang terbangun, "eh, baru pukul satu.. tido balik." kejap lagi terbangun lagi, "eh baru pukul tiga.. tido balik." haha. tah pape je.

staf kat ladang takde lah ramai sangat. dalam ladang ni, ade sorang Pn Director, ade sorang Pn Bos Besar, ade sorang En Bos Kecik, lepaih tu dua orang dokter vet, dua orang akak lab, tiga orang mamat assistant vet, sorang makcik cleaner yang lebih dikenali sebagai Mama Shidah (dia sebaya mak aku woh!), dan seorang tukang masak profesional yang berasal dari Surabaya yang popular dengan nama Kak Yati. lepaih tu, ade beberapa orang support staff yang merupakan Indonesian worker yang boleh kira paling otai laa, dan 17 orang Indonesian worker yang lain. kemudian baru lah kitorang empat orang practical student yang masih mentah dalam bidang ternakan. ngeh ngeh ngeh.

dan amazingly, sape kate budak kecik tak boleh handle kambing? hik hik. wey aku sekarang dah pandai tangkap kambing tau! macam tak pecaya jek. heheh. tapi belum cekap lagi lah. kawan-kawan yang lain laaagi cekap tangkap kamben. takpe ade mase lagi tiga bulan, konfhem lepaih ni lagi kacang golek terbalik je nak tangkap kamben, hah. :P

selain daripada tu, satu benda yang aku paling bukak mata ialah, bukan senang nak cari sesuap nasik. sobs. gila gigih para Indonesian tu datang Malaysia, dua tiga tahun tak balik demi menyara anak bini kat kampung. kira sama lah macam Ayah, kerja jauh-jauh semata-mata nak sekolah kan kami empat beradik. cewah. ayat touching pulek! :P tapi seriyes, aku dapat rasa la sekarang betapa susahnya nak senang. oke mungkin aku tak rasa perasaan sebenarnya macam mana sebab aku tak dapat gaji, tapi at least, aku dah dapat bayangkan perasaan tu. rasa terharu bila worker-worker kat sini dok cerita pasal anak bini diorang, tunjuk gambo anak bini kat kitorang, rase macam.. entah lah. tak reti nak tulih macam mane perasaan tu. tapi aku dok fikir, mesti macam tu perasaan Ayah sekarang ni. berusaha lah kalian! semoga usaha kalian diberkati Allah!

okebai.