29/01/2012

Perkahwinan Muhammad sallAllahu ‘alayhi wa sallam dan Aisha radiAllahu anha

Orang-orang yang anti dengan Nabi Muhammad sallAllahu 'alayhi wassalam selalu jadikan perkahwinan baginda ngan Aisha sebagai bahan nak kutuk baginda. Dan kalau ade orang cakap macam tu kat aku, seriyes aku tak tahu nak defend Nabi macam mana. Sedih kan? Sobs. Sebab tu lah mencari ilmu itu wajip bagi semua orang, baik lelaki mahupun perempuan. So that kita semua boleh defend Rasul yang paling kita sayang.

Oke. Pada suatu hari, aku terrrrrr baca Q&A pasal benda ni. Boleh klik sini kalau nak baca.

Sis tu cakap, zaman Rasulullah sallAllahu 'alayhi wassalam dengan zaman kita culture nya dah berbeza. Toksah nak pikir jauh sangat lah. Zaman mak-mak kita dengan zaman kita pun sikit sebanyak ade perubahan budaya, lagi kan zaman Nabi, ye dak? Atau nak lagi jelas, zaman opah-opah kita ngan zaman sekarang, sangat-sangat berbeza kan? Orang dulu-dulu kawin bapak awal, belasan tahun. In fact, umur semilan, sepuluh tahun pun ade.

Lagipun, kalau betul lah benda tu boleh jadi bahan, mesti musuh-musuh Nabi sallAllahu 'alayhi wassalam pada zaman tu dah pakai point tu untuk memburuk-burukkan Nabi sallAllahu 'alayhi wassalam, tapi diorang tak kutuk Nabi pasal tu pun. Haa. So makna nya benda tu memang dah jadi culture pada zaman tu. Kira takde hal lah. Kalau sekarang ye lah, kahwin ngan budak umur enam/tujuh tahun terus di cop pedo. Hence, your argument is invalid.

Nak dijadikan cerita, petang tu ade kelas Tafsir al-Quran ngan Ustaz Cahyono. Surah an-Nur, ayat 11-20. Rupanya Allah nak bagi kefahaman lagi kat aku sebab ayat-ayat tu diturunkan pasal kes fitnah kat Aisha. Cerita fitnah tu mungkin lain kali aku cerita [inshaaAllah], pasal aku nak fokus kat HIKMAH perkahwinan Nabi sallAllahu 'alayhi wassalam dengan Aisha. Yelah, dah alang-alang sebut pasal Aisha, Ustaz terus nak cerita pasal perkahwinan Aisha ngan Nabi sallAllahu 'alayhi wassalam, memang bertepatan dengan benda yang aku baca sebelumnya. Katanya benda ni memang ade kontroversi sekarang? Haha aku memang dah tak berapa up-to-date dengan kontroversi yang melanda dunia ni.

This is the part where I found the whole marriage thing was actually very beautiful plan by Allah, and very beneficial to us, especially to me, as a female. :)

Ustaz kata, [dan korang pun mesti dah tahu pasal ni] Nabi sallAllahu 'alayhi wassalam dinikahkan ngan Aisha masa umur enam (ade orang kata tujuh) tahun TAPI 'kahwin' pada umur sembilan tahun. Paham dak, 'kahwin' tu? In English it is called as consummate. Serious aku tak tahu nak pakai word ape dalam BM. Perkataan yang Ustaz guna aku dah lupa. Heh.

Dengan itu, Nabi sallAllahu 'alayhi wassalam dapat tunjukkan macam mana nak menghadapi akil baligh bagi pempuan. Lepas tu pasal hal-hal dalam toilet, lelaki dan pempuan. Hal-hal dalam kelambu (you know what I mean.). Kata Ustaz, siapa lagi yang lagi rapat dengan Nabi sallAllahu 'alayhi wassalam, yang boleh tidur sebantal dengan Nabi sallAllahu 'alayhi wassalam melainkan isterinya sendiri? Tu lah salah satu hikmah perkahwinan Nabi sallAllahu 'alayhi wassalam.

Ustaz sambung lagi. Selepas Nabi sallAllahu 'alayhi wassalam wafat, isteri baginda yang masih muda adelah Aisha. 30 puluh tahun lepas Nabi sallAllahu 'alayhi wassalam wafat baru ade kerja-kerja pengumpulan hadith. Dan masa tu Aisha lah yang paling banyak menyumbangkan hadith yang jadi panduan kita hari ni.

Peh. Dalam hati memang rasa kagum betul dengan rancangan Allah. Yelah, ape yang Nabi sallAllahu 'alayhi wassalam ajar kat Aisha sampai sekarang kita rujuk, kita pakai. Semua tu untuk kita, beb!

Oke tu je nak cerita. Semoga bermanfaat, inshaAllah! :D



p/s: Just in case. Siapa-siapa yang tinggal kat area Tronoh, atau Seri Iskandar, jemput datang ke Surau Taman Tasik Putra lepas Asar (biasa dalam pukul 5 setengah petang gitu) hari Jumaat. Kelas diadakan dua minggu sekali, selang seli antara kelas hadith Riyadhus Solehin dengan tafsir Quran oleh Ustaz Cahyono. Memandangkan kelas last adelah tafsiran al Quran pada 27hb Jan, so kelas akan datang adelah dua minggu akan datang pada 10hb Feb, kelas hadith, inshaAllah. Just in case. Yelah mane tahu ade blog ni ade reader dari orang-orang area sini. Sekian. :)

28/01/2012

walimatul urus

Hari ni sorang lagi kawan aku kahwin. Tahniah Fizi dan pasangannya, semoga diberkati Allah. Ameen. :)

Minggu lepas, aku ade dapat mesej dari Yana, kawan matriks dulu. Inshaallah majlis dia bulan tiga ni. Antara geng matriks, dia la yang first kahwin.

Tapi start tahun ni memang dah banyak la undangan kenduri kahwin dari rakan sebaya. Standard lah kan, umur-umur cam kitorang ni memang umur nak menikah. Buat masa sekarang ni je dah ade empat tarikh penting, termasuk hari ni. Tapi hari ni nye kenduri aku tak dapat pegi. Sobs. But it's okay, what matter the most is diorang dah selamat menikah dan cukup lah aku doa kan dari kejauhan, eceh wah. :P

Bulan tiga, kenduri Yana.
Bulan lima, kenduri Jue.
Bulan enam, kenduri chekgu Wan!


Semoga Allah izin (ke majlis diorang) dan Allah redha! ^^

25/01/2012

cakap-cakap politik

Politik?

First time aku tahu pasal politik adelah masa Anwar kena pecat lepas tu kena tuduh macam-macam tu. Taknak lah tulis tuduhan tu pasal perkataan itu akan mencemarkan kesucian blog aku yang tak seberapa ni, kih kih kih. Masa tu aku darjah empat. Darjah empat dah diperkenalkan dengan perkataan itu. Jenuh Puan Mama nak explain. Almaklum lah, budak dulu innocent, tak macam budak sekarang. :P 

Lepas tu jadi lah macam-macam scene politik yang kadang-kadang selalunya aku malas nak amek pusing. Orang ni dok kata orang tu. Orang tu dok kata balik orang ni. Tah siapa yang betul aku pun tak tahu. Last-last tak payah pikir lagi baguss.

Makin hari aku pun makin dewasa [ceh!]. Dan sekarang, hari ni, aku mendapati bahawa semua orang memang langsung tak sekepala. Nak-nak bila bab politik. Baru-baru ni aku terbaca status kawan aku [kat fesbuk la mana lagi?], sorang happy Anwar bebas, sorang tak suka. Aku? Sekadar memerhati. Belum cukup ilmu nak menilai mana baik, mana buruk.

Benda-benda ni aku rasa cukup sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kalau tak amek tahu langsung tak boleh jugak! So kena amek tahu sekadarnya, lepas tu pandai-pandai lah pikir sendiri. Jangan sampai nak bertegang urat, bergaduh sebab sipolan tak setuju dengan kita, sudah. Masalah orang sekarang ni suka berdebat untuk menang, bukan berdebat nak cari kebenaran. Ya. Mungkin aku pun tergolong orang yang macam tu. : |

Yang penting, sila daftar mengundi. Hmm. Pasal mengundi. Mengundi ni pun ade khilaf nya. Orang dok cakap demokrasi bukan cara Islam, tapi masalahnya kita [sebagai rakyat biasa] takdek kuasa nak tukar sistem tu sekelip mata, kan? Boleh nak tukar. Tak mustahil. Dengan senjata doa. Kuasa Allah Maha Hebat, tak gittew? Tapi berapa ramai yang doa untuk negara? Yang menulis ni pun tak istiqamah nak berdoa kat negara dia ish ish ish.

Tambahan, aku ade baca yang walau sekejam mana pun pemerintah, kita sebenarnya tak boleh sama sekali memberontak secara terang-terangan. Cara yang sebetulnya kena tegur face-to-face secara rahsia. Itu dari yang aku paham lah. Nak kasik dalil ape semua memang tak mampu pasal tak cukup ilmu hu hu hu. Pendek katanya, satu-satunya cara yang kita boleh buat adelah, BERDOA. Doa sebagai senjata.

Hmm.

16/01/2012

masyarakat dan sampah-sampah.

Ade orang cakap Malaysia maju tahun 2020.
Heh.
Iyeeee ler tu. [gaya Mail Upin Ipin]
Maju dari segi bangunan jek.
Tapi iman ngan akhlak semua campak ke laut.

Dalam banyak-banyak benda, aku paling pelik tengok sampah sarap kat tepi jalan.
Tah macam mana sampah tu boleh wujud kat tepi jalan taktau.
Bukan sikit, tapi banyak.
Memang sakit je mata tengok kan.
Tapi taktau nak marah sape.
Sape lagi yang buang kalau bukan rakyat Malaysia kan?

Aku memang cukup bengang kalau nampak orang dalam kereta, buang sampah ke luar.
Ya Rabbi. Menyirap darah dibuatnya.
Memang nak je pegi tengking. Kalau adik aku memang aku dah bising dah.
Ape la salah simpan je dulu sampah tu dalam kete kejap.
Dah sampai rumah, bungkus elok-elok, buang dalam tong sampah.
Senang.
Ape guna Allah bagi tangan kalau buang sampah macam binatang buang tahi?
Opps.
Kasarnya bahasa.
Sorry.
Ah sorry apesal pulak, benda betul. :P

Memang la ade cleaner, ade tukang sapu sampah, ade orang angkut sampah.
Tapi, takkan nak harap diorang je weh.
Lori sampah pun takkan angkut la sampah yang bertabur-tabur.
Sendiri punya sampah, sendiri mau bungkus maa.
Mak bapak tak ajar ke?
Kalau kita buang sampah elok-elok, nanti cleaner laagi senang nak setelkan sampah-sampah tu.
Kan Islam ajar, kalau kita mudahkan kerja orang, Allah akan mudahkan kerja kita.
Memang benda kecik ciput cinonet je, tapi walau sekecil zarah pun Allah kira jugak hape.
Tak percaya janji Allah?

Kebersihan kan sebahagian dari iman.
Dah kalau buang sampah pun merata-rata, iman lu ke mana?
Tak paham betui aku.
Negara Islam, tapi perangai masyarakat nya, heih.
Jepun yang bukan negara Islam pun lagi 'Islam' dari kita.
Malu la wei malu. Tak tau malu jugak?

Teruk.

Eh aku tak marah korang, aku marah orang yang buang sampah merata-rata tu.
Ke korang pun sama geng ngan diorang?

04/01/2012

Si Capik

Hari ni Whiskas dah habeh.
Si Capik mula tak senang duduk.
Tidur pun tak lena macam selalu.
Asyik-asyik tawaf rumah nak mintak belas kasihan.
Buat muka kesian.
Buat muka bajet comel.
Siap duduk depan laptop sebab nak kan perhatian.
Chet!

Nanti gua beli la makanan lu Capik.

Satu perkara yang aku jeles ngan kucing ialah: Nabi dah konfhem-konfhem suka kat diorang. Kita ni, Nabi suka ke?

Muhasabah muhasabah.

01/01/2012

another 365 days

Wow. It has been a year. 365 days. Tahun lepas, pada haribulan yang sama, aku tengah siap-siap nak pegi Latihan Industri. Tahun ni, heh.

Kalau ikutkan, sepatutnya hari ni adelah hari pertama aku kerja, but due to some reasons, aku kensel untuk kerja at the very last minute, yet end up holding the penganggur title. I don't know how to put those feelings into words. Yeah yeah aku mungkin nampak macam rilek-rilek je macam takde benda, but inside, Allah je yang tahu.

Eh ape emo pulak ni. Ehem.

Hmm.

Hati ni kadang-kadang selalu sangat nak compare kan diri sendiri ngan orang lain. Contoh, untung laa dah keje. Untung laa dah ade duit sendiri. Untung laa itu. Untung laa ini. Tak nampak ke untung kat diri sendiri?

Allah bagi bernafas - free of charge.
Allah bagi mata - free of charge.
Allah bagi telinga - free of charge.
Allah bagi tangan - free of charge.
Allah bagi lidah - free of charge.

Nak kata takde rezeki, tiap-tiap hari boleh lagi makan nasi. Lauk ayam goreng. Tak kebulur pun.
Nak kata takde rezeki, boleh je shopping online. Heh heh heh. Shopping tudung okey, since I've said goodbye to bawal. No more bawal guysss. :P
Nak kata takde rezeki, boleh lagi keluar pegi kenduri. Tu maknanya rezeki kat kenduri, kan? Siap dapat rambutan seplastik penuh lagi. Kan rezeki tu.


*pause*


For the time being, aku tak nafikan, aku tak dapat menyumbang kepada mak ayah aku financially. Tapi, Allah bagi aku kesihatan supaya aku dapat tolong mak aku. Heh. Tak tak. Aku bukan nak cakap aku anak mithali ke hape, tapi ni lah satu-satunya cara aku menyedapkan hati aku yang masih belum ade income sendiri. Lagipun, apelah sangat nak dibandingkan khidmat aku tu (yang sebenarnya memang tanggungjawap aku pun) dengan hari mak aku bersabung nyawa melahirkan aku dua puluh empat tahun yang lalu. Sobs.


Aku pun beruntung hape. Aku boleh tidur bawah ketiak mak lagi, kih kih kih.


Dan aku percaya, Allah dah tetap kan dah pun rezeki aku. Aku penah dengar yang rezeki yang dah konfhem kita punya sebenarnya cuma yang kita dah makan dan yang kita belanja jek. So why worry? Aku masih dapat makan, dan dapat belanja. Macam tu boleh ke kata takde rezeki? Hmm. Duit yang kita simpan dalam bank yang berkepuk tu belum tentu kita punya lagi. Haaa ape lagi, korang yang banyak duit tu baik buat duit tu pegi haji atau umrah atau kahwin atau belanja famili atau belanja anak yatim. Hehehe.


Let see what will happen in another 365 days! Eh. 2012 tahun lompat, so 366 hari lah kan?
Persoalan utama: panjangkah umur ku?


Jen jeng jengggg.