29/02/2012

mak.

Tiap-tiap pagi sebelum gua pegi kerja,
gua bole makan breakfast yang mak gua buatkan
dan peluk cium mak gua
dan lambai mak gua.

Beliau akan membalas lambaian gua dengan membuat tanda 'peace'.
Awww. :')






Alhamdulillah! Untung laaa.

19/02/2012

persoalan pasca maulud Nabi

Berapa kali kita selawat kat Nabi sallAllahu 'alayhi wassalam?
Berapa ramai yang pakai pakaian sunnah?
Berapa ramai yang trim misai and let the beard flow? [Heh. Gua pempuan so tak yah wat menda ni.]

Makan ade pakai tangan kanan?
Makan berdiri ke duduk?
Makan ade baca doa sebelum/selepas dak?

Ade baca doa sebelum/selepas keluar tandas?
Ade tutup kepala masa dalam tandas?
Ade berdehem lepas buang air?

Biasa mula kerja ade baca bismillah?
Biasa mula kerja pakai tangan kanan ke kiri?
Biasa lepas siap kerja ade cakap alhamdulillah?

Tidur ade baca doa sebelum tidur? Tiga Qul?
Tidur macam mana, mengiring? Telentang? Meniarap?
Lepas bangun tidur ade baca doa?

Tu baru persoalan pasal rutin harian. Masuk bab ibadah pulak.

Berwudhu ade ikut cara Nabi sallAllahu 'alayhi wassalam?
Ade baca doa lepas amek wudhu?
Ade tak usaha untuk kekalkan berwudhu?

Ade pakai wangi-wangian masa nak solat?
Ade puasa Isnin Khamis?
Ade buat solat sunat qabliyah ba'diyah?

---

Agak-agak kalau Nabi tengok kita Nabi nak mengaku tak kita umat dia?

Jawap seniri dalam hati. Alhamdulillah dan tahniah aku ucapkan kepada yang berusaha mengekalkan sunnah Nabi sallAllahu 'alayhi wassalam. Anda memang terbaekk. Aku sendiri pun masih 'merangkak' lagi nak ikut cara Nabi sallAllahu 'alayhi wassalam ni. Dan aku akui, ade beberapa perkara yang hanya lelaki je yang boleh buat yang mana aku sendiri belum pasti aku mampu buat kalau ditakdirkan aku dilahirkan sebagai lelaki.

Oleh itu I nak tanya sikit lah, berkesan ke dak maulidur rasul yang kita sambut hari tu? Jen jeng jenggg. Atau kita sekadar menjadikan maulidur rasul sebagai perayaan tahunan? Meminjam kata-kata Mr. Os, ce pikior, ce pikior!



Nota kaki:
Cara Nabi SAW wudhu: klik
Cara Nabi SAW solat: klik
Zikir selepas solat: klik
Makan dan minum cara Nabi SAW: [1] dan [2]
Soal jawap pasal Nabi SAW tidur: [1] dan [2]



Oke tu je! Ini peringatan untuk diri sendiri terutamanya.

18/02/2012

products made from cattle




I DO NOT own this picture. Credits go to the [unknown] owner.

17/02/2012

dobi, wangi dan busuk, hati cair dll

Aku rase best pulak menulis pakai numbered list ni. Maka kali ni pun aku nak wat list bernombor lagi.

1. Aku rasa seronok dengan Kaum Ibu kat Taman Tasik Putra ni. Jeles ngan diorang. Kaum Ibu kat taman ni jangan dibuat main, penuh ilmu di dada (inshaAllah) pasal nya tiap-tiap minggu musti ade kuliah agama. Kau orang yang mudo remajo ni ade pegi kuliah agama? Haa jawap dalam hati sudah. Aku doakan ilmu yang ustad-ustad sampaikan tu ibu-ibu (dan bapa) dapat praktikkan dan terus istiqamah. :)

2. Perkara di atas membuatkan aku terfikir, besok aku jadi ibu besok, entah ade ke tidak peluang aku nak pegi belajar cari ilmu. Maka dengan itu aku cuba gigihkan diri walaupun penat berdobi di siang hari, haha!

3. Kantoi. Aku kerja mendobi sekarang. InshaAllah besok habeh praktikal. Hah. Nak koje pun ade praktikal tau. Canggeh! Habeh praktikal nanti aku ngan partner aku akan manage sebuah kedai dobi yang baru dibuka, bersama-sama. [ayat skema]

4. Dari observasi aku, lelaki lagi ramai hantar baju ke dobi. Famili pun ade jugak. Dan aku buat hipotesis bahawa orang yang hantar baju ke dobi ni, biasa orang berkerjaya, yang memang tak sempat langsung nak basuh baju. Tapi yang tak tahan tu seluar kencing anak pun tak sempat basuh isk isk isk. Manusia manusia.. Mintak-mintak aku jangan lah jadi macam tu.

5. Aku selalu ingat kan diri sendiri bahawa berkerja bukan sekadar nak dapat duit, tapi pengalaman. Pengalaman dealing with people. Bos tempat praktikal cakap, aku akan jumpa bermacam macam macam perangai orang. So, kena lah sabor.

6. Aku suka bandingkan praktikal aku sekarang [mendobi] ngan praktikal kat ar-Raudhah dulu. Dulu balik kerja bau kambing, sekarang balik kerja bau dobi. Dulu jumpa bau busuk maggot, sekarang bau busuk baju orang pulak. T__T

7. Bercakap pasal bau, dalam hadith Nabi sallAllahu 'alayhi wassalam ade cakap, kalau kita kawan dengan penjual minyak wangi, kita jadi wangi walaupun kita tak dapat minyak wangi tu. Kalau kita kawan dengan tukang besi, kita sama-sama bau besi walaupun kita tak terlibat pun ngan pembuatan besi tu. Sape nak berbau dobi boleh berkawan dengan saya. Kesimpulannya, kita kena tengok dengan sape kita berkawan. Kawan ngan orang baik, jadi baik. Begitu lah sebaliknya. :)

8. Tadi berkesempatan masuk UTP ngan bos, alahai. Tengok budak-budak UTP teringat zaman-zaman aku belajar dulu. Tapi, terkejut gak ar pasal UTP tak bizi cam UPM. Kafe dia lengang kot! Aku dah kompius dah. Kalau UPM kafe lengang tu tanda nya dah cuti. Petang-petang memang mustahil la nak tengok kafe UPM lengang. Maka aku berasa sangat pelik bila tengok kafe UTP lengang waktu petang. Heh.

Oke cukup! Peh ending tiba-tiba jek. :P

11/02/2012

lima belas perkara rawak. siriyes rawak.

Berikut adelah lima belas perkara rawak.

1 - Dah jarang menaip. Takde idea. Takde mood. Kot? Tau-tau aje dah seminggu tak hapdet belog ini. Alamatnya blog ni jadi blog cikedis laa. Maksud aku cikedis = junk = takde faedah.

2 - Penah terpikir nak delete je blog ni. Tapi tak jadi. Teruskan jugak. Pasalnya nak rekod pasal kehidupan. Pasal pendapat. Pasal benda-benda merepek. Proses mencatat ni sebenarnya memang sangat dekat dengan diri kita. Kanan kiri kita ade malaikat yang mencatat apa yang kita buat. Every day. Every hour. Every single minute. And. even. every. single. second.

3 - "Saya risau sambutan Maulidur Rasul ni jadi sekadar perayaan tahunan macam orang Kristian meraikan Krismas," kata Ustaz WK. Wow. First time dengar secara live macam tu. Biasa aku jumpa ayat-ayat macam tu dalam internet jek, tapi kali ni ade jugak ustaz yang cakap macam tu. Aku bukan lah nak kata Maulidur Rasul tu tak bagus. Hmm. Oke full stop. Benda ni biar lah orang yang berilmu yang argue. Aku belajar sekolah agama takat derjah nam jek. :P

4 - Pasal argue, salah satu sifat orang munafik ialah berdebat secara berlebihan. Peh cuak jugak dengar. Kita ni kadang-kadang sembang kencang tak nak kalah! Nabi kata kalau ade walaupun salah satu sifat daripada sifat-sifat munafik tu dah kira munafik dah, sampailah seseorang tu tinggalkan sifat tu.

5 - Aku adelah orang yang boleh terima perubahan. Rephrase. Boleh terima benda baru [tahu] yang memang betul kesahihan nya. Benda yang majoriti orang buat belum tentu betul. DAN kita tak boleh nak cop semua orang salah bila orang tu tak buat ape yang kita buat. Kadang-kadang kita kena berlapang dada. Ade orang boleh terima benda baru [yang berlawanan dengan majoriti], ade orang tak boleh terima pembaharuan.

6 - Banyak benda yang kita boleh dapat dari internet. Benda baik. Benda buruk. Boleh jadi soalan untuk karangan nih! Terangkan kebaikan dan keburukan internet. Heh. Menyimpang pulak. Tapi tu lah aku sebenarnya nak cakap, berbalik pada diri sendiri untuk filter mana baik, mana buruk.

7 - Oh ya. Besok first time aku pegi INTERVIEW. Walk in interview. Gila rilek takde baca hape pun.

8 - Dalam famili belah Mama, ade dua orang yang sebaya ngan aku. Tapi diorang pangkat makcik aku, pasal diorang sepupu mak aku [perlu ke cerita?]. Sorang dah bertunang dua tahun lepas tak silap (?) dan kawin bulan enam ni, inshaAllah. Sorang lagi bertunang besok. Sorang lagi ni [aku lettew] still clueless pasal benda-benda ni. Tiba giliran aku nanti, aku mohon Allah mudahkan. Ecehwah.

9 - Ayah balik semalam. Hehe. Boleh pulak gosok-gosok kepala aku sambil cakap, "Heii budak Along ni." Alahai. Mama jawap, "Anak tu dah besar dah. Dah duapuluhempat dah. Badan je kecik." Alhamdulillah ya Allah rasa seronok sangat. Nabi dulu takde mak bapak, tapi aku ade. :')

10 - Aku ade anak sekarang. Anak kucing. Nama diberi Kabu, tapi nama manja, Nyanyaw. Sangat ligat. Main aje koje nye. Paling suka ngokak tangan ngan kaki. Sakit pulak tu. Sebab memang dikokaknya betui-betui. Itupun gigi kecik, ce kalo dah besor besok, makkk..!! T__T

11 - Susah sebenarnya nak ngeja loghat Bote. Dia jadi macam pelik. Lepas tu tak tau nak pakai vokal ape. Tapi aku bantai jek. Pandai-pandai lah korang bayangkan. Haha. Teringat masa mula-mula pindah ke Putrajaya tahun 2005, budak-budak kat situ beriya-riya suruh aku cakap pakai loghat Bote. Diorang kata best dengar loghat Bota kat tivi. Yelah, Putrajaya kan takde loghat hahahaha.

12 - Si Capik. Sejak dah ade Si Nyanyaw ni, Si Capik dah tak boleh masuk rumah dah sebab dia kuat kencing. Sama-sama jantan lah katakan. Dia nak tanda territory dia. Berdasarkan pemerhatian aku, Si Capik mungkin berada pada tahap paling taiko dalam Hierarki Kucing-kucing Taman Tasik Putra ni. Pasal aku tengok semua kucing jantan lain takut ngan dia. Tapi adakalanya Si Capik beralah dengan kucing betina. Dengan Si Nyanyaw pun dia terpaksa beralah, hehehe. Si Nyanyaw tu pun satu, keje nya nyakat kucing lain. Selamber jek kuis-kuis ekor kucing lain, udah ler awak tu kecik jek. Kena serang baru tau!

13 - Oh ya. Aku dah deactivate facebook! HORRAY! Err. Tapi tak tahu lah sampai bila. Bukan ape. Dah terlampau banyak tah apebenda kat fesbuk tu. Lepas tu aku rasa aku tak leh nak kawal pandangan. Makanya ku deactivate saja ia. Satu sebab kenapa stay berFB ialah - tu je cara nak contact kawan-kawan. Tapi bila pikir balik, nasib lah. Bukan diorang takde nombo fon pun, kan? Pandai-pandai lah, hehehe.

14 - Tapi, aku susah sikit nak jawap phone call dari lelaki. Sori sangat kalau korang [yang lelaki] telepon aku tak angkat. Memang aku taknak angkat. Aku fobia. Fobia sangat. Mesej pun aku reply seringkas yang boleh. Kalau ade masalah, sila contact kawan-kawan lelaki anda juga. Aku seboleh-bolehnya nak elakkan idle talk. Harap maklum.

15 - Kalau anda rasa berubah berhijrah tu payah, istiqamah lagiii mencabar. Tapi dua-dua tak mustahil. Semoga terus berusaha untuk hijrah dan terussss istiqamah! :)


Erk. LIMA BELAS sudah? Oke fullstop.




Dan ini semua untuk peringatan kepada diri sendiri terutamanya.