14/03/2012

Nama Atas Kertas

Nama Atas Kertas (Nasron Sira Rahim) adelah salah satu novel yang aku rasa tak sia-sia beli. Sebagai peminat cerita genre penyiasatan, memang novel ni sangat sesuai untuk aku.

First time baca masa kat ar-Raudhah. Baru-baru ni aku baca lagi sekali semata-mata nak hilangkan boring masa kerja. Memang masih mendebarkan walaupun kali kedua baca. Ditambah pulak (kelebihan) aku yang mempunyai short-term-memory, so memang rasa macam first time baca lah, pasal dah lupa dah jalan cerita. :P

Satu yang aku suka ialah, takde adegan cintan cintun. Memang konsentret pada kes-kes pembunuhan tu jek. Tapi adelah jugak selit sikit-sikit ayat yang menunjukkan hero ngan heroin suka antara satu sama lain, cuma takde lah adegan bercinta. Ceh boleh pulak kan adegan. Padahal baca novel, bukan tengok teater. -_-

Ade jugak cerita pasal rigor mortis - tak pasal-pasal aku memaksa otak aku refresh balik bab rigor mortis; lagipun memang ade kaitan ngan FYP aku kot. Heheh. Bila masuk adegan pembunuhan, seriyes rasa macam kejam giler. Memang dup dap dup dap. Rasa macam tak cukup mata nak baca. Heheh.

Paling tak boleh belah, cara penulis melompat dari satu babak ke satu babak, memang saspen. Macam tengok filem thriller. Tu yang jadi tak boleh nak lepas baca tu. Tengah sibuk cerita pasal satu benda, tiba-tiba penulis bawak ke babak yang lain. Haissshhh memang saspen lah wa cakap lu!

Sebagai penutup, aku suggest buku ni kalau korang minat cerita bergenre penyiasatan. Dalam novel ni ade gak dia bagi puzzle. Dan aku sendiri tak dapat solve kan puzzle tu. -_- Tapi puzzle kat kulit belakang tu aku dapat settle kan! Tak sia-sia minat Detective Conan + CSI dari kecik. Ahax~



p/s: Jangan lah ade serial killer kat Malaysia. Cukuplah jadi cerita novel jek. 

12/03/2012

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).”

- 33: 32








I am definitely not an 'isteri Nabi', but I strongly believe the message is for me, too.

11/03/2012

life simplified


Tapi kita tak berhenti setakat MATI.
Ade lebih lagi dari tu.

07/03/2012

lima tempat dan dua benda

SKSI

Kantin sekolah masih dipegang oleh Cik Dah dan Cik Bakri. Pejabat dah pindah tempat. Rasa macam sekolah tu mengecil, padahal aku yang dah besar (lah sangat). Yang paling terharu, kebanyakan mural zaman aku sekolah dulu (1999 - 2000) masih ade lagi. Notice board untuk keputusan UPSR pun masih di tempat yang sama. :)

IPD Perak Tengah

Pergh. First time masuk balai. Ade cawangan narkotik. Cawangan jenayah. Bahagian persenjataan. Bahagian cap jari dan fotografi. Peh. Tiba-tiba feeling cam Gerak-gerak-gerak Khas.~ (ikut rentak lagu Gerak Khas)

Institut Latihan KEMAS

First time aku jejak kan kaki ke KEMAS ni time form four. Kem Kepimpinan tak silap. Kitorang satu geng sorok fon dalam fail bila cikgu suruh kasi fon kat diorang. Paling tak boleh lupa, tengah mandi tiba-tiba takde air. Tak lupa jugak, Pipah ngan Farah jadi pengacara malam persembahan. Aku satu group ngan Nadia. Dan group kitorang menang! Padahal persembahan nya cuma boria yang berterabur. -_-

Kolej Professional MARA

Cantik. Atas bukuit. Tempat parkir student jauh dari dewan kuliah - sama je cam kat UPM. Sebab tu dekat ratus-ratus jugak duit aku habeh bayar saman - semuanya sebab parking bajet macam UPM tu bapak aku yang empunya. -_- Oh ya. Dewan Makan KPM ade wifi! Dan, budak-budak KPM boleh sambung stadi kat oversi! Untung laa~

Bomba Seri Iskandar

Balai bomba yang misteri. Sunyi. dan sepi. Masuk pejabat air-con nya tak pasang, menunjukkan takde orang kat dalam. Mula lah cuak. Akhirnya kami keluar dari situ.

-----------------------------------------

Baru baca dua benda dan aku nak share dengan korang (tiba-tiba pulak):






p/s: Aku sedang sibuk sebarkan company profile ke serata tempat. Dapat jugaaak belajar benda baru, yay! :)

02/03/2012

gaji pertama

Heheh.

Sekarang ni hari feveret saya adelah hari Jumaat, berikutan hari Jumaat adelah hari cuti. :D

Semalam paling tidak menyangka [peh!] Big Bos datang nak kasik duit gaji. Tapi lepas bagi duit gaji, dia cakap kitorang dah officially kerja 9 am till 9 pm. Cisss. Saboo je ler. Sebelum ni memang macam-macam excuses kitorang bagi pasal taknak keje sampai kol 9 malam, tapi sekarang dah tak boleh dah. Tsk.

Saya paham dah acaner rase dapat gaji. Heheh. Macam nak senyum sampai telinga. Malah lebih lagi. Keh keh keh. Alhamdulillah. Allah bagi saya rasa gembira walaupun jumlah gaji pertama saya cuma RM350. Terkejut tak? I was a best student before tapi gaji pertama cuma RM350.

Tapi seriyes gembira bukan main semalam. Lawak betul. Saya dan Huda tak habis-habis berpandangan, tapi dalam hati kami ketawa dengan penuh kegembiraan hahahaha. Maklum lah, takkan nak ketawa depan bos pulek. Sejurus Big Bos keluar, memang melompat kegembiraan lah kami berdua.

Tapi yang paling lawak sekali, Opah kata boleh ler belanja Mama Donald!

Mama Donald pun boleh laa Opah. Hihi.