30/04/2012

alkisah Bachelor Pertanian Sains Ternakan (part IV)

Kembali lagi ke edisi alkisah Bachelor Pertanian Sains Ternakan. Waah dah part IV dah! :D

Hari tu dalam part III cakap pasal benda-benda kena consider untuk decide nak buat projek ape untuk FYP. So sepatutnya bila dah pikir sehabis baik nak buat ape, korang dah ade bayangan nak buat dengan lecturer mana.

Oke. Situasi sekarang adelah korang dah pun jumpa dengan lecturer yang berkaitan dan akak yakin seratus peratus lecturer tu akan tanya balik kat korang, do you have any idea?. Soalan tu takdelah sejibik macam tu tapi maksud ayat diorang lebih kurang macam tu lah.

Macam akak dulu, jumpa Dr AQS, memang dia tanya akak nak buat pasal ape. Memang blur lah. So Dr AQS cakap, balik cuti ni do some reading, lepas tu fikir kan tajuk ape. Heh. Balik cuti tu memang ade baca gak artikel-artikel lain, tapi memang tak ley nak pikir pun tajuk hape. Naik sem enam, bertemu empat mata dengan Dr AQS, soalan yang sama naik lagi. Memang cakap ngan dia akak takde idea nak buat tajuk ape, tapi ade baca pasal enzim dalam daging blablab. Ceh tu semua bajek je tu, konon-konon stadi lah padahal otak masih blur. -_- Tup tup, Dr AQS cakap dia memang dah ade projek nak bagi kat kitorang [waktu tu akak ade lagi sorang partner - Ain].

Itu akak punya cerita. Masa tu tahun 2010. Korang punya cerita lain pulak.

Satu sebab kenapa lain, sebab korang dah ramai. Dah mencecah seratus lebih orang. So memang mustahil la kalau nak berdua je satu lecturer. Paling koman pun mesti empat-lima orang satu lecturer. Bila dah ramai, lecturer akan buat selection. Macam mana selection dibuat? Akak ade dengar cerita yang ade lecturer buat selection dengan menyuruh budak-budak yang datang kat dia buat proposal. Kemudian dia akan pilih proposal terbaik, baru konfhem.

Kalau korang bernasib baik, korang dapat lecturer yang dah siap sedia ade tajuk. Tinggal nak assign jek. Senang lah macam tu. Tapi sejurus selepas dapat tajuk, korang kena jugak cari artikel-artikel atau journal-journal yang ade kaitan dengan tajuk yang dah dibagi kat korang tu.

Jadi, ini akak punya cadangan lah. Rajin-rajin lah membaca artikel ke journal ke. Supaya at least korang boleh eksyen [untuk kebaikan korang jugak, bukan eksyen yang berlagak tu] kat lecturer yang korang ade membaca; tak kira la dah dapat tajuk ke belum. Mesti baca. Macam akak dulu pun baca random journal jek. Lepas tu sesedap rasa sebut pasal enzim lah, tenderisation lah. Terus dapat tajuk, untung kan? Heh. Tapi mungkin ade je yang rilek takde baca hape, tapi tak sedap lah kan. Kita kalau boleh biar lah lecturer tu impress kat kita, baru la dia pun senang ngan kita.

Lepas tu kalau korang ade jumpa ngan student final year, haa soal siasat diorang. Sebab ade jugak lecturer yang buat kesinambungan projek tahun lepas ke tahun akan datang. Bodek la sikit nak tengok contoh ke hape ke. Tapi akak nak ingatkan benda tu jadikan contoh sahaja, jangan nak memandai-mandai copy & paste pulok! Itu akak tak ajar hokey. Sebab tu kadang-kadang ade gak yang taknak bagi, sebab yelah, benda tu kita buat susah-payah, tapi ade pulak nak mintak senang-senang. So pandai-pandai lah korang kawtim! Sendiri mau ingat maa.

Ade lagi satu perkara penting, budak final year ni ade dua seminar - satu seminar proposal, satu lagi seminar project result. Make sure korang cuba sedaya-upaya pegi tengok diorang punya seminar tu. Pergi tengok macam mana lecturer 'menembak'. Dan ade lagi satu seminar LI. Luangkan lah masa anda wahai adik-adik. Tu je caranya nak bagi mental kita bersedia untuk berdepan dengan 'tembakan' lecturer. Amacam, scary tak? :P

Korang jangan risau pasal blur yang korang ade tu. Itu normal. Bak kata Kak Jah, just go with the flow. Tapi, blur-blur pun kena lah be prepared jugee! :)

BTW akak nye report writing dulu pasal Electric Stimulation on Goat. Sapo-sapo nak tengok buleh emel syuhadaadros[at]yahoo[dot]com dengan syarat kena dapat A untuk FYP. Akak dulu A- jek, so korang yang dah tengok contoh kena lah dapat lebih lagi! Hehehh, ade bran?

29/04/2012

gaduh

Bulan lima sudah mari!

Nak tanam bunga matahari!

Dan sikit lagi nak start projek cookies! Hwaiting!

Satu lagi, aku macam tak percaya di kala aku sedang bersenang-lenang [takde la senang lenang sangat, tapi aman la pendek kata nya] kat kedai semalam, orang-orang kat KL dok berhimpun. Heh. Tak pasal jek kat UTP ade roadblock. Huda siap pesan pakai seat belt. -_- Tapi paling hebak sekali video yang diorang terbalikkan kereta polis tu. Korang ade tengok? Aku lepas tengok tu dan-dan je aku ajak adik aku pegi terbalikkan Kelisa haha. :P

Tapi kan, serius menakutkan la benda ni. Aku cuma mampu doa je. Tapi yang lagi menakutkan lagi, bila scroll kat facebook. Pergh. Orang itu dengan orang ini bergaduh sebab berlainan pendapat.

Isk isk isk.

Kesian. Kita rakyat marhaen ni dok gaduh-gaduh ade orang kesah ke? Hmmm.. Sebab tu aku tak sokong mane-mane pun. Boleh gitu? Heh.



Jom pakat doa ramai-ramai weh!

21/04/2012

memilih pilihan terpilih

Dua ribu dua belas.

Tahun ni aku rasa macam agak dramatik sikit daripada tahun lepas.
Tahun lepas memang hidup aku mendatar tadek benda, rilek je.

Masuk tahun ni,
banyak betul benda yang memaksa aku untuk membuat pilihan.

Baru siap pikir pasal satu pilihan,
kena buat pilihan untuk perkara lain pulok.

Isk.

Kalau setakat pilih nak makan ape hari ni, nak pakai baju ape hari ni,
tu semua perkara kacang.

Tapi.
Kalau dah pasal . . . . . .









to be continued ... sooner or later.

Heh.

15/04/2012

alkisah Bachelor Pertanian Sains Ternakan (part III)

Part IPart II

Edisi 'Alkisah Bachelor Pertanian Sains Ternakan' kembali lagi! Kali ni saya nak share pasal Final Year Project ataupun nama melayunya - Projek Ilmiah Tahun Akhir. Untuk FYP ni, kita diberi masa selama dua semester - sem 6 hingga 7. So kena register dari sem 6 lah sabjek SHW4999 tu. Sabjek ni enam jam kredit ya adik-adik, so jangan dipandang enteng jek, cewwah. Dan saya nak guna kata ganti diri - akak. Yela, cerita ni ditujukan khas kepada adik-adik seperjuangan.

Walopun register masa sem 6, benda ni dah kena start pikir di hujung-hujung sem 5. Masa batch akak dulu, kitorang pilih supervisor masa tengah sibuk pasal VPK. Kalau tak silap akan ade perjumpaan student final year dengan FYP Coordinator, so korang akan tau lebih banyak pasal benda ni tym tu lah.

Kali ni akak cuma nak share pasal the very first step untuk korang nye FYP. Masa nak mula buat FYP tu, persoalan yang akan selalu berlegar-legar kat fikiran korang adelah 'projek mende laa aku nak wat ni weh?'

Mengikut pengalaman akak, ade tiga benda yang boleh membantu untuk men-setel-kan soalan yang kat atas tadi. Walaubagaimanapun, harus diingatkan ini cuma lah melalui pengalaman akak beberapa tahun yang lepas, situasi korang mungkin berbeza, tapi harapnya ape yang akak cerita ni dapat bagi sikit gambaran pasal FYP. Cara-cara nya ialah korang kena tentukan tiga benda:

#1 Haiwan yang paling disukai
Korang buat FYP berdasarkan haiwan yang paaaling korang suka. Benda ni penting pasal korang akan menghadap haiwan tu selama DUA SEMESTER untuk siapkan FYP. Contoh, macam Cik Jah [Cik Jah sila lambai dan buat peace~] beliau dari awal lagi dah set dalam kepala, "aku nak buat ayam. aku tak kira nak buat ayam gak, aku minat ayam." Bila dah set macam tu, dah boleh pikir nak pilih supervisor. Dalam Jabatan Sains Haiwan ade beberapa orang lecturer yang expert dalam poultry - so kena pilih lecturer yang kita rasa kita boleh ngam. Tapi kalau tak ngam pun kena kasik ngam jugak tau, kalau tak, susah laa.

#2 Sabjek yang disukai
Korang buat FYP berdasarkan sabjek yang korang paling suka. Contohnya, korang minat genetik, so nak buat something pasal genetic. Haa macam tu dah senang, pilih lecturer yang paling expert bab genetic - Prof JMP. Kalau minat pastura, pegi pada Tuan Haji. Itu contoh oke. Satu bagus nya pilih ikut sabjek kesukaan, korang akan belajar lebih mendalam lagi pasal sabjek feveret korang tu. :)

#3 Lecturer yang disukai
Heheheh. Ni yang paling senang. Decide ikut lecturer. Tapi satu kekurangan nya korang kena pasrah la dia nak bagi tajuk hape. Mungkin macam bias skek bila pilih ikut lecturer, tapi yelah, kita ngan SV akan selalu berjumpa, so mungkin satu kelebihan gak kalau kita bekerja ngan lecturer yang kita suka. Tapi kena make sure lecturer tu pun senang ngan kita jugak ar.

Oke. Itu perkara pertama.

Sepatutnya bila korang decide 3 benda di atas, korang akan dapat konklusi untuk buat FYP dengan lecturer mana. Akak nasihat kan korang sejurus selepas buat decision nak buat ngan lecturer mana, cepat-cepat pegi jumpa beliau. Bukan hape, takut disambar orang lain. Nak-nak batch-batch korang ni dah mencecah ratusan orang. Macam akak dulu rilek je. Kitorang cuma 36 orang, so tadek ar kalut sangat, kalut sikit-sikit jek. :P Time kitorang dulu kalau Dr amek dua student, kalau Prof amek tiga student. Tapi memandangkan korang dah ramai, student per lecturer tu akan lebih sikit lah.

Perkara kedua adelah pasal tajuk ape nak buat. Itu kita cerita kemudian pasal ni pun dah panjang berjela.

Oh ya. Kepada rakan sebaya, kalau korang ade nasihat dan tips-tips lain nak tambah, sangat-sangat dialu-alukan [walaupun aku tau cuma tiga-pat orang je yang baca. Sobs.]

Thanks! and to be continued...

08/04/2012

tak boleh pandang-pandang (2)

Hari tu aku cerita pasal aku tak suka dipandang oleh mata-mata milik orang yang berlawanan jantina. Hari ni aku nak ingat kan diri sendiri yang aku pun tak boleh nak ushar-ushar mereka yang berlawanan jantina.

Hu hu hu.

Hari Jumaat dan Sabtu yang lepas, aku ngan Huda seharian spamming Lee Min Ho. Dua belas jam kerja, lebih kurang dua belas jam jugak lah kitorang mengadap Personal Taste tu. Tak pasal-pasal jek lepas tu aku dok terbayang-bayang muka mamat tu. -_- Aku rasa watak dia dalam cerita tu macam Gong Chan dalam cerita My Girl lah.

Haihh.
Ni la sebenarnya perkara yang paling aku takut sekali.
Cakap tak serupa bikin.

Dalam blog pung pang pung pang suruh jaga pandangan, tapi in reality, aku tumpas. Sobs. *lempang diri seniri* Tapi okey jugak sebenarnya menulis ni tau. Sebab aku akan cuba disiplin kan diri aku untuk buat ape yang aku tulis, kira bagus la tu kan? Heh.

Allah paling murka orang yang cakap tak serupa bikin.

Maka aku kensel lah sesi men-stalking Lee Min Ho bila balik rumah semalam. Phew. 


Istighfar banyak-banyak Cik Syuhadaa oiii~



07/04/2012

Meitantei Conan


Pernah tak korang terlampau sangat baca buku, sampai rasa karakter dalam buku yang korang baca tu wujud in real life walaupun memang tak logik lansung?

Aku selalu rasa Conan [dan karakter lain] dalam Detektif Conan tu betul-betul wujud. Tsk.

I am twenny-four and I read Detective Conan.

Aku penah ditanya, "Minat eh baca komik?" Heh.
"Tapi Conan bukan macam komik lain okey!" jerit aku dalam hati.

In fact, tandatangan aku sebenarnya adelah Shinichi, bukannya syuhadaa. Keh keh keh.



BTW aku cuma nak bagitahu yang bila aku tengok centrifuge kat cover Conan kat atas tu terus teringat aku nye FYP dulu. Dan aku maseh menanti Tora Aman keluarkan  Volume 73.

Sigh.

06/04/2012

tak boleh pandang-pandang

Antara perkara yang kita lupa - menjaga pandangan - tak kira laa lelaki ke pempuan ke. Tak usah laa nak ikut sangat lagu boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang tu. Kalau ikutkan, pandang pun tak boleh. Dan aku sekarang sangat pantang kalau ter-perasan lelaki pandang aku. Memang terus bikin hati panasssss.

Kepada diri sendiri, para muslimin dan muslimah sekalian, setiap kali mata mula meliar, ingat ayat 30 dan 31 daripada surah an-Nur:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30)
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (31)

Sebab tu aku lagi prefer duduk terperap dalam rumah. Senang dan selamat.

Tapi, tu lah. Sesi muhasabahnya, beberapa persoalan penting yang aku perlu tanya dan jawap sendiri bila masih ade mata-mata liar yang memandang:

(1) Adekah aurat aku masih tak ditutup dengan sempurna?
(2) Adekah pakaian aku menarik perhatian?
(3) Adekah aku tutup aurat kerana Allah atau nak ikut trend?
(4) Adekah aku telah  ber-tabaruj?

...

Argh! Kadang aku pikir mahu saja pakai selubung hitam, biar orang cuak sikit ade lembaga hitam lalu lalang depan diorang daripada diorang berpandangan gatal!