31/05/2012

that moment when you'll be someone's fiancee in just one week!

Haha. Tajuk nak gempaq.

Ilek lu ilek lu.

Tapi apekah perasaan anda bile anda balik cuti dan tiba-tiba mak dan ayah anda bersemangat suruh kemas rumah sedangkan yang nak berkahwin adelah jiran anda, tapi kemudian nya anda dapat tahu yang anda bakal ditunangkan dalam masa satu minggu!

Woha! *jaw dropped!*

Macam novel kan? But seriously it's not my story. It's me GFF's!!

MINAH TU DAH NAK BERTUNANG DAHH!

She called me last night. And we talked for about forty minutes. Macam tak sangka je. Very unexpected.

But still, I'm definitely very happy for her. Walopun dia cam blur je lagik. Ye ar tetibe je kot. Even nama bakal tunang dia pun dia tak hingat. -__- Benda ni pun dia tanak hebohkan tapi aku dah tules kat belog, takpe ke? Isk.

Baru-baru ni memang aku ade terfikir, satu hari nanti kitorang kena remove status 'Married' kitorang kat fb bila masing-masing dah ade suami sendiri. Hemp. How sad. Dah lame kot aku 'Married' ngan dia. Haha why it sounds soo gay? lol! 

Kitorang kenal dari matrik, sama-sama gila kan bola, sama-sama gila kan Kimi Raikkonen, dan sama-sama buat kerja gila. Nasib baik maseh waras. :P Sampai sekarang still texting each other. Tapi sekarang bila penting je baru mesej, kalau biasa-biasa twitter kan hadee. Kadang-kadang dok spam wall fb masing-masing. Hihi.

Huhu girlfriend ku kini tunangan orang. Sobs.



But then, she asked, "how about you?"

*bunyi cengkerik*

22/05/2012

Kebaikan mesti dikongsi bersama.

Aku ade sorang kawan baik non-muslim, yang aku penah cerita dia bagi tudung kat aku tu.

Sampai sekarang, aku pakai tudung tu setiap kali aku keluar rumah.
Tudung tu senang disarung. Cepat, mudah dan ringkas.
Ade satu ketika, aku terfikir, kalau lah dia ni muslim, mesti baaaanyak pahala dia dapat. Sebab dia tolong aku tutup aurat.
Aku nak sangat dia kenal Islam.
Aku nak dia tahu betapa best dan ohsem nya Islam.
Aku teringin gak nak dakwah sorang non-muslim untuk peluk Islam. Hehe.

Tapi.

Aku terpikir satu benda.

Aku rasa aku tak pernah pun kasik dakwah kat kawan-kawan muslim aku.
Sebagai contoh, ade beberapa bestfriend aku yang tak bertudung.
Kenapa aku tak approach diorang dulu?
Kenapa aku biar diorang macam tu?
Argh.
Sedih gila rasa sebab tak mampu nak buat apape melainkan berdoa je.
Sigh.

Tapi aku takde la kata orang yang tak pakai tudung ni jahat.
Cuma.. dia nakal sikit sebab langgar perintah Tuhan.
Macam anak yang nakal tak nak dengar cakap mak, macam tu lah.
Ceh. Boleh pakai ke analogi macam tu?

Aku dulu pun pernah macam tu. Pernah tak pakai tudung.
Lepas tu kena perli dengan kawan "time agama pakai tudung, tapi time lain tak pakai."
Gila terasa kot.
Dan orang yang perli aku tu jadi kawan baik aku lepas tu.
Seingat aku, dia lah satu-satu nya orang yang tegur aku kenapa tak pakai tudung. Sampai sekarang pun dia je lah aku rasa yang pernah tegur aku secara sangat direct dan on-my-face.
Tapi tu cerita masa aku darjah tiga la. Dah lama kot.

Tapi seriyes aku sedih sebab aku tak mampu buat apape.
Tak mampu ke tak cuba? Hmm.
Bukan pasal tudung je, pasal benda lain jugak. Yang tudung tu cuma jadik contoh je.
Aku sebenarnya tak tau cemana nak dakwah orang secara hikmah.
Aku tak berapa konfiden nak cakap pasal benda-benda macam ni sebab takut orang cakap bajet bagus je minah ni.
Lagipun bila sebut 'dakwah', mesti terus terbayang set-set tudung labuh dsb.
Sedangkan aku bukan set tudung labuh.

Dan aku bukan lah nak kata aku ni baikkk sangat sampai siap nak berdakwah bagai.
Tak baik pun. Allah yang banyak tolong tutup kan aib aku. :')
Cuma nya aku nak berubah ke arah yang lagi baik. Yang lagi bagus.
Dan aku taknak lah berubah sensorang.
Kebaikan & kebagusan kan mesti dikongsi bersama.

Jom.
Kita repair diri kita. :)

07/05/2012

peluang pekerjaan

baru-baru ni aku ade dapat satu pertanyaan dari Ana, yang bertanyakan pasal peluang pekerjaan dalam bidang ternakan. well. untuk pengetahuan Ana, dan yang lain, peluang pekerjaan dalam bidang ternakan kat Malaysia ni memang banyak. dari dulu lagi lecturer Sains Ternakan mengatakan "peluang pekerjaan dalam bidang ni baanyak. awak keluar nanti ramai orang cari since bidang ternakan kat Malaysia ni baru nak naik." itu lah ayat yang ditanam dalam jiwa setiap pelajar jurusan Sains Ternakan.

tapi, pokok pangkalnya adalah diri kita sendiri. kena lah pandai cari. jangan lah doploh pat jam main Cityville je konfhem keje tak datang kat kau, haha kena batang hidung sendiri nampaknya? err.. oke berbalik kepada soalan. dari apa yang lecturer cakap, memang ramai pengusaha-pengusaha ladang yang kontek diorang, tanya pasal ade tak student Sains Ternakan nak job. jadi, the key point di sini ialah, kena lah update selalu dengan lecturer sebab diorang memang kenal raaamai orang jadi secara tak lansung diorang buleh rekemen kan keje.

sekarang ni, saya sendiri belum bekerja setelah hampir sebulan menghabiskan sesi pembelajaran. (ehe. saya lah pulak.) ini adalah salah saya sendiri kerana masih belum agresif dalam usaha mencari kerja BUKAN sebab takde peluang pekerjaan. namun begitu, sudah ade dua orang rakan seperjuangan yang sudah pun memulakan kerjaya mereka. sorang tu kat ladang ayam tengganu, sorang dapat kat ladang lembu kat johor. yang lain, masih melepak menanam anggur barangkali? atau sibuk membangunkan bandar sendiri di alam maya (read: Cityville). :P

time aku praktikal dulu pun, siap farm manager tu tanya kat aku, "Syuhada nak keje kat sini tak?" namun begitu hanya senyuman yang aku mampu beri pada Puan Farm Manager tersebut. dua orang rakan seperjuangan aku yang lain ade jugak menerima tawaran bekerja kat tempat praktikal diorang, tapi diorang tolak pasal gaji agak rendah sedangkan kerja banyak. tak berbaloi baloi. so another key point di sini ialah, cari attachment dengan kompeni livestock yang stabil supaya diorang nak amek kita kerja ngan diorang. lebih-lebih lagi kalau diorang dah kenal masa praktikal, laaagi senang!
 
dan satu lagi, tak payah lah susah² nak pegi karnival kerjaya kejadah semua tu, sebab nak jumpa kompeni penternakan kat karnival² macen tu memang susah. 0.00001%. huhuhu. ini berdasarkan pengalaman ye. tak payah susah² pegi karnival bagai, cuma perlu keep in touch dengan Jabatan Sains Haiwan (kalau belajar kat UPM lah) je. sebab biasanya livestock kompeni kat Malaysia ni akan directly contact universiti yang berkaitan dan iklan kan job offer diorang kat situ.

oh ya. satu lagi kelebihan jurusan Sains Ternakan ni, even kalau tak dapat koje pun, kita boleh bukak ladang sendiri. ya. dan ini memang dipraktikkan oleh most of my coursemate. almost half of the class ade tanah pusaka yang boleh dibuat bela kambing. in fact, dah ade pun yang dah stat bela kambing sendiri. dan sebab itu lah jugak aku pilih course ni, sebab aku pikir, in case aku tak dapat keje mane² atau aku dah give up keje makan gaji kat mane² livestock kompeni, aku buleh meneruskan hidup dengan bela kambing etc. konon lah. kita tengok macammane nanti.

secara jujurnya aku sendiri pernah merasa rendah diri sebab aku ni kecik, rendah, kemetot, perempuan pulak tu, ade ke orang nak amek aku bekerja? dan nah. realitinya most people tak kesah pun pasal tu, dan yang penting kita kena yakin diri kita boleh buat kerja tu dan orang lain automatically akan yakin ngan kita, itu ape yang Mr Supervisor aku cakap lah. he's a great motivator anyway, hehe. tapi memang dunia ni kejam kadang-kadang, contohnya bila ade orang yang terang-terang cakap nak lelaki sahaja jadi pengurus ladang dia lepas tu iklan kan job offer tersebut kat blog aku yang seorang perempuan ni. tapi kat tempat lain, kat ar-Raudhah misalnya, rilek je pempuan jadi director, farm manager, assistant farm manager, kan? haa..

jadi kesimpulannya cuma satu, kita sendiri yang kena cari peluang pekerjaan tu. aku rasa semua bidang pun sama kot. mana-mana pun ade competition. peluang memang banyak, cuma biasalah, competition. dan kena outstanding dari orang lain untuk grraabbb the opportunity cheh wah pandainya bercakap anak sapo ni?. hehe. harap ini dapat menjawap persoalan bermain di fikiran Ana.

sekian! ^^

06/05/2012

ice-pop


Betapa banyak nya ice-pop gua makan ini hari.
Adik-adik gua pakat makan sorang satu,
Ice-pop ni kan boleh di karate jadi dua bahagian.
Maka satu bahagian diorang makan sendiri, satu lagi diorang pass kat gua.
Gua ade tiga orang adik, jadi tiga kali gua di paksa rela makan ice-pop.
Tapi setiap orang bukan makan sekali, banyak kali!
Maka banyak kali lah gua di paksa rela makan ice-pop oleh mereka bertiga ini.
Kalau dah di-sua depan mata, takkan gua nak tolak pulak.
Haihh adik-adik ku.
-___-

Kalau tengok Opah ngan adik-beradik atau sepupu sepapat beliau,
gua mesti pikir acaner laa kitorang pat beradik dah tua nanti.
Adekah gua maseh dibuli?
Gua tak kesah pun kena buli pasal diorang buli tandanya sayang.
Dah tau dah diorang musti sayang sama Alogg diorang ni.
Heh heh heh.