24/06/2012

kerja baru

Sedang enak scrolling kat tumblr, aku terhenti sekejap kat satu post ni. Ia berbunyi seperti berikut:

Tiada Sabtu. Tiada Ahad. Maknanya tiada cuti. Kerja dan kerja.

Termenung jap. Bersyukur nya aku kerja lima hari seminggu je. Working hours 730 pagi sampai 2 petang je. Tapi setakat ni aku selalu dapat perlepasan untuk balik kerja awal. Best gila. Dekat pulak tu, jalan kaki pun bole. Sabtu Ahad cuti.

Lalu aku berbisik dalam hati,

Ape nak lagi? Cuti dua hari. Kerja enam jam je. Dekat dengan rumah. Maseh boleh tolong mak aku. Maseh boleh luangkan masa pegi kelas petang atau kelas malam kat surau. Alahai untung nya diri sendiri. Walaupun gaji tak seberapa, tapi jauh di sudut hati aku [cewah!] aku tetap seronok sebab Allah bagi banyak ruang kat aku untuk 'memberi'.

Cumanya, aku tertanya-tanya. Adekah aku maseh mengongkong diri sendiri dalam comfort zone? Ye ar, kerja pun dekat ngan rumah je. Adekah kerja aku sekarang dah mengeluarkan aku daripada comfort zone aku? Kenapa aku kesah sangat pasal comfort zone ni?

Sebab sejak akhir-akhir ni asyik baca pasal comfort zone jek. Aku rasa 'terpukul' sebenarnya. Rasa rendah diri. Maklum saja lah, di kala ini rakan sebaya aku ramai yang keluar dari kampung masing-masing atas keperluan pekerjaan. Aku ni je yang maseh duduk kat Tronoh yang maseh belum maju ni. Heh.

Tapi I tell you, bekerja dengan kanak-kanak bukan sesuatu yang mudah. Hampir sahaja aku mengangkat bendera puteh pada hari pertama. Yelah, bandingkan dengan kambing, kambing aku boleh cepuk sesuka hati [tapi seriyes lepas tu rasa menyesal gila]. Kalau dengan bebudak ni, cara nak tackle diorang lain sikit. Sudah la aku ni memang sejak azali bukan orang yang mesra dengan bebudak, memang haru dibuatnya!

Budak kelas aku dengan artwork masing2.

Oke sebenarnya nak bagitahu yang aku sekarang jadi cikgu tadika sementara atau nama yang lebih canggeh - Temporary Kindergarten Teacher. Dan sekarang bebudak kat taman aku ni panggil aku Teacher instead of Kak Long. Isk. -__-

Kiranya aku dah keluar dari comfort zone kan? Ah, pedulik la pasal comfort zone tu. Yang penting, nanti bebudak ni akan ingat aku sebagai cikgu tadika diorang. Kih kih kih. Oh nak tambah sikit lagi. Yang buat kerja ni mencabar ialah aku memang tak pernah tahu apape pasal bidang tadika ni sebab aku tak pernah masuk tadika. Dan panduan aku HANYA sebuah buku catatan Lesson Plan yang dibuat oleh cikgu yang lepas, TANPA kursus dan perkara yang sewaktu dengannya. Maka peribahasa yang sesuai untuk aku ialah - bidan terjun.

Walaupun mencabar, aku tetap rasa best sebab dapat cuti dua hari dalam seminggu dan kerja cuma enam jam sehari. Ahax! Tu je point aku sebenarnya. U jelly? :P

14/06/2012

Pesanan warga emas zaman sekarang

Wah. Warga emas pun ade zaman dulu, zaman sekarang?

Baru-baru ni aku berkesempatan membawa Opah ke klinik kesihatan. Orang nya memang ler ramai, berjembik alun kate oghang payrock! Hampir semua nya baya-baya Opah aku. Hehe kiranya aku lah yang paling muda remaja kat situ. Walaubagaimanapun harus diingatkan satu hari nanti aku juge akan tua seperti mereka; itu pun kalau panjang umur. 

Hendak dijadikan cerita, semasa dok ralit memerhatikan orang, aku perhatikan sepasang suami isteri sampai. Rupanya mereka pun hendak melakukan pemeriksaan yang sama seperti Opah aku - pemeriksaan mata. Makcik tu duduk sebelah aku. Satu perkara yang best duduk sebelah orang tua ni adelah diorang yang biasanya initiate perbualan. Kalau duduk sebelah orang yang muda remaja macam aku, alamat sampai kesudah tak bertegur sapa. Ni la dia budak zaman sekarang. -___-

Makcik tu cerita yang kini dia tinggal bersama suaminya, menjaga seorang cucu. Standed la kan, dah tua dah pencen, jaga cucu. Yelah mak bapak keje. Makcik tu ade enam orang anak. Semua pempuan. Cerita punya cerita. Dia kata suami dia tu kurang pendengaran, senang cerita pekak. Yang dia pulak, mata udah kabur. Memang dia cakap tawakal je bawak moto dari rumah ke klinik kesihatan, kalau eksiden kite mati same-same kata makcik tu. Isk. Tercengang juge aku mendengarnya.

Dan akhirnya sampai lah ke soalan yang memang aku dah agak akan ditanya - adik ni dah kahwin ke belum? HAHA. Kalau tahun lepas soalan feveret orang ramai adelah pasal kerja, tahun ni soalan feveret orang ramai adelah pasal kahwin. Makcik tu kata umur 24, 25 dah oke dah kalau nak kahwin, kih kih kih. Makcik tu ade jugak pesan, orang pempuan sekarang ni kena ade siap-siap kereta seniri, rumah seniri, atau paling koman pun simpanan seniri. Senang katanya kalau 'apape' jadi. Maksudnya in case berlaku penceraian...

Ha. Inilah pesanan tipikal warga emas zaman sekarang.

Aku tak puas hati. Jiwa aku meronta menjerit kenapa makcik tak nak bagi resipi rumahtangga kekal bahagia kat saya?? Sebab aku perhatikan, walopun suami dia pekak, dia rabun, diorang berjaya mengekalkan rumahtangga diorang. Kenapa pesan kat aku pasal sekiranya berlaku penceraian? Kenapa? Ape kata kalau bagi resipi rumahtangga bahagia, baru lah best sikit aku nak dengar, boleh jugak aku aplikasikan bila dah bersuami nanti, hehehe. Ini tidak, disuruhnya kerja mencari duit untuk buat back-up SEKIRANYA bercerai. Iskkk sedih nyaaaa.

Aku tak pasti korang dapat point aku ke tidak.

Takpelah. Resipi kebahagiaan rumahtangga tu aku tanya kat mak ayah aku sudehh. Mak ngan ayah aku tu siap long-distance-relationship lagi, alhamdulillah kekal sampai sekarang, hebak bukan? Hehehehe. Cececeh Mama ngan Ayah senyum sensorang ar tu bila baca ni. :)

Jadi kesimpulannya, kepada sesiapa yang belum kahwin tu, cari duit tu cari jugak, tapi jangan lupa belajar mempersiapkan diri nak jadi bapak orang, mak orang. Sudah pasti kita taknak termasuk dalam statistik penceraian, bukan? Ha inilah dinamakan sesi bercakap dengan cermin. Maksudnya aku berpesan ni pada diri sendiri juge. Ini tidak, tak habes-habes dengan game, masak nya entah bila nak pandai. Haihh ape nak jadi ni. *geleng kepala*



ps: on second thought, aku rasa perlu jugak fikir pasal tu, kan? hmm..

07/06/2012

Jelajah Terengganu Jun 2012

Selain daripada menuju ke kenduri kahwin Wan, aku ngan Nadia sempat bertindak sebagai pelancong kat Terengganu dengan guide daripada Pipah yang memang dah setahung jadi orang Tengganu.

Kitorang takde la buat banyak sangat aktiviti tapi baaaaanyak makan. Terimakaseh daun keladi kepada Pipah yang memang senantiasa memastikan perut kami kenyang masa kat Tengganu hari tu. Naseb baik dah kenal dari zaman sekolah, kalau tak segan weh! Bukan sekali dua kali, tapi berkali-kali beliau bawak kitorang pergi makan.

Warung Aziz Satar
Petang Jumaat tu, sesampai je kitorang kat Tengganu, Pipah bawak kitorang pegi Warung Aziz Satar. Nak tengok gambar sila google sendiri. Aku pun bila dah balik rumah baru terpikir awat laa aku tak amek gambar makanan tu semua. T__T

Kat warung ni Pipah sajez makan satar ngan otak-otak. Katanya satar memang makanan tradisi Tengganu, & otak-otak pulak, lain sikit dari yang biasa makan. Unik nya warung ni, kita datang je dia bagi sepinggan satar ngan sepinggan otak-otak, lepas tu dia akan kira ikut berapa banyak kita makan. Aku memang sebat semua lah kan.

Paling aku suka satar, sebab ade 'periuk api', yakni cabai potong di dalam nya. Memang daebak! Sebelum ni penah gak makan satar, tapi made in Serdang punya laa, memang aku tak berkenan. Otak-otak dia agak pelik [bagi aku] sebab aku biasa makan yang kat Johor tu rupa lain sikit. Tapi still boley tahan! Cuma tak pedas jek, hehe. Lepas tu ade lagi satu, pulut ikan tak silap aku. Aku bab pulut-pulut ni memang slow sikit, so pulut ikan jatuh tempat ketiga.

Makan malam
Tak cukup makan satar ngan otak-otak, malam tu Pipah bawak kitorang pegi makan kat satu tempat yang menyediakan seafood yang sedap. Time ni Pipah bukan maen lagi ode segala yang ade dalam menu tu. Memang dijamu nya kitorang makan sungguh-sungguh malam tu. Siakap sweet & sour, sotong goreng, kerabu sotong, tomyam. Hah. Itu pun naseb baik kerang bakar takdek, kalau tak.. Lagi banyak mende kitorang kena makan. Yang jadi banyak tu bukan hape, kitorang tak sangka dia bagi siakap yang bersaiz besar! Almaklum lah keme ni bertige aje. Memang mula-mula tak konfiden je nak habeh kan semua tu. Tapi last-last habeh jugak, memang kenyang betul malam tu. :D

Tapi apape pun ucapan jutaan terima kaseh aku [dan Nadia] ucapkan kat Pipah, dia la yang semangat bawak kitorang pegi makan-makan ni. Hehe.

Banyak benda aku nak cerita, tapi ni nak membahulu. 900 bijik weh!

Chows!

04/06/2012

Majlis Penyatuan Dua Hati - Wan & Husband beliau!

Ade dua benda yang buat aku rasa takut bila pergi kenduri kahwin:
SATU - pelamin orang biasa-biasa pun dah lawa gilos macam artis punya pelamin.
DUA - pakaian pengantin pempuan yang bagi aku agak.. err.. menonjol.

Actually aku tak tahu nak guna perkataan ape untuk menggambarkan perasaan aku tu, sebab tu aku kata aku takut walaupun aku rasa macam tak berapa sesuai. Tapi memang aku ade satu perasaan risau bila tengok pelamin yang grand dan baju pengantin yang menonjol itu. Ye ar, pelamin yang grand centu konfhem ar dah ribu riban. Benda tu je dah jadi satu bebanan. Baju yang menonjol tu pulak, haihh memang aku harap aku dapat laa elak dari pakai baju centu.

Tapi.

Kunjungan aku ke Sura Gate, Dungun baru-baru ni, ternyata membuktikan anda tak perlu pun pelamin yang macam artis dan baju yang menonjol ketika majlis perkahwinan anda. Tahniah kepada Wan dan husband! Kenduri beliau memang sempoi laa. Pelamin simple jek. Dan paling aku tabik sekali ialah kenduri beliau takde langsung muzik. Takde langsung. Seriyes takde.

Kitorang sampai dalam pukul sebelas lebih macam tu, terus jumpa Wan kejap, lepas tu turun makan dulu. Siap makan kami naik semula pegi menyebokkan diri tengok Wan bersiap. Lama jugak mekap nya, sampai rombongan lelaki dah nak sampai pun Wan tak siap lagi. Aku rasa benda yang patut dipuji adelah Wan berjaya melabuhkan tudung beliau menutup dada walopun berpakaian pengantin. Sebab biasa aku tengok kalau orang pempuan pakai baju pengantin mesti tudung tak labuh.


Sampai je rombongan pengantin lelaki, diorang terus naik ke rumah untuk sesi fotografi. Ni la moment yang paling penting sekali. Amek gambar beramai-ramai! Walaupun sebenarnya tak ramai sangat sebab kami cuma bertiga - aku, Pipah ngan Nadia. Tapi okey lah kan, ade jugak wakil Seri Iskandar, hehe.

Selain daripada tu, Pipah kata memang semua kenduri kahwin yang beliau dah pegi kat Terengganu takde pasang muzik. Lepas tu kenduri nya setel awal, sebab nak bagi laluan untuk solat Zohor. Diorang jugak ade budaya lepas makan angkat pinggan masing-masing. Memang meja makan bersih daripada pinggan kotor. Berbeza dengan kenduri yang biasa aku pegi, muzik wajib ade. Rombongan lelaki pulak biasanya sampai dekat-dekat je dengan waktu Zohor. Dan pasal pinggan kotor tu tak usah cakap la. Kadang-kadang kita yang nak makan ni yang kena alihkan pinggan orang yang makan kat situ sebelum tu.

Itu lah orang selalu cakap, jauh berjalan luas pengalaman! :D

Sekiang untuk kali ini.
SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK WAN & HUSBAND. SEMOGA KEKAL HINGGA KE SYURGAA.