19/07/2012

lagi-lagi Sains Ternakan.

Anonymous said...
salam.. boleh tak explain sket tentang sains pertanian UPM??
15 July, 2012 21:27

DAMIAN ASHRAF said...
assalamualaikum w.b.t
saya baru shj dpat result UPU, saya dapat degree in penternakan di UMK. soalan saya, adakah kursus ini mencabar dari segi mental dan fizikal? Mcam mana nak cepat adapt sebab seumur hidup saya, saya tak pernah bela lembu, kambing apetah lagi babi. Betul ke kena kaji babi? Dan terakhir, ade tak tips2 yg perlu saya amalkan utk cemerlang dlam kursus ini? terima kasih atas jawapan yang bakal diberikan
13 July, 2012 16:26

JAWAPAN:

Wa'alaykumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Ehe. Sori lah akak ni pemalas sikit nak updet belog. Untuk soalan pertama, Sains Pertanian yeh? Sains Pertanian ni fokus nya kepada tanaman. Ade banyak bercucuk tanam. Ade jugak bela ikan keli. Ade sikit pasal patologi tanaman. Ade jugak biochem kalau tak silap? Ade jugak entomologi. Tapi memang fokus nya kepada tanaman melainkan ade amek elektif ternakan, baru laa ade pasal ternakan sikit. Akak tau pasal Sains Pertanian ni pun sebab roommate akak dulu amek kos ni. Kalau nak explain panjang lebor memang mintak mahap laa akak tak buleh nak explain pasal itu bukan akak nye expertise. Harap maklum ya dik.

Kepada adik Damian Ashraf, wah nama kamu canggeh betul. Akak dulu pun sama macam kamu. Memang tak pernah bela haiwan ternakan melainkan kucing. Tapi kucing bukan haiwan ternakan, heh. Biasalah dik, hidup mana yang tak mencabar, ye dak? Macam kamu oke laa lelaki. Akak ni pempuan, kurang inci pulok tu, orait jee takde masalah dengan kos ni. Memang first time tengok lembu, kuda, I was like - mak aih besor nya, boleh ke aku ni? Tapi alhamdulillah, semuanya baik-baik aja. Dengan bantuan lecturer, support kawan-kawan, dan tunjuk ajar staf universiti, semuanya dapat akak harungi dengan jayanya, cewah. Kesimpulannya, don't worry too much oke?

Selain daripada tu. Rajen-rajen lah jenguk belog Mira dan Muez. Diorang ni rajen updet pasal ternakan. Oh sorang lagi, belog Izudean. :D

Oh satu lagi, pasal babi tu. Hadoi laa. Ni pun satu benda yang orang Malaysia fobia sangat. Dalam Quran cuma kata haram makan babi BUKAN haram belajar pasal babi. Sebab ape kena belajar pasal babi walaupun Malaysia negara Islam majoritinya rakyatnya Islam tak makan babi? Sebab kat Malaysia ni ade bela babi. In fact, orang yang bela babi ni fasiliti dia lagi canggeh dari orang yang bela kambing ngan lembu yang halal di sisi Islam. Plus, kuantiti babi kat Malaysia ni lagi banyak daripada lembu ngan kambing. Ha acaner tu? Self-sufficiency babi kat Malaysia adelah jauh lebih tinggi daripada self-sufficiency lembu ngan kambing.


Sebenarnya nak type pendek je, tapi bila dah tersebut pasal babi tu, tiba-tiba terpanjang pulak. Bukan hape, hangin betul bila orang kita mempersoalkan kenapa perlu belajar pasal babi walaupun tak makan babi. Babi pun makhluk Allah. Bukan ke Allah suruh ambil pengajaran dari setiap makhluk ciptaanNya? Yang nak sensitip sangat pasal babi ape hal. Tu yang rasuah ape semua tu, takde pulak orang nak kecoh macam orang kecoh pasal babi?

Haish tak pasal emo pulak ni. Kesian kat budak yang tanya ni. Akak tak marah kat kamu pun, cuma nak membebel sikit je, he he he he. Ape pun, pengalaman akak tak mungkin sama dengan pengalaman kamu. Cumanya, semoga ape yang akak share kan kat sini dapat memberi gambaran pasal ternakan walaupun cuma satu peratus.

Akhir kata, selamat belajar dan semoga maju jaya!

04/07/2012

sabar di hujung tanduk

Baru-baru ni satu Malaysia gempar dengan kes dera baby lagi. Macam biasa, benda ni jadi kat pusat asuhan kanak-kanak.

Sebagai salah seorang yang baru berkecimpung dalam bidang baby dan kanak-kanak, aku rasa aku paham perasaan pengasuh yang dera baby tu. Aku paham perasaan diorang, bukan bermakna aku sokong ape diorang buat.

Sebab aku pernah 'terlintas' nak buat macam tu. Seriyes.

Ape yang orang ramai kena tahu kat pusat asuhan kanak-kanak ni, bukan nya ade sorang baby atau sorang kanak-kanak je. Ade ramai. Bila ramai, ade banyak ragam. Pulak tu penyakit menangis [haha suka hati je cakap menangis tu penyakit] di kalangan kanak-kanak ni sangat contagious. Sorang menangis semua nanges. Memang menguji kesabaran. Dalam masa yang sama ade yang mintak makan. Ade yang nak susu. Nak mainan. Dengan backround music ketika itu baby menangis secara live dan berjemaah. Peh.

Di saat itu lah kesabaran berada di hujung tanduk. Sama ade nak pukul, atau pujuk.

Ce bayangkan korang dalam situasi macam tu.

Orang ramai bila baca cerita dera ni, which is selalu nya on the parents' side of story, akan cakap, "Kejam gila! Hilang akal! Nafsu binatang! Takde otak!" dan sebagai nya.

Ini cerita dari pengasuh side of story. Orang putih kata cuba pakai kasut orang tu baru faham ape dia rasa.

Dengan pengalaman aku yang baru beberapa kali TERPAKSA jadi pengasuh, aku faham kenapa benda macam tu boleh jadi. Beza nya aku memilih untuk pause sekejap, dan berusaha jugak nak pujuk bebudak tu.

Percaya atau tidak, masa aku mengasuh tu boleh kata dekat seribu kali [hiperbola] aku beristighfar nak tahan sabar. Itu belum campur baca ta'awudz dan ludah sebelah kiri bagi melenyapkan hasutan shaitonirrajim. Memang kesabaran dan kewarasan aku betul-betul diuji - ibarat telur di hujung tanduk.

Alhamdulillah budak-budak yang aku bela maseh sehat walafiat dan tak masuk suratkhabar.

Balik tu, aku cakap ngan mak aku, aku paham kenapa ade orang hilang akal bila bela budak. Respon mak aku, senang je.

"Nak buat macam mane, yang membela nya belum kawin. Takde pengalaman jaga anak." Hah. On my face sebijik.


Jadi ape yang kita boleh buat bagi mengatasi masalah ini?

Aku cadangkan setiap pengasuh mesti 'diasuh' terlebih dahulu dengan sifat sabar - yang mewakili separuh daripada iman. Sabar separuh daripada iman. Hilang separuh tu, hilang iman seluruhnya. Hilang iman, hilang waras. Hilang akal. Tu yang jadi macam-macam tu.

Sebagai penutup, aku sendiri tak pasti ape penyelesaian nya. Kuat kan iman masing-masing? Kemudian amalkan ayat pelembut hati. Bukan untuk lembutkan hati budak, tapi lembutkan hati sendiri supaya jangan ganas masa bela anak orang. Aku rasa tu penyelesaian yang sangat umum, kot?

Dan aku rasa aku kurang setuju dengan orang-orang yang terus mengeluarkan kata-kata kesat kat pengasuh yang hilang akal sekejap ni. Geram tu memang patut ade, tapi cuba tambah dengan rasa kesian. Kesian kat dia yang telah kehilangan sabar nya. Kesian kat dia. Siapa kita untuk judge orang, kan? Nak-nak bila orang yang mengutuk mengeji tu tak penah berada di 'kasut' pengasuh tu.

Cukup sampai sini. Aku sama sekali tak bermaksud menyokong penderaan kanak-kanak, cumanya aku nak cakap yang itu adelah perkara yang akan berlaku bila seorang pengasuh tu gagal memilih antara bertindak mengikut iman atau mengikut hasutan shaitonirrajim. Oke? Agree? Disagree?

Yang penting sekarang kitorang dah ade pengasuh baru dan dia dah kahwin dan semua budak pun tak meragam lagi. Aku sangat tabik pada beliau. Sekian.

02/07/2012

Kullu nafsin dzaa iqatul maut (3)

*Bunyi mesej masuk*
Ayah Dayah baru meninggal.
Phew. Tarik nafas. Reply.
Inna lillah wa inna ilaihi raaji'uun.. Masa dia dah sampai, besok lusa kita pulak, jangan sedih oke? :)
Message sent.

***

Minggu ni saja aku dengar tiga berita kematian.

Allahummaghfirlahum, warhamhum.

Sekali lagi aku ulang,

Masa dia bertemu Allah dah sampai, besok lusa kita pulak.

***

Aku termenung sekejap bila baca mesej Dayah malam tu. Tak dapat aku bayang kan perasaan hilang nikmat ber-ibu, ber-ayah. Aku ingat lagi, dulu masa kecik-kecik, aku penah terfikir biar laa aku yang pergi dulu sebelum mak ayah aku. Sebab rasa tak sanggup kehilangan diorang.

Oke tu je. Dah takde idea nak tulis lagi. Sekian dulu sesi muhasabah diri pada hari ini.