31/08/2012

MERDEKA!!! (sangattttt)

Macam biasa, setiap kali pagi hari merdeka, dari aku kecik, sampai la sekarang ni, bukak tivi tengok orang berarak.

Cuma tahun ni aku rasa agak 'terkesan' sikit.

Rasa sedih.

Sedih sebab kita sebagai rakyat, diajar untuk menyambut kemerdekaan dengan cara macam tu.

Bercampur gaul perempuan lelaki.

Aurat tak terjaga.

Terkinja-kinja.

Isk.

Paling tak boleh belah ade pulak penganjuran aktiviti sambutan malam kat Bukit Jalil.

Siap ajak rakyat beramai-ramai tweet #merdeka55.

Satu word je yang ade dalam otak aku bila tengok iklan pasal twitter tu kat RTM:

RIDICULOUS.

Takder nye mau datang semangat kemerdekaan kalau udoh ghope itu gaye nyambut merdeka nya!

Semoga kita dapat memerdekakan diri kita dari semua anasir-anasir negatip itu.

Hai laa Malaysia.. Kalau laa pejuang-pejuang kemerdekaan tu bangkit dari kubur tengok rakyat sekarang terkinja-kinja macam tu, ape agak nya diorang rasa kan?

Gambar hiasan LOL

Anyway!

Aku paling suka tweet Ustaz Hasrizal -

Yang paling patriotik adalah yang sentiasa fikir dan usaha yang terbaik untuk negara biar pun para Hang Tuah menggelarnya Jebat

Renung-renungkan dan selamat beramal.

MERDEKA!

24/08/2012

le familia

Semalam sekali lagi kitorang bermusafir ke KLIA hantar Ayah balek ke Saudi.

Berbeza dengan masa kecik-kecik dulu, kali ni kitorang dah takde dah nanges-sedu-sedan. Dah besar la konon. Dulu bila hantar Ayah je mesti semua hidung basah mata berair, kecuali Mama. Tapi sekarang dah terbalek. Mama pulak yang touching. Ceh padahal Mama tengah selsema, dikatanya touching, hehehe.

Kalau nak dikirakan, Ayah kerja oversea sejak dari tahun 2000 tak silap, masa tu darjah 6. Tapi kitorang dah mula tinggal dua rumah sejak 1999, kitorang kat Tronoh, Ayah kat KL.

Sebelum berulang ke KLIA, kitorang pernah jugak berulang ke KTM Batu Gajah [stesyen yang lama tu], ke Medan Kidd Ipoh, dan Airport Ipoh.

Semalam ade jugak lalu kat Stesyen KTM yang lama kat Batu Gajah tu. Tu yang dok mengimbau kenangan dulu-dulu masa nak amek Ayah. Mama kejut pagi-pagi, dalam pukul dua, tiga pagi macam tu, nak pegi amek Ayah. Kitorang pun mamai-mamai naik kereta, lepas tu semua tidor. Mama laa drive sensorang. Tau-tau dah sampai Batu Gajah, Ayah pun dah sampai. Lepas tu sambung tidor lagi. Sedar-sedar dah kat rumah.

Sampai sekarang pun Ayah maseh lagi bermusafir nak menyara hidup kitorang. Umur-umur macam Ayah patut nya dah boleh rasa duit anak-anak dah, tapi nak buek cemano anak eh takdo keje tetap laie. Sobs.

Tu la, sape kat takde degree tak boleh hidup? Ayah tu takde degree pun, tapi dah merantau sampai ke Australia, Taiwan, Dubai, Riyadh. Awok ni udoh ader degree pun dok kat bawah ketiak mak lagi. Heh. Tapi takpe kot sebab awok pempuan, takde laa malu sangat, boleh macam tu? Haha. Ader jugok Mak awok tu peneman nyer!

21/08/2012

Ceritera Raya 2012

Pada awalnya, aku nak uplod bersama gambar-gambar hari raya tahun ni. Tapi tak jadi. Kat pesbuk tadi pun dah post gambo spaghetti, tapi lepas tu delete balek. -__-

Hari ni kitorang dah tak makan lemang ketupat rendang dah, kitorang makan spaghetti! Tapi ini spaghetti Melayu punya. Pasaipa Melayu? Pasal nya ade cabai burung! Baru pedas berapi! Maklum saje lah, mengkeme ni memang suka pedas, baru kick kata orang.

Tahun ni turn raya kat Perak. Dapat jugak Solat Sunat Raya tahun ni. Yang spesyel nya, khutbah raya dibaca oleh khatib khas dari Saudi Arabia, tapi keturunan Jawa Parit Sulong, heheheh. Ayah teman ler tu! Khutbah diambil dari belog SAIFULISLAM. Memang terbaekk. Boleh baca sendiri kat belog beliau.

Sejurus selepas solat raya, kita terus pegi Rumah Opah. Kendian kita terus pegi beraya rumah adik-beradek Opah. Peh masa tu perut memang dah macam nak pecah dah. Padahal makan sikit jek. Mane tak nya, empat buah rumah makan tanpa henti. Isk isk.

Petang nya, terus ke Parit Sulong. Meraikan famili belah Ayah pulak. Tak lama pun kat Parit Sulong, sebab petang Isnin tu dah bertolak balek ke Perak. Habes masa kat atas hiway jek. Mujur ade hiway LEKAS, lekas sikit kitorang sampai. Takde laa kena bersesak kat Senawang. Fuhh. Pesanan penaja, sila lah amek tau jalan-jalan alternatif bagi menyelamatkan diri anda dari terperangkap dalam jem cap kereta.

Oke lah. Masa tak mengadap laptop tadi kemain banyak idea nak tulis, tapi bila dah ngadap laptop, hampeh satu idea pun takdek!

Aku kira dah tiba masanya aku tamatkan ceritera yang semakin takde isi ni.


SALAM AIDILFITRI
Semoge kita jumpa dengan Ramadhan akan datang!

10/08/2012

Dey, gila ka?

Type message.

Selamat berbuka adik-adikku!

Message sent.



Bunyi mesej masuk. Tiga kali.



Pertama: Dey, gila ka?

Kedua: Yeye ler along oiii. Selamat bebuka jugok!!!!

Ketiga: Terimakasih. Hahahahahahahaha



Diorang tiga orang ni lah kawan gaduh bila dekat, rindu bila jauh. Woha!

07/08/2012

nikmat air ais

Memandangkan sekarang tengah bulan Ramadhan, aku pun nak sembang sikit pasal Ramadhan. Korang ni puasa tak? Dekat tadika [tempat kerja aku sekarang] cuma dua orang je maseh istiqomah puasa, yang lain semua puasa ikut suka hati. Kira awal jugak diorang belajar puasa, umur 6 tahun.

Aku dulu darjah empat pun tak puasa penuh lagi, hehe. Ingat lagi dulu aku sekolah rendah sesi petang, pagi makan koko krunch, petang kat sekolah tak makan walaupun kantin bukak. Paling tak boleh lupa bila weekend, mak aku masak kan makan tengahari, lepas tu bukak periuk pelan-pelan, kononnya malu tanak bagi jiran dengar. Ceh!

Yang paling tak boleh belah sekali, masa kat sekolah dulu aku ngan kawan-kawan jenis bawak sapu tangan. Lepas tu bulan puasa, sekolah petang, hari panas terik. Konon-konon bibir kering la. So kami ramai-ramai pegi kantin, beli ais, bungkus dalam sapu tangan lepas tu tuam-tuam kat bibir nak bagi jangan kering kononnya. Ais, mesti la cair kan. Air ais yang cair tu la aku dok telan. Haha pengelat betul. Bila fikir balek macam kotor pun ade. Tapi masa tu kecik lagi, bukan kesah sangat pun. Bagi aku mase tu air ais yang sejuk tu dah cukup nikmat untuk hilangkan dahaga.

Namun begitu, adelah amat malang sekali sebab bila aku besar (lah sangat) aku jadi sensitip ais. Pantang minum ais, konfhem batuk. Iskkk. Terpaksa lah aku jadi cam orang tua-tua, minum air suam jek. Tu lah I nak bagitahu ni, air kosong suam pun nikmat tau masa berbuka. Tak cayer cube ler try!

Dan sebenarnya aku nak tulis benda lain tadi. Tapi terkenang zaman kecik-kecik dulu pulak. Takpe lah, besok tules lagi.