27/09/2012

Masalah ibubapa zaman sekarang.

Besok BAJET 2013. So aku saje la baca cadangan-cadangan rakyat Malaysia kat website 1malaysia.com.my. Antara yang menarik minat aku (sebenarnya buat aku geram):

Sokongan untuk ibubapa bekerja

Seperti kita ketahui, tidak semua ibubapa  mampu untuk mengambil pembantu rumah atau orang gaji. Walau bagaimanapun tadika atau pusat asuhan kanak-kanak juga mengenakan bayaran yang agak tinggi. Seperti soalan anak RM300, kalau 2 orang sudah enam ratus. Ini tidak termasuk kos sara hidup dan lain-lain kos yang ditanggung oleh ibubapa tersebut.  Cadangan saya supaya taska atau pusat asuhan ini dibanyakkan dan dibawah seliaan Kementerian Wanita atau Permata. Dengan kata lain kerajaan menetapkan kos minumum untuk yuran tersebut seperti RM100 per anak. secara tidak langsung ia dapat meringankan beban ibubapa.

Jawapan saya:

Pengasuh professional memang sepatutnya mahal. Kerja dari 7 pagi sampai 7 malam - ikut waktu ibubapa bekerja. Termasuk Sabtu kerja separuh hari. Kalau mahukan yang terbaik untuk anak sendiri, kenapa tak sanggup nak bayar dengan harga yang nursery demand?

Nursery pun pakai orang jugak. Tahukah anda gaji pengasuh nursery kat area aku ni cuma RM300-RM400 jek? Waktu kerja 730 pagi sampai 6 petang - tak tentu sebab ibubapa ikut sukahati dia je pukul berapa nak hantar anak dia, sukahati dia pukul berapa nak ambil anak dia. Pulak tu bukan jaga seorang je, ramai. Bila nursery tegas sikit, demand sikit, ibubapa mula komplen banyak.

Ade satu soalan yang aku rasa aku nak sangat tanya kat orang ni, "Puan sanggup kerja dari pagi sampai lewat petang 6 hari seminggu dengan gaji tiga angka tu?"

Ingin aku tegaskan di sini, bila Puan mahukan yuran nursery yang rendah, sila jangan komplen anak tersedak susu atau anak didera pengasuh. Memang bunyi nya kasar (mintak hampun mintak maaf lol), tapi orang putih kata, "you want to get the best, you have to pay the price."

Melainkan pengasuh anda seorang yang sangat berdedikasi dan komited terhadap kerjanya walaupun gaji cuma tiga angka. Di zaman iman-yang-lebih-nipis-daripada-kulit-bawang ni, ade lagi ke orang macam tu?

***

Kisah benar:

Baru-baru ni ade seorang Puan ni, demand kat aku bukak tadika pukul 7 pagi sebab dia kerja kat Ipoh so dia kena hantar anak dia awal, supaya dia boleh sampai awal kat tempat kerja dan dia boleh balik on time. Masa tu bukan main lagi mintak beriya-iya. Mintak nombor fon. Bagi mesej dua tiga kali "Anak saya kena minum air blablab."

Disebabkan customer always right, aku bukak jugak tadika pukul 7 pagi. Dia sampai pukul 710 pagi.

Besok nya lagi, aku bukak tadika 7 pagi. Puan tersebut lansung tak muncul. Oh sungguh bersabarnya hati saya. Kalau time dia nak demand something, pandai mintak nombor telefon, pandai hantar mesej. Bila tak hantar anak, tak pandai pulak nak bagitahu? Sabar je laa.

Semalam aku baru dapat tahu yang Puan tersebut dah tak hantar anak dia lagi. Dan, Akak Pengasuh cerita kat aku yang Puan tersebut nak hantar anak dia pukul ENAM PAGI kat rumah Akak Pengasuh supaya dia sampai Ipoh on time. Kemudian bila tadika dibukak pada pukul 730 pagi, Akak Pengasuh boleh bawak anak dia bersama-sama ke tadika. Peh. Memang tak dapat ar. Agak-agak la siket. Orang lain pun ade family. Ade suami dan anak-anak. Kalau dah sampai pukul ENAM PAGI nak hantar anak kat kita, memang sungguh melampau jugak bagi aku.

Makanya, logik ke macam tu nak mintak yuran nursery murah? Orang zaman sekarang ni fikir lepas tengkuk dia je.



ps: Cadangan aku - berenti keje, jaga anak-anak tu sendiri. Jimat duit minyak, jimat duit nursery yang RM600 tu. Kalau nak jimat lagi pakai lampin.

pps: Aku rasa tak layak nak cakap benda-benda macam ni sebab aku belum kahwin, belum ade anak, tapi aku rasa geram so aku taip jugak. Semoga jadi panduan dan peringatan kat aku bila aku ade famili sendiri nanti.

25/09/2012

Yang dirindui...

Miles away, oceans apart
Never in my sight, but always in my heart
The love is always there, it will never die
Only growing stronger, a tear rolls down my eyes

Satu perkara yang best pasal Muslim adelah - kita boleh jadi sangat rindu kat orang yang kita langsung tak penah jumpa dan kita boleh jadi rindu nak pegi ke satu tempat spesyel walaupun kita tak pernah jejakkan kaki kat tempat tu. Ye tepat sekali. Orang tu adelah Nabi Muhammad SAW dan tempat spesyel tu adelah:


Allah.
Menengok gambarnya pun dah cukup membuatkan hati tersentuh.
Mendengar cerita tentangnya membuat hati bertambah rindu.
Ewah.

Tapi seriyes.

Aku teringinnnnn sesangat-mengat nak ke sana. InshaAllah satu hari nanti Allah akan panggil aku ke sana.

Kalau dulu kecik-kecik aku kumpul duit dalam tabung nak beli Proton Putra, sekarang dok kumpul duit nak pegi haji. Aku set kan aku mesti sampai sana sebelum umur 30. So maknanya ade lagi 6 tahun untuk aku merealisasikan impian besar aku tu.

Mama kata kena selalu niat nak ke sana. Siapa tahu, Allah akan makbulkan?

I truly hope one day, everyone will get the chance
To be blessed with the greatest honour
Of being called to Your Noble House
Standing in Ihram
Making my Tawaf
Drinking blessings from Your well
The challenge of Safa and Marwa rekindles my Iman

08/09/2012

Sekeping ijazah tidak jamin kehidupan lebih baik


Betul tepat sekali kena batang hidung den.

Oleh kerana share kat facebook adelah terlalu mainstream, jadi gua tepek kat belog gua. Lagipun, kat sini gua tak segan sangat nak membebel panjang-panjang.

Ade beberapa point penting yang boleh di-highlight-kan daripada keratan akhbar di atas;

Dalam hidup ini tiada yang senang sebelum susah. Jangan kita terlalu mengharap dan memuja-muja sekeping ijazah yang kita peroleh kerana rezeki adalah di tangan Allah SWT

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda supaya umatnya menuntut ilmu kerana ilmu itu satu kewajipan kepada semua umat Islam. Islam tidak menuntut kita mencari ilmu hanya untuk mendapatkan kerja.

Kita hendaklah bersyukur dan berusahalah bekerja, bukannya mencari-cari kerja. Bekerja dengan apa yang Allah SWT kurniakan kepada kita di samping kita berusahalah untuk sesuatu yang lebih maju tanpa perlu berasa sedih dan kecewa.

Itu lah point-point penting yang aku rasa 'kena' dengan diri sendiri. Untuk point pertama, memang tak dapat disangkal lagi, sebab memang termaktub dalam Quran - Allah yang menetapkan rezeki sekalian makhluk mengikut kehendakNya.

Untuk point yang kedua. Haa. Ini memang nak ulas panjang sikit. Masa belajar dulu, aku pernah mengeluarkan kenyataan bahawa aku taknak bekerja (huhu Mama ngan Ayah jangan marah) apabila dah bersuami yang berpendapatan tetap dan mampu menyara hidup aku. Sila baca ayat tu sampai habis ya. Aku taknak bekerja apabila DAH bersuami yang berpendapatan tetap DAN mampu menyara hidup aku. Respon yang aku dapat - RUGI LA KO DAH BELAJAR TINGGI-TINGGI TAPI TAK KERJA. Heh. Aku jawap [tapi dalam hati je la] belajar kan ibadah, so ape yang RUGI nya? Belajar = ibadah. Aku belajar 4 tahun = beribadah 4 tahun. Aku tak pernah rasa rugi belajar. Lagipun kalau suami aku mampu nak sara hidup aku, nak watpo laa aku nak nyusahkan diri sendiri pegi keje lagi, duduk rumah buat bisnes sendiri lagi bagus.

Perhatian. Ini nak melencong sikit.

Baru-baru ni, aku cakap ngan mak & ayah aku yang aku tak menyesal pilih bidang yang aku amek masa kat universiti dulu. Sebabnya, ilmu yang aku belajar tu maseh boleh diaplikasikan walaupun 5 atau 10 tahun akan datang. Sains Ternakan. Phew cuma aku harap tempat penyimpanan ilmu-ilmu yang berada dalam otak aku ni maseh dapat menyimpan maklumat dengan baek. Lagipun aku maseh boleh rujuk buku nota. Gila skema nak bukak ladang kena baca nota, pergh memang EPIC lah. Mesti pakcik-pakcik otai ladang lain gelakkan aku tengok aku baca nota, hehehe.

Untuk point ketiga. Bekerja dengan apa yang Allah kurniakan pada kita. Contoh ade dah depan mata. Mama pandai buat roti, kek, bahulu dsb. So kitorang mulakan projek bakery kitorang secara kecil-kecilan. Boleh cekidaut kat blog Made in Tronoh. Kalau takde aral melintang, lepas ni aku nak belajar menjahit baju kurung pulak dengan Mama. Takyah nak beli dah. Baju kurung sekarang mahal betul. Kainnya jarang pulak tu. Kalau nak beli yang tak jarang kena perabih duit sampai beratus-ratus, huish kopak gaji sebulan! Bila dah pandai jahit baju, heheheh... boleh la amek tempahan. Senang. Kerja dalam rumah je. :)

Tiba masanya untuk buat kesimpulan.

Sekeping ijazah memang tidak menjamin kehidupan yang lebih baik, tapi dengan adenya USAHA, DOA & TAWAKAL, inshaAllah ape pun kita boleh capai. Duit banyak hati tak tenang pun susah jugak, ye dak? Dan yang paling penting aku rasa, walau sikit atau banyak rezeki kita, jangan lupa memberi kepada mereka yang memerlukan. Paling koman belanja femili makan kepci pun hokey sudahh.

Tapi. Kesian kat mak aku lah. Beliau laa yang paling panas telinga bila orang keliling dok tanya aku dah kerja belum. Hmmm.

Oke tu je. Tahniah kalau anda berjaya baca sampai habes.

03/09/2012

Stages of Deterioration in the Human Body


The Moment Of Death:
1. The heart stops.
2. The skin gets tight and ashen in color.
3. All the muscles relax.
4. The bladder and bowels empty.
5. The body temperature begins to drop 1 1/2 degrees Fahrenheit per hour.

After 30 minutes:
6. The skin gets purple and waxy.
7. The lips, fingernails, and toenails fade to a pale color.
8. Blood pools at the bottom of the body.
9. The hands and feet turn blue.
10. The eyes sink into the skull.

After 4 hours:
11. Rigor mortis has set in.
12. The purpling of the skin and the pooling of the blood continue.
13. Rigor continues to tighten muscles for another 24 hours or so.

After 12 hours:
14. The body is in full rigor mortis.

After 24 hours:
15. The body is now the temperature of the surrounding environment.
16. In males, the semen dies.
17. The head and neck are now a greenish-blue color.
18. The greenish-blue color spreads to the rest of the body.
19. There is a pervasive smell of rotting meat.

After 3 days:
20. The gas in the body tissues forms large blisters on the skin.
21. The whole body begins to bloat and swell grotesquely. [grotesquely = menjijikkan]
22. Fluids leak from the mouth, nose, vagina, and rectum.

After 3 weeks:
23. The skin, hair, and nails are so loose they can easily be pulled off the corpse.
24. The skin bursts open on many places on the body.
25. Decomposition will continue until the body is nothing but skelital remains, a process that can take a month or so in hot climates, and two months or more in cold climates.



Phew. Berpeluh baca. Every soul shall taste death.