24/10/2012

Berkesankah subjek Bahasa Inggeris kita?

Biasa lah, musim-musim konvo ni kan, ramai la orang nak tunjuk jubah konvo masing-masing. Dan hari ni aku jumpa dua kesalahan penggunaan kata:

Look, my rope is really amazing!

Yeayy aku dah grade!

Rope?? Grade??

Perkara pertama yang aku fikir bila aku tengok kesalahan macam tu ade lah - orang ni typo kot.. Tapi masalah nya B dengan P tu jauh kot. Takkan laa typo pulak. Iskk.

Jujur aku cakap aku paling tak boleh nak terima kesalahan macam tu sebab yang menulis tu bukan orang sekolah darjah satu. Sekolah tinggi sampai universiti paling kurang 3, 4 tahun kot. Tapi agak menyedihkan (dan menyakitkan mata aku) sebab diorang gagal mencerminkan taraf pendidikan diorang. Seriyes aku mintak maaf bunyi ayat aku agak ofensif, tapi aku memang tak boleh terima. No no no.

Bahasa Inggeris aku pun takde lah sempurna sangat, tapi sekurang-kurangnya bila aku taip dalam bahasa Inggeris, aku mesti check ejaan ngan grammar. Kalau typo lain cerita lah. Haha tapi yang aku taip sekarang ni pun ade banyak salah eja, tapi salah eja pun takde lah sampai lari makna nya! Ini ROBE jadi ROPE. GRAD jadi GRADE. Tahukah kalian wahai graduan universiti sekalian, keempat-empat perkataan itu sangat lain maknanya, sila ambil perhatian ye. Tolong laa jangan buat kesalahan macam ni. Iskk.

The correct spelling is ROBE, not ROPE. Tak kan kau nak konvo pakai ROPE macam kat bawah ni?


ARGH TENSI TENSI.

Satu je yang aku puji orang-orang macam ni adelah mereka sangat konfiden dengan perkataan yang diorang guna tu. Bagus, memang bagus. Tapi tolong lah, check dulu sebelum taip, boleh kan? FYI kat desktop aku ni aku ade pin kan OXFORD DICTIONARY, so senang nak check makna atau ejaan bagi perkataan yang aku tak tahu.

Dah lama aku pendam benda ni. Aku tak kesah kalau kesalahan dilakukan oleh budak darjah 1 atau orang yang tak didedahkan dengan bahasa Inggeris. Yang jadi aku tak boleh terima tu sebab budak universiti buat kesalahan macam tu. Geram betul rasanya. Nampak sangat diorang tak aware dengan maksud perkataan yang diorang tulis tu. Pernah sekali aku nampak perkataan TUG IN, walhal dia nak maksud kan TUCK IN. Hadoi la. TUG dengan TUCK tu pun dah lain benor maksud nya yop yong oi..

Kadang-kadang rasa nak je komen kat kesalahan kata tu, tapi, aku tak pernah pulak buat macam tu. Oke laa.. Aku tahu aku pun ade buat banyak kesalahan ejaan yang memang aku sengaja kan dalam blog ni, ditambah pulak dengan bahasa rojak nya. Tapi... takdelah sampai 'lari' makna nya. Kan? Kan? Korang pun boleh terima kan stail penulisan aku yang macam ni kan? Heh.

Hmm. Baru aku nampak hikmah kenapa dulu masa sekolah cikgu English wajip kan kitorang buat buku Vocabulary dan tulis satu perkataan baru setiap hari. Itu semua supaya vocab kitorang banyak, so takde la buat kesalahan kata macam ni.

Oke tu je nak cakap. Bye.

20/10/2012

2 peragut mati disembelih...

Begitulah nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk Kampung Kayu Ara Pasong. Menurut saksi, Hj Manan Jalil, 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu... Tapi sempat dihalang oleh jirannya... Namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak ada apa-apa barang yang berharga yang didapati pada peragut itu.

Salah seorang penduduk tempatan juga ketua kampung di situ pula yang berang pada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut ini. Kaki-kaki peragut itu diikat... Dengar takbir yang bergema... Dia telah sembelih peragut tanpa rasa belas kasihan... Darah menyembur keluar, orang tempatan tidak berani menghalang perbuat ketua kampung itu, kerana yang disembelih itu ialah seekor kambing dan seekor lembu yang meragut rumput disembelih untuk hari raya korban...


SALAM AIDIL ADHA.

-------

Punya laa aku baca dengan muka berkerut, sekali dia kata yang disembelih itu ialah seekor kambing dan seekor lembu yang meragut rumput... 

19/10/2012

exam week

Anak murid aku sedang menempuhi 'minggu peperiksaan'.


Walaupun diorang cuma budak tadika, diorang buat aku faham sikit sebanyak perasaan 'risau' cikgu-cikgu aku dulu bila anak muridnya nak periksa. By the way, tadika kitorang tak secanggeh tadika dalam Adam dan Hawa tu, iskk. Jeles je aku tengok tadika dalam tivi tu cukup equipment nya. Tapi, aku tetap kena bersyukur; sekurang-kurangnya kitorang maseh ade kelas yang selesa untuk belajar. Banding kan dengan budak-budak yang tinggal kat negara dilanda perang, diorang tak dapat peluang belajar pun.

Next week paper Science ngan Math pulak. Lepas tu, raya! :D

15/10/2012

Perkara-perkara ghaib dari perspektif seorang budak tadika.

Salah satu topik yang budak-budak kelas aku suka adelah topik perkara-perkara ghaib.

Banyak soalan yang diorang akan bagi. Soalan yang menunjukkan betapa innocent nya diorang. Aku sendiri tak pasti macam mane boleh keluar pasal benda ni tapi seingat aku benda ni bermula bila aku selalu cakap, Allah suka budak baik, Allah tak suka macam ni dan lain-lain. Diorang pun mula la bertanya pasal Allah. Bila sekali aku cerita, besok lusa diorang akan come out dengan soalan-soalan lain yang aku tak jangka.

Allah duduk kat mana?

Macam mana rupa Allah tu?

Kita boleh tengok Allah?

Aku katakan Allah duduknya di langit, nama tempat tinggal Allah - Arasy. Macam raja tinggal kat istana, Allah tinggal kat Arasy. Dari situ Allah tengok semua yang kita buat.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu kitorang belajar perkataan 'beach'. So aku suruh diorang lukis pemandangan kat pantai. Aku check lukisan sorang-sorang, tengok ade sorang ni lukis orang kat langit. Aku tanya, "Ape ni?" Dijawap nya dengan yakin, "Ini Allah la." Hew hew hew. Tepuk dahi aku dibuatnya.

Di hari yang lain, aku cerita kan yang kita boleh tengok Allah bila kita kat syurga nanti. Maka bermulalah sesi soal jawab tentang syurga. Dan bila cerita pasal syurga sudah tentu kena cerita pasal neraka jugak.

Teacher, kat syurga tu ade ape? Neraka ade ape?

Teacher, kat syurga boleh jumpa Allah? Boleh jumpa Opah? Boleh jumpa Boboiboy? Doraemon?

Teacher, syurga tu kat mana? Dia macam mana? Best tak?

Fuhh. Duduk syurga mesti lah best! Ade sungai mengalir di bawahnya. Ade banyak buah-buahan yang sedap-sedap. Lepas tu nak mintak ape dengan Allah mintak la. Nak jumpa Allah pun boleh.

So lepas tu aku ingatkan diorang, nak masuk syurga kena solat 5 waktu, kena puasa, kena dengar cakap ibu ngan ayah, tak mau degil-degil.

Tiba-tiba ade sorang ni buat muka sedih, dan cakap, "Alaaa Acha tak puasa, macam mana nak masuk syurga..."

Hehehehe. Sabor je la.. Baru sekarang aku 'nampak' yang budak-budak ni memang ibarat kain putih, kita yang mencorakkan diorang jadi Nasrani atau Majusi atau Islam.

12/10/2012

beli buku lagi


Salah satu benda yang aku tak boleh nak kontrol bila masuk kedai buku adelah aku mesti nak beli at least satu buku.

Tapi pada hari Isnin lepas, masa berdating dengan GFF kat Midvalley, aku dengan perasaan boros nya membeli dua buku. Itu pun kalau ikutkan hati mau empat buku aku nak beli. Sebab buku COLLINS CLASSICS tu murah gila kot! Murah yang amat! Bayangkan fiksyen English hanya RM9.90! Pehh bagi aku cukup murah dah tu. Tapi aku tahan jugak perasaan aku so beli satu je buku hasil tulisan Sir Arthur Conan Doyle ni, aku pilih The Case-Book of Sherlock Holmes. Ni semua hasil pengaruh Detective Conan ar nih.

Satu lagi aku beli To Kill a Mockingbird. Buku ni memang cukup femes so bila aku ternampak je otometik aku terus amek dan nak pegi bayar.

Nampaknya reading list aku makin bertambah! Fiksyen 302 yang aku beli beberapa bulan lepas pun tak terbaca lagi, bajet bizi sangat lah tu.

08/10/2012

Saya dan PTPTN.

Kronologi:

31 Januari 2012 - Surat tawaran ujrah dikeluarkan. Dia bagi masa 90 hari tapi aku lansung tak buat apape dalam masa 90 hari tu.

23 Julai 2012 - Tarikh surat rayuan.

Ogos - September 2012 - Dokumen diterima, tapi akaun belum laras.

8 Oktober 2012 - Akaun sudah laras! Muahaha.

--------------

Mengikut penyata baki yang terbaru, jumlah hutang adelah RM13982.99.

Kalau ikut Bajet 2013, aku boleh dapat potongan 20% kalau aku buat bayaran penuh.
Atau potongan 10% kalau aku bayar secara konsisten.

Dengan diskaun 20%, aku kena bayar RM11186.40
Dengan diskaun 10%, aku kena bayar RM12584.70

Fuhh. Berpeluh berpeluh.

Satu benda je yang best pasal PTPTN ni adelah iklan dia. Team iklan dia memang patut dipuji, hehe. Dah la pakai Zul Huzaimy, cess. Iklan-iklan PTPTN ni memang selalu buat aku rasa... cepat-cepat je nak langsaikan hutang tu. 

Tak bestnya hidup berhutang!

01/10/2012

tempoh pembelajaran kat UPM

Aku baru perasan yang aku officially start belajar kat UPM adelah pada birthday Ayah - 2 Julai

dan

aku officially habis belajar adelah pada birthday Mama - 22 April.