21/11/2012

baju pengantin fusion style

Kenapa baju pengantin,

kalau yang lelaki elok je pakaian Melayu, berkeris bersamping, bertengkolok siap;

tapi bila pengantin pempuan, baju nya stail omputih?

Kenapa baju pengantin pempuan mesti stail gown omputih?
Maksud aku dengan stail omputih tu adelah baju jenis paras dada tu.

Atau pun kebaya yang pergh ketat tak hengat.

Kenapa tak ramai yang buat stail Melayu punya baju kurung jugak?

Kenapa?



Ni yang buat aku nak design baju pengantin sendiri ni, wahaha! :P

05/11/2012

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

I was on tumblr just now. And. Someone posted a post about 'Deaf Muslim Community'. I've seen the post few times on my dash but only then I clicked on the link given. So here it is:


Hmm. What is our excuse to not to read the Quran?
And look how his expression changed from 'the path of those whom You pleased with' -
to 'not the path of those who deserve Your anger, nor of those who become lost'.

01/11/2012

Jasa guru hanya Allah yang boleh balas.

Masih segar dalam ingatan aku masa kitorang belajar tajuk 'Batas dan pergaulan dalam Islam'. Ustazah pesan, jangan nak bertepuk tampar antara lelaki dan perempuan.

Ustazah cerita kan kat kitorang, orang lelaki ni pantang kalau orang perempuan sentuh dia. Tak kira la cubit ke, tepuk ke, tampar ke, lempang ke (heh lempang tu aku rasa tak kot..). Bila dia usik pempuan, lepas tu pempuan tu balas dengan cubit-cubitan contoh nya, balik nanti si lelaki ni akan dok teringat: Oh tadi aku usik Si Minah ni, dia cubit aku. Alahai best nya, besok aku nak buat lagi, boleh la merasa cubitan Si Minah ni.

Ustazah kata itu adelah kisah benar yang abang dia cerita kat dia. Bagi aku cerita tu agak creepy so memang aku ingat dan jadikan peringatan sampai sekarang.


Itu lah salah satu benda yang paling aku ingat pasal Ustazah Rohaizah.

---

Adik bongsu aku akan menduduki peperiksaan SPM next week. Hari ni dia ade program 'Restu Guru'.

Program ni kira macam program minta maaf sesama guru dan rakan-rakan seperjuangan lah.

So dalam sesi meminta maap tu, sampai la adik aku ni Ustazah Rohaizah.

Ustazah Rohaizah ni memang aku minat dari dulu lagi, sebab dia comel.

Selain daripada menyampaikan kata-kata semangat, Ustazah Rohaizah cakap kat adik aku tu, "Saya ni dari kakak awak, abang-abang awak, sampai lah ke awak; semua saya pernah ajar." 

Paling mengharukan adelah, Ustazah Rohaizah siap sebut nama penuh kitorang. Nur Syuhada. Adib Adhwa. Izzat Amir.

Aku sebenarnya tak expect cikgu (kat SMKSI) ingat ke aku sebab pertama; aku tak SPM kat situ. Kedua: aku tak SPM kat situ. Ketiga: juga sebab aku tak SPM kat situ. Heh.

Adik aku yang nombor dua tu pun tak SPM kat situ. Adik aku yang bongsu pun agak terkejut bila Ustazah Rohaizah sebut nama adik aku yang nombor dua tu. Haha complicated tak ayat tersebut?

Oke la. Sebelum berlaku karangan yang lari tajuk, lebih baik aku akhiri semua ini sekarang. Sama-sama lah kita doakan kesejahteraan cikgu-cikgu kita. BTW malam ni aku boleh tidur lena sebab ustazah aku ingat kat aku, haha.

Kthxbye!