17/12/2012

Saya dan PTPTN.

Kronologi:

31 Januari 2012 - Surat tawaran ujrah dikeluarkan. Dia bagi masa 90 hari tapi aku lansung tak buat apape dalam masa 90 hari tu.

23 Julai 2012 - Tarikh surat rayuan.

Ogos - September 2012 - Dokumen diterima, tapi akaun belum laras.

8 Oktober 2012 - Akaun sudah laras! Muahaha.

14 Oktober 2012 - Pembayaran pertama dibuat. Lepas tu dah dekat lima kali buat pembayaran.

14 Disember 2012 - Dapat emel dari PTPTN, diorang bagitahu yang pinjaman/pembiayaan/simpanan akan dipantau oleh Pegawai XYZ.

---

Hari ni aku check baki keseluruhan = RM13 207.22

Banyak lagi niii. Aku target sampai hujung bulan ni nak bayar lagi dua ratus so masuk tahun depan baki pinjaman jadi RM13 000.00 sahaja. Fuhh.

Personally, aku rasa aku boleh mengucapkan syabas kepada diri sendiri sebab percaya atau tidak, aku bayar PTPTN ni pakai duit aku sendiri. Iaitu daripada duit yang aku kumpul dari kerja dobi dan tadika hari tu. Aku memang dah set dalam kepala walaupun gaji rendah, hutang tetap kena bayar. Kadang-kadang berangan jugak nak gaji tinggi, so dapat lah aku bayar at least RM500 sebulan ke.. Cepat sikit settle. Senang hati.

Seriyes orang yang dapat biasiswa memang beruntung.

Di kesempatan ini saya sebagai bekas graduan nak bagi pesanan penaja sikit, kepada adik-adik yang dapat biasiswa JPA ke MARA ke atau apape biasiswa, sila laa bersyukur. Bersyukur tu bukan makna nya setakat cakap "alhamdulillah duit dah masuk" tapi lepas tu pegi joli, tidak tidak no no no. Bersyukur dalam erti kata yang sebenar adelah kita guna kan nikmat (dalam kes ni duit biasiswa tu) tu dengan cara yang betul e.g beli buku, stationary, dll. Oke? Promise? Oke good. :)

Kepada adik-adik yang tiada pilihan lain melainkan meminjam dengan PTPTN, usah gusar, dapatkan ijazah kelas pertama, pihak PTPTN dengan murah hati nya akan menjadikan pinjaman adik-adik tersebut menjadi biasiswa. So takyah bayar apape lah. Senang bukan? Pasti senang kalau belajar betul-betul.

Sekian.

12/12/2012

Fiksyen 302

Setelah sekian lama novel Fiksyen 302 aku beli, akhir nya aku berjaya menghabeskan pembacaan. Novel ni hasil tulisan Ramlee Awang Murshid. Banyak jugak la novel beliau yang aku dah baca. Siri Laksamana Sunan (5 buah), 9 Nyawa, dan yang terbaru sekali aku baca - Fiksyen 302.

Pembacaan aku tergendala selama beberapa bulan sebab aku rasa awal cerita tu macam boring gila dan malas nak baca. Dah la tergendala, aku bagi pulak Huda pinjam, memang tak terbaca la jadi nya. Tapi yang bagus nya bila bagi Huda pinjam, dia beriya-iya suruh aku habiskan baca novel tu sebab dia cakap memang best!

So.. minggu lepas, kitorang balik Parit Sulong, aku pun bawak la novel tersebut. At least ade aktiviti nak buat kat kampung tu.

Dan. Memang terbukti cerita tu best. Cuma biasa lah cerita RAM ni memang berbelit-belit sikit, tak straight-forward dan membuat kan otak ligat berfikir, cewwah. Banyak benda yang aku teka masa baca novel tu, tapi tekaan aku banyak yang tak kena. Dah tak kena, banyak plot twist pulak tu. Argh tensyen je masa baca.

Cuma bila dah nak sampai ke penghujung baru la boleh nampak siapa dalang sebenar yang melakukan pembunuhan demi pembunuhan. Tapi aku rasa ending dia macam.. hemm. Tak tau nak cakap. Ending dia yang tak disangka-sangka. Kira nya ending dia orang lain buat salah, orang lain yang menerima akibat. Seolah-olah macam pembunuhan yang pembunuh tu buat hanya lah sia-sia sebab dalang sebenar nya adelah orang lain.

Overall, aku puas hati ngan novel ni. Sampai kan dalam kereta pun aku sanggup baca, punya lah semangat nak baca. Aku pun cam pelik kenapa aku berenti baca novel ni masa mula-mula hari tu, padahal cerita nya best kot!

Oke tu je. Kena sambung baca buku lain pulaaak.