30/01/2013

Tiga jam di English Placement Test

Semalam exam English Placement Test. Fuhh. Soalan dia boleh tahan ar. Tricky questions. Hopefully I'll get at least BAND 6. Pheww.

So.. Masa dalam exam tu. Aku tengok budak-budak (well not really budak sebenarnya sebab semuanya dah tua kot, at least umor 23 tahun so takde la budak sangat kan?) ni tak paham bahasa langsung. Pengawas exam cakap dah, please sit at your place, dont open the question paper, dont write anything blablabla, tapi, haihh. Ade lagi yang dok belek question paper sebelum exam start. Ade lagi yang dok jalan-jalan tukar tempat. Ade yang dok menulis nama kat answer sheet. Haihh. Memang patot pun pengawas exam semalam jadi garang sebab semua nya tak paham bahasa.

After three hours, time's up. So once again pengawas exam cakap please sit at your place, dont make any noise blablabla semua. Adeeee jugak yang tak paham bahasa bangun dari tempat duduk nak keluar dewan. Mane boleh keluar dewan lagi masa tu sebab pengawas exam tengah kutip semua answer sheet. Hadoi la diorang ni. Sabor je laa.

Lepas tu, yang lagi bestnya, ade pulak yang tak siap lagi jawap exam. Sebok lagi menanda kertas OMR. Masa tu pengawas exam tu bagi can lagi. A few minutes after, pengawas exam yang sama lalu kat sebelah dia, tengok dia dok menulis karangan pulak. Memang dah takde peluang kedua, pengawas exam tu terus amek kertas dia. Lepas tu dia dok biseng-biseng ngan member belakang dia ngan bahasa yang aku tak boleh nak detect bahasa ape.

Macam tu la. Perangai orang ni macam-macam.

BTW. Untuk part reading semalam keluar pasal preventive medicine, global warming, schizophrenia dan stem cells. Untuk part writing, first question keluar bar chart pasal percentage comparison between government school student and private school student. Second question pasal opinion on cara-cara menangani remaja bermasalah; adekah oke kalau ia di kontrol dengan cara fizikal.

Result nya Jumaat ni boleh tahu. *pengsan*

29/01/2013

Oh, bulan!


23:04 pm

- SE T700

27/01/2013

officially a postgraduate student


So.. I've registered as a postgrad student in IIUM.

Fighting!

10/01/2013

Adik bongsu saya dah masuk universiti dah.

Dan yang paling spesyel adelah, universiti dia lagi dekat dari dia punya sekolah dulu. Tak sampai 5 menet boleh sampai UTP. Kalau nak ke sekolah mau dekat 15 menet gak la, dengan traffic light nya lagi dah berapa. Cuma kali ni dia masuk asrama lah. Kena la belajar berdikari.

Sekarang kat rumah tinggal kitorang berempat, tapi malam karang budak dari Penang akan balik so kiranya kurang sorang, tambah sorang.

Berbekalkan 4A result trial, adik aku amazingly boleh dapat UTP. Lepas tu dia rasa rendah diri sebab budak lain dapat lagi banyak A berbanding dirinya, cewah ayat.

So kitorang tadi memang dok bagi kata-kata semangat kat dia. Aku kata kat dia, bila dah masuk U ni kamu akan mula dari zero. Tak kira la ape result SPM kamu, bila dah kat U semua akan start kat level 0 balik. So jangan rendah diri.

Belasah aje lah labuuu.

Hmm nampaknya lepas ni dah takde orang aku nak usik. Selalu aku dok usik dia suka mesej 'kawan', hahaha lepas tu dia tak mengaku. Hehehe abih la kalau adik aku baca ni gerenti dia marah haha ingat Alogg takut ar tu belah la woi.

Heh. 

09/01/2013

lelaki soleh.

Bagi orang perempuan yang bercita-cita untuk menutup aurat tetapi susah nak buat susah nak ikut perintah Allah. Maka carilah ubatnya dengan mengahwini lelaki yang soleh.
Orang sekarang ni suka sangat quote ustaz mane-mane, kemudian share. Perempuan semua suka la baca ayat-ayat macam ni. Memang la, sape taknak kahwin ngan lelaki soleh kan.

Tapi.

Come on. Nak berubah, betulkan solat. Betulkan bacaan. Solat awal waktu. Inshaallah rasa nak menutup aurat tu akan datang sendiri. Kemudian, banyakkan join majlis ilmu.

Takpayah la nak tunggu lelaki solehnyaaa. Kalau mati dulu sebelum kahwin acaner? Ni semua alasan jee. 

Pada saya, gadis-gadis di luar sana akan jadikan ayat ustaz ni (yang entah di mana pangkal, di mana hujungnya) sebagai alasan untuk melambatkan proses berubah. Dan terus berangan kahwin ngan lelaki soleh. Pffft.

Orang putih kata, the first step to live your dream is to WAKE UP.

Ngerti lo? Sekian.

06/01/2013

To Kill A Mockingbird

Akhirnya! Habes jugak aku baca novel femes ames Harper Lee yang bertajuk To Kill A Mockingbird nih, huahaha. Tahniah tahniah. Agak lame jugak aku nak menghabeskan novel tersebut sebab terlampau banyak distraction seperti game, game, dan game. :P

Oke.

Cerita ni mengisahkan pasal kehidupan seorang budak pempuan yang bernama Jean Louise Finch, atau nama panggilannya - Scout - masa dia kecik. Scout tinggal ngan abang dan ayahnya. Dan makciknya jugak dan seorang maid yang berkulit gelap, atau senang cakap negro la. Scout ngan abang dia ni ade sorang lagi kawan yang namanya Dill. Diorang bertiga ni la selalu main sama-sama.

Aku baru tahu sebenarnya novel ni pernah kena banned kat US sebab kononnya bersifat rasis, kalau kat Malaysia novel yang ade masalah berkaitan dengan rasis adelah Interlok. Ini mungkin sebab memang watak-watak dalam cerita ni memang digambarkan sebagai sejenis masyarakat yang suka merendah-rendahkan mereka yang negro ni. In fact sampai sekarang pun ade lagi orang-orang macam ni. Pada aku walaupun ceritanya digambarkan pada tahun 60-an, tapi ia tetap relevan sampai sekarang.

Masa aku baca novel ni, adeee je benda yang Scout ngan abang dia ni buat. Biasalah budak kecik. Best la baca adventure budak-budak ni. Dalam cerita ni ade dua plot twist, yang memang aku tak sangka. Masa baca tu rasa macam nak jerit aaa tidakkk tapi over pulak kan baca novel nak jerit-jerit pulak. lol. Walaupun ending dia macam tiba-tiba aje, tapi seriyes aku secara automatik lepas habis baca, terus bukak balik muka surat pertama balik. Huwaa lepas tu baru la faham first chapter tu sebab ending dengan first chapter adelah berkesinambungan. Ini bertepatan lah dengan ulasan yang diberikan Minneapolis Tribune -

The reader will find an immense satisfaction... and a desire, on finishing it, to start again on page one.

Wahaha puji melambung kau. :P Tapi aku mengaku la, ade masa-masa aku rasa ngantuk baca buku ni. Biasa la. Baca buku mata ngantuk. Tapi kalau main game, segar bugar jek. Haha.

01/01/2013

new start

So.. perasaan maseh lagi zero nervous, 100 persen rilek-rilek. I'm pretty sure on that very registration day I'll start to terharu and menangis and all that. lol that is so me. Masuk U pun nak nanges. Tapi tak tahu la pulak kalau hati aku kental pulak kan. Harap-harap kental laa. Dah nak masuk DUA PULUH LIMA TAHUN kottt.. Takkan nak nanges lagik.

Haha. Oke.

Aku dapat offer letter pada 14 Disember yang lepas. A week after baru aku hantar acceptance letter.

Macam tak  percaya pulak aku nak sambung master. Kalau diikutkan, plan aku memang sejurus selepas habes praktikal (April 2011), aku nak cari kerja. Namun begitu rezeki tidak berpihak pada diriku sebab hampir 50 application (termasuk kerja yang luar bidang) yang aku buat semuanya tidak berjaya. Sobss sedihhh.

Oh ya. Pasal plan tadi. Biasa memang aku jawap soalan "Ape plan lepas grad?" dengan jawapan - aku nak kerja dulu, 2013 baru sambung belajar kalau nak belajar. Dan sekarang ape yang aku selalu cakap tu Allah yang Maha Mendengar dah makbulkan walaupun part yang aku nak kerja tu aku tak dapat peluang untuk merealisasikannya.

So bila dah dapat offer ni, aku berazam nak buat yang lebih baik daripada degree hari tu. Dan. Aku nak entertain parents aku lebih baik masa graduation day kat UIA nanti. Sampai hari ni aku rasa ralat sebab masa aku grad degree itu hari, aku tak meraikan parents aku. Heh. Sungguh teruk ini anak. Isk.

Oke. Sampai sini dulu. Daa.

another 365 days

Dah 2013 dah!! Maknanya aku dah semakin tua!!! Huhu. Perlu ke tanda seru bebanyak? Perlu!!! Sebab tahun ni umur aku meningkat ke 25 tahun!! Oke cukup dengan tanda seru yang banyak itu. Kalau ikut kata Ayah, umur bukan meningkat tapi berkurang. T____T

Macam biasa lah kan. Masuk tahun baru, mesti ramai yang buat review siket pasal tahun lepas. Aku pun tak terkecuali.

Tahun 2012 menyaksikan aku mula bekerja. Tapi cuma di kedai dobi dan tadika saje lah. Kemudian ade laa tolong Puan Mama ambik tempahan bahulu, cheese tart, kek, dan cupcake. So kalau ikutkan total income dari semua kerja yang aku buat adelah lebih kurang RM3000. Dari RM3000 tu, RM1000 aku dah habiskan bayar PTPTN, baki RM2000 tu aku tak pasti ape yang aku dah belanja. Kebanyakan perbelanjaan aku adelah ke arah perbelanjaan mengenyangkan perut, topap aku dan adik-adik aku (in fact adik-adik aku lagi banyak topap dari aku) dan buku-buku fiksyen heheh.

Satu untungnya kerja biasa-biasa ni, aku maseh punya masa untuk ke kelas-kelas agama. Paling baru, kelas terjemahan al-Quran. Yang paling best pasal kelas tu adelah aku dapat belajar bahasa Arab semula. Hehe. Kelas yang awal-awal senang lah, cuma refresh fe'el mudhari', fe'el madhi, dan fe'el amar. Merasa la jugak 'belajar' kat UTP sebab kelasnya dibuat kat UTP. Dan classmate aku termasuk lah Puan Mama dan Encik Ayah. :)

Cumanya satu perkara yang aku takut adelah aku tak dapat mengaplikasikan ape yang aku belajar tu kat kehidupan seharian. Sobss. Kadang-kadang dengar jee lebih, tapi buatnya idak! Sobss lagi. Takpe takpe maseh ade masa nak memperbaiki diri. Usaha usaha. Nabi kata kalau kat tangan kita ade sebutir benih, semaikan aje walaupun kita tahu besok hari kiamat. Maknanya, selagi ade kesempatan, selagi nyawa belum sampai ke halkum, kita kena berusaha untuk memperbaiki diri. Yeahh!

Okee cukup sampai sini dulu. Teruskan perjuangan kalian, semoga Allah memberkati, ameen!