28/02/2013

Unemployment rate in Malaysia. & salary of fresh Malaysian graduates.

I am now doing one of my assignments. It is basically about salary of fresh Malaysian graduates. So I've to find at least four articles that tell the factor affecting the Malaysian graduates' salary.

And I've come across to abundant of articles, which makes me a bit off from the track since now I'm updating my blog so that is out off track!

Okay.

From a recent Macroeconomics class, Malaysia unemployment rate is relatively low compared to other countries - including European countries and etc. The current unemployment rate is somewhere about 3 - 4 % if I'm not mistaken. To be honest, economically it is considered as a low rate.

However, from that 3-4% of unemployed, almost 30% of them are persons with tertiary education. It is a quite big number, isn't it? And sadly I was among that percentage. Sigh.

Why they're not employed? (according to a survey conducted by jobstreet.com)
1. Bad attitude
2. Lack of English communication skill

I don't think I have bad attitude. And I believe my English communication skill is not that bad. But why am I still unemployed? Tell me why??

I think because I always not 100% ready during interview. No one else to blame but myself, heh.

To be honest, I actually feel a bit disappointed reading articles related to unemployment, salary and all that. I really know how depressing it is - being unemployed. On the other side of the coin, I secretly worried about the ikhtilat problem. I need money; and to earn money I've to work. And usually in a working environment, mixing with opposite gender is unavoidable. In animal husbandry especially, it is obviously a male-dominated sector. Is it okay to work in a mixing gender environment? idk. tbh, I don't feel good about it.

And I really pray to God I can avoid such environment. Yea. Maybe that's why I couldn't get any suitable job yet? <- lol ini ayat penyedap hati. :P

Allah knows best. 

23/02/2013

Pusingan 180 darjah.

Di bawah ini adelah tulisan yang bertarikh 3 April 2012;
yang mana ketika itu saya maseh bekerja kat kedai dobi.
Takde keje kan post benda yang dah lama tules.
Anyway, it is still relevant so.. yeah.
It's my blog anyway so it's up to me la nak post ape kan wahaha ayat berlagak.

---

Pagi tadi, saya telah di-brainwash-kan oleh Puan Mama. Kata beliau, lebih baik saya sambung belajar. Terkejut juge saya kerana Puan Mama begitu bersungguh-sungguh mengusulkan proposal nya itu. Takde angin, takde ribut, tiba-tiba mencadangkan saya sambung belajar. Hmm.

Hampir setahun dah sebenarnya saya hidup tanpa komitmen lain. Tambahan pula kerja sekarang ni memang memaksa saya hanya duduk dalam kepompong kedai sahaja. Dua belas jam pulak tu. Memang padan lah Puan Mama risau pasal saya. Risau otak saya tak berkembang.

Kome tu cerdik, bukan tak cerdik. Ambek je bidang apape. Mesti boleh punya!

Itu lah ayat yang selalu Puan Mama ulang-ulang pada adik saya ketika beliau mencari-cari hala tuju setelah habes Diploma tempoh hari. Kini ayat keramat itu dilontarkan kepada saya pulak. Saya hanya mampu diam dan menelan setiap butir katanya. Tapi bukan telan sahaja, kata-katanya telah saya hadam dan meresap ke dalam salur darah ibarat vilus-vilus yang menyerap nutrien daripada makanan.

Oh!

Ini lah kuasa seorang ibu. Kuasa memujuk [walaupun tegas!]. Sejurus selepas Puan Mama menghabeskan pembentangan proposal nya dan melangkah keluar rumah untuk ke pasar, saya serta merta menaip U-*-*. Jen jeng jenggg.

Klik pada post-grad.

Scroll

Scroll

Scroll

Saya membulatkan hati, menyatukan tekad.





Saya mahu melakukan benda yang saya paling mahir - belajar!
Saya mahu melakukannya kerana Allah. Belajar juge satu ibadah, bukan?
Satu do'a saya - semoga Allah permudahkan!

---

Tulisan tamat.
Keh keh keh boleh pulak nak rahsia lagi u mana. Belah la woii - bisik korang dalam hati.
:P

22/02/2013

gambar orang yang baru je lepas menikah

Sebenarnya kan blog,
saya rasa segan la nak tengok gambar orang yang baru menikah.

Gambar yang dia bergambar reramai dengan sedare mara,
sahabat handai tu tak kesah sangat.

Tapi gambar yang pengantin laki ngan pengantin pempuan nya aje tu.
Ohoi! Malu I nak tengok.
Memang la dah halal ape semua kan...

Tapi..
selalunya..
posing dia..
agak..
daring gittew..

Hmm..

Tapi Cik Syuhadaa,
Tak kesah la kan diorang dah halal pun ape nak kesahnya.
Lantak la nak posing cemana pun, dah selamat menikah dah.

Ish tapi bila pikir balik segan lah.
Tak tau la kan.
Pada pendapat saya gambar 'macam tu' adelah eksklusif tau.
Untuk tatapan kami berdua aje.
Tanak tunjuk kat orang.
Malu.

Dan saya tak fikir saya berani untuk ber-posing se-daring itu di depan fotografer?
A big no.
In fact, saya tak fikir untuk ambil fotografer luar kalau ditakdirkan saya berkahwin.
Adik-adik saya tu hape gunanya? lulz.

Itu pendapat saya lah.
Pendapat orang lain mestilah lain.
Tak kesah pun.
Pada orang lain benda tu adelah oke,
so oke takpe carry on.
Cuma maaf lah,
orang-orang begini memang saya hide dari facebook.
Maklumlah, mata dan hati saya ni bukan baik sangat.

Amboihh saya ni suka betul komplen ape orang buat kan?
Agak-agak tak berkenan je komplen kat blog.
Agak-agak tak suka je tulis kat blog.
Adekah ini motip utama blog ini?
Untuk komplen orang?
Hehh.

Ah belasah je lah.

Amacam sopan dak pakai kata ganti diri 'saya'. Keh keh keh.

18/02/2013

Jalan-jalan di Pekan Gombak

For the first time evah,
aku pegi pusing-pusing Gombak.

Actually aku sendiri tak berapa sure whether yang aku pegi adelah Gombak atau ape.

Yang first tu aku tuju Sri Gombak.
Aku pusing-pusing kat situ.
Banyak kedai makan wehh kat Sri Gombak tuu.
Ala-ala Bangi gittew.
Cakap je nak makan ape. Semua ade.

KFC.
Ayam Penyet.
Iceroom.
Secret Recipe.
Chatime.
Pizzahut.
Kedai Mamak NZ Curry House pun ade.
dan kedai-kedai makan lain.
Seriyes banyak.

Tapi aku bukan nak cari kedai makan,
aku nak cari kedai dobi.
So pusing lagi dan lagi.

Entah macam mana boleh tembus sampai Balai Polis Gombak.

Time tu aku dah start malas nak pusing dah.
So aku u-turn, dan ikut signboard ke UIA.
Dalam kepala aku bayangkan jalan ni jalan yang stret ke UIA tu. Jalan yang tak lalu sebelah highway.

Dan memang betul tekaan aku.

Tup-tup aku nampak Kedai Dobi al-Huda, tapi dia kat belah bawah ramp yang aku lalu.
So aku u-turn balik.
Tara! Alhamdulillah jumpa gaks kedai dobi nya.
Bayar RM10 (RM2.50/kg sobsss mahal kan?) dan aku terus cau.

Besok aku akan keluar lagi, pegi amek baju pulak.

Begitulah perjalanan ku pada hari ini.

Kereta ya robbi punya lah banyak.
Motor lagi lah. Memang banyak gilos.
Lagi bizi dari Pekan Serdang!
Seram aku dibuatnya.

Oke lah. Sampai sini je dulu.
Dah masuk waktu Isya'.

Wasalam.

14/02/2013

Kewujudan iman dalam diri seorang Muslim.

Aku.
Sebagai seorang Islam.
Kena bersyukur atas nikmat Islam.
Kena bersyukur atas nikmat iman.

---

Sebenarnya kan, kita orang Islam ni beruntung sebab seteruk-teruk amalan kita, kita takkan sampai tahap fedap dengan kehidupan dan amek keputusan untuk bunuh diri.

Yep. Bunuh diri.

Aku selalu rasa takut bila cakap pasal bunuh diri.
Bukan takut la. Rasa macam mana yeh tak reti nak explain.
Macam satu perasaan kurang senang. Kesian. Tertanya-tanya kenapa? Kenapa?

Dan pada pendapat aku,
satu-satu nya perkara yang 'menahan' diri kita yang Muslim ni daripada bunuh diri macam tu je,
adelah dengan sebab ade nya iman.

Betul tak aku cakap?
Sebab kita ade IMAN.

Walaupun sikit.
Walaupun lebih nipis daripada kulit bawang.
Iman yang nipis tu lah yang menghalang kita Muslim senang-senang je nak bunuh diri.

Betapa besarnya nikmat iman tu kan.

Dan satu lagi, kita sebagai Muslim,
kita tahu yang kalau seseorang tu bunuh diri,
takkan cium bau syurga.

Takkan cium bau syurga.
Bau syurga.
Bau. Syurga.

Bayangkan,
bau syurga pun tak boleh cium,
apetah lagi nak masuk??

Huwaa. Takutnyaa.

---

Beruntungnya kita sebagai Muslim sebab kita percaya pada Allah.

Kalau buat salah boleh buat solat taubat dua rakaat.
Lepas tu nanges la banyak-banyak.
Mintak maap dengan orang yang kita dah buat salah kalau melibatkan orang lain.

Kalau kita buat dosa lagi,
kita boleh solat taubat dua rakaat lagi.
Nanges-nanges lagi.

Buat dosa lagi,
solat taubat lagi.
Dah la dua rakaat jek.
Lima menet jek.
Allah sayang betul kat kita.
:')

Kalau kita frust pulak,
kita tahu yang Allah akan tolong kita.
Allah akan bantu kita.

Kalau tak dapat hari ni,
kita dapat ape yang kita nak tu esok.

Kalau tak dapat ape yang kita nak,
kita tau dah Allah akan bagi yang lebih lebih baik untuk kita.

Best kan jadi orang Islam?

Mari lah bersama-sama kita mantopkan iman kita.
Biasa lah iman ade turun naik,
yang penting JANGAN hilangkan iman tu.

Berusaha berusaha.
Jangan lah berputus asa.
Kerana Allah bersamamuuuu.

Ceh tetiba pulak lagu Maher Zain.

Oke tu jek.
Jaga iman anda.

(pesanan kepada diri sendiri jugak ni.)

Opps.. sebelum tu.
Aku rasa kita kena ajak non muslim revert ke Islam balik.
Kena bagitahu betapa best nya Islam supaya bila diorang frust diorang takyah nak terjun bangunan or shopping complex or whatever.

Tapi kan.
Seriyes tak reti cane nak dakwah kat non muslim.

Hmm..