27/03/2013

pantun empat kerat

Umur makin meningkat,
Mati kian mendekat,
Amalan mesti dipertingkat,
Supaya hidup berkat.


Kalau ikut tahun Masihi, saya ini dua puluh lima tahun sudah.

25/03/2013

"Anak Ayah semua dah habis sekolah dah," kata Mama.

Akhirnya adik bongsu saya dah pun selamat mengambil result SPM nya minggu lepas. Maka secara rasminya kitorang empat beradik dah habes sekolah. Yay! Haha.

Tapi perjuangan kitorang maseh belum selesai.

Yang bongsu sedang ber-foundation di UTP.
Yang namanya Yang sedang ber-diploma di UiTM Penang.
Yang nombor dua sedang ber-degree di UNISEL.
Yang sulung, ehem saya lah tu, sedang ber-master di UIA.

Semoga perjuangan kami akan membuahkan hasil lumayan untuk Mama dan Ayah;
baik di 'sini' mahupun di 'sana' nanti.

Insha Allah.

dulu vs sekarang

Opah Ayah kata dulu dia ambik upah kopek pisang untuk dibuat kerepek pisang,
seringgit satu besen .

Ditanya ape yang boleh dibeli dengan seringgit tu?

Katanya dulu harga beras cuma tiga puluh sen.
Mahal siket tiga puluh lima sen.

Tahun 1973.

FUUUUUUU sekarang tiga puluh sen dapat gula gula sebijik je.

11/03/2013

The best motivational quote. Ever.

Asy-Syarh 5-8

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan (5)
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan (6)
Maka apabila engkau selesai dari sesuatu urusan,
tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain (7)
DAN HANYA KEPADA TUHANMU LAH ENGKAU BERHARAP (8)

---

To me, these beautiful ayahs are enough to boost my motivation.

After difficulties comes ease. Allah says it twice.

& after we've finish doing one duty,
we've to struggle for the next duty.
We're encouraged to focus & give 100% commitment in every single thing we do.
One after another. Must do the best. Each time.

Last but not least, after all the difficulties,
after all the struggles,
Allah says we shall leave it to Him to do the rest.

Awh!

This is why I feel bersyukur sangat being a Muslim, alhamdulillah.
The fact that I have ALLAH to rely on,
gives me a feeling that I can't describe through words.

05/03/2013

master lah sangat

Salam 'alaykum.

Diam tak diam dah dekat dua bulan aku kat bumi Gombak ni wehh. Haha. Belum la dua bulan lagi tapi dari Januari ke Mac kurang lebih dua bulan lah, kan.

Hari ni buat pertama kali nya aku pakai beg CPS (Centre for Postgraduate Studies) pegi kelas. Oleh kerana beg itu agak besar dan menonjol so soalan paling feymes hari ni adelah, Oh sis ni student master yeh? Lalu aku pun menjawap, iyee cik adik saya ni student master. Kemudian dalam hati aku menyambung, nama je master tapi tak tahu apapee pun. Perkara ini dipersetujui oleh Fara, yang sama-sama ngan aku amek subjek pre-requisite sem ni.

Sebagai seorang graduan Sains Ternakan yang kini menyambung pengajian dalam bidang EKONOMI, sedikit sebanyak keupayaan aku 'tercabar'. Bayangkan sebelum ni dari zaman sekolah sampai lah kat UPM aku dah cukup selesa dengan ilmu biologi, tetiba pegi masuk bidang ekonomi. Hah kau. Macam rusa masuk kampung. Ceh dan dan keluar peribahasa.

Beza memang berbeza. Kalau dulu dok kaji anatomi fisiologi mitosis meiosis blablabla semua tu, sekarang ni asyik keluar graf je manjang. Supply and demand curve. Indifference curve. Budget line. Aggregate demand. Aggregate supply. Market. Consumer. Worldview. Conventional vs Islamic Perspective. GDP NEP dan tah ape benda lagi takkan nak list kan semua kan, nanti macam gempak je lebih, heh. Tapi basically tu la benda-benda baru yang aku kena belajar.

Dan yang menariknya, ekonomi sebenarnya a studies of human behavior. Dan welfare jugak. Masa mula-mula dengar lecturer cakap gitu terus teringat subjek Animal Welfare, hehe. So sekarang dipendekkan cerita aku mengkaji manusia lah pulak. Walau macam mana pun aku maseh dalam proses adaptation terhadap buku teks yang ade sebab buku teks ekonomi tak se-best buku teks biologi. Asyik-asyik tulisan. Asyik-asyik graf. Lepas tu asal baca buku ekonomi nampak huruf zzzzz jek, sobss.

Banyak lagi yang aku boleh share kan sebenarnya tapi cukup dulu sampai sini.