23/04/2013

Orang yang saya sayang sangat to infinity and beyond.

Saya ade seorang Mama.

Mama saya seorang yang serba boleh.
Orang putih kata: you name it, she can do it.
Betul, tak tipu.
Memasak, menjahit, drive, mengaji, bertukang (itu feveret Mama saya tau), emm. Semua lah.
Tak cukup dengan itu, Mama saya seorang yang serba serbi tahu.

Mama saya seorang suri rumah.
Saya bangga Mama saya seorang suri rumah.
Dulu Ayah saya kerja jauh, jadi Mama seorang lah yang menjaga kami empat beradik.
Mama kata kerja suri rumah ni dari celik mata sampai lah pejam mata.
Rehat cuma waktu tidur je.

Saya sangat senang menangis.
Tapi Mama tidak.
Mama kata Mama kena kuat,
supaya anak-anak beliau pun kuat.
Tapi saya tetap senang menangis, hehe.

Mama kata kalau ade masalah,
anggap masalah tu macam air lalu.
Macam takde apape. Go with the flow.
Rileks. Tenang. Fikir penyelesaian,
dan selesaikan. Doa. Hati jadi tenang.

Mama saya hebat.
Ya. Saya tahu semua orang pun akan claim mama dia hebat.
Tapi saya tetap rasa Mama saya lagi hebat, hehe.

Satu hari nanti saya pun akan jadi mama jugak,
(kalau panjang umur dan ade jodoh lah)
Tapi, saya tak pasti sama ade saya boleh jadi sehebat Mama atau tidak.
Apa yang pasti, pada masa saya jadi mama nanti,
Mama kata Mama taknak jaga cucu, hehe.

Dan... saya konfhem hundred percent.
Ayah pun bangga ade isteri macam Mama,
Fewit! Ayah tersenyum sensorang la tu, hehe.

Selamat hari lahir yang ke empat puluh lima, Mama!

Sori la entri khas untuk Mama terlambat satu hari.
Semalam Along tido sepanjang hari. Jangan marah.
Semoga kita semua menjadi qurrata a'yun antara satu sama lain.
Semoga Mama dan Ayah sentiasa dalam keberkatan Allah selalu.

:)

09/04/2013

Mengisi masa lapang dengan menulis.

Nampaknya budak ni updet blog lagi. Heh.

Tadi masa dalam kelas Macroeconomics, aku sempat tangkap lecturer tu cakap lebih kurang macam ni:
Real wage in Malaysia is currently in decreasing rate. It doesn't keep up with the inflation rate. And output is keep increasing. The worst part is nobody realized this because people usually do not know what is real wage.
Salah seorang student menyampuk (he's not even a Malaysian), "So, firms in Malaysia are making a lot of profit then."

Lecturer aku jawap, "Yes exactly. That's why.." dan ia berakhir macam tu jek. Sama ade aku dah miss punch line atau memang lecturer aku sengaja pakai ayat tergantung, aku tak pasti. Hmm. Jujurnya aku belum cukup ilmu lagi nak komen atau elaborate pasal ape yang lecturer aku tu cakap. So kita save kat sini dulu nanti bila dah paham baru kita explain, oke?

---

Kemudian masuk pulak kelas Econometrics.

Hari ni rasa agak seronok masuk kelas Econometrics sebab aku jumpa balik benda yang aku belajar masa degree dulu! Iaitu benda yang aku belajar dalam kelas Biostatistik dengan Dr Ismail. Hah. Tak sangka aku akan belajar benda tu balik.

Dan alhamdulillah, akhirnya, dengan izin Allah, dalam kelas Econometrics ni aku faham dah ape yang aku pernah belajar time Biostat dulu. Oh ya. Aku baru je baca kat blog Ustaz Hasrizal yang kefahaman pun adelah rezeki daripada Allah. Sebab tu kita kena berusaha untuk mencari kefahaman, sebagaimana kita bersungguh-sungguh mencari rezeki untuk menyuap nasi ke mulut. Lebih-lebih lagi bab beragama.

Benda ni aku boleh kaitkan dengan benda aku belajar dalam kelas Foundation of Islamic Economics - iaitu pasal pengertian knowledge. Knowledge adelah the arrival of soul at the meaning of things. Haa tudiaa. Definisi tersebut diberi oleh Syed Naquib al Attas yang mana ia selalu disebut oleh lecturer aku dalam kelas FIE sampai aku pun dah hafal dah definisi tu.

Knowledge is the arrival of soul at the meaning of things.

Sebab tu kita sebagai umat Islam digalakkan mencari ilmu. Kalau nak berjaya di dunia perlukan ilmu. Kalau nak berjaya di akhirat pun perlukan ilmu. Kalau nak berjaya di dunia dan akhirat pun perlukan ilmu.

Oke tu je lah. Aku menulis ni pun untuk mengisi masa lapang. Orang baru habis periksa lah katakan. Hehe. Macam yang aku baca dalam novel hasil tulisan Sir Arthur Conan Doyle, dia gunakan masa lapang dia untuk menulis. Peh. Time aku baca ayat tu rasa macam kena perli pun ade.

Aku kalau ade masa lapang lagi banyak main game. Membaca cuma bila ade mood je. Menulis? Nasib baik ade blog so adelah menulis. Itu pun merepek tah ape benda. Kiranya menulis dalam blog picisan ni pun jadilah...

So that's all guys. Till later.

04/04/2013

Parlimen dah bubar. So bila nak mengundinya?

Semalam adik-adik saya menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap header twitter saya.

Nak muntah kata nya.

Dua-dua adik saya meminta saya menukar header lain.

Keh keh keh.

Kata demam pilihanraya.. First time mengundi kan. Mesti ar macam poyo siket.

Nak tukar kat fesbuk kang kontrobesi pulak, so tukar header kat twitter.

Lepas tu kecoh kan kat blog, haha.

Takde keje betul.

Haha.

Ni la header baru yang saya cakap tu: