06/05/2013

"Tandakan bangsa anda di dalam borang ini."

Dalam subjek Sejarah SPM (tahun 2005) ade ditekankan tentang pembentukan negara bangsa. Menurut subjek Sejarah yang saya pelajari itu, Malaysia sedang berusaha ke arah pembentukan negara bangsa. Maksudnya, Malaysia mahukan bangsa-bangsa yang ade dalam negara ni (Melayu, Cina, India dll) bersatu dan berasimilasi supaya dapat membentuk satu bangsa bernama bangsa Malaysia.

Ironinya.

Sejak dari pembelajaran saya itu, sehingga kini saya tertanya-tanya, mengapa dalam usaha membentuk sebuah negara bangsa, kita perlu mengisi ruangan 'bangsa' dalam setiap borang di Malaysia. Mengapa? Saya masih tidak mendapat jawapannya hingga kini. Saya tidak nampak ape signifikan ruangan 'bangsa' dalam setiap borang di Malaysia. Jiwa saya meronta mengatakan Malaysia tidak akan dapat membentuk SATU bangsa Malaysia dengan cara begitu. Bagi saya ia tidak selari langsung dengan the so-called 1Malaysia.

Bagi saya ia jelas di situ yang kempen yang dibawa oleh pihak autoriti tidak selari dengan apa yang mereka lakukan. Saya menjadi lebih skeptikal apabila saya dengar sendiri dari mulut Perdana Menteri menyebut 'chinese tsunami' pada malam pengumuman keputusan pilihan raya. Saya rasa bagai ditikam terus ke jantung. Mungkin saya terlalu sensitif tapi 'chinese tsunami' sudah cukup untuk bikin orang marah. Saya juga marah walaupun saya bukan Cina. Kerana saya juga terlibat dalam tsunami tersebut, hah.

---

"I would rather choose an 'adil non muslim than a corrupted muslim."

Ade pihak mengatakan bangsa Cina cuba mempergunakan bangsa Melayu. Melayu sama Melayu bergaduh Cina tepuk tangan. Saya hampir terpedaya. Hampir. Apabila sentimen tersebut diulang-ulang, saya merasakan adekah saya telah membelakangkan Islam dengan menyokong calon non muslim? Adekah saya membelakangkan Islam? Saya mula keliru. Keliru. Betul atau tidak pendirian saya ni? Adekah saya ditipu oleh mereka berbangsa Cina? 

Nah. Lihat di sini dan nilaikan sendiri (tapi sila google translate sendiri, ya.)

Jangan kerana berlainan warna kulit (or should I say - warna parti?) anda katakan mereka bangsa yang tidak bersyukur.

Sekian luahan hati dari saya - SEORANG RAKYAT MALAYSIA.