01/06/2013

pasal blog.

Bukan mudah sebenarnya nak menulis ni.
Di umur begini, saya kira tidak cukup hanya 'sekadar' menulis.
Saya berazam untuk meningkatkan kualiti penulisan saya, walaupun cuma di blog picisan ni.
Tidak dinafikan saya sudah mula terpengaruh dengan tulisan daripada blog-blog lain.
Tu yang jadi ayat skema macam sekarang ni, heh.

Baru-baru ni saya dok meneliti tulisan lama.
Rasa kelakar bila baca tulisan lama.
Rasa macam, ya Allah ape benda laa yang aku merepek ni, ha macam tu la rasa dia.
Oleh sebab itu banyak juga tulisan lama yang dah kena delete.
Kalau tak delete, pastinya tulisan saya hampir mencecah angka tiga ratus.

Cumanya, dari tulisan lama tu saya boleh lihat macam mana saya yang dulu,
dengan saya yang sekarang.

Kalau korang pernah tulis diari mesti korang paham perasaan tu.
Walaupun in real life kita rasa kita tak pernah berubah,
tapi bila kita baca balik tulisan yang lama-lama,
baru kita perasan yang kita memang dah banyak berubah.

Atau paling tidak pun tengok gambar lama pun cukup lah.
Mesti korang akan rasa ade banyak perubahan, kan?

Itulah.
Sebenarnya kadang-kadang saya berkira-kira mahu tutup saja blog ni.
Stop blogging.
Atau pun tukar url lain, bagi orang tak tahu.

Perasaan tu macam ade terbahagi dua tau.
Satu; saya menulis memang nak orang baca.
Dua; saya taknak orang yang dikenali baca.
Tapi kalau orang yang dikenali tak baca blog ni,
blog ni takde pembaca pulak.

Heh. Entahlah. Nak tekan publish pun kena fikir seratus lima puluh juta kali, ahaks.

Tapi saya ni jenis orang yang mengambil berat tentang sentimental value.
Dan blog ni tinggi sentimental value nya. Yelah. Dari tahun 2009 kot.
Haha.
Maka nya saya akan terus menulis, hoyeahh.

:)