30/09/2013

Interview session

'Exploring the conceptual & practical dimensions of a 3 sector socioeconomic transformation model for Malaysia.'

To be honest I really can't get the real meaning of it, but during the interview session, one of the panel said the project is about waqaf. 

Waqaf? Deng!

That moment was mind-blowing (for me) but I nodded as if I knew it at the first place lol. Not sure whether the panels can detect my ignorance, heh. Ye lah. Tajuk siket punya panjang, rupanya pasal waqaf? Celah mana yang waqaf nya pun saya tak pasti. 

Welcome to economics - where the word you should see is hiding behind the longest sentence ever.

27/09/2013

Dalam hati ade Quran?

Dalam silibus ekonomi yang saya belajar sekarang, lecturer banyak mengaitkan ekonomi dan Islam. Atas sebab itu, selalu jugak lah lecturer mengeluarkan ayat-ayat Quran dan hadith Nabi dalam kelas.

Ape yang saya perhatikan, mesti ade je brothers yang sambung ayat Quran atau hadith tersebut, seolah-olah macam benda tu common knowledge pulak. Saya ni dah la bukan background ekonomi, sekolah agama pun sampai darjah enam je, memang terpinga-pinga lah ceritanya kan.

Sedangkan mereka-mereka ni, baru sebut sikit, sudah ade yang menyambung. Wah. Sangat kagum okey. Macam Quran tu dalam hati diorang je. Siap ade yang suggest ayat lain yang berkaitan dengan ayat yang lecturer sebut tu pun ade.

Dan mereka bukan lah Malaysian pun. Sila lah bersedih sobsss.

Saya dan kawan saya memang rasa rendah diri sangat sebab first, kitorang pun memang tak berapa celik ekonomi sangat dan yang keduanya, ayat Quran yang lecturer sebut tu pun kitorang tak familiar??? Argh teruk betul.

Tak tahu lah macam mana diorang belajar. Dah la selalu tanya soalan dalam kelas, lepas tu tau je ayat-ayat Quran ngan hadith. Hadoi laa. Betapa ketinggalan nya kami kalau nak dibandingkan dengan pelajar luar negara isk isk.

Dan kebanyakan yang pandai-pandai ni datang dari benua Afrika dan South Asia - yang mana kalau kita jumpa tepi-tepi jalan memang tak pandang ar kan. Tapi bila duduk dalam satu kelas baru tahu tahap kepandaian diorang ni.

Jadi sila lah jangan berlagak sangat bila nampak orang Pakistan atau Nigeria atau Sudan dsb. Entah-entah diorang ni lagi pandai dari kita. Kalau kat taman perumahan yang saya tinggal tu pun, mereka-mereka ni lah yang mengimarahkan surau, lebih dari orang Melayu tempatan. 

Nabi ade kata, takde bangsa yang superior ke atas bangsa lain; in fact at the end of the day nanti cuma taqwa je yang Allah pandang bukan warna kulit atau bangsa.

Kalau kita kat Malaysia ni pulak tak habis-habis nak memperjuangkan bangsa. Hihi suka hatilah korang nak berjuang ape pun harga minyak naik jugak lol tetiba pulak.

Oke begitulah sedikit perkongsian saya pada hari ini. Jujurnya ini adelah salah satu pengalaman yang mengagumkan bagi saya alhamdulillah. Sila lah menghayati Quran dengan lebih lagi ye wahai Syuhadaa dan sape-sape yang tengah membaca ni, sebab bacaan Quran tu lah nanti akan teman kita kat dalam kubur nanti.

Okethxbye.

16/09/2013

Hutang isi rumah naik 70% dalam tempoh enam tahun.

Hutang pelajaran.
Hutang kereta.
Hutang rumah.
Hutang kahwin. Kahwin pun hutang? Hmm.

Tapi orang berhutang termasuk asnaf yang lapan, bukan?

Boleh tak nak pergi kaunter zakat nak mintak bantuan untuk lunaskan hutang PTPTN?

Ahaks.