27/11/2013

Di sebalik mi kari yang rasanya hampir sedap macam yang Mama buat

Bukan mi kari.

Makcik yang jual mi kari RM3.00/bungkus ni -
datang setiap hari pukul 11 pagi dengan suami dia.
Sekarang ni cuti sekolah, empat orang anak dia ikut sekali.
Tiga perempuan, seorang lelaki.
Dua orang tu rasanya dah sekolah menengah,
seorang lagi sekolah rendah,
yang bongsu mungkin 4 atau 5 tahun.

Apa yang buat saya terharu adelah -
mereka cuma naik Kancil edisi lama berwarna merah.
Empat orang anak bersempit dalam Kancil?

Kami empat beradik selalu juga bersempit dalam kereta -
tapi alhamdulillah kereta nya jauh lebih lebar daripada Kancil.
Malah jauh lebih selesa daripada Kancil.

Bila tengok orang lain struggle dalam hidup mereka,
rasa macam kita punya ujian apelah sangat.

Kenapa susah sangat nak jadi hamba yang bersyukur?

16/11/2013

Kenapa kempen membaca tidak berjaya di Malaysia?

Hari ini saya pulang ke 'syurga dunia'.
Jadi saya berkesempatan menonton tivi.
Saya menekan nombor-nombor pada remote tivi.

101 Konsert dangdut
102 Lupa nama program tapi yang pasti ade orang menyanyi
103 Tunggu Sekejap
104 Konsert Akademi Fantasia
105 Karoot Komedia X
106 Pencetus Ummah?
107 Blergh
108 Skip
111 Skip
114 Dikir Zikir (Zikir pun nak di-dikir-kan? lulz.)
119 Konsert Idola Kecil

Malapetaka apekah yang melanda negara Malaysia ini?

Barangkali di kotak tivi inilah kita menempah tiket ke neraka. Tivi dimatikan.

15/11/2013

Objektif sebuah perkahwinan

Perkahwinan bukan sekadar "I-love-you-you-love-me-let's-get-married".

Perkahwinan adelah mutual agreement antara seorang lelaki dan seorang perempuan, dengan redha daripada keluarga kedua belah pihak, untuk saling bekerjasama dalam usaha mengejar sebaik-baik ganjaran yang disediakan Allah; iaitu syurgaNya.

Ah. Easier said than done.

---

Some days I am "yeah I want to get married."
Other days I'll be like "nah I just want to watch some cartoons."

Rahmat daripada Tuhan

Walau bertimbun dosa kita mencemari Bumi,
Tuhan masih tidak lokek menurunkan rahmatNya.

Hujan - mendengar bunyi titis mu jatuh ke Bumi sungguh mendamaikan.
Waktu hujan adalah waktu doa dimakbulkan, bukan?

Terima kasih, Tuhan;
atas kesempatan waktu ini.

Allahumma soyyiban naafi’aa.

06/11/2013

Ikan + babi = Ikanabi?


Orang putih kata seeing is believing. Sekarang, anda percaya apa yang anda lihat? Kacukan ikan dan babi? Ikan dan babi? Serius?

Jika anda melihat gambar-gambar seperti ini, sila jangan cepat share dan sebarkan. Memang saya tahu anda memang gemar share kekuasaan dan ciptaan Tuhan, tapi kalau dah sampai memperdayakan orang, sila lah lupakan hasrat murni anda itu.

Percaya lah, ini adelah gambar yang telah di edit oleh hamba Tuhan yang sangat kreatif.

Suka saya maklumkan bahawa, haiwan yang berlainan spesis tidak mungkin berjaya disenyawakan. Salah satu syarat untuk mencapai kejayaan dalam persenyawaan adelah kedua-dua bilangan kromosom jantan dan betina mestilah sama (homologous) dan genetically related.

Bagi kes ikan dan babi, sudah terang lagi bersuluh, kedua-duanya berlainan spesis dan berlainan bilangan kromosom. Mana mungkin persenyawaan berlaku!

Namun begitu, ade jugak sesetengah kes di mana haiwan yang closely related yang berjaya disenyawakan. Antara yang popular adelah mule, liger dan tigon. Kalau kat Malaysia kacukan yang femes adelah selembu.

Di sini saya ingin tegaskan bahawa, kegagalan persenyawaan antara haiwan berlainan spesis juga adelah anugerah dan kuasa Tuhan yang Maha Kuasa. Betapa sebenarnya Tuhan juga ingin menjaga nasab (keturunan) di kalangan haiwan ciptaan Nya. Bukankah itu juga tanda kekuasaan Tuhan?

Ah. Bayangkan haiwan yang sememangnya bernafsu binatang saling mengawan tanpa mengira spesis dan persenyawaan berjaya? Oh, huru-hara lah dunia kita!