16/12/2014

Ini baru seksis!

Aku sebenarnya hangin jugak bila baca yang orang perempuan ni akan 'heret' ayah, suami, adik beradik lelaki dia ke neraka semata-mata sebab si perempuan ni sebagai contoh - tak tutup aurat.

Dan aku tak setuju jugak bila ada yang 'translate' akad nikah antara wali dengan suami tu sebagai 'transferring' pertanggungjawaban dosa. Kononnya setelah akad nikah si suami lah akan menanggung dosa si isteri blablabla.

What the heck.

Apa orang perempuan ni kerjanya buat dosa aje ke? Okay obviously now I am carried away by my own emotion.

Kalau kau tu lelaki yang boleh membimbing ahli keluarga kau ke jalan yang benar, confirm lah anak bini kau yang perempuan tu akan ikut sama ke jalan yang benar. Takde nya kitorang yang perempuan ni nak heret ayah, suami dan adik beradik lelaki ke neraka!

Kalau kau dah tunjuk jalan yang benar, tapi si perempuan masih berdegil, kau tetap takkan diheret ke neraka pasal kau dah tegur dia at the first place! Kau dah tegur, dia tak nak dengar, your job is done. Tiada siapa diheret ke neraka disebabkan dosa orang lain.

Tuhan dah banyak kali pesan kat Nabi yang sentiasa bersedih bila melihat umatnya tak mahu mendengar kata. Tuhan kata apa? Tuhan kata Muhammad SAW ni tugas dia memberi khabar gembira dan pemberi peringatan kepada manusia. Dan Tuhan kata lagi, Muhammad SAW tidak akan menanggung dosa umatnya yang ingkar!

Nah. Jelas bukan? Konsep yang sama applicable juga pada kita. Sebab tu Islam kata amar ma'ruf, nahi mungkar. Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang beramal soleh; dan sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran! 

Tuhan tak kata pun pasal kalau kita buat dosa kita heret orang lain ke neraka jugak. Tak. Tuhan tak pernah kata gitu. Melainkan kalau kau tak pernah nasihat isteri/anak kau menutup aurat, macam tu baru kau patut risau. Itu pun kau hanya dibicarakan atas sebab kau culas membimbing mereka untuk menutup aurat, manakala dosa mereka tidak menutup aurat tu tetap ditanggung oleh mereka sendiri.

Aku memang tak boleh pergi dengan dakwah stail nak sentapkan orang ni. Aku secara personal memang takkan terbukak pintu hati dengan dakwah macam gitu. Kenapa kita asyik cerita pasal neraka sedangkan Tuhan juga ada ciptakan syurga?

Suka-suka hati je nak tuduh kita ni heret lelaki ke neraka. Kau sendiri yang tak pernah suruh ahli keluarga kau tutup aurat, tiba-tiba kau nak cakap orang perempuan ni yang akan heret kau ke neraka? Apa masalah kau ni, bro?

Sekian sahaja luahan hati perempuan emo.

04/12/2014

Rakyat punya jiwa?

Takde apa sangat, aku cuma nak tulis apa yang aku nampak hari ni. Biasalah, blogger picisan semacam aku selalunya mendapat inspirasi daripada pemerhatian terhadap masyarakat, gittew.

---

Hari ni bermula agak awal, aku keluar pada pukul 8.20 pagi. Melangkah keluar dari bilik, aku terlihat makcik cleaner sedang menyapu. Dia berhenti sekejap sebagai tanda untuk memberi laluan kepada aku.

"Nak ke kelas ya, dik?"
"Iya cik. Pergi dulu."

Aku senyum. Dia senyum.

Sambil aku menuruni anak tangga, aku berfikir. Makcik ni mesti orang Indonesia. Mesti dia dah ada anak. Mesti dia rindu anak dia. Dan anak dia tahu tak mak dia susah payah kerja kat Malaysia?

Aku terus melangkah.

---

Aku ke toilet dan terdengar bunyi tong digeledah. Memang betul sangkaan aku. Akak yang kerja dengan Initial sedang mengutip 'feminine waste' dan menggantikan tong feminine waste yang lama dengan tong yang baru.

Aku terpandang muka akak tu. Dia sedang ambil nafas.

Aku pun turut mengambil nafas.

Jujur, baunya agak kurang menyenangkan!

Aku segera ke pili air dan mengambil wudhu sambil menahan rasa loya. Macam mana lah akak tu boleh tahan dengan kerja dia.

Berapa banyak tong dia perlu ganti pada hari itu? Satu toilet ada dua tong, satu floor ada dua toilet, satu mahallah ada tiga floor. Ah, tak boleh nak bayang macam mana dia hadap bau tu!

Serius aku bersyukur ada orang yang 'sudi' kerja macam tu. Aku tak pernah fikir pun pasal siapa yang handle feminine waste ni selepas dibuang ke dalam tong tu sebelum ni. Aku appreciate sangat kerja akak tu. Kerja akak tu adalah kerja penting demi memelihara kesejahteraan umat perempuan.

Maka, bertanggungjawab lah dengan sisa bulanan anda supaya kerja mereka jadi mudah!

---

Salah seorang driver bas bernombor T231 adalah perempuan. Seorang makcik. Baya-baya mak aku rasanya.

Aku fikir mungkin dia ambil syif siang sahaja, rupanya dia berkerja daripada pagi sampai malam.

Driver bas ialah orang yang pergi kerja paling awal supaya dia boleh 'hantar' orang lain pergi kerja, dan driver bas jugalah orang paling lewat pulang ke rumah kerana dia perlu menghantar pulang orang lain yang sudah habis kerja pada hari itu.

Most probably diorang punya working hours lebih panjang berbanding yang lain.

---

Aku kena banyak bersyukur. Dan mudahkan kerja orang.

Emosi aku mudah koyak bila tengok orang hidup susah. Entah-entah orang tu rileks je hadapi kehidupan diorang, aku je yang lebih-lebih. Haha.

Kadang-kadang aku berharap pemimpin atasan turun padang sekali-sekala meninjau khabar rakyat tanpa di-escort oleh sesiapa. Senyap-senyap. At least mereka rasa dan lihat sendiri kehidupan rakyat. Aku yakin 'mata hati' nya akan tersentuh.

Baru lah boleh dapat 'jiwa rakyat' tu macam mana. Pemimpin kita kan suka berjiwa rakyat.

Ah, asyik nak sibuk apa pemimpin buat pada rakyat, aku terfikir apa pula yang aku dah buat untuk bantu mereka-mereka ni?

Hmm. Jawab sendiri dalam hati.

02/12/2014

saya memang suka menulis

I have one buku tulis sekolah and I named it as "THE IIUM JOURNEY (It's about life, actually)".

Even though do I write on blogs, on tumblr, and occasionally meroyan on twitter,
all of those still can't beat the feeling when I write in that book.

Or we can call it as a diary, I guess?

Haha. Bila baca balik rasa macam sesi bercakap dengan my old self.

I tulis pasal mimpi.
I tulis pasal benda yang I suka.
Pasal benda yang jadi pada hari tu.
Pasal benda yang I harap.
Dan ada jugak sesi muhasabah diri.

Serious bila baca balik the feelings suddenly come as if I baru tulis je benda tu.

Rasa suka, seronok, menyesal, bersungguh-sungguh.
Semua ada.

I guess writing indeed is a good therapy. At least to me.
Dan tulis blog dengan tulis pakai tangan sendiri adalah sangat berbeza.
Sangat berbeza.

But I do enjoy both. :)

26/11/2014

nota sem last #003: Perempuan diciptakan gagah!

Salah satu isi penting dalam kelas tadi adalah: perempuan ni Tuhan ciptakan sebagai makhluk yang gagah. Sebenarnya kelas tadi adalah kelas Shariah Oriented Public Policy, tapi lecturer nya memang gemar berkongsi kisah untuk dijadikan pengajaran dan peringatan buat kami semua.

Entah macam mana boleh cerita pasal perempuan dalam kelas Public Policy. Haha.

Dalam bahasa Arab, surirumah dipanggil 'rabbatul bait'. Ya. Rabb. Root wordnya 'Rabb' - iaitu sama dengan ya Rabbi atau Allahu Rabbi yang kita selalu cakap tu.

Bahasa Arab ni Tuhan jadikan cukup cantik.

Rabb ni maksudnya the one who creates, and bring up something. Dalam bahasa Melayunya kita boleh kata 'rabb' ni bukan sekadar mencipta bahkan memelihara - lebih kurang lah tu maksud dia.

Apa kaitannya dengan perempuan?

Perempuan, jika diizin Tuhan, akan menjadi seorang ibu.
Perempuan inilah yang akan membesarkan anak-anaknya.
Perempuan inilah yang akan mendidik anak-anaknya.
Tangan yang menggoncang buaian bisa menggoncang dunia.
Didik wanita, terdidik generasi.

Situ datang relevan perkataan 'rabbatul bait'.
Semua bermula dari rumah.
Daripada seorang ibu. Seorang perempuan.

Aku rasa teruja sekejap sebab aku perempuan dan generasi masa hadapan terletak atas bahu aku. It depends on me. Aku merasakan aku adalah orang penting dalam proses membentuk sebuah masyarakat, hanya kerana aku akan menjadi ibu (jika diizin Tuhan, of course!). Hanya orang gagah sahaja yang diberi tanggungjawab sebegitu besar, kan?

Dan oleh kerana Islam adalah satu sistem yang menyeluruh, kita kena ambil kira faktor untuk membentuk perempuan yang hebat. Sudah tentu daripada didikan ibubapa dan suami (jika ada) yang hebat-hebat juga. Seorang anak perlu mengutamakan ibunya tiga kali berbanding bapanya; dalam masa yang sama si ibu yang juga seorang isteri perlu taat kepada suaminya. Si suami pula seorang anak dan perlu taat kepada ibunya tiga kali ganda berbanding bapanya. Dan seterusnya hingga kiamat. 

So sebenarnya tak timbul pun isu Islam ni merendahkan perempuan as claimed by pendokong feminism. Aku secara personal merasakan aturan Tuhan itu cukup cantik - kerana setiap orang dalam sistem tu akan memberikan kesan kepada keseluruhan generasi akan datang. Ia ibarat sebuah kitaran. Jika salah satu daripadanya pincang, kemungkinan besar akan mendatangkan musibah kepada sistem.

Lepas ni bila nak buat benda tak baik kena cepat-cepat istighfar dan ingatkan diri - aku ni nak jadi ibu yang hebat, mana boleh buat gini! Hehe.

Oh ya. Jadi jangan ada yang marah jika aku belajar tinggi-tinggi kemudian aku mahu jaga anak di rumah, kerana sesungguhnya aku tidak rela anak aku dididik oleh orang seberang yang entah apa pegangan hidupnya.

Sesungguhnya aku tidak rela!

23/11/2014

siket pasal nation yang aku conquer (procrastiNATION)

Setelah dikira-kira, kalau aku tulis dua page setiap hari, kerja aku akan siap dalam masa 15 hari sahaja. Dua minggu. Tak lama pun dua minggu tu, kan?

So far, aku kena:
 - siapkan assignment Islamic Capital Market (dalam lima page gitu)
 - siapkan assignment Public Policy (20 pages article and slides)
 - siapkan article review (hypothetically 15 hari boleh siap)
 - hafal ayat dari Surah al-Baqarah 276 - 280 berserta terjemahannya
 - study untuk mid term exam Public Policy

Gah! Harapan aku, bila aku dah tulis kat sini, kerja-kerja aku boleh disiapkan dengan kadar segera.

Aku dah banyak bazirkan masa ni. Dah tiba masanya untuk aku tebus balik masa-masa yang dah aku buang.

Kalau ikutkan aku nak jugak stay Mahallah for a week. Tapi mengenangkan kewujudan seorang manusia clingy kat Mahallah tu, semangat aku untuk balik rumah terus berkobar-kobar.

Aku memang tak boleh hadap lah manusia clingy ni. Hmm.

Oh ya. Apapun, aku kena jugak paksa diri buat kerja.


17/11/2014

"Tak pandang pada harta?"

Aku berani bet engkorang mesti pernah dengar orang kata "tak pandang pada harta, yang penting hati kena baik" dalam kehidupan korang, kan?

Korang setuju dengan pernyataan tu?

Aku bawakan persoalan ni dalam konteks memilih pasangan, atau yang lebih relevan dengan diri aku sudah tentunya dalam usaha pencarian calon suami, ehem.

Kalau engkorang nak tahu, orang perempuan ni ada egonya yang tersendiri. Aku tak tahu lah perempuan lain, tapi kalau diri aku memang ada. Setiap manusia ada egonya, bukan? Jadi aku bimbang juga kalau-kalau ditakdirkan 'pencapaian' aku lebih bagus daripada si suami, aku akan besar kepala. Bajet bagus. Lalu aku akan hilang hormat pada suami.

Kita jangan terlalu yakin dengan pegangan agama yang kita ada tu sudah cukup. Memang tidak dinafikan, kita semua tahu dan faham kedudukan seorang suami dan seorang isteri dalam Islam, tetapi itu tidak menjamin yang kita bebas daripada bisikan shaitonirrajim, bukan? Justeru aku lebih suka jika pintu kepada isu-isu 'siapa lagi hebat' ni ditutup terus sedari awal lagi supaya tiada ruang untuk si shaiton mencucuk.

Jangan lupa, selain daripada agama, Islam juga menitikberatkan soal sekufu antara pasangan. Mungkin kita kena lebih realistik dalam hal ni. Pada aku, bertanya tentang harta atau pangkat bukan bermakna kita mata duitan, cuma ia perlu untuk memastikan perkahwinan 'antara dua darjat' dapat dielakkan demi kesejahteraan dunia dan akhirat.

Aku secara peribadi tidak meletakkan syarat yang tinggi dalam hal ini. Tidaklah pula aku mahu mencari yang kaya atau yang sudah berpangkat 'Dr' sahaja. Aku rasa yang penting adalah bagaimana si dia menyara kehidupannya. Dan of course - umur. Aku memang tidak mahu berkahwin dengan lelaki sebaya atau lebih muda daripada aku kerana aku sudah ada tiga orang adik lelaki, bimbang nanti aku treat dia macam adik aku pula. Bahaya tu.

On top of all, memadailah kiranya dia boleh 'ngam' dengan seluruh famili aku. Even so, I need to find someone who I can look up to. Dia mestilah bukan seorang yang boleh aku perlekehkan. Kerana aku tidak mahu menjadi isteri derhaka. Ah, bunyinya macam banyak pula permintaan aku ni kan, Tuhan?

Kesimpulannya, apa yang aku faham sekarang, di antara mata duitan dan mencari yang sekufu ni, keduanya hanya terpisah oleh satu garis halus. Pandai-pandailah menimbang-tara. Biar aku pecah kepala menimbang-tara dari segala sudut sekarang, daripada aku menangis di kemudian hari. Memanglah pada umur lewat dua puluhan ni ada orang kata terima sahaja siapa-siapa. Haha tidak semudah itu, kawan.

Ini adalah soal kehidupan dunia dan akhirat aku.
Aku tidak mahu meletakkan the rest of my life pada siapa-siapa.

05/11/2014

Seorang bapa dan anak kecilnya.

Hari ni, saya menjadi saksi kepada seorang bapa yang membawa anak kecilnya menaiki motosikal. Budak tu comel pakai helmet berwarna kuning, dan dia tidur di atas motor.

Ya, anak kecil itu tidur, di atas motor.

Tangan kiri bapanya memeluk perut anaknya erat,
manakala tangan kanannya memegang handle motor.

Hmm. Macam bahaya, tapi apakan daya, itu je si bapa mampu (mungkin?).
Tapi saya tabik la sebab dia pakaikan anaknya helmet.
Selalu nya orang Malaysia ni pandang helmet sebelah mata aje.

Itu lah namanya kasih seorang bapa.

28/10/2014

Bahaya dunia maya.

Sekarang ni hampir kesemuanya boleh disalah tafsir.
Dengan adanya screen capture, atau print screen,
apa yang kita tulis di media sosial mungkin akan membawa musibah.

Benda ni macam dah out of control pulak.
Whatsapp, facebook, twitter, dah macam satu bencana.
Kalau lah kita ambil seminit dua untuk reconsider whether to share or not to share,
mungkin dunia lebih aman. Mungkin.

Orang hanya akan nampak apa yang dia nampak.
Hanya dengar benda yang dia nak dengar.
Memandangkan kita ni rambut saja sama hitam tapi hati lain-lain;
so tak mustahil la saya nampak benda tu putih, orang lain nampak benda tu hitam.

Hmm.

24/10/2014

Telur goreng tak jadi.

Aku sempat berbual dengan makcik cleaner kat Plaza Tol Gopeng masa aku berhenti untuk solat Asar tadi. Katanya, pada umur 60an semacam dia sepatutnya duduk di rumah - berehat dan memperbanyakkan ibadah. Tetapi demi menyara tujuh anaknya, dikuatkan juga kaki berjalan ke plaza tol itu setiap hari.

"Tengahari tadi makcik ingat nak masak, tapi tengok-tengok telur dah habis. Tak jadi nak masak."

Ah sudah. Makcik ni bukak cerita sedih pulak.
Aku masih ingat dia memandang ke luar tingkap sambil menyebut, “entah lah, dik…”

Aku memang pantang siket bila dengar cerita-cerita macam ni, mula la empangan nak pecah. Kata-kata semangat yang aku susun dalam hati memang tak terluah pasal aku dah tak mampu nak cakap apa. Kalau aku cakap jugak silap-silap aku yang hujan lebih padahal makcik tu masih tenang.

Aku cuma mampu bersalaman dan memeluknya sebelum pergi.

Sedih. Di kala kita mengejar kemajuan dan kemodenan, ada lagi yang hidup susah siang dan malam untuk mencari sesuap nasi.

Memang lah ada juga terfikir, Najib tahu tak rakyat dia hidup susah ni? Tapi sebelum bercakap tentang peranan kerajaan, kita sebagai sesama rakyat pun ada tanggungjawab untuk menjaga kebajikan satu sama lain, kan? Itu buat aku lagi sedih - aku langsung tak mampu menolong apa-apa pada mereka yang hidup susah ni.

Dah tahu tapi tak boleh nak tolong. Rasa sangat kerdil.

Makcik, kuatkan semangat kerana balasannya syurga. Semoga anak-anak makcik appreciate pengorbanan makcik. Inshaallah.

15/10/2014

Sedikit pasal make-up

Aku ni anak tunggal perempuan, adik-adik semua lelaki.
Adik-adik aku serius sangat kecoh, baru pakai moisturizer siket -
udah bising satu rumah kata aku pakai make-up.
Tu yang aku jadi malas nak pakai make-up ni.

Ni aku baru lepas tengok tutorial make-up.
Memang tidak dinafikan pempuan tu cantik banget.
Tapi tu lah. Aku tengah musykil ni.
Macam mana dia dapat kerajinan untuk memakai segala mak nenek tu?

Concealer, foundation, blusher, BB cream, lipstick.
Eye shadow je dah dua tiga warna.
Lepas tu nak pakai eye liner lagi.
Nak bagi semua kemas dan sekata lagi.

Kalau aku lah, memang dah surrender awal-awal.

11/10/2014

Rasa kemenangan

Kenapa kita suka sangat nak menang?
Kalau masuk pertandingan memanglah nak menang, kan.
Yang aku cuba perkatakan di sini adalah bangsa yang bila bercakap pun nak menang je.

Kenapa?
Memang fitrah manusia ni Tuhan kata suka berdebat; suka berbantah-bantah.
Maka tidak hairan lah wujudnya manusia yang nak menang aje ni.

Mungkin kita kena belajar untuk lebih rileks dan cool.
Tenang saja dalam perbualan tanpa ada rasa mahu menang.

Yea.
Rileks dan cool.
Macam tu lah.

07/10/2014

Siket pasal kaya

Letih kalau kekayaan dan happyness dikira pada berapa banyak gaji, berapa luas tanah, berapa besar rumah, blablab.

Melihatkan proses pembahagian tanah yang sangat rumit (barangkali juga dirumitkan sesetengah pihak) aku kira aku lebih rela hidup tanpa harta menambun.

Benar, gaji besar sedikit sebanyak akan menyenangkan hidup. Tapi perbuatan saling membanding antara satu dengan yang lain adalah sangat tidak menyenangkan. Ia meletihkan minda.

Hentikan membanding siapa kaya, siapa senang.
Bantu lah aku menjadi hamba yang bersyukur, boleh?

01/10/2014

why am i here at the first place?

A few things to ponder.

Why am I on twitter?
Why am I on facebook?
Why am I here at the first place?

Is it necessary to like things on facebook, or to favourite tweets on twitter?
I really need some time off from facebook and twitter like seriously.

Oh God I've wasted a lot of time.
Wonder how am I gonna stand before You on the Day of Judgement.

So yeah from now on, I must restrain myself from social networks!
Yeah let's do this for your own sake.
It's for your own sake, syuhadaa!




ps: Exemption given to blog and tumblr, hehe. 

21/09/2014

cari manusia tersembunyi


Ah. Aku ni memang rendah rupanya.

18/09/2014

mitos ayam suntikan penyebab kanser yang tidak berkesudahan

I believe in moderation.
Nothing is gonna harm you if you consume in a moderate amount.
Simple. Takde maknanya makan ayam suntik dapat kanser.

Ayam suntik is true. Suntik vaksin. Bukan antibiotik as some people claimed.
Setiap ayam yang disuntik akan ade withdrawal period -
which means those ayam will not be slaughtered until the withdrawal period is over.
Withdrawal period after suntikan will ensure none of the vaccine residual left in ayam.

And worry not, each ladang ayam has its own
certified vet doctor and animal science expert.
Certified.

Anyhoo, the key point here -
you should consume your food moderately.
Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang.

Oke? Masih tidak percaya? Terpulang.

Setiap benda di dunia ni,
kalau kita makan secara berlebihan,
akan mendatangkan penyakit.

Maka beringatlah ketika makan.
Ayam tu tak bersalah.
Yang salah kita yang makan ni.

11/09/2014

nota sem last #002

Satu. Kelas Shariah Oriented Public Policy - Dr Mustafa Mohamad. He is actually one of my favourite lecturers. Kelas dia tak macam kelas tapi dah macam tazkirah. Setiap kelas mesti ade cerita yang dia nak share.

Dua. One thing yang dia share semalam adelah: cuba bangun setengah jam awal sebelum Subuh. Bahagikan setengah jam kepada dua bahagian - 15 minit baca quran dan 15 minit lagi buat solat sunat dua rakaat dan solat witr. Mintak kat Allah maghfirah, hidayah, dan syurga Nya. Doa untuk ibubapa. Buat macam tu at least dua kali seminggu and you’ll see the difference. :)

Tiga. He explained why we must ask for His maghfirah (forgiveness). The reason is to make ourselves become humble towards others. Once we realized we ourselves have a lot of sins, we will not look down upon others and automatically become a humble person, inshaallah.

Empat. Oke ini cerita lain. I am waiting for my Research Paper to be approved by head of department and deputy dean. Please, pray for me. May Allah keep you in His blessings and help you guys in everything you do today. :)

Done. Gonna have breakfast with roommate. Gotta go bye.

10/09/2014

tentang manusia dan kehidupan.

You can say whatever you want about me, I won’t say a word.
Yes, I am offended.
But I won’t do the same thing to you because I simply don’t care.

You have the right to speak and I have the right to remain silent.
Diam bukan bererti kalah.

That is how life works.
People come and go.
They will judge, and they will speak according to their logic.
You can’t stop them.

So, be good to everyone but don’t get attached to anyone.
Yeah.

09/09/2014

nota sem last #001

Satu. Saya dapat kelas Ustaz Zaharuddin!! Part introduction tu macam tazkirah pun ade, tapi oke lah kan. Ade jugak orang nak bagi peringatan.

Dua. Belajar bukan hanya untuk skor. Tapi untuk dapat kan ilmu dan faham (ini Ayah pun selalu pesan). Bukan sekadar faham, tapi mesti boleh sampaikan kat orang lain jugak.

Tiga. Kami diwajibkan menghafal surah al-Baqarah ayat 276-280. Baiklah ustaz akan diusahakan. Assignment agak berat tapi tu semua boleh beres punya inshaallah no problem at all. Semangat ni semangat.

Empat. Bulan sangat cantik malam ni. Serius cantik.

Lima. Nak membaca pasal Why broadband is slower in Malaysia dan Vaksin: Suntikan Tanpa Was-was. Membaca ni bukan hobi, tapi ia adalah satu keperluan. Maka bacalah dengan nama Tuhanmu!

23/08/2014

blog

Masa aku kecik-kecik dulu, aku pernah berangan untuk ade superpower boleh masuk dalam badan orang, tanpa take over perlakuan orang tu. Sebab aku kadang-kadang teringin nak tahu sudut pandang orang lain tentang sesuatu benda. Aku bayangkan macam dalam satu badan ada dua roh, aku boleh tahu fikiran dia tapi aku tak take over pemikiran dia, macam tu lah kiranya.

Sekarang aku pun dah dewasa, and somehow aku dah ada superpower tu sebenarnya. Aku boleh tahu cara pemikiran orang lain tanpa perlu aku masuk dalam badan dia pun. Baca je blog. So, salah satu sebab kenapa aku suka baca blog orang adelah: aku dapat baca fikiran orang. Orang tu dapat cerita pasal ape-ape aje yang ade dalam kepala otak dia - tanpa aku mencelah.

Berbeza dengan bersembang secara empat mata, aku mungkin akan mencelah dan membantutkan si orang yang nak bercerita (tapi sebenarnya in real life aku lebih banyak mengambil watak sebagai pendengar).

Sebab tu aku suka baca blog. Orang tu boleh cerita ape aje. Kalau aku suka, aku teruskan membaca; kalau aku tak suka, aku akan klik pangkah. Banyak jugak genre blog yang ada kat Malaysia ni. Kebanyakan yang aku suka baca adalah pasal orang-orang biasa macam aku yang struggle untuk hidup. Kalau jenis anak dato punya blog, atau blog pasal tutti frutti; maaf aku malas nak baca. Sebab semua tu tak relevan dengan hidup aku.

Aku suka baca pasal how people struggle in their daily life. How people see the society. Atau personal ideology. Dalam blog aku jumpa macam-macam jenis orang yang adakalanya ideologi diorang memang jauh beza daripada aku, tapi aku baca jugak. Pasal ia membuka mata. Dan minda? Haha poyo betul buka minda terus. But at least, aku dapat tahu yang manusia ni punya cara fikir yang pelbagai. 

Oke lah bye. Aku nak pegi sambung baca blog yang aku baru jumpa.

27/07/2014

Nota Ramadhan 1435

Malam ini malam 29 Ramadhan.
Seperti tahun-tahun sebelum ni,
saya diberikan rezeki untuk berterawih.

Kalau orang lain,
ade yang sibuk dengan kerja,
sibuk dengan anak,
dan macam-macam lagi.

Cumanya,
entahkan tahun depan ade lagi rezekinya.
Boleh jadi saya sibuk.
Boleh jadi saya sakit.
Boleh jadi juga saya mati (???).

Semoga kita beroleh keampunan,
dan kembali kepada fitrah.

:)

10/07/2014

Palestin 18SG

Jika saya buka page Aman Palestin sekarang,
hampir pasti puasa saya akan terbatal kerana muntah.

Rakyat Malaysia ni bagus, prihatin dengan ape yang menimpa rakyat Gaza.
Tapi.. kalau dah gambar nya tahap 18SG..
Hmm..

Pada saya ia agak ironi.
Menyebarkan mesej kemanusiaan melalui gambar-gambar 18SG?
Maaf, anda-anda yang post gambar sebegitu sudah saya hide.

Schadenfreude.

Memang orang kita ni nak kena ade gambar 18SG ke baru ade kesedaran?
Bagi nombor akaun je tak boleh?
Atau pun up kan statistik berapa yang terkorban hari ini.
Atau pun up kan gambar mereka yang masih survive.

Mereka yang sudah terkorban memang dah tak boleh nak buat ape dah.
Dah ke syurga dah gamaknya.
Tunjukkan rakyat Palestin yang masih berjuang.

Kita ni nak tolong yang hidup, bukan yang dah mati.

21/06/2014

Shattered?

At the end of the day, you will be shattered into pieces if you depend on another human.
No point of crying for that.
Pick up the pieces and let God lead the way.
It is okay to be on the wrong way as long as you do turn back and find the right path.

16/06/2014

Air dicincang takkan putus

Kalau dulu Mama yang hantar kami ke sekolah setiap pagi.
Hari ni, adik-adik semua pergi ke kelas sendiri-sendiri,
dengan kenderaan masing-masing.

Dah besar dah korang kan.
:')

03/06/2014

rahsia sentiasa muda

Mama kata:
Orang tua dah tentu akan mati,
orang muda bila-bila masa je akan mati.

Dan saya ade terbaca:
We all get older,
or we just die young.

amar ma'ruf nahi munkar

Rasa sedih sebab tak kuat nak halang mak andam membonggol-untakan pengantin.

In fact, selalu rasa sedih sebab tak mampu mencegah munkar di depan mata.
Mampu doa aje.
Lemah betul iman.

Dan perasan tak,
semua tu Nabi salallahu alayhi wassalam dah mention dalam hadith.

Nabi macam tau tau aje kan.
Of course lah Nabi tau,
sebab Allah subhanahu wa ta'ala yang bagitahu.

02/06/2014

saya dan tren

Hari ini dalam sejarah:
saya tertinggal tren.

Setelah hampir 7 tahun menjadi pelanggan tetap KTMB,
hari ini tren pergi meninggalkan saya.

Cis. Terbakar duit saya sebanyak 24 ringgit.

Semasa di LRT KL Sentral pula,
saya merasa sangat berbaloi untuk menunggu selama kurang daripada 2 minit.
Kerana tren sebelum nya adelah sangat pack dengan manusia,
dan tren yang selepasnya adelah sangat tidak pack.
Sesungguhnya saya mengambil keputusan yang bijak untuk bersabar selama 2 minit.

Tiba di Stesen LRT Gombak,
bas rapidKL tak muncul-muncul.
Dekat setengah jam juga menunggu.
Masuk sahaja ke dalam perut bas,
saya duduk di port baik punya,
lalu lentokkan kepala dan pejamkan mata.

Syukur lah saya tiba di kampus in one piece.

Tiba di kampus, hujan masih tidak henti.
Saya ambil keputusan untuk menahan teksi untuk ke Mahallah, hehe.
Taknak berhujan lah kononnya.

Saya naik teksi bersama seorang sister,
dan akhirnya dia yang membayar tambang teksi kami sebanyak 3 ringgit.
Bermakna, saya naik teksi percuma. :)

- diari seorang pengguna public transport

01/06/2014

Kenapa saya masih menulis?

I started blogging since May 2009.
My first blog was mamimonster.blogspot.com
I wrote a lot about my uni life, Animal Science related to be exact.

Once graduated, on 2011,
I started to express my personal opinion.
Reminding myself and etc.

I used to write a hell long post.
Only after my brother said he doesn't really read long paragraph,
I changed my style of writings.

I made my sentence shorter.
Only write important things rather than beautifying it too much.
I wrote in lines. & I love to write in three lines.

I scrolled onto my blog posts.
What have I write after all these years?
Does it bring benefits or harm?

I'm not so sure.
But one thing for sure,
I witnessed how I see life around me.

Whenever I saw something;
I'll blog about it.
I'll blog my own opinion on it.

Now I wonder, is it okay to do that?
Because most of the times,
it appeared like I'm complaining what others are doing.

But I continue to blog anyway.

31/05/2014

Melayu dan babi bagaikan minyak dengan air.

Ade orang kata:

Rasa takut nak lalu sebelah Cadbury,
terasa macam ade babi kat situ.

Ini respon saya:

28/05/2014

takdapat lah nak skor 5A

Untuk dapat A saya kena skor 85% dan ke atas.
50% adelah daripada coursework, 50% lagi dari final exam.

Kalau kat UPM dulu,
ratio nya antara coursework dan final exam adelah 60-40.
So possibilities untuk turn the table tu ade.

Tapi kat sini..
alahai..

Tapi (lagi) saya ade terfikir,
penat-penat aje belajar bersungguh-sungguh,
skor A bagai,
dan kemudian ilmu tu dilupakan macam tu aje.

Sebab tu Ayah pesan,
belajar bukan hanya untuk periksa.
Belajar untuk dapatkan ilmu.

Anyway.
Syuhadaa, fighting!

16/05/2014

anti-smartphone

Telefon cap ayam. Eh cap lebah. :P

My SE T100 finally shut off forever and now I am using my dad's 'emergency phone'.
It is a China-brand phone and tersangat lah cikainya. Been using it for weeks, I guess.
So my roommate saw the phone, and asked:
"Are you anti-smartphone or something?"

lol
I'm not anti-smartphone.
I just can't afford to buy one.
Bak kata pepatah Melayu: ukur baju di badan sendiri.
Takde duit buat cara takde duit kweng kweng kweng.

15/05/2014

budak hingusan kini tidak relevan

So a best friend of mine, Dhaniah, add saya dalam group SKAUK batch 1995-2000.
Sangat kelakar oke bila baca post budak-budak ni kat group tu.
Macam-macam cerita keluar.
Macam-macam gambar keluar.

Kalau tengok kan, zaman kitorang dulu,
sekolah rendah, kitorang sangat sangat hingusan.
Tudung senget. Senyum nampak gigi.
Comot, tapi masih comel. (perasan)

Beza dengan budak sekarang.
sekolah rendah, tapi bergaya macam orang dewasa.

Zaman berubah, ye dak?

05/05/2014

Kasih Ayah

Hari Rabu, kelas biasanya habis pukul 9 lebih.
Letih, lapar, dan penat.
Malam tu saya dan roommate, bercadang hendak makan Mekdi di Taman Melati.
Lalu kami menuju ke bus stop berhampiran.

Bas masih belum muncul.
Kami rancak berbual.
Berbual tentang lecturer yang suka habiskan kelas lambat. 

Kemudian, datang lah seorang tua;
rambutnya putih,
bercermin mata,
dan bertubuh kecil.
Datangnya dia dengan sebuah beg sorong bersaiz kecil.

Dialah orangnya yang kami bualkan tadi.

Professor, tunggu bas?
Bagi saya itu adelah scene paling rare.
Kerana saya tidak pernah lagi melihat mana-mana lecturer saya menaiki public transport,
lebih-lebih lagi bas.

Bas RapidKL akhirnya muncul.
Prof menyorong begnya, dan masuk ke dalam perut bas.

Kami turun di Taman Melati, begitu jugak Prof tadi.
Dia menyorong begnya.
Di usia begitu, kepala yang sudah memutih;
Prof masih gigih bersusah payah keluar mencurahkan ilmu.

Sedangkan kami yang secara relatifnya lebih muda pun kepenatan dan lenguh-lenguh kaki,
lagikan Prof yang lebih berusia.

Ah, sebenarnya, the main point is -
he reminds me of Ayah,
bersusah payah mencari rezeki untuk kami satu famili. :)
Mujur malam itu saya bersama roommate,
jika tidak, sudah pasti 'hujan' turun.



ps: Prof tu orang Pakistan. Prof Malaysia mana ade naik bassss

03/05/2014

Kasih Ibu

Sedang saya duduk menunggu tren, datang seorang aunty membawa beg sorong dan beg di tangan.

A: Balik mana, dik?
S: Batu Gajah. *senyum*
A: Oh. Aunty mau balik Taiping.
S: Oh.. Selalu ke aunty datang KL?
A: Selalu. Anak keleja sini itu pasai aunty selalu datang sini.

Datang pula seorang makcik, anak, dan cucunya. Saya kira umur mereka pasti baya-baya Opah dan Mama. Mereka bersalaman. Lalu si anak dan cucu pergi meninggalkan makcik tadi.

S: Acik balik mana?
M: Ipoh. Adik?
S: Oh. Saya balik Batu Gajah.
[Kemudian kami bercerita tentang susah payah membeli tiket, maklum lah, cuti Hari Pekerja. Masing-masing ambil kesempatan untuk pulang ke kampung.]
S: Acik selalu ke turun KL?
A: Selalu la jugak. Sebulan 3 kali.

---

Terbalik bukan? Kalau dulu, anak jenguk mak di kampung. Sekarang ni, mak yang turun ke menjenguk anak. Kasih mak ni memang kasih tanpa syarat. Sanggup mereka turun menggendong beg, menempuh perjalanan selama beberapa jam, demi anak yang tersayang.

Semoga walau macam mana bizinya saya kelak, saya akan ade masa balik ke syurga dunia saya.

26/04/2014

Manusia

Kalau difikirkan betul-betul,
kita ni tak boleh nak berlagak sangat dengan pangkat/harta yang kita ade.
Datang dari air mani, pulang menjadi tanah.

Jadi jangan berlagak sangat.
Duduk di atas janganlah menindas yang bawah.

Ah, benda gini selalunya easier said than done.

27/03/2014

A day without HB wishes on FB wall.


dua puluh enam tahun

meski saya banyak alpa dan leka,
Tuhan tidak pernah kedekut akan rahmat Nya.

Tuhan sangat baik.
Saya pula sangat tidak baik.

13/03/2014

of God.

Saya rasa macam pelik bila tengok -
orang agama lain pun 'berdoa' untuk MH370 guna cara yang diorang percaya.
Rasa macam pelik kalau orang kata it's okay.
It's like you're approving the existence of other Gods.

Untuk orang yang berpegang kepada pluralism,
doesn't it feel weird having the thought of various Gods do exist?
Sekarang ni semua orang doa pakai cara masing-masing,
so kita tengok Tuhan siapa yang makbulkan doa dulu?

It's freaking weird.

Even though 'bagiku agamaku, bagimu agamamu';
the ultimate fact you should know is Allah subhanahu wa ta'ala is the One and Only.
So I, as a Muslim, personally don't feel good about posting 'other' kind of praying.

Entah lah.

11/03/2014

the beautiful sky is for everyone


This is one of the reasons why I feel blessed.
I can see the perfect blue sky from my room.
Beautiful, isn't it?

10/03/2014

10 days project


"If you fail to plan, then you will plan to fail."

That moment when a plane vanished completely..


MH370 will leave a mark in Malaysian aviation history.
It is really heartbreaking seeing the plane just vanished from the radar.
From yellow, it turned red, and poof.. disappeared completely.

Allah knows best.

---

Airplane is one of the 'human' creations that really amaze me.
Of course, without a doubt, it works solely due to sunnatullah.
I mean, how can pieces of metal that are being put together can move in the mid air?

To me it is really 'woww'.

06/03/2014

konflik

Ade masa-masanya kita akan berdepan dengan konflik dalam diri;
antara nafsu dan akal.

Kebanyakannya kita terlalu turutkan nafsu;
kita tepikan ape yang akal kata.

Tetapi sedikit sekali kita turutkan akal;
akal yang baik adelah akal yang berpandukan iman.

Iman?
Iman perlukan ilmu.

Bukan mudah sebenarnya untuk memiliki ilmu yang memandu iman;
lalu mengawal nafsu secara keseluruhannya.

Bukan mudah.
Tetapi boleh cuba, bukan?

Ya, cuba sedaya upaya selagi masa mu belum tamat -
selagi nyawa mu belum sampai ke kerongkong.

28/02/2014

sembelih ayam sendiri?


Personally, saya tidak faham kenapa Astro Awani buat poll macam ni, seolah-olah macam nak provoke orang pulak.

Secondly, 51.79% daripada responden mengatakan mereka tidak yakin. Jadi anda beli ayam di mana? Atau adekah anda sembelih ayam sendiri?

Third, katakan pada diri jangan cepat melatah kerana kita tidak tahu berapa ramai responden yang mengambil bahagian. Mungkin hanya 100 seorang? Mungkin lebih, mungkin kurang. Sample size yang sangat kecil jika hendak dibandingkan dengan total population seramai 28 milion. So the result may actually be insignificant.

Last but not least, terpulang kepada anda mahu yakin atau tidak. Saya secara peribadi masih percaya pada proses penyembelihan yang ade. Mungkin yang buat ramai yang tidak yakin adelah kerana kurangnya pendedahan tentang proses penyembelihan ayam dan penguatkuasaan yang lemah. Dari segi SOP kita memang cemerlang, tapi bila masuk bab enforcement, kita masih di belakang.

Sekian.

25/02/2014

mencari ilmu

Saya baru lepas baca:
Saat Engkau Bujang
Anti Hadith: Loceng Amaran kepada Ummah Pengabai Ilmu.

Saya mahu tulis sedikit pasal mencari ilmu. Tiga orang yang saya kagum bab-bab mencari ilmu ni tidak lain tidak bukan adelah Mama dan Ayah saya sendiri, dan Ustaz Hasrizal.

Walaupun Mama dan Ayah tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, mereka sangat menitikberatkan soal menuntut ilmu. Jika tidak, mana mungkin saya belajar sehingga ke peringkat sarjana kalau bukan dari sokongan Mama dan Ayah.

Mama selalu cakap saya ni untung. Muda-muda lagi sudah pandai mengaji. Sudah ade masa pergi ke kelas-kelas agama. Belum ade komitmen lain; i.e. suami dan anak, jadi Mama kata saya boleh fokus pada hal-hal ibadah dan mencari ilmu (walaupun sebenarnya kebanyakan masa saya dibazirkan dengan game!). Walaupun Mama tidak berpeluang melanjutkan pelajaran, Mama sentiasa pastikan anak-anaknya tidak keciciran ilmu. Mama kata kalau diberi peluang, Mama pun mahu melanjutkan pelajaran. :')

Ayah, sama seperti Mama, tidak mahu anak-anaknya keciciran ilmu. Ade sahaja video yang Ayah mahu kami tonton dan hadam. Paling saya tidak lupa, Ayah kata belajar bukan untuk exam tapi untuk faham. Kalau ade malaikat datang tanya nak ape, jawap nak jadi pandai, hehe. Itu cerita zaman kecil dulu lah, tapi bila dah besar ni baru nampak sebenarnya mesej utama adelah kepentingan menuntut ilmu itu sendiri. Adakalanya saya jadi segan sendiri sebab Ayah yang tiada ijazah pun lebih kritis pemikirannya daripada saya.

Ustaz Hasrizal, saya kenal beliau dari blognya. Tulisan pertamanya yang saya baca adelah 'Adam-adam' Sebelum Adam, itu pun setelah Ayah print keseluruhan artikel dan komen-komen yang ade. Setelah itu, saya tidak pernah tinggal membaca blog beliau. Saya rasa sangat kerdil dengan beliau kerana kegigihan beliau mencari ilmu ibarat langit dengan bumi jika dibandingkan dengan saya yang jauh lebih muda. Hendak meninggalkan komen pada blognya juga saya segan kerana merasakan saya cetek ilmu dan tidak layak.

Mereka ini inspirasi saya untuk mencari ilmu.

Harus diingat, ilmu bukanlah sesuatu yang kita boleh simpan sendiri. Ia adelah sesuatu yang perlu dipraktikkan dan disampaikan. Tuntut ilmu, hadam dan fahamkan betul-betul, kemudian amalkan dan sampaikan kepada orang lain. Jadi, usaha kita tidak sepatutnya terhenti setelah ilmu berjaya diperoleh, namun ia perlu diteruskan dengan mengamalkan dan menyampaikannya kepada orang lain.

Fuh. Berusahalah wahai diri!

17/02/2014

satu ubat menyembuh ribuan penyakit

Baca dulu: Doktor yang sudah bosan menjadi doktor bertauliah.

Kasihan bukan?
Saya sendiri, secara personal, agak skeptikal dengan produk kesihatan so-called mujarab ni.
Sebagai pelajar sains pada am nya, ia menuntut saya mencari penjelasan dari segi saintifik dalam segala hal.

Pada saya, kalau betul lah produk tu mujarab, kenapa doktor tak jual saja produk tu di klinik dan hospital?
Oleh sebab itu, saya memang tidak berminat nak beli produk sebegini.
Kalau ade orang jual memang maaf lah, I'm not interested.

Bagaimana semua ni boleh berlaku?
Kenapa pihak berwajib tidak mengawal penjualan produk kesihatan sebegini?
Atau ia sudah out of control?

Sehinggakan akhirnya saya mencipta teori saya sendiri;
doktor jual ubat diorang, agen jual produk kesihatan diorang.
Doktor jangan kacau agen, dan agen jangan kacau doktor.
Jaga periuk nasi masing-masing.

Secara asasnya, itulah yang menggerakkan ekonomi.
Demand and supply; equals to market.
Kata si kapitalis, it is all about surviving and profit maximization!
Mujurlah rupanya masih ade doktor yang risau tentang perkara ini.

Tapi tidak salah mencuba, bukan?
- bisik si hati kecil.
Pilihan di tangan anda.

---

Dulu pernah ade seorang kakak ni jual air mineral yang dibacakan 30 juzuk. Mujur lah saya memang tiada cash pada waktu itu, jadi mudah lah saya hendak menolak. Ikut logik akal saya, lebih baik saya ambil air masak di rumah, saya baca sendiri 30 juzuk. Macam itu lebih berkesan sebab itu adelah atas hasil usaha kita sendiri. Bukankah Allah lagi suka tengok usaha kita? Kenapa kita nak beli air yang entah dibaca oleh siapa?

Pernah juga seorang kawan jual minyak wangi yang dibacakan 30 juzuk, kalau nak disapukan pada muka perlu berselawat tiga kali. Katanya, ia akan menjadikan kita cantik. Ikut logik akal saya, sebagai seorang perempuan yang memang menjadi senjata fitnah shaitonirrojim, perlu ke ditambah keserian wajah dengan minyak wangi tersebut? Hmm..

Ah. Terbanyak pulak. Sekian.

berkompromi pun biarlah bertempat

Kata orang, rules are made to be broken.
But when it comes to safety, should we still break the rules?

Memang lah, setiap hari kita makan hati dengan kerajaan.
Tapi tak bermakna setiap undang-undang yang kerajaan buat kita kena bantah, kena langgar.

Ade sebab kenapa pakai helmet kena pakai talinya.
Ade sebab kenapa nak masuk simpang kena bagi signal.
Ade sebab kenapa kita tak boleh memotong barisan.

Tapi orang kita ni degil.

Ade helmet, main sarung saja. Talinya dibiar berterbangan.
Ade signal, tak nak bagi. Main masuk saja sesuka hati.
Orang beratur panjang-panjang, dia sesuka hati memotong barisan.

Kami empat beradik tidak pernah diajar menyusahkan orang;
terutama dalam hal-hal jalanraya.

Kutuk kerajaan memang kutuk,
tapi kalau bab keselamatan, kita ikut.

Semalam, helmet bergolek di tengah jalan.
Rupanya ade yang pakai helmet tak lock talinya.
Kereta depan dah brek bagai nak rak.
Mujur adik sempat mengelak.

Saya memang tak faham kenapa orang ambil ringan pasal helmet.
Dekat je, sekejap je, tak payah pakai helmet.
Kalau dah eksiden kepala bersepai,
siapa nak kutip?

Tolonglah jangan degil dalam hal-hal keselamatan jalanraya.
Anda mampu mengubahnya.

13/02/2014

ke-lelaki-an

Saya baru lepas tengok gambar kahwin seorang kenalan di facebook.

Andai ditakdirkan saya bertemu jodoh dan melangsungkan perkahwinan dalam kehidupan ini,
pada hari kenduri nanti,
saya akan memilih pakaian serba putih.

Bukan pink. Bukan kuning. Bukan biru.
Baju pengantin warna pink adelah sangat pelik, oke.
Saya tidak mahu si dia dicabul kelelakian nya dengan warna-warna begitu.

Haha. da fish did I just write?

14/01/2014

sedikit tentang akidah

Masa sekolah rendah dulu, saya diajar Malaysia adelah sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama. Cikgu ajar yang kita ade Melayu, Cina, India, dan sebagainya. Begitu juga halnya dalam beragama, kita ade Islam, Buddha, Hindu dan lain-lain.

Waktu itu, saya terfikir, kalau Melayu ade Tuhan sendiri, Cina ade Tuhan sendiri, India ade Tuhan sendiri; siapa Tuhan yang paling Tuhan? Macam mana Tuhan-Tuhan ni mentadbir alam? Tuhan-Tuhan ni tak bergaduh ke? Saya merasakan ade sesuatu yang tidak kena di situ.

Namun, soalan itu saya simpan sendiri. Saya tak pernah bertanya kepada sesiapa pun tentang itu.

Dengan izin Allah, hari ini, kefahaman saya tentang Tuhan adelah jauh berbeza dengan ape yang saya belajar semasa sekolah rendah dulu. Sesungguhnya, baik Melayu, Cina, India, dan lain-lain; Tuhan kita semua hanya lah Allah yang Maha Esa. Allah lah yang menciptakan kita semua dan kepada Allah lah kita semua akan kembali.

Ape yang membezakan kita hanya lah kepercayaan kita kepada kalimah tauhid - tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Kepercayaan mestilah seiring dengan perkataan yang keluar daripada mulut kita DAN perbuatan yang terzahir daripada fizikal kita.

Persoalannya, adekah kepercayaan kita seiring dengan kata-kata dan amalan harian kita? Fuh. Tepuk dada, tanya iman.

04/01/2014

Terapi Syurga

Terapi Syurga oleh Ustazah Norhafizah Musa - adelah salah satu topik Usrati kegemaran saya.

[Terapi Syurga I] [Terapi Syurga II]

Allah subhanahu wa ta'ala lebih ingin kita masuk syurga,
lebih daripada diri kita sendiri ingin masuk syurga.

Kita sebenarnya sangat memerlukan terapi syurga.
Apabila kita meletakkan syurga sebagai matlamat tertinggi,
datanglah ribut atau taufan melanda kehidupan kita,
kita akan terus berjuang kerana kita tahu di sana nanti ade ganjaran syurga.
Kita tahu jerih payah hari ini Allah akan bayar dengan syurga.

Mama tolong jaga Opah, inshaAllah ade syurga.
Ayah merantau mencari rezeki, inshaAllah ade syurga.

Dan kalau dikira dari 28 tahun usia perkahwinan,
kebanyakan masa Mama dan Ayah adelah 'pasangan jarak jauh'.
Sepanjang hidup saya, tiada PJJ yang boleh pecahkan 'rekod' Mama dan Ayah.

Semoga daya juang Mama dan Ayah terus kuat,
kerana sesungguhnya ade syurga menanti kalian.

Sesungguhnya ade syurga menanti kalian.