14/01/2014

sedikit tentang akidah

Masa sekolah rendah dulu, saya diajar Malaysia adelah sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama. Cikgu ajar yang kita ade Melayu, Cina, India, dan sebagainya. Begitu juga halnya dalam beragama, kita ade Islam, Buddha, Hindu dan lain-lain.

Waktu itu, saya terfikir, kalau Melayu ade Tuhan sendiri, Cina ade Tuhan sendiri, India ade Tuhan sendiri; siapa Tuhan yang paling Tuhan? Macam mana Tuhan-Tuhan ni mentadbir alam? Tuhan-Tuhan ni tak bergaduh ke? Saya merasakan ade sesuatu yang tidak kena di situ.

Namun, soalan itu saya simpan sendiri. Saya tak pernah bertanya kepada sesiapa pun tentang itu.

Dengan izin Allah, hari ini, kefahaman saya tentang Tuhan adelah jauh berbeza dengan ape yang saya belajar semasa sekolah rendah dulu. Sesungguhnya, baik Melayu, Cina, India, dan lain-lain; Tuhan kita semua hanya lah Allah yang Maha Esa. Allah lah yang menciptakan kita semua dan kepada Allah lah kita semua akan kembali.

Ape yang membezakan kita hanya lah kepercayaan kita kepada kalimah tauhid - tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Kepercayaan mestilah seiring dengan perkataan yang keluar daripada mulut kita DAN perbuatan yang terzahir daripada fizikal kita.

Persoalannya, adekah kepercayaan kita seiring dengan kata-kata dan amalan harian kita? Fuh. Tepuk dada, tanya iman.

04/01/2014

Terapi Syurga

Terapi Syurga oleh Ustazah Norhafizah Musa - adelah salah satu topik Usrati kegemaran saya.

[Terapi Syurga I] [Terapi Syurga II]

Allah subhanahu wa ta'ala lebih ingin kita masuk syurga,
lebih daripada diri kita sendiri ingin masuk syurga.

Kita sebenarnya sangat memerlukan terapi syurga.
Apabila kita meletakkan syurga sebagai matlamat tertinggi,
datanglah ribut atau taufan melanda kehidupan kita,
kita akan terus berjuang kerana kita tahu di sana nanti ade ganjaran syurga.
Kita tahu jerih payah hari ini Allah akan bayar dengan syurga.

Mama tolong jaga Opah, inshaAllah ade syurga.
Ayah merantau mencari rezeki, inshaAllah ade syurga.

Dan kalau dikira dari 28 tahun usia perkahwinan,
kebanyakan masa Mama dan Ayah adelah 'pasangan jarak jauh'.
Sepanjang hidup saya, tiada PJJ yang boleh pecahkan 'rekod' Mama dan Ayah.

Semoga daya juang Mama dan Ayah terus kuat,
kerana sesungguhnya ade syurga menanti kalian.

Sesungguhnya ade syurga menanti kalian.