26/11/2014

nota sem last #003: Perempuan diciptakan gagah!

Salah satu isi penting dalam kelas tadi adalah: perempuan ni Tuhan ciptakan sebagai makhluk yang gagah. Sebenarnya kelas tadi adalah kelas Shariah Oriented Public Policy, tapi lecturer nya memang gemar berkongsi kisah untuk dijadikan pengajaran dan peringatan buat kami semua.

Entah macam mana boleh cerita pasal perempuan dalam kelas Public Policy. Haha.

Dalam bahasa Arab, surirumah dipanggil 'rabbatul bait'. Ya. Rabb. Root wordnya 'Rabb' - iaitu sama dengan ya Rabbi atau Allahu Rabbi yang kita selalu cakap tu.

Bahasa Arab ni Tuhan jadikan cukup cantik.

Rabb ni maksudnya the one who creates, and bring up something. Dalam bahasa Melayunya kita boleh kata 'rabb' ni bukan sekadar mencipta bahkan memelihara - lebih kurang lah tu maksud dia.

Apa kaitannya dengan perempuan?

Perempuan, jika diizin Tuhan, akan menjadi seorang ibu.
Perempuan inilah yang akan membesarkan anak-anaknya.
Perempuan inilah yang akan mendidik anak-anaknya.
Tangan yang menggoncang buaian bisa menggoncang dunia.
Didik wanita, terdidik generasi.

Situ datang relevan perkataan 'rabbatul bait'.
Semua bermula dari rumah.
Daripada seorang ibu. Seorang perempuan.

Aku rasa teruja sekejap sebab aku perempuan dan generasi masa hadapan terletak atas bahu aku. It depends on me. Aku merasakan aku adalah orang penting dalam proses membentuk sebuah masyarakat, hanya kerana aku akan menjadi ibu (jika diizin Tuhan, of course!). Hanya orang gagah sahaja yang diberi tanggungjawab sebegitu besar, kan?

Dan oleh kerana Islam adalah satu sistem yang menyeluruh, kita kena ambil kira faktor untuk membentuk perempuan yang hebat. Sudah tentu daripada didikan ibubapa dan suami (jika ada) yang hebat-hebat juga. Seorang anak perlu mengutamakan ibunya tiga kali berbanding bapanya; dalam masa yang sama si ibu yang juga seorang isteri perlu taat kepada suaminya. Si suami pula seorang anak dan perlu taat kepada ibunya tiga kali ganda berbanding bapanya. Dan seterusnya hingga kiamat. 

So sebenarnya tak timbul pun isu Islam ni merendahkan perempuan as claimed by pendokong feminism. Aku secara personal merasakan aturan Tuhan itu cukup cantik - kerana setiap orang dalam sistem tu akan memberikan kesan kepada keseluruhan generasi akan datang. Ia ibarat sebuah kitaran. Jika salah satu daripadanya pincang, kemungkinan besar akan mendatangkan musibah kepada sistem.

Lepas ni bila nak buat benda tak baik kena cepat-cepat istighfar dan ingatkan diri - aku ni nak jadi ibu yang hebat, mana boleh buat gini! Hehe.

Oh ya. Jadi jangan ada yang marah jika aku belajar tinggi-tinggi kemudian aku mahu jaga anak di rumah, kerana sesungguhnya aku tidak rela anak aku dididik oleh orang seberang yang entah apa pegangan hidupnya.

Sesungguhnya aku tidak rela!

23/11/2014

siket pasal nation yang aku conquer (procrastiNATION)

Setelah dikira-kira, kalau aku tulis dua page setiap hari, kerja aku akan siap dalam masa 15 hari sahaja. Dua minggu. Tak lama pun dua minggu tu, kan?

So far, aku kena:
 - siapkan assignment Islamic Capital Market (dalam lima page gitu)
 - siapkan assignment Public Policy (20 pages article and slides)
 - siapkan article review (hypothetically 15 hari boleh siap)
 - hafal ayat dari Surah al-Baqarah 276 - 280 berserta terjemahannya
 - study untuk mid term exam Public Policy

Gah! Harapan aku, bila aku dah tulis kat sini, kerja-kerja aku boleh disiapkan dengan kadar segera.

Aku dah banyak bazirkan masa ni. Dah tiba masanya untuk aku tebus balik masa-masa yang dah aku buang.

Kalau ikutkan aku nak jugak stay Mahallah for a week. Tapi mengenangkan kewujudan seorang manusia clingy kat Mahallah tu, semangat aku untuk balik rumah terus berkobar-kobar.

Aku memang tak boleh hadap lah manusia clingy ni. Hmm.

Oh ya. Apapun, aku kena jugak paksa diri buat kerja.


17/11/2014

"Tak pandang pada harta?"

Aku berani bet engkorang mesti pernah dengar orang kata "tak pandang pada harta, yang penting hati kena baik" dalam kehidupan korang, kan?

Korang setuju dengan pernyataan tu?

Aku bawakan persoalan ni dalam konteks memilih pasangan, atau yang lebih relevan dengan diri aku sudah tentunya dalam usaha pencarian calon suami, ehem.

Kalau engkorang nak tahu, orang perempuan ni ada egonya yang tersendiri. Aku tak tahu lah perempuan lain, tapi kalau diri aku memang ada. Setiap manusia ada egonya, bukan? Jadi aku bimbang juga kalau-kalau ditakdirkan 'pencapaian' aku lebih bagus daripada si suami, aku akan besar kepala. Bajet bagus. Lalu aku akan hilang hormat pada suami.

Kita jangan terlalu yakin dengan pegangan agama yang kita ada tu sudah cukup. Memang tidak dinafikan, kita semua tahu dan faham kedudukan seorang suami dan seorang isteri dalam Islam, tetapi itu tidak menjamin yang kita bebas daripada bisikan shaitonirrajim, bukan? Justeru aku lebih suka jika pintu kepada isu-isu 'siapa lagi hebat' ni ditutup terus sedari awal lagi supaya tiada ruang untuk si shaiton mencucuk.

Jangan lupa, selain daripada agama, Islam juga menitikberatkan soal sekufu antara pasangan. Mungkin kita kena lebih realistik dalam hal ni. Pada aku, bertanya tentang harta atau pangkat bukan bermakna kita mata duitan, cuma ia perlu untuk memastikan perkahwinan 'antara dua darjat' dapat dielakkan demi kesejahteraan dunia dan akhirat.

Aku secara peribadi tidak meletakkan syarat yang tinggi dalam hal ini. Tidaklah pula aku mahu mencari yang kaya atau yang sudah berpangkat 'Dr' sahaja. Aku rasa yang penting adalah bagaimana si dia menyara kehidupannya. Dan of course - umur. Aku memang tidak mahu berkahwin dengan lelaki sebaya atau lebih muda daripada aku kerana aku sudah ada tiga orang adik lelaki, bimbang nanti aku treat dia macam adik aku pula. Bahaya tu.

On top of all, memadailah kiranya dia boleh 'ngam' dengan seluruh famili aku. Even so, I need to find someone who I can look up to. Dia mestilah bukan seorang yang boleh aku perlekehkan. Kerana aku tidak mahu menjadi isteri derhaka. Ah, bunyinya macam banyak pula permintaan aku ni kan, Tuhan?

Kesimpulannya, apa yang aku faham sekarang, di antara mata duitan dan mencari yang sekufu ni, keduanya hanya terpisah oleh satu garis halus. Pandai-pandailah menimbang-tara. Biar aku pecah kepala menimbang-tara dari segala sudut sekarang, daripada aku menangis di kemudian hari. Memanglah pada umur lewat dua puluhan ni ada orang kata terima sahaja siapa-siapa. Haha tidak semudah itu, kawan.

Ini adalah soal kehidupan dunia dan akhirat aku.
Aku tidak mahu meletakkan the rest of my life pada siapa-siapa.

05/11/2014

Seorang bapa dan anak kecilnya.

Hari ni, saya menjadi saksi kepada seorang bapa yang membawa anak kecilnya menaiki motosikal. Budak tu comel pakai helmet berwarna kuning, dan dia tidur di atas motor.

Ya, anak kecil itu tidur, di atas motor.

Tangan kiri bapanya memeluk perut anaknya erat,
manakala tangan kanannya memegang handle motor.

Hmm. Macam bahaya, tapi apakan daya, itu je si bapa mampu (mungkin?).
Tapi saya tabik la sebab dia pakaikan anaknya helmet.
Selalu nya orang Malaysia ni pandang helmet sebelah mata aje.

Itu lah namanya kasih seorang bapa.