28/02/2015

Someday...


On second thought, why should I wait till 'someday' to do those things? I shall start today!

For a start, let's explore KL by using only public transport.
Take random pictures.
& write about it in blog!
Making it as some sort of travelogue, for instance.
My own travelogue, hmm sounds cool, aite?

I already have few places in mind;
though I'm not sure whether I'll turn this plan into reality.
We'll see about that.

15/02/2015

Kambing biri-biri kacuk dengan babi?

(Gambar WhatsApp tu dah hilang. Jadi aku gantikan dengan gambar di bawah ini. Harap maklum.)


Beginilah, mungkin ada antara kita yang tertidur semasa cikgu Sains mengajar, jadi ingin sekali aku ceritakan salah satu kekuasaan Tuhan yang Maha Pencipta lagi Maha Mengatur hidup hamba-hambaNya kepada anda semua.

Tuhan ciptakan makhluk dengan pelbagai jenis dan rupa. Tuhan tidak bodoh; jauh sekali daripada membuat kesilapan. Sebagai seorang graduan Sains Ternakan, aku rasa terpanggil untuk melakukan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Berikut aku senaraikan auta yang terdapat dalam mesej Whatsapp di atas versus fakta yang aku dah belajar. Anda ada akal fikiran, mohon gunakan ia sebaiknya.

"Babi mangalitsa adalah teknologi baru ..."
BOHONG. Babi mangalitsa ni hasil kacukan babi yang berasal dari Bakony dan Szalonta (Hungary) dengan babi yang berasal dari Sumadija (Serbia) yang dilakukan pada tahun 1830.

"... kacukan babi dengan biri-biri hasilnya babi ditumbuhi bulu ..."
BOHONG. Proses kacukan di antara babi dan biri-biri tidak akan berjaya kerana bilangan kromosom pada kedua binatang tersebut adalah berbeza. Babi memerlukan gabungan 19 kromosom jantan dan 19 kromosom betina; manakala biri-biri memerlukan 27 kromosom jantan dan 27 kromosom betina.

Cuba kau bayangkan kau ada soket tapi tivi kau takde kepala plug, boleh tak tivi tu menyala? Atau sebaliknya. Boleh kau hidupkan tivi tak? Tak boleh kan? Macam tu lah kromosom jantan dan betina. Kalau satu tu 19 kromosom, satu lagi 27 kromosom; yang lebih 8 kromosom tu kau nak campak mana?

Oleh kerana bilangan kromosom babi dan kambing biri-biri berbeza, maka persenyawaan tidak mungkin akan berlaku. Bila persenyawaan gagal, maka tiada lah kacukan antara keduanya! Tuhan ciptakan makhluk Nya berpasang-pasangan, maka kromosom ini juga tertakluk pada undang-undang yang sama.

"... saintis Austria dan Hungary buat kajian dulu lagi untuk hasilkan bulu dari babi."
BOHONG. Alkisahnya, pada zaman 1830an dulu, permintaan daging babi yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi naik mendadak di kalangan masyarakat. Maka, diorang 'kahwin'kan babi yang berasal dari Hungary dengan babi yang berasal dari Serbia untuk mendapatkan baka babi yang gemuk dan penuh lemak. Itu je. Takde kaitan langsung dengan bulu. Ini la pentingnya belajar sejarah, jangan main reka membabi buta aje. In fact, bulu tu sangat kasar dan diorang tak jual pun bulu tu.

"Dagingnya boleh dieksport ke negara Islam, ... bla bla bla ... , babi ini dirahsiakan, baru-baru ini diberitahu kepada orang ramai. Sudah berkilo kita makan."
Bahagian yang last ni aku tak tau nak gelak ke nak menangis. Nak gelak pasal ini la pembohongan paling tidak berasas. Aku tahu la babi tu haram dimakan dalam Islam tapi perlu ke kita dimomokkan dengan cerita-cerita macam ni? Nak menangis pulak sebab hmm entahlah rasa macam hmm tak tau nak explain. Sedih tau tak, sedih. Pathetic. Punya lah anti kat babi sampai kita sanggup buat fitnah macam ni. 

---

Komen tambahan.

Aku memang tak faham apa motif orang yang reka cerita ni lepas tu sebarkan kat WhatsApp dan Facebook. Memang tidak dinafikan Tuhan tu berkuasa mencipta apa sahaja haiwan, namun begitu harus diingat Tuhan juga mempunyai cara kerja dan 'standard operating procedure' yang jauh lagi detail daripada apa yang manusia boleh bayangkan. Tuhan takkan buat benda-benda merapu macam ni.

Pesanan penaja, mohon jangan sebarkan benda-benda yang kau tak pasti kebenarannya. Mula-mula baca memang aku rasa kelakar, tapi on second thought aku rasa malu dan sedih sebab sepatutnya kita sebagai orang Islam lebih amanah dalam menjaga kebenaran. Ini tidak, cerita macam ni punya bangang pun orang boleh sebarkan.

Sebab tu Tuhan wajibkan setiap dari kita baik lelaki mahupun perempuan menuntut ilmu. Tuntut ilmu pun bukan sebarangan, kena cari orang yang pakar dalam bidang yang kita nak belajar tu. Bukan aku yang cakap tapi Nabi SAW yang cakap, harap maklum.

Sekian sahaja pesanan khidmat masyarakat untuk kali ini. 

11/02/2015

Marriage?

Aku baru lepas baca blog notsoinred. Real life drama. Shit happens. Semoga si penulis tabah. Cerita-cerita macam ni la yang mengingatkan aku yang hidup tak selalunya indah. Masing-masing dengan bahagian masing-masing. Itu semua Tuhan punya kerja and He knows what is best for each of us.
 
Dan aku selalu rasa kahwin ni satu benda yang pelik. Aku perlu hidup dengan seorang lelaki yang dibesarkan dengan cara yang berbeza dan ideologi yang mungkin sama mungkin tidak; for the rest of my life. Persoalan yang selalu bermain dalam kepala aku: boleh ke aku hidup dengan orang lain dan terima keluarga dia semacam keluarga sendiri?

Aku pernah bincang benda ni dengan ustazah dulu, dan aku kata kepala otak aku macam susah nak terima benda ni. Ustazah senyum sambil kata, mohon pada Tuhan supaya dikurniakan jodoh yang baik.

Kawan aku pula cakap aku belum betul-betul jatuh cinta lagi sebab tu aku macam susah nak terima the idea of 'living with a guy for the rest of your life' aka marriage. Maybe I should change my perspective on marriage?

Entah. Mungkin memang aku mentally not ready for marriage. Ustazah dalam radio kata jangan risau sangat, boleh risau tapi jangan over. Redah je kehidupan ni dan bertawakal kepada Tuhan.

Hmm. Entah mende yang aku merepek ni. Oh and pasal cinta pulak (duh!). How would I know it is love rather than an attachment? Complicated, isn't it? That's why aku menolak untuk bercinta pada waktu sekarang (lol) sebab aku rasa through times it would somehow evolve to a mere attachment instead of true love. Yelah, bercinta bagai nak rak pun belum tentu berjodoh, kan?

Itu pada pendapat aku la. Kah kah kah jadah ape true love pulak tetiba ni?
Pfft pergi tidur please cik syuhadaa.

But still, I do have a dream of being ketua bidadari one day.
Dah alang-alang jadi bini, biar lah jadi yang terbaik terus, tak gitu?
Tapi itu if and only if I get married, la kan.

In the meantime, aku akan terus usaha menjadi anak soleh. Takde apa yang lebih berharga dalam hidup aku sekarang melainkan parents dan adik-adik aku. I just have to work on what I have today rather than thinking about things yang entah kan ada entah kan tidak.

Always be happy dengan apa yang kita ada, only then people around us pun ikut sama happy.

Signing off, toodles.

01/02/2015

Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang

Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang
My rating: 3 of 5 stars

Isinya kritis, tetapi tidak akan membawa apa-apa kesan sekiranya hanya sekadar baca. Ini bukan buku hiburan. Amatlah rugi kiranya setelah pembacaan dihabiskan si pembaca tidak berbuat apa-apa untuk memperbaiki diri. Sungguh, amat rugi!

Antara isi penting:

"Graduan yang paling bermanfaat ialah yang kembali ke masyarakat untuk menyelesaikan 1001 masalah negara."

"Belajar jangan melulu untuk membuktikan sesuatu; namun belajar adalah perayaan dan penghargaan kepada diri sendiri."

Dan saya paling setuju apabila penulis mengatakan, "bebas dalam seni bukan bermakna kita berlepas diri dengan Tuhan." Renung-renungkan dan selamat beramal.

View all my reviews