27/03/2015

27 Mac yang ke-27

Today is 27th March and I am officially twenty sevennn years olddd.

I used to say "semoga Mama dan Ayah dapat menantu yang baik" when it comes to birthdays just for the joke's sake; but this year Ayah himself make a du'aa "semoga dipermudahkan jodoh" andddd I feel awkward and weird afterwards and I don't know what to say how to respond because I'm just not ready, heh.

Okay, let's move to more important part. The self-motivation time. :P

Happy birthday dear self.

Love yourself, appreciate your family, and get your research done!

Be positive, be happy, and be strong.

I want to be good. I want to be better. I just wanna do the best in everything I did.

So, yeah. Take care. Till next year. :)

24/03/2015

teori vs realiti

Bila aku belajar dalam kelas, aku perasan diri aku akan jadi penyokong kerajaan kerana aku merasakan polisi kerajaan adalah tepat dan merupakan langkah terbaik dalam membangunkan ekonomi negara.

Tapi, bila aku keluar kelas, aku keluar dari pintu universiti, aku tengok ada orang hidup susah.

Macam mana aku nak yakinkan rakyat biasa (termasuk diri aku sendiri) bahawa polisi kerajaan ni bagus sedangkan kita semua rakyat marhaen yang hidup cukup-cukup makan dan sering pening kepala memikirkan kos sara hidup yang tinggi?

Terus aku jadi ragu-ragu. Dan aku rasa diri aku kerdil. Sebab aku tak boleh nak buat apa-apa untuk tolong orang susah. Sedangkan dalam masa yang sama aku tahu ada orang yang mengaut keuntungan berbilion-bilion.

Apa yang aku boleh buat sebenarnya?

20/03/2015

tentang soalan cepu(ce)mas

Aku nak cerita pasal benda paling kelakar aku dengar pada hari ini.
Ada orang cakap mak aku kahwin awal, tapi kenapa aku kahwin lambat.

Kahkahkah.

Sejak bila jodoh boleh diwarisi ni?
Setahu aku penyakit darah tinggi dan kencing manis je yang confirm akan diperturunkan dari generasi ke generasi.

Ada pula yang cerita pasal kawannya,
belajar tinggi-tinggi tapi sampai sekarang tak kahwin-kahwin.

Kahkahkah.

Okefine. Cukup tu gelak. Mari berbincang secara serius.
Tidak dapat tidak, masyarakat kita memandang status perkahwinan sebagai satu 'pencapaian dalam hidup'.

Kalau kau belajar tinggi-tinggi, tapi kau tak kahwin,
kau akan dipandang sebagai gagalis.

Sebagai seorang makcik (yang kononnya lebih banyak 'makan garam' lol),
dia patut sedia maklum dalam hidup ni bukan semua benda kita boleh genggam.
Ada yang kita dapat, ada yang kita belum dapat. Atau takkan dapat.

Tapi kalau kau dapat genggam semua, tahniah aku ucapkan.
Panjatkan kesyukuran kepada Tuhan, dan doakan mereka yang masih berusaha.
Usah persoalkan mengapa begitu, begini.
Seolah-olah orang-orang yang kahwin lambat ni memerlukan simpati pulak.

Biasalah telinga berdesing bila orang bercakap itu dan ini memang kau takkan dapat elak.
Kau senyum dan keluarkan semuanya ikut telinga kiri.
Tak berbaloi untuk rasa diri kau teruk semata-mata kerana seorang dua yang bercakap ikut sedap sahaja.

Baru aku faham kenapa sesetengah perempuan sensitif bila ditanya umur berapa.
Sebab jawapan umur berapa tu akan membawa ke beberapa persoalan berat yang kau sendiri tak tahu apa jawapannya.

Dan yang buat aku kecewa sebenarnya adalah:
sekuat mana aku mengatakan 'aku tidak peduli apa orang kata',
jauh di sudut hati, aku tahu sebenarnya aku ambil peduli.

Manusia biasa, adatlah berperasaan macam ni, kan?
Dah lama-lama nanti sudah pasti aku akan okay dan tidak peduli semua ini, haha.
Mari teruskan kehidupan, yeah!

12/03/2015

Detektif Conan


Nak tunggu Tora Aman ni keluarkan volume baru komik Detektif Conan ni entah zaman bila baru keluar. Bila aku check kat website homeunix, yang volume 79 (paling latest) kat Malaysia ni sebenarnya dah diterbitkan kat Jepun sejak tahun 2013 lagi.

Berzaman, kan? Sekarang dah 2015 dah.

Mungkin aku patut give up je kumpul komik Detektif Conan dan beralih baca online pulak. Hmm tapi baca kat skrin komputer jauh berbeza dengan pegang komik kat tangan.

Hmm member yang sebaya dengan aku mungkin tengah pening nak masak apa untuk famili, atau tengah jaga anak, atau tengah mengalami sindrom mual-mual, atau tengah stress pasal kerja.

Aku pulak tengah dilema nak baca Detektif Conan online je ke atau nak tunggu sampai penerbit keluarkan volume baru.

Tak dewasa sungguh.

Ah, pedulikan. Tuhan tuliskan kisah kita berbeza-beza. Sementara masih bujang, kita enjoy!

11/03/2015

Bercakap Dengan Jun

Bercakap Dengan Jun
My rating: 4 of 5 stars

Junaidi bin Banin.

Memang aku tak akan lupa nama tu. Hmm. Macam mana aku nak mulakan, ya?

Perasaan aku bercampur-baur sebenarnya. Aku cukup terhibur dengan celoteh Jun. Sesekali aku tersenyum sendiri membaca celoteh si Jun ni. Rasa nak hempuk je sebab kelakar sangat. Tapi dalam kelakarnya tu, ada betulnya. So tak jadi nak hempuk.

Setelah puas rasa terhibur dan tersenyum sendiri, Jun mula berubah rentak. Entah macam mana tiba-tiba air mata aku bergenang dan aku berusaha bersungguh-sungguh menahan sendu kerana aku di dalam tren - tak macho lah kalau menangis di dalam tren.

Towards the end, aku mula mengagak apa yang akan terjadi. Aku sangkakan Naurah sebenarnya Mas, yakni ibu kandung si Ranum (kerana Jun mengatakan dia seakan pernah melihat wajah Naurah di saat Jun melihat Naurah tanpa purdah). Sangkaan aku meleset sama sekali. Aku terlupa yang naskhah ini tergolong dalam kelompok alternatif (indie), mana mungkin jalan ceritanya begitu mudah ditelah.

Daripada ketawa gembira, Jun membuatkan aku sebak, dan pada akhirnya Jun membuat emosi aku bertukar menjadi bengang pula. Junaidi bin Banin ni sebenarnya waras ke tidak? Siapa Ranum tu sebenarnya? Sudahlah emosi dicarik-carik, banyak pula persoalan yang aku tak jumpa jawapannya. Penat aku fikir ni.

Pendek kata, jikalau kau mahukan hiburan berbentuk pergolakan emosi, silalah bercakap dengan Jun.

Pesanan ringkas untuk pihak penerbit, dalam naskhah ni ada banyak typo. Harap cetakan seterusnya diperbaiki lagi. Oh ya, tolong jangan guna perkataan 'IANYA' kerana ia tidak pernah wujud dalam kosa kata bahasa Melayu.

View all my reviews