27/04/2015

Jah & Tam

Kali ni aku nak bercerita sahaja.

Jah dan Paktam ni sebenarnya coursemate aku. Berkenalan sewaktu sama-sama belajar kat UPM dulu, dan akhirnya dengan izin Allah terikat sudah dengan ikatan pernikahan. :) Masa Jah bagitahu dia nak menikah dah, ya robbi aku punya lah seronok, sebab aku memang dah lama tunggu diorang kahwin.

Yes, tangan guwe masih lagi berseni.

Majlisnya di Club House Bangi Golf Resort. Aku pergi dengan Kak Zu. Dari UIA aku ke KL Sentral dengan LRT, kemudian menuju ke Serdang dengan menaiki KTM Komuter. Kak Zu ambil aku di KTM Serdang kemudian kami terus menuju ke destinasi. Turut hadir Izdiha, Azmi, Norbet, Niza dan Akram, Farid dan Mai, Ema dan Emi. Dan aku juga sempat berjumpa dengan roommate aku dulu, Darma dan Dekna!

Darma masih lagi cantik tinggi lampai semacam dulu. Sudah la tinggi pakai heels pulak, hish susah iols nak cium pipi lulz. Dekna pula walaupun sudah diserikan dengan seorang puteri tapi masih lagi kecik molek comel macam dulu. Sama seperti aku, Darma dan Dekna juga masih dalam proses menyiapkan disertasi (ke thesis ?) masing-masing. Cayalah budak bilik 222. Bak kata Jah, jempol.

Selain daripada tu dapat jugak aku berjumpa dengan 'anak saudara', yakni anak-anak kepada kawan-kawan yang sudah berumahtangga. Si Amal, si Insyirah, dan anak Dekna ape tah namanya Khairunnisak tak silap. Semoga anak-anak ini membesar menjadi penyejuk mata ayah bonda (apahal ayat skema haha) Bila masing-masing datang bawak anak ni aku sebenarnya rasa awkward moment jugak. Aku ni bukan seperti perempuan lain yang mesra budak. Nak pegang budak pun aku tak berani.

Dan aku rasa macam ade satu perasaan pelik. Member yang aku belajar sama-sama waktu dulu, sekarang ni dah ada anak sendiri. Anak okey, bukan basikal atau kereta atau apa-apa benda. Anak. Iaitu satu manusia lain yang keluar dari perut kau sendiri. Sangat amazing. (Tapi dalam masa yang sama ia menakutkan jugak wehs anak kott kau kena didik dia jadi manusia berguna oh sangat besar tanggungjawab!)

Apa pun, Jah dan Paktam memang pengantin paling sempoi. Kata Norbet, Paktam ni ibaratnya hendak ke solat Jumaat je gayanya. Tak kesahlah, yang penting kami dapat makan dan diorang dah selamat bernikah. Semoga perkahwinan Jah dan Paktam sentiasa dilimpahkan dengan kasih sayang dan keberkatan dari Allah. :)

21/04/2015

Hati perempuan dan lain-lain

Hai semua.
Hari ni aku nak membebel siket.
Nak beri komen pasal isu-isu terhangat di Malaysia ketika ini.

Satu. Aku tak suka dengan cerita Hati Perempuan sebab: i) jalan cerita yang sangat, sangat klise; ii) make-up pelakon-pelakon dalam cerita tu bukan main putih melepak, entah kenapa itu membuat aku terasa offended, hmm; iii) sangat tidak real; iv) colour-blocking yang melampau; dan v) aku memang tak suka drama Melayu pun.

Dua. Politik Malaysia ni nak jadi apa? Mahathir nak bagi laluan kat anak dia ke apa? Najib dan Rosmah pula bagaimana? Para MP sekalian pula telah meluluskan usul kenaikan elaun. Baik yang pembangkang, mahupun yang kerajaan, semua sama aje. Si marhaen juga lah yang terkontang-kanting membanting tulang setiap pagi dan petang. Apa dia? Elaun naik sebab diorang nak bela rakyat? Keadilan? Rakyat didahulukan? Kahkahkah engkorang ni mimpi agaknya. Entah siapa yang 'bela' siapa.

Tiga. Pasal salib. Hmm hari ni aku terbaca pendapat seorang rakan aku bahawasanya gereja tersebut tiada permit, maka logiklah penduduk taman tersebut berdemo di hadapan gereja tersebut. Di media sosial pula kecoh yang sebenarnya golongan Melayu 'bimbang' dengan tanda salib tu (?). Aku pun malas nak ambil pusing sangat, cuma baca gitu-gitu aja. Entah mana yang betul, mana yang salah. Aku hanya mampu duduk di sini sambil tersenyum dan berlalu pergi.

Semua orang memang cara fikirnya berbeza, bukan? Di facebook, twitter, dan blog (hehe aku la tu); semuanya nak menyatakan pendapat masing-masing. Seolah-olah kita lah yang paling bijak dan terkehadapan sekali. Oh ya bercakap pasal pendapat, aku nak tambah yang keempat seperti di bawah:

Empat. Cuba kau bayangkan setelah bertahun-tahun kau menulis blog membebel ikut suka tanpa ada siapa kesah pun kewujudan blog kau tu, dek kerana kau menyatakan pendapat tentang 'betapa f-ed up nya modern-malay wedding', tiba-tiba blog kau dapat hits yang mencanak-canak. Bertalu-talu komen anon masuk, ada yang sokong, yang menyumpah pula berbakul-bakul. Apa yang aku dapat simpulkan adalah, masyarakat kita nampaknya memang sudah memeluk budaya baru seperti hashtag #perempuanwedslelaki, photobooth, guestbook, doorgift, pre-, post- wedding photoshoot dan sebagainya.

Tambah lagi satu supaya jadi lima.

Lima. Berkenaan agama, bangsa, kekayaan, dan agenda tersembunyi. Aku secara peribadi sangat sedih melihatkan ada di antara kita yang masih percaya kaum tertentu atau agama tertentu mempunyai agenda tersembunyi. Sebenarnya, yang menghimpit hidup kita bukan agama, bukan kaum. Kita sebenarnya terhimpit kerana kita perlu memberi makan kepada raksasa yang rupanya sama seperti kita, namun pangkatnya jauh lebih besar dari kita. Golongan elit versus marhaen.

The ugly truth.

Kau tahu apa aku jumpa di KL Sentral tadi? Seorang budak lelaki yang mahu pulang ke kampung setelah gajinya tidak dibayar. Hendak dibuat report, si budak bimbang akan kesejahteraan rakan-rakannya pula. Nah, lihatlah, siapa yang terhimpit? Adakah sebab dia Melayu? Atau sebab dia Islam? Adakah sebab dia malas? Kalau dia malas, takkan lah dia sanggup tinggalkan ibu di kampung?

Semuanya bukan. Sebab dia golongan marhaen. Tidak mampu berbuat apa-apa untuk menegakkan keadilan. Sedangkan para MP pula menerima kenaikan elaun. Kelakar betul.

Sekian dahulu, perempuan emo mahu meminta diri.

17/04/2015

Kita rileksss

(27:19), (46:15) - Dalam kedua-dua ayat ni ada disertakan doa untuk menjadi orang yang bersyukur.

---

Ada masa-masa aku semacam hilang akal bila tak dapat apa yang aku hajati dan
bertindak seolah-olah macam aku tahu apa yang terbaik untuk aku.

Aku 'terlupa' yang dekat atas sana tu ada Allah yang Maha Tahu.
Dia yang Maha Mengaturkan segala-galanya.

Aku 'terlupa' yang adakalanya benda yang aku suka tu adalah mungkin tidak bagus,
padahal apa yang Allah dah bagi itu lah sebenarnya yang terbaik untuk aku.

Tapi once aku dah nampak apa sebab begitu dan begini,
aku berasa senang untuk let go benda yang aku idam-idamkan tu.

Syukur aku dapat nikmat kefahaman.
Sekarang aku nak rileks dan tenangkan fikiran dan selesaikan research.

Ni dah separuh April, siket lagi Mei, dan kemudian bulan Jun.
Ayuh cepatannn

11/04/2015

kembara

Salah satu sebab kenapa aku suka beli tiket tren online,
aku boleh pilih seat mana aku nak duduk.
Biasanya aku ambil koc F.
Jika menghala ke selatan, koc F adalah yang terkebelakang sekali,
jika bergerak ke arah utara pula ia adalah koc yang paling hadapan.

Apa yang aku perasan, jika aku pilih seat berlabel A atau B,
aku boleh tengok bukit bukau, ladang itik,
dan apabila masuk ke dalam kawasan Selangor aku akan nampak bangunan-bangunan pencakar langit dan manusia-manusia yang bertabah menunggu Komuter.

Manakala jika aku duduk di sebelah seat berlabel C atau D,
aku akan lihat rumah-rumah kampung, pekan-pekan kecil kemudian hutan banat dan sedikit pembangunan apabila masuk kawasan Selangor. Dan juga lebuh raya seperti dalam gambar.

ETS KLS - IPH 090415

Oleh sebab sudah kerap kali aku duduk di seat A, pada hari Khamis lepas aku memilih untuk duduk di seat D. Sambil bertemankan Animal Farm tulisan George Orwell.

Adakalanya aku membaca dan tidur namun kebanyakan masa aku habiskan dengan memerhati kehijauan di luar tingkap.

Contemplating life, kononnya.

ETS IPH - KLS 310315
The Mall: Office ayah dulu-dulu

Apabila tiba di Tapah Road, aku tahu destinasi aku hampir tiba. Pada waktu itu mula timbul rasa seakan-akan tidak puas dua jam setengah termenung.

Sebenarnya aku memang suka waktu-waktu dalam perjalanan. Tidak kiralah dalam kereta atau pun tren, bila dah nak sampai ke destinasi pasti aku akan rasa macam tak puas lagi duduk dalam kereta/tren.

Tapi tu lah kan.
Takkan nak duduk je dalam kereta/tren je.
Nanti kena halau pulak ahaha.

05/04/2015

Apabila tiket habis,


The route:
UIA - LRT Gombak - KL Sentral - MPH NU Sentral - KTM Komuter Padang Jawa - Highway PLUS - Tronoh.

The books:

The people:
The OKU guy who rides in RapidKL,
the girl who didn't write her name on the book voucher,
the girl who asked how to go to Masjid Jamek,
the guy who asked about shuttle bus to Genting,
Izzati, a random girl whom I met in the KTM Komuter,
and the aunty who sleeps in the surau.

So I started the day by taking RapidKL bus, then LRT, and last but not least KTM Komuter. I chose to bring Animal Farm with me so that I can at least read something while waiting for bus/train. And I survived the public transportation, hurray! In fact, I managed to show how to go to Masjid Jamek Station to one girl and how to take the shuttle bus to Genting to another guy. That is why I love taking public transport, I can help strangers who lost on their way. It might be a small deed but I am very happy to help. It brings satisfaction to myself actually. Good job, self <3

As soon as I knew there's no seat available on ETS, I head to MPH NU Sentral instead. The moment I stepped in MPH, I can't stop smiling and I remembered one line that I read online: buy me books and I'll smile from ear to ear. I am glad I have BB1M worth RM100 and MPH voucher worth RM15 and MPH member card, so I have to spend only RM36.80 for six books, yeay! I'm currently reading three books, yet I bought myself another three books, heh. I also found out that 'A World Without Islam' is in the MPH's Best-sellers list, I have the book since 2013 but couldn't finish it till today, haha teruk betul.

Done with the books, I head to Padang Jawa Station. From there, I met my brother and we went home. During our way home, on PLUS highway (after Slim River if I remember correctly) we saw an accident right in front of our eyes. A car from opposite direction suddenly goes out of control and moves towards us. That moment I was like, what am I gonna do if the car hit us? But the car then hit divider instead and turns around and another car slammed onto it right after that. Making it worse, a lorry from behind failed to hit the brake and -- boom. I did not see that part, though. My brother did. Tak sanggup nak tengok so I just keep my head straight.

Phew. Reach home in one piece at 9 pm. 

03/04/2015

HUJAN

Seingat aku, aku dulu kutuk HUJAN ni habis-habisan.
Tapi entah kenapa bila aku korek video HUJAN yang lama-lama,
ah best pulak.

Serius best.
At least untuk aku lah.
Aku terhibur.

Aku ni jenis tak dengar lagu sangat,
tapi bila dah suka lagu tu boleh tahan banyak kali jugak aku replay.

---


Aku Yang Asing - HUJAN

Wangi kau lalu
Wangi bagaikan oh bunga

Kau tak kenali
Aku yang selalu perhatikanmu

Berseri bagaikan bintang
Ku tak mahu
Kau kan hilang di waktu siang

Biar pun aku yang asing
Selalu memikirkanmu
Ku percaya cinta
Itu memang buta

Harap kau sudi mendengar
Deruan hujan jiwaku
Melalui lagu ini
Oh untukmu

---