22/05/2015

about love.

I wonder, if I die today, would my family know that I love them?
Would my friends know that I love them?
If yes, what made them think that way?
Have I show enough love?

---

We have this cat named Saddy.
So one day my brother asked, does he (the cat) know that we all love him?
I answered, of course he knows.

---

Semoga kita berkumpul di syurga sana.
(Tuhan, dengan Saddy dan Beckham dan Ibie jugak, tau? Dan Quteh. Dan Kabu)

Hehe.

18/05/2015

Menghadapi berita kematian

I already told this thing twice in my tumblr: I didn't know how or what to say when close friends lost their beloved ones.

I mean like, we can't simply say: jangan sedih, ingat Allah, blablabla.

Because as human, we would feel sedih, kehilangan, menyesal, and all that.

I may not know exactly how it feels, but when I put myself in their shoes, I myself do not know whether I'll be that strong if I had to face such situation. God knows the best and He knows when is the right time for us to 'let go' the one we love.

So I guess I'll be strong by that time.

But that doesn't mean I won't cry. Aku memang sejenis manusia berhati tisu dan kilang air mata aku dijadikan sangat sensitif. Tengok orang hidup susah pun aku boleh menangis, lagikan orang meninggal.

Bear in mind, hidup ini cuma persinggahan, semoga kita semua dikumpulkan di syurga bersama orang-orang yang kita sayang. Secara logiknya, bila fikir macam tu kita tak sepatutnya sedih sangat, tapi entah kenapa bila aku bayang je mesti aku nak sedih jugak. Itu baru bayangkan aje, belum betul-betul.

So when a few friends lost their father (so far only one friend of mine yang lost her mother), I actually didn't know what to say. So I didn't call didn't text or anything. I just say innalillah, that's all.

I personally think 'jangan sedih' or 'jangan nangis' is not the right thing to say. Gila apa tak sedih? Nangis tu mungkin la untuk orang kental dia mungkin boleh tahan, kalau aku memang tak la. And by menangis I'm actually referring to menangis yang ala kadar je tu, bukan la nak menangis meratap, itu dah sah-sah tak boleh.

Maka, malam tadi, while having this thought in mind, I've decided if one day any of my beloved ones have to go (before I go), I think I'll choose to stay at home and tak hantar ke kubur.

Risau juga nanti ada adegan menangis di kuburan pulak.

---

Semoga Allah cucuri limpahan rahmatNya kepada Atuk Din (07/07/2004), Mak Uda (2008), Atuk Sarip (17/07/2010), dan Adik Kaseh yang comel (18/05/2015).

11/05/2015

Sedikit pasal cinta islamik dan hantu.

Aku ada tumblr account, banyaklah juga tumblr account lain yang aku follow. Tapi sejak akhir-akhir ni, aku tengok tumblog yang bajet Islamik ni tak habis-habis cerita pasal cinta, pasal imam (hello lelaki yang baik solat berjemaah kat masjid so bilanya dia nak jadi imam kau tu?), pasal rusuk kiri kanan, pasal cinta halal, bercinta lepas nikah. Bosannyewww.

Boleh tak cerita pasal benda mencabar minda siket? Atau pasal sains? Atau pasal benda yang kau belajar pada hari itu? Atau pasal agama juga tapi bukan bercinta-lepas-nikah?

Tamat isu pertama. Kita masuk isu kedua.

Itu hari aku ada baca Mamat Khalid punya blog. Dia kan banyak buat cerita seram, jadi ada segelintir ibubapa menyalahkan cerita-cerita seram ni lah yang buat anak-anak diorang jadi penakut (sedangkan sebagai ibubapa diorang ada kuasa untuk menghalang anak-anak kecil diorang daripada menonton filem seram at the first place, so kenapa nak salahkan orang?).

Dan aku tertarik dengan apa yang Mamat Khalid cakap, dia sedar peranan dia sebagai pembikin filem. Atas dasar itu, dia tidak pernah memulakan/mengakhirkan filem-filem dia dengan ayat-ayat Allah. Aku sendiri secara personal kalau Mamat Khalid bikin filem mesti aku nak tengok. Aku suka cara dia letak mesej tersirat dalam filem-filem dia walaupun zahirnya nampak macam entah apa-apa.

Korang boleh baca reaksi Mamat Khalid bila ramai yang kritik tentang lambakan cerita seram di Malaysia kat sini.

“Nama Tuhan aku terlalu besar untuk aku peragakan di dalam sesebuah filem aku!”

08/05/2015

panic attack

Bayangkan kau sedang membawa kereta.
Kau sedang berhenti, kerana lampu isyarat sedang merah.
Kau pandang kiri kanan.
Kau tengok cermin belakang.
Kau tengok cermin sisi.
Kau tengok lampu isyarat, masih juga merah.
Jari mula menari-nari di stering.
Masih lagi merah.

Ulang semula dari baris ketiga.
Ah, lampu isyarat masih merah.

Berapa lama kau harus bersabar dengan lampu isyarat ni?

Duhai madam, cepat lah reply emel saya.
Saya dah letih bermain klac dan minyak.
Bila saya boleh memecut laju ke hadapan?

03/05/2015

Pertandingan Seni Suara Merbuk ASEAN 2015

Aku percaya setiap dari kita ada hobi atau minat terhadap satu benda.
Dan dek kerana minat yang mendalam tu,
adakalanya kita sanggup berhabis duit semata-mata untuk memenuhi kehendak minat kita tu.


Baru-baru ni aku berpeluang untuk 'meneroka' satu lagi hobi yang menelan bukan sahaja ratusan,
malah ribuan ringgit.
Kak Zu bawa aku ke Pertandingan Seni Suara Merbuk ASEAN 2015
yang bertempat di Taman Cempaka, Bandar Baru Bangi.

Kitorang sampai sudah agak lewat, pertandingan sudah pun selesai.
Majlis penyampaian hadiah sedang berlangsung,
hanya Kak Zu sahaja yang ke pentas untuk mengambil gambar.
Gambar-gambar itu untuk ayahnya di kampung yang sememangnya peminat burung.

Kawasan pertandingan. Banyak giless tau takk

Aku pula memilih untuk duduk dengan seorang makcik ni (aku lupa namanya),
betul-betul berhadapan dengan padang yang menempatkan sangkar-sangkar burung yang bertanding.
Suaminya merupakan peminat burung sejak dari usia muda.
Katanya, serata Malaysia sudah dijelajah semata-mata untuk menyertai pertandingan suara burung.

Aku tidak lah arif hal-hal burung ni, in fact, satu benda pun aku tak tahu.
Makcik dan suaminya lah yang banyak bercerita tentang pertandingan burung ni.
Mereka datang dari Johor, dengan tiga sangkar burung diletak di bahagian belakang kereta.
Sangkar burung tu ditempah khas. Hiasannya diperbuat daripada gading gajah.
Bayangkan, sangkar burung sahaja boleh mencecah harga RM6000.
Kalau burung yang baka baik, harganya boleh mencecah RM100000.
Menangis aku mendengarnya. Tapi dalam hati je lah.

Salah satu burung yang bertanding.

Bagi orang yang macam aku yang memang tak minat burung-burung ni,
memang aku tertanya-tanya kenapa sanggup habis beribu ringgit demi seekor burung?
Tapi tu la kan, kalau dah minat, memang apa pun sanggup.
Kita yang tak minat ni memang takkan faham.

Makcik dan pakcik tu pula aku tengok macam sweet pun ada.
Aku memang tabik la kat makcik tu sebab dia sokong hobi suami dia.
Kalau aku lah, mau aku membebel.
Enam ribu nak habiskan untuk sangkar je?(!)
Banyak lagi benda lain boleh dibeli dengan enam ribu tu (!)

Memandangkan aku pun hanya singgah sebentar sahaja,
maka eloklah aku bermulut manis dan dengar sahaja cerita mereka.
Lain orang, lain minatnya.
Cuma kenalah pandai-pandai mengukur baju di badan sendiri.
Kalau berduit, apa pun boleh.
Tapi kalau tak berduit, sila sedar diri.
Jangan hanya kerana hobi, tanggungjawab terabai.

02/05/2015

After two years,

It seems, even after two years, I still hold on the same perspective.
This is what I found while googling my own name just now.


I always wonder how someone makes decision that he/she is the one.
But I guess there is no definite answer for that.