26/06/2015

Jiran, oh jiran!

Orang kedai belakang rumah ni buang kulit udang atas jalan, betul-betul berdepan dengan muka pintu dapur rumah kitorang.

Bila tengok sampah bersepah memang darah aku cepat aje menyirap. Maka, pagi tadi aku tarik tong sampah kedai tu betul-betul depan pintu dia.

Aku kabor kat mak, "Itu pun mujur Alogg tak sapu kulit udang ke depan muka pintu dia!"

Mak aku dengan tenang jawab, "Jangan macam tu, sapu aje kulit udang tu lepas tu buang dalam plastik."

Aku jawab lagi sebab tak puas hati kan, "Kalau macam tu diorang juga yang untung sebab kita bersihkan sampah diorang."

Mak aku kemudiannya menjawab, "Kita dapat pahala."

Hmm. Oke. Tak boleh nak kata apa dah.

Nampaknya memang Tuhan jadikan emak itu tenang sifatnya bila berdepan isu begini.

Beruntunglah engkau, wahai jiran!

24/06/2015

Nota Romadhon

Bila tengok orang tua buat solat sunat, makcik yang solat pakai bangku, mak-mak yang tak senang duduk nak solat terawih sebab anak lari sana lari sini, mak-mak yang kena berhenti sekejap sebab nak susukan anak, dan mak-mak yang dukung anak semasa solat;

aku tersedar yang aku sebenarnya tiada alasan untuk tidak pulun ibadah dalam bulan Ramadhan ini.

17/06/2015

Kekuatan


Sebenarnya hal-hal pengajian masih belum selesai.
Tapi aku sudah mula mengemas barang untuk pulang demi kebaikan (back for good :P).
Orang kata kalau ambil sarjana ni kalau tak menangis tak sah.
Sebenarnya tidak lah susah mana pun, tapi entah apa la yang susah.
Ini semua salah diri sendiri yang asyik bertangguh. Padan muka.

Bila diri lemah kita kena cari semula kekuatan,
Memang, adakalanya kita rasa kita lemah sangat.
Semua benda seolah-olah terlepas daripada genggaman.
Di kala itu kita perlu mencari semula kekuatan.
(Biasalah manusia bila susah baru ingat Tuhan)

Apabila kita percaya akan ada bantuan dari Tuhan yang datang dari pelbagai bentuk,
kita sudah tidak risau lagi.
Kita akan redah aje.
Apa nak jadi pun jadilah.

Dan yang penting sekarang,
tahun ni aku masih berpeluang berpuasa bersama keluarga di rumah, yeay!
Alangkah ruginya jika nikmat kelapangan masa ini disia-siakan, wahai Syuhadaa!

10/06/2015

Ayam disuntik enzim babi?

Ada dapat tak mesej WhatsApp yang mengatakan:
- ayam kat Malaysia membesar dengan cepat sebab disuntik enzim babi
- ayam KFC cuma 28-33 hari untuk membesar
- pengusaha ayam cina makin 'gemuk' disebabkan makan untung jual ayam yang cepat membesar ni
- AYAM DIPERDENGARKAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN (OMG SERIOUSLY)
- ayam diberi makan habbatus sauda

---

Pertama sekali saya mengucapkan tahniah atas usaha pengusaha ayam organik ni, dia berasa ragu dengan kehalalan ayam kat Malaysia lalu memulakan ternakan ayamnya sendiri. Bagus. Tahniah. Rasanya semua orang pun tahu memang kebanyakan (hampir semua) ladang ternakan ayam diusahakan oleh bangsa cina. Itu fakta.

Tapi untuk menyalahkan cina, kononnya dia punya agenda la ni buat enzim babi, saya rasa itu mengarut. Untuk pengetahuan semua, walaupun Malaysia majoriti penduduknya Islam dan lebih kurang 60% adalah melayu, bukan sahaja industri ternakan ayam, malah industri makanan ayam pun diterajui oleh bangsa cina. Dan bagi yang belum tahu, perniagaan makanan halal (untuk umat Islam) juga diterajui oleh bangsa cina. Itu fakta. 

Industri ternakan babi dan ayam adalah yang paling terkehadapan berbanding ternakan ruminan dan ruminan kecil. Sebab apa? Sebab orang cina yang bangunkan. Cukup-cukup la menyalahkan cina. In fact kalau peniaga Muslim buat produk halal pun akan ada salah satu supplier dia dari cina. Jadi, apa salah bangsa cina?

Saya ingin membuat beberapa pembetulan.

Ayam cepat membesar bukan sebab disuntik enzim. Ayam cepat membesar sebab sistem pencahayaan yang sengaja dibuat seolah-olah macam hari sentiasa siang. Jadi ayam tu memang kerjanya makan aje. Tambahan pulak makanan ayam tu dah cukup kandungan nutrisinya, bila dah kerjanya makan aje, sudah tentulah badannya cepat membesar. DAN dari segi genetiknya memang dah dipilih baka ayam yang akan menghasilkan daging yang banyak.

Pergi la ke mana-mana sistem pengeluaran, kesemua sistem pengeluaran ni akan ada satu matlamat iaitu: memaksimakan penghasilan produk dengan menggunakan segala sumber yang ada. Baik ayam, kereta, mahupun ikan; kalau dah namanya 'pengeluaran secara besar-besaran' (mass-production), memang seboleh-bolehnya nak hasilkan kuantiti yang banyak dalam masa yang cepat. Cuma yang saya musykil, so far takde lagi rasanya ayam yang makan masa 28-33 hari? Paling kurang kena tunggu enam minggu.

Projek ayam tahun 2009. Ini ayam pada umur enam minggu.

Dan untuk menyalahkan ayam seratus peratus yang menyebabkan doa tak makbul (kononnya sebab ayam syubhah), menyebabkan penyakit kanser, dan lain-lain; adalah satu lagi dakwaan yang saya kira sengaja dibuat kerana ingin menuding jari kepada satu pihak sahaja.

Okay, cara ayam diternak mungkin la turut menyumbang, tapi nak kata seratus peratus tu memang tak la. Kalau dah hari-hari ayam goreng, ayam masak lemak, ayam itu, ayam ini; lepas tu tanpa ada senaman, dah tentu mendatangkan penyakit. Lagipun bukannya kita pagi, petang, siang, malam makan ayam. Banyak lagi makanan lain yang masuk ke dalam perut kita, tapi ayam juga yang salah? Mudahnya menuding jari.

Saya tak kisah anda nak jual ayam organik, ayam dinosaur, ayam Islam, ayam dengar ayat al-Quran; tapi tolong la jangan mengkucar-kacirkan masyarakat Islam kat negara Malaysia ni. Saya adakalanya keliru juga peniaga Muslim ni nak menjual produk atau nak jual agama? Apakah dengan makan ayam (atau produk Muslim yang lain) yang dibacakan ayat al-Quran doa kita termakbul? Adakah memang dengan memakan ayam yang berasal dari pengusaha cina doa kita memang tidak termakbul?

Nak meniaga tu meniaga je lah, tak payah la nak cakap 'doa tak termakbul kerana kita makan ayam syubhah yang dibela oleh pengusaha cina'. What?! Come on, jadi kreatif lagi daripada tu, boleh tak? Lagi pun syarat sembelihan pun tak termasuk pula siapa bela ayam, kan?

Projek ayam 2010. Tapi saya lupa detailnya.

Saya faham, mencari yang halal itu wajib bagi yang Muslim. Adakah orang awam perlu percaya pada spekulasi sebegini? Pihak berkuasa pula buat apa? Dan menjadikan mesej WhatsApp sebagai hujah, mengalahkan orang yang ahli dalam bidang ternakan itu sendiri? Entah la, sampai kadang-kadang saya pula yang naik bingung mana yang betul mana yang salah.

Dan yang paling kelakar, rupanya mesej WhatsApp ni asalnya sudah pernah viral sejak tahun 2007 lagi, waktu tu aplikasi WhatsApp pun tiada lagi. Siapalah gerangannya yang rajin sangat copy paste cerita zaman lapan tahun dulu, ya?

Iyalah, 'ayam disuntik enzim babi', siapa yang tak gelabah?

08/06/2015

Some things left us too soon.

I read somewhere that most of the time, the 'things' we dearly love to the bone is not really a 'thing'.
It could be a person. Or a cat.

Yes. A cat.

This post is dedicated to Saddy, our beloved cat. I mentioned his name once in this blog, and apparently this would be the second and the last.

Why?

Because Saddy is not around anymore. We believe he had been killed by a burung hantu which we don't have any idea where this burung hantu came from. Tapi setiap malam mesti ada shrieking sound which is quite annoying I feel like I wanna tembak mati this burung hantu (especially when I know it killed Saddy!)

Gaya tidur si Saddy Kutu bila kekenyangan

Before my mom and I went to bed, we checked our porch area to see what Saddy is doing. But he was not around and there's no sign of him at all. Gebu (another stray cat who always stays at our house) also not around, so we thought maybe these cats are playing around somewhere. Then, we went to bed.

The next morning, again, both cats are not around. Usually when everyone's up for fajr prayer, these two cats would start to meow like no tomorrow asking for food. But not that morning. We waited for hours, but there's still no sign of Saddy.

My mom asked our neighbours - but no one have seen him that morning. My mom posted some of Saddy's pictures in WhatsApp group, and she even called Cik Mi, asking her ada nampak Saddy tak.

Around 11 am or something, Hedir, a boy in the neighborhood, came to our house telling 'ada kucing mati dekat pokok mangga depan surau.'

Upon hearing that, I came inside and somehow burst into tears (padahal waktu tu belum confirm lagi itu Saddy). I told myself rileks boleh tak. But then a few moments after, from my room's window I saw my brother carrying bangkai kucing, which obviously it's Saddy. Masa tu tak boleh nak tahan dah memang terus pecah empangan air mata.

At first I don't want to see it, but then I changed my mind and went out. We buried him at our lawn. Our lawn tu pun memang literally is a cats' burial area. Dah berapa banyak kucing tertanam kat situ, but all of them were stray cats la, so takde lah sedih.

The fact that he was so alive on the day before but suddenly he became stiff and cold on the next day, no meow meow anymore, really breaks my heart.

Before this, all of our cats (Ibie, Beckham, Kabu, and Quteh) were all disappeared without any signs or warning. So, we are not this sad lah. But this time we saw Saddy's dead body, trust me, it really gives pain in the heart.

We always say things like, "Saddy takyah la membesar, stay je macam ni." And it turns out memang Saddy dah tidak akan membesar lagi. He was about four-months old and really active. Suka gigit kaki orang dan main nyorok-nyorok. Selalu terperanjat dan takut dengan bunyi lori. Banyak kutu dan makan semua benda yang orang makan. :')

So I guess this is how it feels to lost our family member. Ini baru kucing, kalau family member, tak tahu lah macam mana nak hadap. Mohon kuatkan diri.

Sad ending for Saddy. We will always miss you. <3

04/06/2015

Bersyukurlah!

(I am actually in the midst of completing my dissertation. While scrolling the survey responses, the urge to update came and here I am - updating my blog -____-)

My topic is on extra costs of disability. So basically what I do is I have to find standard of living for both household with and without disability incidence. At the end of the day I have to prove that being disabled definitely would cause extra costs in daily live (based on previous literature).

In the questionnaire, I asked about the total household monthly income, is there any OKU living in the house or not, and some other details.

And for the standard of living part, I need to use proxies and I use two types of proxies. First proxy, I asked respondents to tick any properties they own from the list provided. For example car, TV, radio internet access, and so on and so forth. There are about 33 items on the list which I think an average Malaysian household would have.

For the second proxy, I asked about financial status. There are two questions for this section, you may check the screen cap below (malas nak tulis)


So, nak dijadikan cerita (hah punya panjang mukadimah), from the responses, some of them afford to go for holiday and blablabla and doesn't face any financial stress. That's normal I guess, having good life alhamdulillah.

But my heart broke when seeing some of the respondents could afford only one or two things, and they have to seek financial aid. Some are unable to raise RM900.  And seeing their properties list, they only have the very basic items. And the head of the household is like 60+ years old. Ouch.

Every time I come across such answers, my heart cries. Rasa kesian pulak. There are people out there yang bersusah payah menyara keluarga.

So, dear self, when you have extra money or so, do give to people who in need. Tak usah berkira sangat okay. Kita susah, ada orang yang lagi susah.

I really hope this preliminary study can be expanded to the national level. At least, we have empirical evidence and present it to our dearest government. One fine day, inshaAllah!

(There goes my precious forty minutes. Back to work!)