28/07/2015

Orang Pagoh harap bertabah

Buat masa sekarang, ada tiga benda je aku nak cakap:

1 - Tahun depan takde dah la kesesakan lalu lintas dekat Pagoh sebab dah takde 'Rumah Terbuka Aidilfitri TPM'

2 - Projek pembangunan Pagoh nampaknya ada harapan untuk bungkus.

3 - Sekarang kita tahu dah siapa taiko kat dalam Malaysia ni. Heh.

21/07/2015

Tentang orang-orang yang saya sayang

Kalau dulu masa kecik-kecik, setiap kali hantar Ayah ke airport,
setiap kali tu lah menangis.

Sekarang ni bila dah dewasa siket, dah pandai nak cover macho,
makanya dah tak menangis lagi dah kat airport;



tapi bila balik rumah masuk bilik air tiba-tiba air paip dengan air mata keluar sekaligus ni apa cerita pulak ni?

20/07/2015

Khas untuk Ayah dan Bonda;

Dalam banyak-banyak lagu raya,
lagu ni yang paling membekas di hati.

Semoga kita sentiasa jadi penyejuk mata Ayah Bonda kita.

---



Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda - Raihan & HUJAN

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba untuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru kusedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbananmu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andainya anak-anakmu bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Di Aidilfitri

---