28/08/2015

sedikit berkenaan membaca (dan menulis)

aku membaca untuk belajar macam mana orang lain menulis.
bak kata a samad said, resipi menulis adalah:
 membaca, membaca, membaca, membaca, kemudian baru menulis.

dan aku juga merasakan bahawa,
 yang dimaksudkan dengan 'membaca' itu bukanlah sekadar membaca aksara,
 malah ia termasuk juga 'membaca' perilaku manusia sekeliling.

aku sebenarnya rasa macam mahu hantar sesuatu kepada moka mocha ink.
tapi takde idea.
hmm.

26/08/2015

Berkenaan dua hari yang bizi

1. Semalam me & my brothers bermusafir dari Tronoh ke KL kemudian ke Ipoh baru lah pulang ke rumah. Those moments are pure treasure, alhamdulillah :)

2. Pit stop pertama adalah UIA, I need to submit my research paper. Dengan pendrive tertinggal kat rumah (after three-hour-journey, takkan nak patah balik?), berjaya juga submit. Thanks to Gmail, heh.

3. Pit stop kedua, Wangsa Walk! Itu pun semata-mata memenuhi kehendak seorang budak itu yang sedang kemaruk ber-karaoke. Kita yang tua ni layankan aje. Ber-karaoke lah kitorang sampai serak-serak suara. :p

4. Tak lama lepas tu Mama mesej bagitahu yang Opah kena tahan wad. Ayah yang berada jauh di perantauan mencadangkan ada baiknya kalau kitorang singgah hospital sebelum balik rumah.

5. Sebagai anak soleh, memang kita kena dengar cakap orang tua. Maka kitorang pun terus tuju ke exit Ipoh. Tapi sebelum tu, singgah Mydin Amanjaya sekejap untuk beli beberapa barang. First time pergi Mydin Amanjaya, sangat luas, dah macam stail NSK.

6. Balik rumah, kucing-kucing sekalian sudah kelaparan. Iyalah, tiada siapa dekat rumah nak bagi diorang makan. Air dalam bekas pun dah kehabisan. Kesian.

7. Hari ni pula, Mama kembali dengan rutin berulang ke Ipoh. Mahu tak mahu, kita sebagai kakak yang berdedikasi perlu bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal rumah---termasuklah hal dapur. Ya, tahun ini dalam sejarah, si kakak berdedikasi ini akhirnya sudah mula berjinak-jinak dengan kuali dan sudip. Tahniah kepada diri sendiri, yay!

24/08/2015

Good old days

I miss the moments when me & Yna spent our time together in the TV Room—watching late night shows, football matches, and chinese dramas. I still remember that moment when we came to know we both have crush on Kimi Raikkonen. Read football magazines in the library and laugh like there’s no tomorrow. And---I can’t believe I knew a lot of footballers back then.

And now, Yna is currently in her second pregnancy. She told me she has no time to spazz on football or kpop anymore, her life is all about her baby.

Time flies.

20/08/2015

Dosa terletak atas bahu siapa?

Di atasnya ada gambar orang menikah sebenarnya.


Ketahuilah, sesungguhnya tidak ada sesiapa pun di dunia ini akan menanggung dosa orang lain. Allah pesan banyak kali kat Nabi SAW bahawa Nabi SAW hanya pembawa berita gembira dan pemberi peringatan dan tidak akan bertanggungjawab ke atas dosa orang lain.

Begitulah juga kita yang hanya hamba ni. Ada banyak ayat al-Quran yang kata setiap orang akan menanggung dosa masing-masing dan tidak akan menanggung dosa orang lain (tapi yang itu kau kena cari ustaz/ustazah lah yang terangkan)

Aku bukanlah nak jadi feminis ke apa, tapi ayat ni macam menggambarkan ‘kaum hawa’ ni kerjanya buat dosa aje. Hmm.

Contoh: kalau bini kau tak pakai tudung SETELAH kau nasihat dia, dosa tak pakai tudung tu bini kau je lah yang hadap (sekiranya dia tak sempat bertaubat). Kau, 'kaum adam’, tidak akan diheret diseret ke neraka.

MELAINKAN,

melainkan kau, 'kaum adam’, tak nasihat bini kau pakai tudung. Itupun kau tidak akan diheret diseret ke neraka atas dosa bini kau tu, kau HANYA akan dipersoal tentang KENAPA KAU TAK BIMBING KELUARGA KAU. Faham?

Aku tanggung dosa aku, kau tanggung dosa kau. Titik. Jangan asyik nak cakap 'kaum hawa seret kaum adam ke neraka’ atau ‘kaum adam tanggung dosa kaum hawa’. Masing-masing ada tanggungjawab, masing-masing kena saling nasihat, kena saling cari ilmu, kena saling ingat-mengingatkan.

Kau pegang ayat ni kemas-kemas dalam hati, “Wahai orang beriman! Peliharalah dirimu DAN KELUARGAMU dari api neraka–yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat kasar lagi keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

“Pelihara dirimu DAN keluargamu dari api neraka”

Ini hari kiamat pun belum, akhirat pun belum;
dah mula menyalahkan kita heret/seret/penyebab dia ke neraka.

Mana pergi janji manis ‘love you till Jannah’ tu?

01/08/2015

Penyakit M

Bukan aku tak suka keluar berjalan.
Tapi aku malas nak bersiap.
Malas nak pilih baju, nak salin baju.
Malas nak pakai tudung.
Nak pakai tudung silang-silang pun aku rasa malas. (Dan leceh sebab nak makan tak selesa.)
Semua malas, teruk kan?
Padahal bukannya susah pun memandangkan aku ni takde lah fashionista sangat.
Heh.

Macam manalah perempuan yang sebelum keluar kena pakai mekap tu?
Aku salute lah korang yang sebelum keluar boleh pakai eye liner, foundation, dan tah ape benda tah aku pun tak tahu sangat haha.

Rajin betul.
Thumbs up! Serius tak tipu.
Padahal kita sama-sama perempuan.
Kenapa korang rajin tapi aku malas?

Patut lah orang kata aku budak sekolah.
Sobs.



(aku patutnya bersiap nak pergi beraya ni apahal update blog pulak)