30/09/2015

Beberapa perkara 300915

1. I understood a few new things today and I feel so happy idk why. Happy yang sampai tahap nak senyum aje. Tak sangka yang I can be that happy in a learning process. *senyum*

2. Merasalah juga tidur dekat Student Lounge, tidur dekat Surau Mahallah, minta duit tukar lima puluh sen dekat orang ramai sebab nak pakai locker, dan tidak mandi satu hari (opss!) gara-gara ketiadaan bilik kosong dekat Mahallah.

3. Merujuk perkara (2), walau saya tidak mandi saya tidak busuk seperti err.. err.. manusia-manusia dari Asia Selatan, okay? Kembalinya saya ke Taman Ilmu dan Budi menemukan saya dengan bau-bauan yang

4. Saya ambil gambar orang asing. Orang asing yang sendirian di kafeteria, seperti saya. Orang yang sendirian agak selfish juga memandangkan duduk seorang satu meja, empat orang sudah empat meja.

5. Playlist di YouTube semuanya lagu melayan perasaan. Amboi amboi!

6. Dan semalam saya terjumpa blog Remy Ishak, tetapi masih belum menemukan masa untuk membacanya. #lifeasafangirl.

7. Membaca '86' karya Wan Nor Azriq ketika menunggu giliran di bank bukanlah satu tindakan yang bijak. Si pakcik ni memang mahu pembacanya sesat dalam bacaannya ke atau macam mana?

8. Obvious, kan? Ternyata saya dah disampuk gaya menulis bernombor, hah!

9. Wan Nor Azriq cuma tua dua tahun dari saya, tidak lah 'pakcik' sangat dia tu :p

17/09/2015

Malaysia: 2015

1. Di Malaysia, musim jerebu adalah musim yang paling tidak best. Sungguh, bau terbakar bukanlah bau yang seronok untuk dihidu apabila bangun dari tidur!

2. Perdana Menteri Malaysia adalah contoh sesuai untuk peribahasa 'muka tembok'. Rakyat juga nampaknya sudah tiada langsung rasa hormat pada PM.

3. Kes pembunuhan sangat ngeri. Mayat dijumpai dalam tong dram, bersimen pula tu. Kes mati meletup pun masih belum selesai.

4. Rujuk perkara (3). Entah apa rasanya membunuh, ya? Kita ni bagi penumbuk dekat orang pun tak berani, apatah lagi nak bunuh. Seram!

5. Mata wang Malaysia jatuh teruk. Ironinya, kuasa beli di kalangan rakyat (secara keseluruhannya) dilihat seolah-olah tidak terkesan? Bagaimana pun, saya mungkin salah tafsir dalam hal ini.

6. GST sudah terlaksana hampir enam bulan.

7. Rakyat Malaysia nampaknya sudah sampai ke tahap 'semua-benda-pun-boleh-jadi-bahan'. Ada saja idea untuk dijadikan troll di media sosial.

8. Kiri mahupun kanan; kuning, merah, ataupun hijau; kesemuanya adalah contoh kita masih jauh lagi untuk betul-betul bersatu.

9. Cakap pasal bersatu, saya terbaca yang Najib Razak ialah 'Bapa Perpaduan' kerana semua bersatu menentang beliau. Heh!

10. Tahun 2015 juga menyaksikan banyak kes penyelewengan terbongkar: kes Tabung Haji, kes MARA, kes 1MDB. Agak kelakar juga tiba-tiba sahaja ada rombakan kabinet tatkala siasatan sedang dijalankan.

11. Tun M yang paling taiko pun nampaknya tak boleh nak lawan Pak Najib. Sejak dahulu lagi sering juga saya dengar orang mendoakan Tun M panjang umur supaya beliau dapat lihat 'hasil' pemerintahan beliau.

12. Sementara Pak Menteri sibuk dengan menjaga hal masing-masing, rakyat masih lagi gigih keluar pagi balik senja demi mencari rezeki. Tahniah, rakyat!

13. Ahli politik masih menggunakan sentimen perkauman dan agama walaupun mereka jugalah yang tidak jemu-jemu melaungkan 1Malaysia.

Sekian dahulu kemaskini mengenai hal negara. Semoga Tuhan beri petunjuk pada kita semua.

10/09/2015

Random five things

1. I am financially broke but can’t resist myself from buying new book—Wan Nor Azriq’s new book titled ‘86’. The price is RM20 with free postage fee, it is a good deal, isn't it?

2. I’ve applied few jobs, hopefully will secure one job at most by December. But the earlier the better.

3. There are few friends who'd come to me and said, "You're the first to know this." Thanks, gais. For making me the first to know your good news. I'm honoured. :')

4. Some people always have this habit of justifying things they did. Heck, I myself do the same, sometimes. Is that even necessary?

5. It is hard to name to this beloved blog. Spilled ink? No. Seratus cerita? No. Long story short? Well, I choose that just to remind myself to avoid lengthy post. Siapa nak baca panjang-panjang? Ingat orang ada masa ke?

It's 23:56 means bedtime already. Toodles!

Pessimist me

Telefon berbunyi. Ada mesej. Bertanya khabar.

Mesej kedua masuk, "Bila orang itu mahu masuk meminang?"
"Dalam mimpi pun tiada siapa yang mahu meminang aku," aku jawab dengan pantas.
"Ish, macam tu pulak. Aku doakan kau segera berjumpa Si Prince Charming."

Heck, Si Prince Charming hanya wujud dalam fairy tales!

09/09/2015

Penyeri tetangga


20 Mac 2015: Si Gebu

25 Jun 2015: Anak-anak Si Gebu yang berusia tujuh hari

9 Sep 2015: Clockwise: Beauty, Tommy, Mickey, Kecik, & Gebu

9 Sep 2015: Mickey, being a cat, interrupted the 'photoshoot'

9 Sep 2015: Yes, Mickey. Comel habis dah la tu?

6 Sep 2015: Tommy trying to get my attention

15 Ogos 2015: Cindy, the new Saddy; except Cindy is a she
---

"Kucing ni dah macam orang. Macam budak. Cuma dia tak boleh bercakap je."
"Best tak agaknya ada budak kecik kat rumah?"

Aku diam, lalu menyambung, "Tak best lah. Budak kena bagi didikan agama. Kucing tak payah."

Heh.

08/09/2015

of reading

As a (self-claimed) avid reader, fictions and blogs give me a total different feelings afterwards. Fictions are usually too good to be true; while blogs are deemed to be true.

Either way, everyone does have stories to tell.

And the good news is: I enjoy reading both.

06/09/2015

History

Appreciate your stories, reminders, arguments & discussions, the political rage; and everything in-between.

Next page, please.

05/09/2015

Evil inside

Kadang-kadang bila dah sakit hati sangat kita mula la mendoakan yang tidak elok.

Sedangkan kita boleh je doa semoga orang tu jadi baik ke berubah ke,
tapi dek kerana hati yang sedang panas kita doa yang tidak elok.

Tapi oke la kan daripada pergi jumpa bomoh?
Haha!

On a serious note, aku harap sangat bahagian malaikat dalam diri aku ni dapat ingatkan aku untuk tidak mendoakan yang bukan-bukan.

Berdoa, tidak perlukan modal pun.
Jadi mengapa doakan yang tidak elok?

:)

04/09/2015

Lain kali

Tolong ingatkan Syuhadaa untuk beli poskad setiap kali dia pergi jalan mana-mana lepas ni.

02/09/2015

Dua puluh empat jam di Melaka

(i)
Pertama kali aku jejakkan kaki ke Terminal Ipoh Amanjaya. Luas, dan ramai orang. Di Terminal Amanjaya ni, mereka masih pakai 'sistem jerit'. Aku guna perkhidmatan bas dari Syarikat Sri Maju. Bergerak pada jam 1030 pagi 29 Ogos. Sempat juga aku beli air mineral yang berharga seringgit. Dua kali aku bertanya harganya untuk dapatkan kepastian. Iyalah, kalau dekat KL, mana ada air berharga seringgit!

(ii)
Naik bas ni yang bestnya sebab bas tinggi, jadi boleh tengok orang lain yang naik kereta. Kebanyakan penumpang di sebelah pemandu tidur sahaja, atau pun menghadap telefon pintar. Dan.. aku ternampak ibu-ibu (mungkin baya-baya aku?) memegang anak mereka. Oh well. I asked myself, is that me in few years time? Because I really can't picture myself in that situation.

(iii)
Tiba di Melaka Sentral pada jam 4.30 petang. Perjalanan selama enam jam, fuh. Lega rasanya bila dapat keluar dari perut bas. Jumpa Azlin, dan dia terus bawa aku ke Coconut Shake Batu Berendam. Azlin memesan dua Coconut Shake Special dan menjamu aku dengan yong tau foo. Aku suka rasa chocolate rice yang agak crunchy dek kerana kesejukan ais, best giler!

Coconut Shake Batu Berendam

Destinasi seterusnya, kami ke Pantai Klebang. Azlin tuju ke Medan-Ikan-Bakar-yang-aku-lupa-namanya. Kami cuma pesan teh o ais dan nescafe ais, tanpa memesan apa-apa makanan kerana sudah pun kekenyangan melantak yong tau foo. Bateri telefon sudah di paras kritikal, akan tetapi tetap juga aku paksa ia untuk merakam beberapa keping memori.

Selat Melaka!!!

(iv)
Tujuan utama ke Melaka sebenarnya adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan Fara. Kelam kabut juga pagi tu kerana mencari cincin---rupanya di celahan beg galas. Tak pasal-pasal membazir hampir dua puluh minit mencari. Pukul 10 pagi baru kami keluar dari rumah. Azlin bawa aku bersarapan di The Windmill Station. Ambil Set Breakfast yang berharga RM6.99; ada mini burger, sandwich, salad, dan secawan kopi. Okelah tu kan? Berbaloi-baloi.

Selesai makan, pergi beli hadiah. Nak pilih hadiah pun siket lah punya susah. Itu tak kena, ini tak kena. Akhirnya bila dah capai kata sepakat, lekas-lekas kami pergi balut dengan pembalut serba merah jambu. Menyerlah gittew. Jam sudah 1 tengahari. Kami bergegas ke lokasi kenduri, sampai juga setelah meredah perkampungan hasil dari tunjuk ajar GPS. -__-'

Sampai di kenduri, Fara dan pasangan baru turun dari kereta. Kiranya kami sampai sama-sama dengan rombongan pengantin, jadi kami pun mencelah sekali dalam rombongan. Aku sebenarnya nak rakam paluan kompang, tetapi tidak cukup tangan kerana sedang memegang hadiah. Mendengar paluan kompang ni mulalah rasa bila laaaa aku nak kahwin ni kah kah kah

Jambu sangat

(v)
Sebelum balik, sempat juga kami makan ais krim bagi menghilangkan rasa kering tekak. Melaka pada hari yang aku pergi tu agak panas juga, berbanding Tronoh yang hampir setiap petang hujan walaupun paginya berjerebu. Untuk pulang kali ni, rupanya aku naik bas yang sama, dipandu oleh driver yang sama seperti semalamnya. Bergerak dari Melaka Sentral pada jam 430 petang, selamat sampai di Hentian Bas UTP pada jam 11 malam.

Tak puas lagi pusing Melaka, inshaAllah nanti ada kesempatan aku nak pergi lagi dengan famili pulak coconut shake hang tuah hang jebat hang tunggu aku datanggg