28/10/2015

Lagi-lagi kes 'ayam cucuk'

Muka depan yang bertarikh 27 dan 28 Oktober.

Sedih lah.
I am not worried (about my health), but I am more to rasa sedih.

I admit I am not in the industry,
but it's kinda disappointing juga bila ada poultry company ketepikan hal-hal penting
 semata-mata untuk kejar keuntungan.

Profit maximisation---kata orang ekonomi.
Orang Malaysia pula cukup mudah melatah bila dengar berita-berita macam ni.
Muka depan pula tu.

Seronok lah orang yang jual ayam organik,
 ayam diperdengarkan ayat al-Quran,
 ayam dibagi makan habbatus sauda.
Serius rasa nak tergelak,
 Al-Quran diturunkan kepada manusia, bukan ayam!

Dan makin galak lah geng Melayu mengatakan:
'Ini semua agenda Cina nak jatuhkan Melayu!'

Penat-penat belajar,
tapi bila masuk industri kena ikut telunjuk bos.
Masyarakat pula macam ni gaya.
Pemberita satu hal lah.

Susah rupanya nak educate orang.
Nak provoke orang sangat lah mudah.

Saya masih ingat semasa darah saya menyirap
 apabila ada seorang manusia itu mempersoalkan
 silibus 'Sains Ternakan' yang saya pelajari selama empat tahun.

Seolah-olah pembelajaran empat tahun tu kosong nilainya.
Tiada langsung penghargaan kepada ilmu yang saya ada,
 dan orang awam (seperti manusia itu) meletakkan sepenuh kepercayaan
 pada mesej WhatsApp. Dan berita muka depan.

Pada waktu itu,
saya ada membuat satu entri khas sebagai tanda melepas geram.

Nak tahu tak apa masalah kita sebenarnya?
Kebanyakan kita ni, tidak kiralah apa organisasi pun,
 baik company, baik JPV,
 sudah tidak peduli soal integriti. Soal SOP.
Kita hanya peduli soal duit, duit, dan duit.

Harus saya ulang, kebanyakan,
bukan semua!
Tidak adil juga mengatakan semua pengusaha ayam bersikap sedemekian.

Ah, sedihnya!



ps: Bila hal-hal ayam dan antibiotik ni jadi viral, I always wish my blog has more reader. Tapi apakan daya ini hanya blog picisan.

23/10/2015

Tak pernah dengar pun

Saya memang buta muzik. Lagu-lagu terkini baik yang dalam mahupun luar negara pun saya tidak ambil port sangat.

Saya banyak tahu pasal lagu dari orang lain.

Dari adik-adik saya.
Dari kawan-kawan.
Dan dari blog yang saya baca.


Hari ni rasanya dah berapa kali saya on youtube gara-gara mencari lagu yang di post oleh blogger lain.

Dan yang paling ajaibnya, kebanyakan lagu di playlist para stranger ni adalah lagu-lagu yang bukan mainstream.

Macam menarik pulak mengenal orang melalui playlistnya. Ternyata, setiap orang adalah unik.

17/10/2015

Disgusting species ever

Saya paling tidak suka pada lelaki yang tanpa segan silu memberikan komen berbaur kuning kepada perempuan, khususnya di media sosial.

Kalau pun perempuan itu belum sempurna menutup auratnya, itu bukan lesen untuk para lelaki merenung dan meninggalkan komen berbaur kuning pada gambarnya.

Mana pergi iman para lelaki ni?

Dan yang paling kelakar, setelah direnung gambarnya (dan dikomen macam-macam),
boleh pula cakap, "Perempuan macam ni lah yang seret lelaki ke neraka!"

That, ladies and gentlemen, is the most disgusting species ever.
I hope they're all sterile!

Perihal tudung (dan aurat)

After all endless debates pasal tudung, saya secara peribadi boleh buat satu konklusi. Dan satu perkara inilah yang saya tanam dalam kepala sematkan dalam hati:

Pakai tudung, tutup kaki, tutup aurat; semua tu saya buat sebab Allah suruh.

Korang nak bergaduh pasal siapa baik ke, siapa bagus ke, siapa labuh ke, siapa ke neraka, siapa ke syurga; ikut suka korang.

Korang ingat senang ke nak tutup aurat ni? Lelaki pula senang-senang aje cakap, "tutup aurat nanti perempuan seret lelaki ke neraka!!!" Cuba lelaki pakai tudung seharian, mampu?

Nak keluar pergi ambil serai, pergi bagi kucing makan, pergi ambil bungkusan PosLaju, pergi sidai kain---tu semua kena pakai tudung. Dah pakai tudung, takkan nak biar lengan ni terbongeh? Ambil sweater pula, tutup lengan. Baru lah boleh keluar. Orang PosLaju dok hon-hon kat luar, kita dalam rumah dok jerit, KEJAP KEJAAAP sambil capai tudung dan sweater. Ingat senang ke?

(Lepas tu memang cakap la dekat orang PosLaju saya lambat sebab nak ambil tudung, harap maklum. Dan biasanya kalau adik-adik ada diorang lah yang pergi ambil.)

Pernah juga saya berangan, kalaulah satu hari nanti Allah tanya, Syuhada, dalam banyak-banyak perintah, perintah yang mana kamu mahu Aku ringankan?

Tanpa was-was saya jawab, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih Penyayang, saya kalau boleh nak aurat tangan tu limit dia sampai siku je dan kalau boleh kaki tak termasuk dalam aurat. Boleh la lepas tu saya pakai t-shirt lengan pendek dan selipar jepun je wuhuu best gila.

Tapi saya ni siapa? Siapa saya ni? Hamba. HAMBA.

Yang bagi perintah tu siapa? Allah. TUHAN YANG ESA.

Adakalanya memang terdetik dalam hati, Ya Allah, aku pakai ni semua ni memang semata-mata sebab Kau suruh je. Kalau tak, takdenya aku nak tutup-tutup ni. Dan aku juga takut kalau aku tak ikut apa yang Kau suruh nanti kena rendam dalam neraka. Maka tolong la ya Allah bagi aku balasan yang sebaik-baik balasan.

Ini serius.

Jadi, kepada orang lelaki, jangan kerana perempuan tak tutup aurat dengan betul korang senang-senang je nak tenung nak renung nak bagi kata kuning pada diorang. The struggle is real, tau tak? Kalau lelaki tu hebat sangat, jaga lah pandangan tu!

Kepada yang perempuan pula, banyakkan lagi kefahaman pasal aurat. Jaga solat, mohon petunjuk, inshaallah semua susah payah kita pakai tudung tutup aurat segala di dunia ini Allah akan balas!

Saya tak pernah pakai tudung sebab lelaki itu lelaki ini. Peduli pula saya dengan lelaki? Heh! Saya pakai tudung hanya kerana menjaga hak Tuhan saya, maka saya percaya, in return, Tuhan akan jaga saya daripada mata-mata jahat. Itu janji Allah dan Allah tidak memungkiri janji.

Itu apa yang saya pegang selama ini. Sekian sahaja bebelan pada hari ini.

Letih

Apa kata kita semua buat apa yang kita mahu tanpa perlu pertikaikan cara orang lain?

Bila nak buat, buat yang terbaik. Tidak kiralah cara A atau cara B.

Kalau nak ikut cara A, silakan. Buat betul-betul. Dan jangan kutuk orang lain.
Kalau nak ikut cara B, silakan. Buat betul-betul. Dan jangan kutuk orang lain.

Letih lah berdebat pasal A vs B, sampai kiamat pun tak kan habis.

15/10/2015

the ugly truth

In the land named Malaysia, there’s no such thing as cheaper alternatives.

It's either
 expensive
 slightly expensive
 quite expensive
 very expensive
 extremely expensive.

14/10/2015

communication failed yet we live happily ever after

Buat masa sekarang, di rumah kami sudah ada empat, lima, enam, tujuh; ya, tujuh ekor kucing yang menetap secara permanent di laman rumah.

Cuma satu ekor sahaja yang bebas keluar masuk rumah: Si Cindy.

Si Cindy ni kami anggap sebagai pengganti Si Saddy, namun antara keduanya tiada langsung persamaan melainkan hanya pada rupa.

Berbanding Saddy, kami sering mengata Si Cindy ni bingung. Dipanggil-panggil, buat nohen aje kata orang Perak. Memang letih bercakap dengan Cindy ni, sepatah pun dia tak menyahut!

Matanya pula suka memerhati bagaikan ada hidden agenda dalam fikirannya. Gemar tidur dekat dengan orang, tapi apabila kita mahu mengusapnya, lekas-lekas dia lari.

Sejarahnya, Si Cindy adalah kucing yang datang entah dari mana, betul-betul seminggu selepas Saddy pergi.

Rasa pelik juga bagaimana kami boleh hidup aman harmoni walaupun dengan si kucing yang sedikit pun tidak faham apa kami cakap, dan yang asalnya tidak kami ketahui.

0

I wander in three bookstores, but I left my soul at the very entrances.
I feel empty—so much so that none of the books attract me.



Empty in the pocket, to be exact.

11/10/2015

Unleashed the confidence

It's funny to find that I am quite narcissist at times.
Every time I look into the mirror I was like, I ni kinda cute jugak, bahaha!
But then when I go out,
I realised that I am the least shining person walking on the Earth.
But then, who cares.
This is me and I do feel good being me.
Though I do wonder where did I get my confidence---iyalah dengan keluar tanpa mekapnya foundation atau compact powder pun tak pakai selamba jee meredah kehidupan ini.
I finally realised, without being a hantu selfie pun, one can be confident!
Or, in a beautiful manner, I can say I love myself enough!

10/10/2015

Monologue

I really need to stop complaining about other people in this blog.
I have lotsa complaints saved in drafts.
I don't really need to express my opinion on every single thing
---because, well, who cares anyway?

But, still, I have an urgency to write right now.
So, here we go.

I am currently reading The Book Thief, and unfortunately, I've read the spoilers.
Damn smart, why did I read the spoilers at the first place?

Because Death told me Rudy's gonna die but when I read through almost 3/4 of the book,
Rudy's still fine and alive.
So I thought I misread or something so I looked for spoilers.

Brilliant move, huh?

And this is pointless.
Sorry!
On second thought, no, I'm not sorry!
Because I write to please myself.

04/10/2015

Jerebu vs kasut

Jujur, saya rasa marah dekat orang yang diberi amanah mentadbir negara. Masalah jerebu ni dari saya Darjah 3 (seingat saya lah, barangkali lebih awal dari itu?) sampai lah saya ni dah dua puluh tujuh tahun tak selesai-selesai. Dari zaman Mahathir (yang orang Malaysia sayanggggggg sangat tu) sampai lah Pak Lah sampai lah si Najib tak selesai-selesai.

Saya rasa marah bengang tak puas hati sangat TAPI KENAPA ORANG MALAYSIA LAIN BOLEH PULAK KESAH KAN HAL KASUT VINCCI? KAU ORANG TAKDE RASA MARAH KE?

Mungkin sebab saya takde kerja lain, orang lain ada anak ada laki bini ada kerja jadi tiada masa nak fikir hal ini

Ya Allah Ya Tuhannnnnnn