30/11/2015

Terakhir sebelum Disember muncul

1. Sungguh, mati itu pasti. Muda atau tua, lelaki atau perempuan, kaya atau miskin; pendek kata semua, semua akan mati. Resah juga memikirkan hal kubur memandangkan amalan yang tidak seberapa.

2. Gebu dan Cindy sudah melahirkan anak minggu lalu. Empat ekor. Empat ekor. Mati seekor. Mati seekor. Dan hari ini mati seekor lagi. Gebu tinggal dua anak, Cindy pula tiga.

3. 'Kerana engkau sudah berproboskis dan bermata kompaun'.

4. Seperti yang saya katakan dalam ulasan untuk Republik Kutu, saya rasa seperti mahu bercinta dengan seorang penulis. Orang kata kalau bercinta dengan penulis kita akan kekal hidup---hidup dalam tulisan :)

Sumber: anonimouspoet

5. Saya hargai setiap gambar yang saya ambil, biarpun hanya dari henset murahan.

6. Perasaan bercampur-baur timbul apabila mak saya serba-salah untuk menjawab persoalan "Anak yang ini umur berapa?" ketika berkunjung ke kenduri kahwin tempoh hari. Alahai, anak Mama ni jodohnya lambatlah. Harap bersabar, ya?

7. Berkenaan perkara (6), saya tanpa segan-silu menjawab, "dua puluh tujuh", ditambah dengan senyuman paling manis. Mendengar jawapan saya, makcik yang bertanya itu segera mendoakan saya agar cepat ditemukan jodoh. Amin.

21/11/2015

.

Cold as ice, but in the right hands she melts.

19/11/2015

Jubah

1. Soalan: Kenapa warna jubah semua terang-terang?

2. Nampaknya kebanyakan blog dalam Blog List saya sudah tidak aktif lagi. Semoga mereka semuanya hidup aman damai dan selamat.

3. Tulis dan tulis tanpa jemu, tanpa pembaca, melainkan diri sendiri.

4. Saya seorang yang minimalis.

5. Me @ me: who's going to love you like me?

6. Maggi yang paling sedap adalah maggi-yang-orang-buat-kita-mintak-siket!

7. Ini jubah convo atau abaya?

16/11/2015

Awkwarddd

1. Dalam kamus hidup saya, 'cousins' is another word for 'awkward'.

2. Beauty sudah hilang hampir sebulan, Si Tommy pula hilang semasa kami ke Pulau Pinang minggu lepas.

3. Bila fikir pasal nak beranak, berat badan naik, etc etc, mesti rasa macam, oke bai kahwin boleh tunggu dulu k

4. Orang yang proofread research paper saya ni masih menyepi tiada khabar berita.

5. Saya persetankan semua kata-kata, "Makan la lebih siket kamu tu takkan gemuknya." Saya rendah, menghampiri usia 30an, dan masih tiada orang berkenan; jadi adalah perlu untuk saya peduli soal pemakanan.

6. Tapi, on top of that, sebab utama saya kawal pemakanan adalah untuk diri sendiri. Saya sayang diri saya. Saya tidak mahu badan saya menjadi penghalang untuk saya melakukan sesuatu, for e.g. solat.

7. Soal berkenan atau tidak berkenan, itu kau punya pasal. I love being me.

14/11/2015

Kesimpulan dari cuti-cuti di Penang

1. Sebelum makan di mana-mana, sila check dulu operating hours. Kalau tidak, kepayahan meredah kesesakan akan diakhiri dengan kekecewaan kerana kedai tutup!

2. Kalau berkereta, mohon bawa bersabar. Orang Penang bawa kereta memang macam jalan tu jalan dia. Kereta dari lorong kiri pun boleh belok kanan woh! Hebat!

3. Penang adalah seperti Ipoh, cuma ia dua kali ganda sesak dan dua kali padat!

4. Di pulau memang takde Melayu ke macam mana? Dan pasal azan tu, kitorang duduk dekat Tune Hotel dengar je azan? Siap dua, tiga azan lagi. Siapa kata dekat Penang tak boleh azan?

5. Kalau bukan lahir di Penang, tak usah mimpi la cakap stail Penang. Dari KOMTAR jadi KOMTAQQQ! Sungguh over, oke? Haha!

6. Done: Nasi Kandar Line Clear, Istiadat Konvokesyen UiTM (Pulau Pinang) ke-83, makan dekat tepi laut, Bukit Bendera, naik feri, Nasi Claypot Restoren Kapitan, Roti Perancis KSB Cahaya, Rumah Kelahiran P. Ramlee, dan Jeruk Pak Ali.

7. Next trip to Penang kena naik motor sahaja. Dan check operating hours kedai makan. Dan sila bertabah menghadapi trafik.

[Klik sini untuk gambar]

10/11/2015

Lima

1. A question: Which one is more appealing, '*wink*' or ';)' ?

2. Memetik kata seseorang, "You're pretty good at hiding." Well, I am not hiding. I just don't do mainstream social media. If you manage to find this blog, well done, you've found my fave place in the virtual world.

3. Adik saya suruh buat meatball lagi. Saya bercadang untuk cuba buat makaroni bakar juga.

4. Saya mahu bercakap tentang Downton Abbey, tetapi ia memerlukan satu entri khas kerana terlalu banyak ingin diulas.

5. "Najib mungkin anak Tun Razak, tetapi, dari segi politik, beliau anak kepada Mahathir," kata Tawfik Ismail.

09/11/2015

Pet peeves

Orang Johor dengan obsesi mereka terhadap JDT dan kerabat diraja Johor.

Like, srsly? Perlu nak obses dan protective sampai macam tu?

I cringed every time I see one.

Tujuh

1. As much as I hate xxx remarks done by men, I also puzzled how some women allow themselves be exploited/objectified by men. And I found that as quite disturbing.

2. Apabila Cindy tiada di rumah pada waktu pagi, tiada lain yang muncul dalam kepala melainkan imej-imej Saddy tidak bernyawa beberapa bulan lepas. Sungguh, ia menyesakkan!

3. Kau gadis hampir sempurna aku, yang wujud hanya dalam mimpi, entah bila tuhan mahu aku temui - Gadis Hampir Sempurna, Stam Mustapha.

4. Saya berjaya memasak bolognese kedua dalam hidup saya, yeay! Malah, buat pertama kalinya dalam hidup, saya berjaya membuat meatball! Terima kasih Encik Jamie Oliver dan taktik biskut krakernya!

5. Sepatutnya saya konvo pada hari Sabtu (7 Nov) yang lepas, tetapi apakan daya saya tidak sempat mengejar Senate Meeting pada bulan September yang lalu. Tahun depan, inshaallah!

6. SAYA TIDAK SUKA WARNA JUBAH KONVO UIA

7. Sedih juga bila dapat tahu Ayah tidak jadi balik.

Sekian. Moga selamat semuanya.