31/12/2015

Sempena 366 hari yang akan datang

Tahun berganti tahun, saya masih lagi di sini dengan fikiran yang kosong tentang masa hadapan.

Adakalanya saya mula bersikap pesimis terhadap ketentuan Tuhan; namun, syukur masih ada sisi-sisi putih dalam diri, saya tetap cuba menjadi seorang yang optimis. Syuhada bermaksud pejuang; maka, mana mungkin seorang pejuang itu mengalah.

Satu sahaja permohonan saya wahai Tuhan yang Maha Kaya, semoga saya sudah boleh beli baju raya dengan hasil titik peluh saya sendiri pada hari raya yang akan datang.

Sekian dahulu harapan saya. Mohon perkenan dari Mu.

29/12/2015

Setiap kali

mendengar Aku yang Asing, perkara-perkara yang terlintas di fikiran adalah
 bilik PG3.11b yang tidak dipasang lampu
 tingkap yang terbuka luas
 langit malam
 bulan dan bintang
dan saya terbaring di atas katil menjadi saksi keindahan malam.

Perasaan? Ada sedikit sebak.

27/12/2015

Cakap-cakap

1. Suami orang dan perempuan bujang dot dot dot; dan jangan selalu tayang kebaikan suami, nanti ada gadis bujang yang berkenan! Nampaknya ramai juga yang pandang serong pada perempuan bujang ni ya? Tapi betul juga, berwaspada itu perlu.

2. Time raya krismas ni baru nampak sikit orang kaji pasal agama. Time raya aidilfitri semua kaji pasal baju raya, langsir raya, jualan raya, mercun das. - Pipiyapong.

3. Yus JAMBU dalam kenangan:


4. Benar, ijazah yang terbaik adalah dari jalanan; tetapi itu tidak bermakna kita boleh memperkecilkan ijazah dari menara gading!

5. Penjual burger part-time naik Vios, pembeli burger makan gaji full-time naik Kancil. My response: Tak baik cakap macam tu. Kancil ke, Vios ke, kita mana nak tahu susah payah suka duka dia. Bayangkan orang tu penat-penat kerja makan gaji, kita senang-senang je nak perkecilkan usaha dia.

24/12/2015

Hey!

1. I'm such a "Hey look at the moon!" person. :)

2. 23/12/2015 05:53, surau Mahallah; tidur bertemankan bunyi kipas berpusing. But I'm not really tidur pun actually.

3. Masih ada hal-hal research yang menanti untuk diselesaikan. Saat-saat begini sudah tentu saya paling rindukan bilik PG3.11b. (Update: dah submit, yeay!)

4. 23/12/2015 19:42, KL Sentral; ORANG RAMAI GILE TAHU TAK. Sempena cuti maulud nabi dan hari krismas, tu pasal la ramai.

5. Eh? Maulud Nabi dan Krismas? Dua-dua hari jadi Nabi, kan?

6. Jauh di sudut hati, ada juga berharap bertemu jodoh di kedai buku, ala-ala drama gitu, haha! So far, masih belum ketemu :p

7. Kaki sakit ni woi bila entah hendak beli kasut baru. Kasihan kakiku, menapak jauh-jauh pakai kasut lusuh je.

19/12/2015

Till jannah

Hampeh. Mereput ko kateeee. But hey, I love her. 

.

Everything is not going as planned
















This is the time when I feel so low so incompetent so pathetic so helpless so sad

But hey all of these shall pass

So yeah!

15/12/2015

Emak

15/12/15 16:46

Saya sedang mendengar Mak dan Mak Long (kakak kepada Ayah) bersembang tentang pengalaman menjaga orang tua masing-masing. Berbeza keluarga, isunya sama sahaja.

Cerita-cerita macam ni kau takkan dengar dekat drama Melayu.

14/12/2015

Sentap

1. Saya sebenarnya tidak berkenan langsung dengan stail dakwah sentap. Apa orang kata tu, tarbiyah sentap? Rasanya lagi keras hati adalah!

2. Saya juga tidak faham dengan ayat, "Dia ni bagus dah, cuma tak pakai tudung je tu yang kurang siket." Saya kini sedang mendidik diri untuk tidak cepat menjadi hakim. Siapa tahu dia memang sedang struggle untuk pakai tudung? Siapa tahu tiap-tiap malam dia merintih memohon dikuatkan untuk memakai tudung?

3. Terbaca artikel bertajuk, 'Tujuh anak muda ini sanggup berhenti kerja semata-mata untuk travel keliling dunia.' Dan respon terbaik, bagi saya, adalah: Orang yang dapat 2.6 bilion pun tak mahu berhenti kerja!

4. Entahlah. Saya tidak gemarlah perangai suka-suka mahu memasukkan orang ke dalam group WhatsApp ni. Sekarang saya nak leave pun sudah serba-salah. Hmm.

5. Sebenarnya ada je group yang saya sudah leave, haha! Tinggal yang satu itu saya rasa macam hmm nak leave ke tidak nak leave ke tidak hmm fikir fikir---

6. Kalau bab-bab berhijrah ni, saya paling rasa terharu dengan perubahan Mizz Nina dan Fynn Jamal. Kalau orang in real life, saya kira saya cukup terharu dengan perubahan roommate saya, Dekna. Malam tadi saya mimpikan dia, moga-moga dia sihat hendaknya.

7. Mende mu merepek dekat group WhatsApp tu sampai beratus-ratus mesej.

8. Undang-undang saya: Saya tidak bercakap dengan kamu in real life, jadi perkara yang sama juga saya amalkan di virtual world.

13/12/2015

Heaven on Earth

Ini adalah laporan bagi hari Sabtu 12 Disember 2015.

Saya dan adik-adik sedang mabuk main Saidina, Monopoly, dan Vocable. Paling baru, sejak Khamis yang lalu, kami mula mabuk main UNO pula.

Pada hari ini sesi permainan bermula selepas solat maghrib. Saya menang dua kali, yay! Fyi, saya ialah orang yang sentiasa menang, err maksud saya, menang-gung kekalahan. Isk.

Entah berapa game kami main. Sedar-sedar sudah jauh malam. Si Mickey, Kecik, dan Cindy pun sudah kelaparan padahal mereka sudah pun makan sebelum itu. Keliru juga saya, kami ni bela kucing atau raksasa?

Tamat permainan, saya ke dapur untuk menyediakan ayam rebus untuk kucing. Adik saya meminta saya membuat mi segera. Dapur kedua dinyalakan, empat bungkus Cintan berperisa kari saya masukkan ke dalam air yang hampir mendidih. Cabai potong dan daun bawang juga dimasukkan.

Selesai makan, adik saya membasuh pinggan mangkuk (yes!) dan saya pula menyapu dan mengelap dapur. Tidak lupa juga membasuh pakaian; senang, esok tinggal dibilas sahaja. Selesai sudah semua perkara. Saya lihat jam, sudah pukul dua belas setengah pagi.

Dalam diam, saya ucapkan syukur kepada Tuhan.

08/12/2015

04/12/2015

Kepada Syuhada Hari Esok,

Dalam hidup ni, tak kira apa pun yang terjadi, sila lah berbuat baik.

03/12/2015

#relationshipgoals


Ish Noh Hujan dan Mizz Nina ni apasal lah comel sangat??!!

02/12/2015

Bikin ribut

Saya ni bukan jenis simpan nombor telefon member, lebih-lebih lagi member yang berlawanan jantina.

Saya juga bukan jenis yang pertama bertanya khabar. Member-member rapat memang sudah sedia maklum tentang perkara ini. "Engkau ni kalau bukan aku yang call, sampai kesudah la tak dengar khabar berita," begitulah bebelan mereka.

Itu member rapat. Member yang tak rapat memang assalamualaikum dunia goodbye lah jawabnya.

Jadi, dengan adanya aplikasi WhatsApp, ditambah pula saya ini jenis yang setia pada satu nombor ini sahaja sejak umur 15 tahun hingga kini, adalah juga member-member lama yang cuba-cuba bertanya khabar.

Kadang-kadang tak senang duduk juga bila ada member-lama-tak-jumpa ni tiba-tiba muncul di skrin telefon.

Bukan apa, mereka gemar sungguh bertanyakan tentang nasi minyak.



Mungkin saya patut buka restoran nasi minyak supaya hajat member-member tertunai.