29/12/2016

Harapan (bebelan panjang sebenarnya)

Dalam hidup aku, ada dua benda je aku mintak kat Tuhan supaya Dia makbulkan sebelum aku mati. Satu, aku nak jadi tetamu Tanah Suci; dua, aku nak langsaikan hutang PTPTN. Dua tu je yang penting sekarang, yang lain-lain tu kalau Tuhan nak bagi aku terima, kalau Tuhan nak halang pun aku rasa aku boleh survive, dan itu sudah tentunya atas izin Dia jugak.

Alhamdulillah sangat-sangat, aku pun tak tahu apa terjadi, entah macam mana boleh jadi; Tuhan dah pun makbulkan salah satu daripada dua ultimate goal aku tu pada tahun 2016 ni.

Aku selalu kata kalau boleh nak sampai sana sebelum/semasa umur aku 30 tahun, tup-tup Dia dah aturkan semua tu pada umur aku 28 tahun. Bila dikenang-kenang balik, rasa macam mimpi. Serius, siapa sangka, dalam banyak-banyak permintaan aku, permintaan yang itu dahulu yang Allah makbulkan. Harap-harap lepas ni dapatlah ke sana lagi.

So, masuk tahun 2017 ni, aku harap sangat boleh settlekan goal aku yang satu lagi, dengan mendapatkan pendapatan tetap. Aku pun tak tahulah berapa lama kena tunggu untuk itu, tapi orang kata benda yang bagus datangnya lambat. Aku pun tak berapa pasti kebenarannya, atau mungkin tu semua hanyalah ayat penyedap hati.

Dari segi material pulak, tahun ni aku berjaya mendapatkan konsol Nintendo 3DS & game Pokemon Sun. Duit dalam bank pun dah berkurangan tahap teruk tapi aku peduli apa, hahaha. Tahun ni memang aku tak beli buku langsung (kecuali dua komik Detektif Conan), dan hasilnya dapatlah seketul konsol yang diharap-harapkan sedari umur 17 tahun lagi.

Ada satu lagi benda aku nak rekodkan kat sini. Mak aku, unexpectedly, telah mengeluarkan satu kenyataan. Mak aku kata dia tak kisah sangat pasal aku tak sudah-sudah lagi memetik anggur, tapi yang dia kisah apasal la jodoh aku lambat?! Nampaknya aku dah silap besar dalam membaca fikiran mak aku. Kufikirkan bonda risaukan anaknya tak bergaji tetap, ternyata bonda lagi risau anaknya tak berlaki, hahaha. Takpe lah Ma, ada jodoh nanti ada; kalau takde kenalah Along puasa banyak-banyak.

Itulah, Allah tu Maha Adil, benda yang aku idam-idamkan tu lah yang dilambatkan, tapi dalam masa yang sama Allah tetap compensate dengan benda lain yang aku idamkan jugak. So yeah I have no right to complain.

Lebih-lebih lagi semalam aku ternampak ada satu famili homeless di pondok bas Taman Maju. Cuba kau beritahu aku siapa yang bentang tikar dan baring satu famili dekat pondok bas dengan beg di kiri dan kanan ketika malam semakin pekat, melainkan gelandangan? Sungguhpun aku tak bergaji, aku masih lagi tidur berbumbungkan atap rumah dan dapat makan nasi putih setiap hari.

Nikmat yang mana lagi yang aku nak dustakan?

14/12/2016

Prioriti

Masa aku dan mak aku tengah khusyuk tengok drama Jang Young-shil, ada satu scene tu si heronya berada dalam situasi ditelan mati emak, diluah mati bapak.

"Kalau macam tu, tak payah telan, tak payah luak; biar je dalam mulut, barulah emak dan bapaknya selamat. Apa macam?"

"Kalau udah dibiar je tak telan tak luak, takut kamu la yang mati!"

Ada betulnya juga apa yang mak aku cakapkan tu.

Cumanya, wahai Tuhan yang mengatur segalanya, aku mohon agar diberi kesempatan untuk langsaikan PTPTN dulu lah apa-apa hal pun.

10/12/2016

Tekan tekan tak dapat

Orang yang asyik tukar nombor ni tak ke susah? These days urusan dengan bank apa semua nak kena ada latest phone number, ater kalau udah asyik tukar nombor je, tak ke jenuh?

07/12/2016

Don't be silly, Syuhada

Ah, sudah tentulah si lelaki berkemeja biru yang membawa kasutnya sambil keluar dari surau itu sudah punya pacar!

Mana ada lelaki single melepak di Pusat Kelengkapan Rumah selepas habis waktu kerja, ye dak?

28/11/2016

Perasaan

If my life is an animal, it will probably be the slowest snail ever. Or the slowest turtle. Or the slowest sloth.

Maybe this waiting game is indeed a trial for me?

Life is so unpredictable, and, at times, it can be so ironic.

The end of the year is approaching, but I am still at level zero.

Nevertheless, alhamdulillah for everything. Put all the negative vibes aside, and let's live the life to the fullest!

25/11/2016

Emo siket pada petang Jumaat

Oh Dear Lord, I still hoping to land on any decent job that can make me, at least, stand on my own feet.

Ya Robbi, kenapa lah hidup aku ni perlahan sangat? Kenapa orang lain dah capai macam-macam? Kenapa orang lain lepas habis belajar boleh dapat kerja atau terus kahwin tapi aku masih lagi pegun di tempat yang sama?

Tolong lah ya Tuhan, kalau macam ni gaya ujian Kau, kirimkan kesabaran pada hambaMu ini. Bukan apa, kadang-kadang payah betul nak fikir positif.

Aku pesan dah pada diri sendiri, jangan tengok padang sebelah, sebab padang kat sebelah nun rumputnya memang selalu nampak lebih hijau.

Sedih betul ni, woi

15/11/2016

.

There is something in my heart that feels so heavy, but I do not know what it is. It is so heavy and it dragged me down. And I cannot lift it all by myself, so it stays there, somewhere deep, where I couldn't reach.

08/11/2016

.

If life really is a race, my current standing is at the very last place, where I am still in merangkak phase rather than running to the finish line.

04/11/2016

Perasaan

Can I unsubscribe myself from the social circles of the past?

Can I withdraw myself from every single thing?

Can I just ignore and quit everything?

Can I run and hide now?

And would You provide me an escape?

02/11/2016

Sleepy-head

1. So I had a chance to go to Bangi Sentral in the afternoon, I'd say it is more or less like Greentown in Ipoh, but far more crowded.

2. There goes my RM55, for a piece of tudung-dua-muka-berwarna-krim. Sigh. That was the most expensive tudung I've ever bought. Sigh, again. Worry not, hopefully I can wear it for another hundred years, so it can be considered as a 'worth buying'.

3. Still, it was freaking fifty five Ringgit!

4. People said there are times we just wanna pack and run to a place where nobody knows us, I guess right now is that time.

5. Can I just skip this part of my life and fast forward to the part where I live happily ever after?

6. Just stop justifying everything. They don't need to know. As long as you yourself know what are you doing, that will be more than enough.

7. Amboi lajunya menaip, sedar-sedar dah tujuh point.

8. I started the journey all by myself, I will now end it all by myself, too.

9. Yes, I am still waiting for that day to come. Maybe tomorrow is the day. Or maybe not.

28/10/2016

Mimpi

Saya berkesempatan untuk berada di kenduri kahwin sendiri, semua orang happy, dan lepas tu terdetik dalam hati; he's not perfect but together we are perfect.

Amboi betul hahahaha tunggu nak cakap kat orang sebenar je ni jadi sila lah muncul segera, ya?

(I can't remember when did I write this?)

25/10/2016

At least I can strike off one thing out of hundreds of others in the waiting list!!!


[x]

Moral of the story, the waiting game will definitely end eventually.
It just a matter of time.
And perseverance!

No lie, I am sooo happy right now wuhuuu

22/10/2016

Perasaan

Kenapa kita sedih bila ada orang mati?

Kenapa saya tak macam orang lelaki yang tak menangis walaupun sedih?

Kenapa kita rindukan orang yang jauh?

Kenapa masih ada ingatan tentang orang itu?

Kenapa lama sangat?

13/10/2016

Love to the moon and back and to the moon again and and

There are so many times, in different occasions, I'd go like, damn I love my family so freaking much. Thank you my Lord for this very very awesome family.

09/10/2016

Diary of a fangirl

Back in the day, I have to wait for the ending credits or the weekend newspaper in order to know who is the eye-catching hero.

Now, I can simply Google it, and know who's who in one click away.

04/10/2016

Semoga dapat kerja sebelum 2017

Amin.

HB

One thing yang I tak faham adalah kenapa ada orang pemalas sangat nak taip Happy Birthday?

Bukannya kena tebang pokok atau cedok air dari perigi.

Cuma gerakkan jari dan tekan h, a, p, p, y, spacebar, b, i, r, t, h, d, a, dan y. Empat belas gerakan jari jeee pun wehh tu pun malas ke hah?

02/10/2016

tbh

Though I want this blog to have its own loyal readers, it really scares the shit out of me when people responding to what I've wrote.

Just keep scrolling and ignore my posts, please.

October twenty sixteen

1. I've ordered Detektif Conan Vol. 81 online and it costs me double than the usual. Oh well, I've been looking for it since forever kot so I guess a lil' investment won't hurt, right?

2. I loooove Pantene Pro V wuhuu it really works after like twice using it??!! I am indeed a satisfied user!!

3. My English is damn rusty I can't even have proper small talks sigh

4. I really thought I've left my fangirling self years ago UNTIL I SAW MATTHEW GOODE ON TV OH. MY.

5. Masih menunggu ni. Hopefully everything's gonna turn out okay.

Hopefully.

27/09/2016

Sedikit nasihat untuk Syuhada

Kalau kau perlu pilih sama ada nak makan burger daging double special cheese atau hadap Facebook pada pukul dua belas tengah malam, kau pilih la untuk makan burger tu.

Walaupun makan burger pada tengah malam adalah sangat tidak menyihatkan, melihat kehidupan orang lain dalam Facebok lagi berpuluh ganda bahaya.

Serius. Biar sakit fizikal, jangan sakit mental.

23/09/2016

Tolong tanyakan pada Tuhan, berapa lama lagi saya kena tunggu ni?

Syok juga jadi anak perempuan tunggal

1. In a way, I am glad I don’t have any sister. Otherwise I have to cover up when they get married later in life. & covering up at your own house is not an easy task to do.

2. Tolonglah faham nak tutup aurat ni bukan benda senang. Dengan strangers mungkin senang, tapi bila kau balik kampung? Balik rumah mertua? Stail ustazah-ustazah pula jadinya sebab kena bertudung aja depan ipar duai sepupu sepapat.

3. Benda ni bukan senang, tau tak?

4. Tapi serius, jauh di sudut hati aku, kalau bukan sebab Allah yang suruh tutup aurat, memang aku sarung t-shirt lengan pendek, jeans, dan selipar jepun je ke mana-mana.

5. Cuma sebab aku sedar aku ni hanyalah hamba, aku pun follow je lah rules and regulations walaupun dalam hatiku ini sob sob sob tak selesa.

Tentang belajar secara formal

Boleh saya berlaku jujur?

Saya tidak peduli pada kata-kata orang seperti 'gaji driver lori lagi tinggi dari gaji pelajar berijazah', atau 'orang-orang yang berjaya tidak habis sekolah pun!', atau 'jual nasi lemak lebih kaya dari pelajar berijazah', atau apa-apa sahaja yang sama waktu dengannya---

kerana saya tetap akan suka belajar, secara formal, di universiti.

Saya tahu sijil saya tidak menjanjikan wang ringgit. Semua orang patut tahu itu. Jadi tidak perlu terkejut sangat apabila gaji tidak setimpal dengan sijil yang ada di tangan.

Dan tidak perlulah bercakap seolah-olah sijil-sijil pengajian ini seperti tiada harga pula, i.e. membandingkan gaji driver lori dengan lepasan ijazah. Nak galakkan kita semua ni tak payah belajar dan kejar wang ringgit, macam tu?

Saya harap sangat masyarakat kita appreciate ilmu. Belajar bukan untuk wang ringgit tetapi untuk dapatkan ilmu. Ilmu pun pun bukan orang lain punya, milik Tuhan yang Esa juga. Melalui ilmu itulah kita dapat mendekatkan diri dengan Sang Punya Ilmu.

Adakalanya saya berdoa di dalam hati, moga-moga mereka yang sudah kaya-raya di Malaysia ini mengambil inisiatif untuk melanjutkan pelajaran tidak kiralah apa jua bidang.

Supaya masyarakat kita nampak, oh walaupun sudah berjaya, tiada salah untuk meningkatkan taraf pendidikan.

Pembelajaran di dalam kelas adalah berbeza dengan kehidupan sebenar. Dan saya merasakan manusia yang hebat adalah mereka cemerlang dalam keduanya.



ps: As much as I love to be in university, saya tetap tidak setuju dengan 'memperniagakan' ilmu. Memetik kata Ungku A. Aziz, "more universities will mean lower standards".

---

This was actually written, more or less, about a year ago. I do not know why I kept this in draft all these while?

21/09/2016

"belum rezeki"

Membelek tulisan lama, saya terjumpa ini:
Aku baru lepas baca blog notsoinred. Real life drama. Shit happens. Semoga si penulis tabah. Cerita-cerita macam ni la yang mengingatkan aku yang hidup tak selalunya indah. Masing-masing dengan bahagian masing-masing. Itu semua Tuhan punya kerja and He knows what is best for each of us.
Fokus pada ayat 'Itu semua Tuhan punya kerja'.

Hmm.
Saya ada terfikir, okay, macam ni.

Bila orang tanya (sebagai contoh) bila nak kahwin, atau bila nak dapat anak, atau soalan-soalan lain yang berskala sukar-untuk-dijawab,
jawapan paling selamat adalah: belum rezeki, Tuhan belum izin.

Adakalanya saya melihat perkara ni seolah-olah macam menjadikan Tuhan sebagai jalan keluar.
Seolah-olah kerana aturanNya lah kita belum mendapat apa yang kita rasa kita patut dapat.

Atau mungkin di antara seolah-olah menyalahkan Tuhan dan benar-benar berserah itu hanya dipisah oleh satu garis halus?

20/09/2016

That moment when

lagu-lagu P. Ramlee become so relatable.

For e.g. from Bila Larut Malam, which I classify it as a song with a kinda gloomy lyrics but a happy tone:

Ingin ku katakan
Tapi pada siapa
Purnama membisu
Embun pun membeku

And this song, also from the movie Labu dan Labi, Yang Mana Satu Idaman Kalbu, of course I'm referring to Manisah's parts which go like:

Yang mana satu idaman kalbu
Tidak tertahan menanggung rindu
Mungkinkah jauh berbatu-batu
Atau dibalik awan yang biru
Hai tukang masak aku tak sudi
Oh tukang cuci menyakitkan hati
Aku mencari biar berpadan
Asal di hati dapat berkenan

But my all time favourite would always be Malam Bulan Di Pagar Bintang; ah, asik bangat sich!

19/09/2016

Bebelan tentang status halal makanan ternakan

Before I start, let me tell you: animal feed dekat Malaysia ni bebas unsur kebinatangan (for e.g.: bone meal, fish meal, blood meal, unsur babi), so technically speaking, you should have no worries on that.

---

I have a sceptical view on so-called Islamic products.

I mean like hey I don't mind you guys wanna sell ayam muslim coklat muslim air muslim, but please, don't you ever speculate on the halal status of other products.

"Ayam ada DNA babi, coklat ada DNA babi, such and such ada DNA babi."

I am sorry folks, I am so not gonna buy that easily.

Let me be frank, Chinese people have dominated the halal industry since forever. Come on guys, Chinese are not stupid. They are aware if they wanna be millionaire in Malaysia, they need to reach Malay market, in order to get into Malay market, they need halal certification, and eventually they did. In fact, not forgetting some Malay entrepreneurs, there are some Chinese taikos who act as active players in global halal industry.

tldr; kau nak jual tu jual aje lah, tak payah nak keluar cerita zaman 1999 zaman tok kaduk pasal makanan ternakan tak halal apa semua.

Oh yes, pasal makanan ternakan tu pun satu hal. As a consumer myself, be it animal feed or pet food, I believe as long as the sources of the feed are not harmful and prepared accordingly, that's enough for me. They call it animal feed/pet food for a reason, right? It's not for human consumption anyway, so there's no need of halal certificate on any animal feed/pet food.

Kau punya ayam/kucing tu Islam mengucap dua kalimah syahadah ke sampai diorang pun kena makan makanan halal?

I always end up membebel when it comes to this topic. Sigh. Why you people like to complicate things, huh? And yes, my sceptical view stands still no matter what.

18/09/2016

Back to reality, please

Terbaca nota hari jadi orang lain. Sweet ngat ngat, but, alas, that's not for me.

No one's gonna write you a note like that, okay? Literally no one. Nada. Nil. Zero. Yilek.

16/09/2016

Hello from the other side

I am (still) torn between moving on and keeping the hope alive. Sigh.

Most of the times I am a-okay, but sometimes the memories popped up in mind yet again.

I guess maybe because it is the time of the month. The time when all the bunga-bunga yang dah layu dan mati muncul kembali.

Aku fikir aku dah sapu habis semua bunga yang dah lama layu dan mati, rupanya masih ada saki-baki yang tinggal.

Masih ada lagi yang terselit di sana-sini.

12/09/2016

The Soothing Black

Kalau nak diikutkan, apalah yang ada pada Kaabah tu, hanyalah binaan empat segi yang ditutup dengan kain hitam bersulam emas.

Tapi binaan empat segi itulah yang mampu buat kau rasa sebak, rindu, gembira, senang hati, syukur, dalam satu masa.

Belum pernah lagi aku dengar orang yang dah jejakkan kaki ke sana kata cukuplah sekali tu je tak payah pergi lagi. Mesti nak pergi lagi, nak pergi lagi.

Dah pergi sana pun apa kau buat, pusing-pusing Kaabah, berulang-alik di antara Sofa Marwa, dah la bersesak-sesak dengan ramai orang pula tu.

Sungguhpun macam tu, kenapa kita masih lagi bercita-cita nak ke sana? Duduk solat kat Malaysia je kan senang, tak payah berebut, tak bersesak, selesa pun selesa.

Mungkin itulah yang Tuhan namakan sebagai Bumi Barokah. Ikut pandangan mata kasar memang kelihatan sesak dan padat, tetapi di hati kita tetap berasa aman, tenang, dan lapang.

Salam Aidil Adha kepada semua. Moga-moga dipermudah urusan kita semua untuk menjadi tetamu Tuhan.

Taqabbal Allahu minna wa minkum.

10/09/2016

Memang payah

Dalam hidup ni memang tidak ada benda yang senang. Orang dulu-dulu kata, yang pipih tak datang melayang, yang bulat takkan datang bergolek!

Kita ni kalau boleh buat kerja biar bersungguh-sungguh, biar betul-betul. Kalau tak mahu sungguh-sungguh, ada baiknya tak usah mulakan.

Tapi sekiranya asa sudah terputus semangat sudah hilang, apa lagi yang harus aku katakan?

Selagi boleh cuba, kita cuba. Tapi bila kau rasa kau sudah lelah, percayalah, undur diri juga bukanlah satu pilihan yang salah.

---

Aku sebenarnya tengah cari Feebas ni. Sedikit sebanyak usaha aku ni membuatkan aku dapat menyelami perasaan pemancing tegar. Rasa macam nak angkat bendera putih, tapi ada sedikit api optimis yang masih menyala. 

08/09/2016

Setakat diari untuk bacaan sendiri boleh la

Pada page Tere Liye di Goodreads ada tertulis:

"Jangan mau jadi kritikus buku, tapi TIDAK pernah menulis buku."

"1000 komentar yang kita buat di dunia maya, tidak akan membuat kita naik pangkat menjadi penulis buku. Mulailah menulis buku, jangan habiskan waktu jadi komentator, mulailah jadi pelaku."

Kalau aku ikut nasihat Tere Liye ni bulat-bulat, mesti dia menyesal tak sudah dan tarik balik kata-kata dia ni. Apa kamu fikir siapa-siapa sahaja boleh tulis buku?

Macam menyanyi la, semua orang boleh menyanyi, tapi dua tiga orang je yang betul-betul power suara dia. Atau driving, memang semua orang ada lesen memandu, tapi berapa ramai yang memandu menggunakan akal yang sempurna?

Atau mungkin Tere Liye sebenarnya nak bagi kata-kata semangat kepada orang-orang yang ada bakat tapi masih belum menulis, kot?

31/08/2016

Betul ke yang dulu-dulu tu dah takde?

Semalam aku curi-curi baca blog sendiri, bermula daripada catatan terbaharu, hinggalah catatan yang pertama-tama dahulu, iaitu sekitar Julai 2009. 

Banyak sebenarnya kalau ikutkan, cuma kebanyakannya, terutama nota-nota circa 2009-2010, sudah aku simpan sebagai draft.

Rindu juga rasanya nak membebel panjang lebar macam dulu-dulu. Rupanya ada juga yang berubah walaupun secara lahirnya aku masih lagi Syuhada yang sama.

Dalam diam aku perlahan-lahan membuat undang-undang sendiri, terutama apabila aku baca blog-blog lain. Aku seakan-akan terpengaruh mahu menulis seperti mereka.

Kalau nak ikutkan aku ni bukan sejenis manusia yang suka mengikut trend, tapi bila tiba bab menulis ni apasal entah aku seolah-olah terlalu mencuba untuk menulis macam orang lain. Iyalah, aku bukannya born-writer, jika dibandingkan dengan adik aku pun, he writes better than me. And my best friend, she blogs wayyyy better. Kadang-kadang timbul rasa rendah diri tapi hati ni nak jugak menulis nak jugak berblog. 

Lantaklah kan orang lain tu orang lain la, ini blog aku, patutnya aku tulis ikut keselesaan aku la, kan? Aku nak jadi macam orang lain apahal pulak, kan? Cuba sedar diri sikettt

Lepas tu aku tengok catatan-catatan yang dulu ada jugak yang bersifat tazkirah, hahaha. Hei, dah lama kot tak ber-haha dalam penulisan? Dan banyak juga aku sentuh tentang isu-isu semasa. 

Anyway, to the old me, and the new me, also to the future me, the me now will always love you.

Hehehe. Tersenyum sendiri dah ni bila dikenang-kenang balik. Aku rasa nak check balik draft lama-lama dan nak publish balik la kemerepekan Syuhada purbakala.

Tengok, panjang ni haa. Adik aku kata takde sapa nak baca kalau panjang-panjang macam ni. Takpe, aku tahu aku ada seorang pembaca setia. Hahaha sudah semestinya diri aku sendiri. 

30/08/2016

Great minds think alike, but fools rarely differ

Saya pernah dengar, ada orang kata, minda kelas pertama bercakap tentang idea, minda kelas kedua bercakap tentang peristiwa (ada yang kata benda), dan minda kelas ketiga bercakap tentang orang.

Di zaman segalanya di hujung jari ini, semua orang, semua orang ada peluang untuk menyuarakan pendapat. Tiba-tiba sahaja semua orang punya pendapat tentang segala-galanya.

Saya tertanya juga, adakah pengkelasan minda seperti yang saya sebut di awal tadi masih relevan? Dalam komunikasi harian, sudah pasti ada masanya kita bercakap tentang idea, pada masa yang lain kita akan bercakap tentang peristiwa (dan/atau benda), dan yang pasti kita akan bercakap tentang orang---sekurang-kurangnya tentang diri sendiri.

Jadi, bagaimana pengkelasan minda tersebut dilakukan?

Bukan apa, saya seringkali merasakan lebih senang berbicara tentang hal-hal remeh, hal-hal yang lebih dekat dengan peribadi; dan selalunya ia berkait-rapat dengan orang.

Ah, mana mungkin saya mengkelaskan minda saya pada kelas ketiga!

24/08/2016

Harapan: kejahatan paling dahsyat

     Si Lelaki berpaling pergi, lantas mengingatkan Si Perempuan pada satu kisah kanak-kanak, yang menyebutkan ada seorang budak perempuan--tanpa berfikir panjang--telah membuka sebuah kotak yang diberikan Tuhan padanya, dan kemudiannya membebaskan segala jenis kejahatan dunia, kecuali Harapan, ia kekal tertinggal pada dasar kotak; lalu dia hairan mengapa Harapan turut ada di situ bersama-sama segala jenis kejahatan dunia yang lain. Selang beberapa ketika, dia mula faham tentang hal itu, dan berbisik sendiri mengapa dirinya begitu bodoh kerana tidak menyedarinya dari awal. Harapan turut ada di dalam kotak itu kerana ia juga merupakan satu kejahatan, barangkali kejahatan yang paling dahsyat, ia terlalu sarat dengan keperitan dan kesakitan, hinggakan ia tidak mampu lagi untuk keluar dari kotak yang sudah terbuka itu.

---

Original excerpt, Sharps by K. J. Parker

18/08/2016

Lewat malam

Simpan kesemua catatan sebagai draft kemudian delete mungkin boleh dianalogikan dengan perbuatan mencampakkan kesemua kenangan ke dalam api yang marak.

Cukuplah, sedarlah wahai kamu bahawa kapal itu sudah lama berlalu pergi.

17/08/2016

About a year ago:

Once, my two friends and I, were in a car, on our way to get our lunch. In the middle of our conversation on something I could hardly remember, the radio deejay finally caught our attention.

"Happy 20th anniversary to our caller and her spouse! Wow, twenty years, huh? What a milestone! Though I always thought how on earth people could stay in one relationship for such a long time. Some are even longer! Imagine waking up to the same person, every single day, wouldn't that bore you?"

We went silent, and laughed afterwards. One of my friend said the deejay was being ridiculous. Another friend suggested that of course if the couple truly love each other the word bore will never come into the picture.

Little did they know that I, as a person who never properly be in love, actually have the same thought as the deejay.



ps: both of them are now someone's wife. Semoga kekal hingga ke Syurga Abadi :)

No GO

I finally decided that it is best for me to uninstall the Pokemon GO app. As the old sayings said, ukur baju di badan sendiri, the game is actually beyond my phone's ability. As a (self-claimed) Pokemon Master, who has been playing the main franchise since 2005, it is quite devastating moment I must say. This is a feeling that a non-fandom will never understand.

On other note, thank God, the total amount of money in my bank account is now reflecting its name, Akaun Tiga Angka. Upon looking at the number, I immediately asked myself, when was the last time I bought a new book? Ah, maybe this is the time for me to go to a bookstore, browse all shelves, feed my eyes with books, and read every title written on the book spine. To me, it gives some sort of satisfaction by doing that.

Only later I heard a cry from my pocket: Maybe not. Maybe a visit to the nearby library sounds more affordable.

08/08/2016

28

Of you can't have everything in the world:

Despite of my unemployed (and jomblo) status, I think I don't have the right to complain.

I may have no money, but hey I have my family and they're irreplaceable with anything in this world.

I stay in a good house, I have my brothers who will drive me wherever I need to go (pemalas nak adjust bangku dan cermin), I have my cats that love me (at least I thought that way), I eat good food, I can play games, I can bake, I can watch my fave series, and etcetera.

So whenever the question 'How you're doing?' popped up, I couldn't say anything but Alhamdulillah life's good.

Alas, I am still at the square one!

07/08/2016

Pokemon GO

Sebenarnya tak perlu masuk rumah orang pun untuk tangkap Pokemon.

Dan Pokemon bukan semuanya binatang... ada yang based on durian (Ferroseed), ada yang based on pokok bonsai (Bonsly), dan banyak lagi contoh lain malas nak sebut bukan korang peduli pun.

Nasib baik aku takde laki takde anak lagi, boleh la GO catch 'em all puas-puas!

.

I am really afraid if God give me a good companion, aka husband lol, He will take my loved ones that I have today.

You know you can't have everything in this world, right? There must be some sort of gains and losses somehow. My family is my everything, and I couldn't afford to lose them at this moment.



31/07/2016

Pukul tiga pagi;

Di kala ini saya sedang meneman Mama menunggu kek pisangnya siap dimasak. Ah, bau kek pisang menusuk-nusuk ke hidung, harum betul baunya!

Sesi saya sudah selesai pada pukul satu pagi tadi. Pertama kali Mama membiarkan saya sendirian menguruskan hal membuat muffin, sudah tentu saya berasa berbesar hati menyambut cabaran itu. Dapatlah muffin chocolate chip dua adunan dan chocolate fudge cupcake satu adunan.


Penggera oven berbunyi, yay sudah siap! Mama sedang mengeluarkan kek-kek pisang. Kerja dilakukan dengan segera kerana sudah melepasi waktu tidur. Ini kalah kita menyambut raya, saya katakan pada Mama.

Saya duduk di sofa, sekadar meneman secara fizikal, kerana fikiran saya sedang tertumpu pada nota ini.

Tidak diragukan lagi, keberadaan saya sekarang bersama ibu tersayang adalah rezeki daripada Tuhan. Syukur :')

Dua lima puluh lima minit pagi. Lampu dipadam, masa untuk tidur!

30/07/2016

.

no more pain // whenever i think of you // though i am in wonder now  // why the thoughts of you // are still here?

Catatan petang Sabtu

1. Ternyata, menuturkan sesuatu dalam keadaan diri dipenuhi emosi adalah bukan satu tindakan bijak. Lebih teruk, ia berkemungkinan akan membawa kepada kesalahfahaman antara dua pihak. Begitu juga dengan penulisan. Biarpun dua orang sedang membaca satu ayat yang sama, kebarangkalian untuk dua orang ini untuk mempunyai tafsiran berbeza terhadap satu ayat yang dibaca tadi akan tetap ada.

2. Jauh sekali saya menidakkan kebertanggungjawaban seorang wanita terhadap penjagaan auratnya. Cuma, saya sudah jelik melihat para lelaki yang tidak henti-henti meninggalkan komen bernada sinis (juga bersifat kuning, malah ada juga yang menghukum!) terhadap wanita yang masih belum sempurna menjaga auratnya. Meskipun pada pihak wanita ada yang lalai bab auratnya, adakah itu bermakna para lelaki sudah punya lesen untuk menelek dan memerhati sesuka hati?

3. Simpanlah sifat kuning itu di dalam poket masing-masing, jangan sesekali dikeluarkan.

4. Setiap kali rasa ingin membina keluarga muncul, ia akan segera dimatikan dengan fikiran tentang jenayah seksual, salah laku pelajar yang masih muda, perangai manusia di media sosial yang semakin luar kawalan, dan entah apa isu lain yang membimbangkan. Ia akhirnya disudahkan dengan mengingati pesan Ustazah, jangan terlalu risau, tunaikan hak Allah, Allah mudahkan urusan kita.

5. Iya, baiklah.

6. Sedang cuba untuk bercakap elok-elok tanpa meninggi suara dalam apa jua keadaan.

7. Sudah bertahun-tahun berblog, perkara yang paling sukar untuk dilakukan adalah memberi tajuk. Bercakap pasal blog, bukan saya tidak mahu keluarga saya membaca blog ini, cuma ada sedikit segan dengan catatan-catatan yang bertajuk sekadar sebiji noktah itu.

8. Menaip catatan ini menggunakan laptop telah memberikan saya sedikit ruang berfikir dan meneliti sebelum menekan butang Publish; berbanding dengan menaip di aplikasi telefon pintar, catatan biasanya pantas, dan lekas-lekas sahaja diterbitkan.

28/07/2016

Ramadhan 1437

Suatu pagi dalam bulan Ramadhan, solat Jumaat di celah kampung, perjalanan ke Sunway, chef amatur memasak untuk buka puasa, dan pertama kali memakan kepah.






Moga bertemu lagi, Ramadhan!

27/07/2016

123

Satu
Pada hari Sabtu yang lalu, sejarah baru telah tercipta, saya membuat beratus-ratus begedil sempena Majlis Rumah Terbuka anjuran ibu bapa saya. Ia adalah satu penghargaan kerana Mama telah memberi kelulusan dan membiarkan saya sendirian menguruskan hal ehwal begedil. Ah, sebagai seorang amatur dalam bidang masakan, ini merupakan sesuatu yang membanggakan, sekurang-kurang pada diri saya sendiri


Dua
Dek kerana mulut ini dengan bersahaja berkata, "Nasib baik Along belum kahwin, kalau tidak mesti Along dah gemuk sekarang!"; akibatnya, dengan segera juga tangan Mama menarik telinga saya, seiring dengan "Belum kahwin tu kamu kata nasib baik?!"

Alangkah bagus kiranya perkahwinan dan kegemukan tidak over-lapping antara satu sama lain.


Tiga
Sebenarnya, loghat Perak Tengah adalah berbeza dengan apa yang seringkali ditayangkan di kaca TV. Kami tak kata, ape ke hei nye tu? Kami kata, ape ke ha nye tu! Berbanding paneh (panas) dan pandei (pandai), kami menyebutnya panah dan panda! Dan saya juga kurang gemar dengan penggunaan teman yang berlebihan. Rasanya lebih tepat lagi menggunakan awok (yang bermaksud saya) berbanding teman.

26/07/2016

Pikachu, I choose you!

1. The funniest thing when speaking about marriage is the ‘don’t be so choosy’ advice. It is your life after all, you definitely have the right to choose.

2. Masuk telinga kanan, keluarkan ia di telinga kiri.

3. Kahwin atau tidak, matlamatnya hanya satu: Syurga Abadi.

25/07/2016

Life so far

1. At this age of technology, I personally prefer to be katak bawah tempurung. Viral issues and its comments give me headache every single time. I am glad that I've terminated my Twitter account long time ago and thank God I do not have any intention to make an Instagram account. I guess I'll stick to blog and post notes that no one ever read. It is much healthier, emotionally.

2. Jomblo Happy fits me perfectly.

3. Syuhada is actually a selfish jerk who shuts the door from everyone and prefer to live in her own bubble.

4. The two ultimate goals. O Allah, make it easy for me, pretty please? But, at times, I feel ashamed asking Allah this and that, because He already shower me with countless blessings. Do I deserve more?

5. Me

Raya 2016

Raya tahun ini boleh saya klasifikasikan biasa-biasa sahaja, sana seperti tahun-tahun sebelumnya. Kami pulang ke Johor tahun ini, bermakna sudah dua tahun berturut-turut kami menyambut Raya Puasa di Johor. Ini satu perkara yang saya kagum pada ibu bapa saya: mereka saling bertolak-ansur. Iyalah, kahwin sudah bertahun, takkan soal balik raya mana pun masih sukar untuk diputuskan?

Tahun ini, buat pertama kalinya saya dan Mama tidak membeli-belah di Ipoh. Soal baju raya kami tolak dan buang jauh-jauh. Maka, pada hari raya pertama, saya memilih untuk memakai kurung cotton berbunga hijau, yang dibeli sempena majlis perkahwinan rakan saya pada bulan Mac tahun lalu.

Pada hari raya kedua, saya memakai kurung cotton berwarna kelabu gelap bercorak bunga kecil; baju ini dibeli oleh Ayah kira-kira empat tahun yang lalu. Saya hanya memakainya pada hari-hari istimewa kerana ia termasuk dalam senarai baju-baju yang saya suka.

Oh ya, oleh kerana baju kurung zaman kini berbentuk moden dan bukan sekadar berpotongan lurus, saya telah membuat percubaan memadan-suaikan baju kurung dengan jeans. Hasilnya, tidak perlu lah saya berbelanja untuk blaus baru, yeay!

19/07/2016

Jim wau dal wau ha

1. IMHO, the question 'bila nak kahwin' is totally harmless, but the look that you get when they realised you have no plan of getting married any time soon is quite offensive. "Tak tahulah, masih belum berjodoh," and a smile is a must---as its complementary.

2. So far, I only have about five cepucemas encounters which ended with bitter taste (on my side) afterwards. Most of the times, makcik makcik will be like, your time will come soon inshaAllah. Yea, I'm so damn lucky to have these kind of makciks.

3. Disclaimer: when I said makcik, it actually refers to makcik who has no blood relation with me, for e.g. neighbours.

4. If you know me, you wouldn't be so surprised why I still have no special someone.

5. Oh my, four points about marriage? Let's talk about something else, okay? 

14/07/2016

Ten

1. Reading between the lines; one's interpretation on a writing will depend on his/her worldview.

2. How to classify myself: a girl or a woman? The former sounds incorrect age-wise; but, will the latter fit me best?

3. Anyone else feels annoyed with all the raya edition (Malay) dramas or is it just me? Blerghh

4. As long as people do not know my age, the cepucemas session will totally out of sight. Thank God for my kurang-inci-height.

5. My sincere condolences to Julia and Teah. Saya doakan kalian berhimpun bersama kesayangan kalian di Syurga kelak.

6. The clock is ticking//when our time is up//will we be ready

7. "Buat baik orang ingat, buat jahat lagi orang ingat. Baiklah berbuat baik, tak rugi apa pun," kata-kata nasihat seorang kakak kepada adiknya.

8. Pada suatu hari hati saya terdetik, adakah kucing-kucing saya gembira tinggal di rumah ini? Saya harap mereka gembira

9. The Unseeable: literally it's a story full of ghost! The Patience Stone: I hope that's not real! Dilwale: so overrated, blergh. Bajrangi Bhaijan: at least better than Dilwale.

10. Awww that's so sweet until I realised it was originally from one of Mariah Carey's songs. But I liked it anyway. Except it wasn't for me at the first place, alas!

01/07/2016

Can't help I'm falling


The sweetest scene in the movie. Look at the eye contact between Ed and Lorraine, schwit sangat oke. To me, it was, indeed, executed beautifully.

This also reminds me how I met the Fly Me to the Moon song, which happened while I'm watching Robocop long ago. It became one of my fave jiwang songs ever since. And, only then I realised this song is actually played, instrumentally, in one of P. Ramlee's movies; I can't remember which one, though. Here is the scene from Robocop:


Alahai bila nak ada boifren ni woi

26/06/2016

A bit exaggerating, though

I have a rage inside but it dies quickly and i just don't care and i don't feel like to explain anything because you're not listening anyway

Hopefully we can now live in peace since a war has been avoided

22/06/2016

A concept: wat lek wat pis

Uno
Guess how we spent the fifteenth of Ramadan? By watching The Conjuring 2 at ten p.m.!! If you're a big fan of horror movie, you gotta watch it like right now!! It has a blend of horror, husband-wife relationship, and family bonding, and spirit of neighbourhood! Okay I might be exaggerating but hell yeah it worth every penny! Lagipun my brother yang belanja... biasalah kalau movie outing dengan adik-beradik lelaki memang cerita hantu la jawabnya.


Dos
The price to pay after being viral is more expensive than the luxurious dinner itself... so better be careful with what you posted online!!


Tres
And I commented on a Facebook status today. It was a status posted by Department of Veterinary Services, saying that there's no need to worry about the ingredients of animal feed; to which I liked, and replied: "Tiada keperluan untuk meletak tanda halal pada makanan haiwan, cukup sekadar diketahui dan dipastikan ia bersih dan bebas dari sumber berunsur najis dan unsur berbahaya. Lagipun, kefarduan mencari yang halal hanyalah pada yang Muslim, bukan pada haiwan!"

16/06/2016

28

16062016 16:28

What is my purpose of living?

To make myself happy? How? By earning money? Getting the dream job I always wanted to have? Or simply baking tonnes of cookies?

Have I made people around me happy? How? By realising their expectations? Should I care about their expectations? Or should I simply be the ears that listen?

Am I happy now? Do I need more? What more that I need, then?

Dear self, what more that you need? And most importantly, have you work on it?

30/05/2016

Not much

1. Was about to publish a (different) post but my grammar nazi side said no. A big no because on the grammar-wise, that post is a total rubbish.

2. Also, was about to enter a translating project, but I end up not participating because I missed the deadline. Sigh. It just so unprofessional if I submit past the deadline, so yeah, I simply abort the mission.

3. And still considering whether to join a book review contest or not. To me, the most attractive prize is actually the saguhati one, which is a FREE BOOK! The main prizes are latest gadgets bla bla bla. I am not a gadget nerd, so I don't really bother. Unless they're offering cash prizes then yeah I'm all in! $$$

23/05/2016

Personal

Some posts are very personal in nature, but drafts that are yet to be posted, or in some cases they won't be posted at all, are far more personal.

There are things that you need to keep only with yourself, right?

But, at times, you just lose interest. Or the feelings are no longer there. The excitement has died.

So, cheers to all my posts in draft!

22/05/2016

Gaya bercerita

Tak fahamnya macam mana orang boleh bercerita tentang cerita yang sama berjuta kali dengan perasaan keterujaan yang sama setiap kali.

Saya bukanlah manusia sebegitu. Keterujaan saya biasanya bersifat sementara sahaja.

21/05/2016

.

That moment when you compare everyone you met with that one person.
That. One. Person.
That one person who no longer exists in your life.
Oh, well...

18/05/2016

Tentang Berjalan dan Menulis

#PERADUAN ULAS BUKU ITBM DI FACEBOOK/BLOG

Judul Buku: D.U.B.L.I.N.
Karya: Wan Nor Azriq
Tajuk Ulasan: Tentang Berjalan dan Menulis

Jalan ceritanya mudah: Encik H perlu menyampaikan sebuah ucapan di kedutaan Ireland berkenaan novel terbaharunya (yang bertajuk D.U.B.L.I.N.), akan tetapi Encik H memilih untuk membaca diarinya. Encik H memilih untuk bercerita tentang tradisi berjalan kaki di kalangan penulis termasyhur; memandangkan Encik H juga seorang penulis yang gemar berjalan kaki.

Di dalam diarinya, ia mempunyai tiga sudut pandang. Pertama, sudut pandang Encik H sendiri, kedua adalah dari si narator, dan ketiga adalah dari pembantu Encik H, Anita. Tidak lupa juga nota kaki yang merupakan petikan novel D.U.B.L.I.N. karya Encik H.

Pemain utama dalam novel ini sudah tentunya Encik H, iaitu seorang penulis tua yang hidup sendirian. Diari Encik H membawa saya ke minda seorang penulis, yang mana saya ditemukan dengan sejumlah penulis termasyhur. Saya terpaksa menambah hampir seratus lagi nota kaki untuk rujukan sendiri dek kerana ingin tahu siapa gerangan yang disebut oleh Encik H. Sebenarnya, nama-nama yang disebut Encik H itu sekadar menjadi penguat cerita sahaja. Sekiranya nama-nama itu dipotong, maka kosonglah diari Encik H. Kebanyakannya menyentuh tentang tradisi berjalan, namun ada juga terselit perbualan Encik H dengan manusia lain, dan perihal Encik H yang memerah idea untuk novelnya.

Pada sisi Anita pula, ia sedikit sebanyak membantu pembaca mengenal Encik H dari kaca mata orang lain. Ada juga terselit kisah rumahtangganya dengan Nazim. Terselit juga ideologi-ideologi Nazim, yang dipamerkan melalui fikiran Anita.

Bagi memperkuatkan kedua-dua watak, penulis ada juga menyelitkan sudut pandang dari si narator. Tugas narator dalam cerita ini adalah untuk mencantumkan cerita dari sisi Encik H dan dari sisi Anita.

Secara keseluruhan, novel ini menyelami fikiran seorang penulis, yang juga manusia biasa. Fikiran yang terlalu banyak simpang, yang adakalanya tersasar, tetapi akhirnya tetap selari dengan tujuan asal.

Pada penghujungnya, saya sedikit beremosi. Setelah sebati dengan pemikiran Encik H, akhirnya saya terpaksa keluar dari fikirannya. Cara saya menafsir penghujung cerita ini juga agak berbeza pada kali pertama dan kali kedua pembacaan. Ya, saya sudah membacanya dua kali. :)

Akhir kata, ayuh, kita berjalan, berjalan dan kemudiannya menulis!

iii

Satu: Tudung
Sejak De Papilio dah tak berapa aktif kebelakangan tahun ini, saya jadi bertambah cerewet dalam soal membeli tudung. Itu hari ada jugalah beli tiga pasang tudung bawal ruffle, sebab memikirkan tudung yang hado tu dah makan tahun, tapi I end up frustrated sebab tudung tu jarang!!! Patutkah saya berhijrah ke shawl instant? Tapi tudung empat segi juga tetap di hati.

Dua: Lelaki
Ada sesetengah lelaki seakan-akan tidak suka apabila ada perempuan yang memberikan idea ketika berpersatuan. Hampir kesemua lelaki sebegini biasanya isteri mereka duduk di rumah dan tidak campur hal-hal persatuan. Mengapa? Kelelakian tercabar, atau apa?

Tiga: Tudung dan lelaki
Saya paling tidak suka apabila perempuan diperkotak-katikkan hanya kerana dia tidak bertudung. Hanya pandai menghukum orang, tetapi lupa pada suruhan menjaga pandangan.

16/05/2016

Akan Tiba

One of my all-time favourites. Since 2008.


26/04/2016

Bila April ii

1. The fact that death can come anytime soon, scares me. Rasa macam nak bentang sejadah dan solat banyak-banyak.

2. Menangis juga bila dapat tahu rancangan asal adalah berjumpa di Kenny Rogers Roasters. Syukur kepada Tuhan akhirnya ditukar ke tempat lain yang lebih affordable.

3. Sebagai seorang penganggur, saya tidak punya duit berkepuk untuk makan di kedai mahal-mahal.

4. Apapun, perjumpaan satu-jam-lebih kami amatlah berbaloi, alhamdulillah. :)

5. Konsep perkahwinan yang masih saya tidak boleh hadam: hidup dengan seorang lelaki lain yang mempunyai latar belakang berbeza? Serumah pula tu? In fact, sebantal? Like, seriously?

6. Toleransi, saling berbincang, dan salah seorang kena mengalah. Itu yang sahabat saya nasihatkan. Dan, “kau jangan takut sangat, boleh tak?”

7. Twenty eight years and counting, mak pak saya jaga saya dengan tip top, tahu? Tiba-tiba kena hidup dengan orang lain...

8. Tapi, tbh, saya pernah jumpa orang sama wavelength dengan saya. Cumanya saya tidak pasti sama ada Tuhan ada rancang apa-apa untuk kami ataupun tidak?

9. Macam sedih juga rasa dia sebenarnya. But, still, I’m looking forward what’s in store for meee

10. Best tahu tekan huruf yang sama banyak-banyak kali. Like, weeeeee

20/04/2016

Sharnaz Ahmad

1. Sharnaz Ahmad takde rasa nak termuntah ke bila baca skrip drama cinta yang dia kena lakonkan?

2. Advice dari my brothers: orang lelaki ni depan perempuan je baik, kalau dengan member-member semua jadi shaiton.

3. Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan saya tiga orang adik lelaki. Pembuli di rumah, tapi bila kat luar they won't let anyone else buli kakak diorang ni.

4. Hang pi mana hang pi mana hang pi mana hang pi mana hang pi mana hang pi mana hang pi mana hang pi mana hang pi mana hang pi mana hang pi mana hang pi mana hang pi manaaa

5. Saya perlu ambil buku dan baca!!!

6. Kalau saya banyak duit memang saya bela semua ucing-ucing yang ada di rumah ini. Yes, ucing-ucing.

7. Dua permohonan saya pada Tuhan masih dalam reviewing process. Atau mungkin juga kerana saya pemohon yang tiada kesungguhan; sebab itu masih tiada jawapan.

05/04/2016

Bila April

1. It's April and it's time for the Bila April song!!!

2. What's with the exclamation marks, though?

3. Gonna miss my weekly doses of Nasi Lemak Kopi O. Till next year, inshaallah.

4. While discussing about hantaran and stuff, I said to my Mom, main Pokemon lagi senang!!!

5. Read number 2.

6. And don't get me wrong, I'm not getting married any time soon. It was a mere discussion between a daughter and her mom.

7. ASDFGHJKL!!!

8. Yes, three exclamation marks are needed to express the excitement.

9. Engkorang kalau tak mampu bawa helikopter, tak mampu bawa bot, tak mampu bawa kereta pintu-buka-ke-atas; tak usah mimpi nak pakai tudung Aidijuma, oke?

10. Orang yang buat lirik lagu ni tak check ke perkataan yang diorang pakai? Sebagai contoh, sakit yang kudamba, sejak bila orang mendambakan kesakitan? Kalau mendambakan kasih sayang, atau kebahagiaan, atau kekayaan, iya jugak.

11. Atau saya yang pekak dan salah dengar lirik?

12. I don't know why but Youtube keep recommending me the video on 'Inducing Labour'. Heck!

13. Soalan: Macam mana orang boleh buat karangan panjang-panjang berjela-jela dekat WhatsApp?

14. If it is not an iPhone, it is not an iPhone!!!

15. Ran out of ideas... So, yeah. That's all, folks!

27/03/2016

28

(Nota untuk tahun ke-28 kita tangguh dahulu)

23/03/2016

Of writings

As much as I wanna stop writing, I actually couldn't.
How am I suppose to live without venting in this blog?
This is the only place that I am comfortable to talk about me.
Whilst having a real life conversation, I seldom talk about me.
In fact, I will avoid making myself as the main topic of the conversation.
I feel discourage every time people talk about me, with me.
I flatter much.
I don't have any tales to tell.
By having this special space, I, at least, could speak at ease.
Or, write at ease, I must say.
I love how every write-up brings a rush of feelings to myself.
I remember every sweet and bitterness in each word.
I simply enjoy it.
Speaking through letters.
Drawing images using sentences.
It will be like a picture album, but displayed in words.

.

That moment when that someone mistook a couple of swans for a couple of ducks. Swan dengan itik jauh beza kot...



And I still remember the hysterical laugh I had afterwards.

No tales to tell

Kemungkinan besar socialising skill sudah jatuh teruk hingga ke paras negatif. Adakalanya timbul rasa mahu unsubscribe diri sendiri dari segala circle yang pernah terbina dahulu. Tukar nombor lain. Delete aplikasi WhatsApp. Selfish much? Yep. But would I really do that? Apparently nope. I still have my sanity intact lol. To tell you the truth, I actually hate the catching-up process.

Like, kau dah kerja? Bila nak ada boyfriend? Habis tu duduk rumah je? Apa plan lepas ni?

omg

22/03/2016

The luxurious life

Spent my day browsing the life of 'cool-kids-in-town' at their YouTube and Instagram accounts.

They’re absolutely gorgeous, I must admit, despite of their young age (early twenties and teens even!). Their make up skill are so out of this world, err... I mean my world. :p

They've a drawer just for dozens of lipsticks, a drawer just for foundation concealer whatever, another drawer just for eye liner eye shadow bronzer and such, phew! A drawer for each of it, just imagine that! And the brands are Marc Jacobs, MAC, and those other brands which I’m not familiar with but I know each of it would cost a bunch!

Looking at my room, don’t have any drawer, and I just have a bottle of Rexona, two bottles of Johnson’s Baby Powder (satu tu dah habis sebenarnya), a bottle of Clean & Clear Moisturizer, and yeah that’s it.

I am far from complaining, I am truly happy for what I have alhamdulillah, but, y'know some people are so freaking rich and you’ll be like whoaa.

So yeah… the fact that we're having a very, very different kind of life is just... mind-blowing (?)

Because I didn't know such life exists.

18/03/2016

.

Have you ever wonder where did you get all the positive vibes to march on? You did a great job, indeed. And your future self’s gonna be thankful for that. Live the life of no regrets. Smile and let’s move forward!

17/03/2016

Among other things

1. Sudden realisation: I'm (almost) twenty eight and my eyes still fabulous! Yay to that!

2. Did you guys watch 'The Little Couple' series? It has a mix of love stories, child rearing, families, career, and it's real. Watching it makes me wanna have my own family; and that is kinda surreal feelings, though. I mean like, me, having my own family? Whoa 

3. Remember Si Gebu? She gave birth to the third batch of kittens. Not four, but five little cuties! I really pray that God will bless us because otherwise we're feeding them for nothing!

4. I guess it's time to accept the fact that Cindy is gone, forever. But I dreamed of her last night. Yep cats do affect me that much.

5. I will never grow out of Pokemon and Detective Conan. I grow up WITH them.

6. I don't do Instagram and I'm proud of it!!! Imagine how much time will be wasted if I do so.

7. And hey, twenty eight is actually not that old!

15/03/2016

Kepada Syarikat Penerbitan Tora Aman Malaysia,

Ketahuilah bahawa sesungguhnya peminat Detektif Conan masih wujud di Malaysia ini. Saya percaya masih ramai yang menantikan Volume 81 yang sudah pun diterbitkan di Jepun sejak tahun 2014 lagi. Terbitan terakhir (Volume 80) di Malaysia adalah pada Jun 2015, sudah begitu lama kami menanti. Dan membaca online bukanlah pilihan kami. Dahulu, kekerapan terbitan adalah beberapa bulan sekali; apakah kini kekerapan terbitan dikurangkan hingga setahun sekali? Perkara ini sangat menyedihkan.

Yang setia menanti,
Peminat Detektif Conan

09/03/2016

Bencana WhatsApp

YA TUHANKU AKU MOHON JAUHKAN KITA SEMUA DARI BENCANA WHATSAPP!!

Malam tadi ada terbaca one of my fave blogs masa zaman kegemilangan blogger dahulu kala. Salah satu post dia, dia cerita pasal hal-hal group WhatsApp. Group zaman sekolah. Masing-masing dah beranak-pinak, ada juga yang kembali 'bujang'. Maka berlakulah tragedi sayang-menyayang antara suami orang dan isteri orang.

Rasa ngeri dan seram sangat membacanya. Kisah laki bini bercerai sebab Facebook dah berlaku dekat kawasan kejiranan saya beberapa tahun lepas.

Haishhh.

Tahu tak di antara lelaki ngan perempuan di tengah-tengahnya ada shaiton?! Tak payah nak banyak alasan! Kawan lama lah, bertanya khabar lah, semua itu BS! As for me, group member yang banyak-banyak (tiga je pun) tu boleh pergi mereput, memang idok ler nak cakap apape di dalam itu. Pernah juga ada seseorang ini menyeru nama saya, huh, saya buat nohen aje! Nak kata sombong pun katalah, tak berkudis walau sedikit. Lainlah jumpa di tepi jalan, mungkin boleh bertegur-sapa, itu pun kalau kawan perempuan! Kawan lelaki, sorry, most probably saya akan mengelak dan buat tidak nampak...

Tensyennya! Serius mohon Tuhan jauhkan kita semua dari dugaan semacam itu. Takut sangat...

07/03/2016

.

Ada satu nama---






yang masih tidak terpadam

05/03/2016

A week (or so) in review

Muffin comel dan sedap, nasi lemak sambal sotong Mama, trip to UTC Ipoh, luncheon at Kapitan Falim, & two nights trip to Shah Alam.

03/03/2016

.

Be it storm or tornado, we, family, will always stick together.

01/03/2016

Status update:

01032016 14:56

Saya sedang mereput di klinik. Hingga saat ini, proses pereputan sudah mengambil masa satu jam.

22/02/2016

At times:

Masalahnya bila tiada boifren ni tiadalah siapa untuk dikacau hai you sedang buat apa tuuu dah makan ke belum bizi keee.

Maka, kacau sajalah adik beradik yang ada memandangkan rakan sebaya pun sudah beranak pinak; malahan, tuan punya badan pun bukanlah seorang yang suka bertanya khabar sini sana.

Panjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana diri ini tidak terjerumus ke kancah percintaan yang entah apa penghujungnya itu.

.

Malam ini adalah di antara malam yang aku mahu katakan pada kamu,

Jom kita lepak dekat luar rumah kita renung Bulan sama-sama

Bulan akan jadi saksi pada perbualan kita tentang ideologi-ideologi kehidupan, tentang makanan atau cerita atau warna kegemaran, tentang cita-cita dan harapan, tentang politik negara, tentang masa depan dan masa lampau, atau apa-apa sahaja topik yang terlintas di kepala.

Jom?

18/02/2016

Buletin Utama and other things

I am actually afraid that I write too much, but who cares, here I am updating my blog.

One 
Since I'm not a fan of mainstream social medias, how do I get myself updated with local issues and such? Yeah, you guess that right: Buletin Utama, obviously! Did you guys know there's a tree, which aged hundred of years, will be cut down due to road construction? And I was like what the fuss is all about? Why did the tree is so important until it get itself covered in the prime time news? Later, I found it was in Penang, then I understood what the fuss is all about.


Two
A so-called playboy with no appearance of playboy, at all. At least in my point of view, though! The casts don't even have chemistry with each other. Yep, caught myself watching Malay drama. Blame it on my Mom, haha!


Three
How I wish puberty didn't hit me fifteen years ago; now I have to deal with its biological consequences, sigh. They say 'get married, or die fasting', I guess the latter is more feasible at the time being lol


Oke tu je bye. Stay blessed!

08/02/2016

Heard too much

Hal-hal mengandung, bersalin, dan keguguran, gurauan orang yang sudah bernikah, 'bilik berkat';

Kadang-kadang macam tak reti pulak nak letak muka dekat mana bila dengar hal-hal orang dah menikah ni.

Hello pakcik dan makcik abang dan kakak, di sini ada budak belum cukup umur, tau?

06/02/2016

Kun fayakun

Kalau Tuhan kata belum ajal, bagilah sejuta penumbuk pun kau tetap tidak akan mati.

Kalau Tuhan kata belum jodoh, datanglah sejuta lelaki pun kau tetap tidak akan kahwin.

Kan? Habis tu adakah kau kena duduk diam-diam je sambil tunggu semua tu datang bergolek?

Pun tidak juga. Perlu usaha. Doa. Tawakal.

Cepat atau lambat, pandailah Yang Di Atas tu uruskan.

03/02/2016

Thoughts collection

1. In case you didn't know, I am the number one fan of my own blog. Haha! That's why I couldn't stop writing because if I did, my number one fan will be frustrated.

2. I wish we've met earlier.

3.

4. Cindy still not home after weeks. God knows how much I miss her. She's the easiest cat to look after. *BRB crying*

5. Though I am a nostalgic person, I would definitely not wanting to live in the past, ever again. No way. To reminiscing past is a yes, but to live those roads again is a big no.

6. I'm glad that my Mom is happy after I submitted the hardbound copy of my dissertation. That's unexpected. I mean, I never thought it would mean that much to her. :')

7. What's in your mind?

Two states

00:07

Dear diary,

What a day! In the train at 0740 am, heading to KL Sentral, arrived at 1000 am. Took an LRT from KL Sentral to Gombak, then went to beloved Garden of Knowledge and Virtue by RapidKL bus.

At 1100 am I safely arrived at Madam's office. Collect signatures, submit the hardbound copy (yeay!!!) yada yada fast forward to 1630 pm I'm back in the bus, went to LRT Gombak again, head to KL Sentral, rushed to ATM and managed to buy a ticket heading home.

It was 1750 pm at that moment. Decided to go to NU Sentral, with an intention to bring The Death Cure home but looking at the price tag whooops later dear book, later.

Went to the toilet okay it's 1833. What the fish??!! MY TICKET IS AT 1835 THE TRAIN'S GONNA DEPART SOON I rushed as fast as I could from NU Sentral to the ETS Platform. The gate is almost closed and I was like EXCUSE ME WAIT FOR MEE and then the guard checked my ticket, turned on his walkie talkie: There's one more person, a female, please wait.

Oh. My. God. Subhanallah alhamdulillah.

I ran towards the train and I saw the train is still there thank God phew worth my every sweat (otherwise I would lose my RM34!) Safely arrived at my beloved hometown at 2050 pm, told my brother that the delay is all due to me, heh.

And now I'm typing a blogpost. In the train, I managed to finish Penumbra's 24 Hours Bookstore, which I've started reading since Oct last year. It took ages to finish the book! That book is like a person who I don't like but I need to be with the person anyway---isn't that annoying? Blergh. Oke lah, it's 00:32 let's go to sleep, shall we?

Last but not least, be it good or bad, let's enjoy the ride!

31/01/2016

lkjhgfdsa

A question: How did I miss the updates from Premis Pesimis?

26/01/2016

An appreciation post: Bloggers around the world

Thank you to those who keeps their blog updated even we're now in the age of facebook instagram and twitter. You guys are truly an inspiration.

Cheers!

23/01/2016

.

Isn’t it funny
 how does something
 could stay in our head
 much longer
 than its stay in our real life.

On second thought
 it ain't funny
 it is actually painful.

20/01/2016

.

Adakalanya hati ini tertanya juga pada Kuasa Yang Mengatur Segala, bilakah agaknya penantian maha hebat ini akan berakhir? Boleh saya fast forward ke zaman semua ini selesai?
.
.
.

Baiklah, saya akan terus bertabah di Fasa Menunggu.

19/01/2016

Because everyone deserves a new leaf,

and so does my blog, 

almost all posts dated back in 2009-2010 have been reverted to draft.


And, hey, thank you for staying for so long :)

16/01/2016

Hiburan

1. I'm not amused by Meran Fans. Also Rashid, Samad, Bill, Minah, so on and so forth.

2. Trust me, I'm a #mudahterhibur type of person, but when it comes to all of the above, tak terhibur langsung!

3. "Jack of all trades, master of none. Though oftentimes better than master of one!"

4. Looking good for 2016 reading challenge! So far I've read Creatures Such As We (an interactive novel, you can find it on Google Play or whatever that apps for iPhone) and For One More Day by Mitch Albom.

5. Why I still didn't come across with rerun of Downton Abbey Christmas Special? Lady Mary and Henry Talbot FTW!

11/01/2016

.

When will I get my life all sorted?

10/01/2016

I always wanted to say this:

Malay dramas are (usually) full of BS.

09/01/2016

.

Adakah perempuan yang lambat kahwin ini satu masalah?

Kalau saya ni lelaki, dengan umur 28 tahun, adakah orang akan sibuk-sibuk tanya bila nak kahwin?

Tapi yang paling tidak bestnya, soalan pasal kahwin ni datang dari orang yang lapan belas tahun sekali baru jumpa.

Orang yang betul-betul kenal saya biasanya akan menganggap saya masih muda dan belum sampai umur untuk kahwin.

Jadi anak je kan senang. Buat apa nak payah-payah jadi mak, jadi bini orang, jadi menantu; ya Tuhan, komitmen, faham tak komitmen!

06/01/2016

UIA: 4-6 Jan '16

1. I think the process of getting approval for the hardbound copy of my thesis is ten times more stress compared to the writing phase. Even my viva didn’t give me this much of stress! (Rasa macam nak letak tanda seru banyak-banyak)

2. And at times, I feel guilty for complaining this and that sedangkan Tuhan bagi banyak lagi benda-benda positif yang lain.

3. Hari ini makan mi goreng mamak order di kedai mamak tapi tukang masak dia Indonesian. Dah la Indonesian, perempuan pulak tu! Scene perempuan-bekerja-di-kedai-mamak ni bagi saya adalah satu dalam sejuta baru jumpa. Perumpamaan je tu, tak usah kau orang percaya sangat statistik yang bukan dalam academik paper ni. :p

4. Terpaksa buat correction berkali-kali. Pasal font yang di-bold-kan, pasal link pada references yang ada underline, pasal tajuk yang sepatutnya di atas, pasal tabulated list of correction yang tidak mengikut spesifikasi. Puncanya? Saya terlepas pandang, rupanya ada Thesis Manual yang baru di update pada Disember 2015. Semasa saya sibuk writing pada pertengahan tahun 2015, saya follow Thesis Manual tahun 2009. Nak bengang lebih-lebih pun tak boleh pasal sendiri punya salah.

5. "Eh you ada lagi di sini, I ingat you dah settle," kata my supervisor. Yesss, madam saya ada lagi di sini---terus meluahkan perasaan pada supervisor. In a way, I really appreciate my old self for choosing her as supervisor. You have, indeed, made the right decision. :)

Okelah tu je bye.

05/01/2016

Ular sawa in disguise

Si Miki dan Si Cindy

Dugaan

Memandangkan Tuhan menduga saya dengan jodoh yang (secara relatifnya) lewat berbanding orang lain, saya harap Tuhan tidak menduga saya untuk hidup berjauhan dengan sang suami apabila berjodoh nanti.

#sisberharap #pray4me #lol

03/01/2016

Blind date

Apabila mamak itu bertanyakan apa yang ingin dipesan, lelaki itu menjawab:
Minum you bagi saya teh tarik kurang manis, buih lebih. Makan pula, saya mahu nasi goreng USA, tapi you letak telur mata tu dekat pinggan lain, kasi kurang minyak, lepas tu dia punya lauk daging you letak tepi nasi jangan letak tengah. Oh ya, saya mahu air kosong segelas.
Setelah sesi bertemu empat mata selesai, kami masuk ke kereta masing-masing. Segera saya katakan pada rakan saya, "Aku harap kau tidak ada niat untuk serius dengan lelaki tadi."