30/05/2016

Not much

1. Was about to publish a (different) post but my grammar nazi side said no. A big no because on the grammar-wise, that post is a total rubbish.

2. Also, was about to enter a translating project, but I end up not participating because I missed the deadline. Sigh. It just so unprofessional if I submit past the deadline, so yeah, I simply abort the mission.

3. And still considering whether to join a book review contest or not. To me, the most attractive prize is actually the saguhati one, which is a FREE BOOK! The main prizes are latest gadgets bla bla bla. I am not a gadget nerd, so I don't really bother. Unless they're offering cash prizes then yeah I'm all in! $$$

23/05/2016

Personal

Some posts are very personal in nature, but drafts that are yet to be posted, or in some cases they won't be posted at all, are far more personal.

There are things that you need to keep only with yourself, right?

But, at times, you just lose interest. Or the feelings are no longer there. The excitement has died.

So, cheers to all my posts in draft!

22/05/2016

Gaya bercerita

Tak fahamnya macam mana orang boleh bercerita tentang cerita yang sama berjuta kali dengan perasaan keterujaan yang sama setiap kali.

Saya bukanlah manusia sebegitu. Keterujaan saya biasanya bersifat sementara sahaja.

21/05/2016

.

That moment when you compare everyone you met with that one person.
That. One. Person.
That one person who no longer exists in your life.
Oh, well...

18/05/2016

Tentang Berjalan dan Menulis

#PERADUAN ULAS BUKU ITBM DI FACEBOOK/BLOG

Judul Buku: D.U.B.L.I.N.
Karya: Wan Nor Azriq
Tajuk Ulasan: Tentang Berjalan dan Menulis

Jalan ceritanya mudah: Encik H perlu menyampaikan sebuah ucapan di kedutaan Ireland berkenaan novel terbaharunya (yang bertajuk D.U.B.L.I.N.), akan tetapi Encik H memilih untuk membaca diarinya. Encik H memilih untuk bercerita tentang tradisi berjalan kaki di kalangan penulis termasyhur; memandangkan Encik H juga seorang penulis yang gemar berjalan kaki.

Di dalam diarinya, ia mempunyai tiga sudut pandang. Pertama, sudut pandang Encik H sendiri, kedua adalah dari si narator, dan ketiga adalah dari pembantu Encik H, Anita. Tidak lupa juga nota kaki yang merupakan petikan novel D.U.B.L.I.N. karya Encik H.

Pemain utama dalam novel ini sudah tentunya Encik H, iaitu seorang penulis tua yang hidup sendirian. Diari Encik H membawa saya ke minda seorang penulis, yang mana saya ditemukan dengan sejumlah penulis termasyhur. Saya terpaksa menambah hampir seratus lagi nota kaki untuk rujukan sendiri dek kerana ingin tahu siapa gerangan yang disebut oleh Encik H. Sebenarnya, nama-nama yang disebut Encik H itu sekadar menjadi penguat cerita sahaja. Sekiranya nama-nama itu dipotong, maka kosonglah diari Encik H. Kebanyakannya menyentuh tentang tradisi berjalan, namun ada juga terselit perbualan Encik H dengan manusia lain, dan perihal Encik H yang memerah idea untuk novelnya.

Pada sisi Anita pula, ia sedikit sebanyak membantu pembaca mengenal Encik H dari kaca mata orang lain. Ada juga terselit kisah rumahtangganya dengan Nazim. Terselit juga ideologi-ideologi Nazim, yang dipamerkan melalui fikiran Anita.

Bagi memperkuatkan kedua-dua watak, penulis ada juga menyelitkan sudut pandang dari si narator. Tugas narator dalam cerita ini adalah untuk mencantumkan cerita dari sisi Encik H dan dari sisi Anita.

Secara keseluruhan, novel ini menyelami fikiran seorang penulis, yang juga manusia biasa. Fikiran yang terlalu banyak simpang, yang adakalanya tersasar, tetapi akhirnya tetap selari dengan tujuan asal.

Pada penghujungnya, saya sedikit beremosi. Setelah sebati dengan pemikiran Encik H, akhirnya saya terpaksa keluar dari fikirannya. Cara saya menafsir penghujung cerita ini juga agak berbeza pada kali pertama dan kali kedua pembacaan. Ya, saya sudah membacanya dua kali. :)

Akhir kata, ayuh, kita berjalan, berjalan dan kemudiannya menulis!

iii

Satu: Tudung
Sejak De Papilio dah tak berapa aktif kebelakangan tahun ini, saya jadi bertambah cerewet dalam soal membeli tudung. Itu hari ada jugalah beli tiga pasang tudung bawal ruffle, sebab memikirkan tudung yang hado tu dah makan tahun, tapi I end up frustrated sebab tudung tu jarang!!! Patutkah saya berhijrah ke shawl instant? Tapi tudung empat segi juga tetap di hati.

Dua: Lelaki
Ada sesetengah lelaki seakan-akan tidak suka apabila ada perempuan yang memberikan idea ketika berpersatuan. Hampir kesemua lelaki sebegini biasanya isteri mereka duduk di rumah dan tidak campur hal-hal persatuan. Mengapa? Kelelakian tercabar, atau apa?

Tiga: Tudung dan lelaki
Saya paling tidak suka apabila perempuan diperkotak-katikkan hanya kerana dia tidak bertudung. Hanya pandai menghukum orang, tetapi lupa pada suruhan menjaga pandangan.

16/05/2016

Akan Tiba

One of my all-time favourites. Since 2008.