31/07/2016

Pukul tiga pagi;

Di kala ini saya sedang meneman Mama menunggu kek pisangnya siap dimasak. Ah, bau kek pisang menusuk-nusuk ke hidung, harum betul baunya!

Sesi saya sudah selesai pada pukul satu pagi tadi. Pertama kali Mama membiarkan saya sendirian menguruskan hal membuat muffin, sudah tentu saya berasa berbesar hati menyambut cabaran itu. Dapatlah muffin chocolate chip dua adunan dan chocolate fudge cupcake satu adunan.


Penggera oven berbunyi, yay sudah siap! Mama sedang mengeluarkan kek-kek pisang. Kerja dilakukan dengan segera kerana sudah melepasi waktu tidur. Ini kalah kita menyambut raya, saya katakan pada Mama.

Saya duduk di sofa, sekadar meneman secara fizikal, kerana fikiran saya sedang tertumpu pada nota ini.

Tidak diragukan lagi, keberadaan saya sekarang bersama ibu tersayang adalah rezeki daripada Tuhan. Syukur :')

Dua lima puluh lima minit pagi. Lampu dipadam, masa untuk tidur!

30/07/2016

.

no more pain // whenever i think of you // though i am in wonder now  // why the thoughts of you // are still here?

Catatan petang Sabtu

1. Ternyata, menuturkan sesuatu dalam keadaan diri dipenuhi emosi adalah bukan satu tindakan bijak. Lebih teruk, ia berkemungkinan akan membawa kepada kesalahfahaman antara dua pihak. Begitu juga dengan penulisan. Biarpun dua orang sedang membaca satu ayat yang sama, kebarangkalian untuk dua orang ini untuk mempunyai tafsiran berbeza terhadap satu ayat yang dibaca tadi akan tetap ada.

2. Jauh sekali saya menidakkan kebertanggungjawaban seorang wanita terhadap penjagaan auratnya. Cuma, saya sudah jelik melihat para lelaki yang tidak henti-henti meninggalkan komen bernada sinis (juga bersifat kuning, malah ada juga yang menghukum!) terhadap wanita yang masih belum sempurna menjaga auratnya. Meskipun pada pihak wanita ada yang lalai bab auratnya, adakah itu bermakna para lelaki sudah punya lesen untuk menelek dan memerhati sesuka hati?

3. Simpanlah sifat kuning itu di dalam poket masing-masing, jangan sesekali dikeluarkan.

4. Setiap kali rasa ingin membina keluarga muncul, ia akan segera dimatikan dengan fikiran tentang jenayah seksual, salah laku pelajar yang masih muda, perangai manusia di media sosial yang semakin luar kawalan, dan entah apa isu lain yang membimbangkan. Ia akhirnya disudahkan dengan mengingati pesan Ustazah, jangan terlalu risau, tunaikan hak Allah, Allah mudahkan urusan kita.

5. Iya, baiklah.

6. Sedang cuba untuk bercakap elok-elok tanpa meninggi suara dalam apa jua keadaan.

7. Sudah bertahun-tahun berblog, perkara yang paling sukar untuk dilakukan adalah memberi tajuk. Bercakap pasal blog, bukan saya tidak mahu keluarga saya membaca blog ini, cuma ada sedikit segan dengan catatan-catatan yang bertajuk sekadar sebiji noktah itu.

8. Menaip catatan ini menggunakan laptop telah memberikan saya sedikit ruang berfikir dan meneliti sebelum menekan butang Publish; berbanding dengan menaip di aplikasi telefon pintar, catatan biasanya pantas, dan lekas-lekas sahaja diterbitkan.

28/07/2016

Ramadhan 1437

Suatu pagi dalam bulan Ramadhan, solat Jumaat di celah kampung, perjalanan ke Sunway, chef amatur memasak untuk buka puasa, dan pertama kali memakan kepah.






Moga bertemu lagi, Ramadhan!

27/07/2016

123

Satu
Pada hari Sabtu yang lalu, sejarah baru telah tercipta, saya membuat beratus-ratus begedil sempena Majlis Rumah Terbuka anjuran ibu bapa saya. Ia adalah satu penghargaan kerana Mama telah memberi kelulusan dan membiarkan saya sendirian menguruskan hal ehwal begedil. Ah, sebagai seorang amatur dalam bidang masakan, ini merupakan sesuatu yang membanggakan, sekurang-kurang pada diri saya sendiri


Dua
Dek kerana mulut ini dengan bersahaja berkata, "Nasib baik Along belum kahwin, kalau tidak mesti Along dah gemuk sekarang!"; akibatnya, dengan segera juga tangan Mama menarik telinga saya, seiring dengan "Belum kahwin tu kamu kata nasib baik?!"

Alangkah bagus kiranya perkahwinan dan kegemukan tidak over-lapping antara satu sama lain.


Tiga
Sebenarnya, loghat Perak Tengah adalah berbeza dengan apa yang seringkali ditayangkan di kaca TV. Kami tak kata, ape ke hei nye tu? Kami kata, ape ke ha nye tu! Berbanding paneh (panas) dan pandei (pandai), kami menyebutnya panah dan panda! Dan saya juga kurang gemar dengan penggunaan teman yang berlebihan. Rasanya lebih tepat lagi menggunakan awok (yang bermaksud saya) berbanding teman.

26/07/2016

Pikachu, I choose you!

1. The funniest thing when speaking about marriage is the ‘don’t be so choosy’ advice. It is your life after all, you definitely have the right to choose.

2. Masuk telinga kanan, keluarkan ia di telinga kiri.

3. Kahwin atau tidak, matlamatnya hanya satu: Syurga Abadi.

25/07/2016

Life so far

1. At this age of technology, I personally prefer to be katak bawah tempurung. Viral issues and its comments give me headache every single time. I am glad that I've terminated my Twitter account long time ago and thank God I do not have any intention to make an Instagram account. I guess I'll stick to blog and post notes that no one ever read. It is much healthier, emotionally.

2. Jomblo Happy fits me perfectly.

3. Syuhada is actually a selfish jerk who shuts the door from everyone and prefer to live in her own bubble.

4. The two ultimate goals. O Allah, make it easy for me, pretty please? But, at times, I feel ashamed asking Allah this and that, because He already shower me with countless blessings. Do I deserve more?

5. Me

Raya 2016

Raya tahun ini boleh saya klasifikasikan biasa-biasa sahaja, sana seperti tahun-tahun sebelumnya. Kami pulang ke Johor tahun ini, bermakna sudah dua tahun berturut-turut kami menyambut Raya Puasa di Johor. Ini satu perkara yang saya kagum pada ibu bapa saya: mereka saling bertolak-ansur. Iyalah, kahwin sudah bertahun, takkan soal balik raya mana pun masih sukar untuk diputuskan?

Tahun ini, buat pertama kalinya saya dan Mama tidak membeli-belah di Ipoh. Soal baju raya kami tolak dan buang jauh-jauh. Maka, pada hari raya pertama, saya memilih untuk memakai kurung cotton berbunga hijau, yang dibeli sempena majlis perkahwinan rakan saya pada bulan Mac tahun lalu.

Pada hari raya kedua, saya memakai kurung cotton berwarna kelabu gelap bercorak bunga kecil; baju ini dibeli oleh Ayah kira-kira empat tahun yang lalu. Saya hanya memakainya pada hari-hari istimewa kerana ia termasuk dalam senarai baju-baju yang saya suka.

Oh ya, oleh kerana baju kurung zaman kini berbentuk moden dan bukan sekadar berpotongan lurus, saya telah membuat percubaan memadan-suaikan baju kurung dengan jeans. Hasilnya, tidak perlu lah saya berbelanja untuk blaus baru, yeay!

19/07/2016

Jim wau dal wau ha

1. IMHO, the question 'bila nak kahwin' is totally harmless, but the look that you get when they realised you have no plan of getting married any time soon is quite offensive. "Tak tahulah, masih belum berjodoh," and a smile is a must---as its complementary.

2. So far, I only have about five cepucemas encounters which ended with bitter taste (on my side) afterwards. Most of the times, makcik makcik will be like, your time will come soon inshaAllah. Yea, I'm so damn lucky to have these kind of makciks.

3. Disclaimer: when I said makcik, it actually refers to makcik who has no blood relation with me, for e.g. neighbours.

4. If you know me, you wouldn't be so surprised why I still have no special someone.

5. Oh my, four points about marriage? Let's talk about something else, okay? 

14/07/2016

Ten

1. Reading between the lines; one's interpretation on a writing will depend on his/her worldview.

2. How to classify myself: a girl or a woman? The former sounds incorrect age-wise; but, will the latter fit me best?

3. Anyone else feels annoyed with all the raya edition (Malay) dramas or is it just me? Blerghh

4. As long as people do not know my age, the cepucemas session will totally out of sight. Thank God for my kurang-inci-height.

5. My sincere condolences to Julia and Teah. Saya doakan kalian berhimpun bersama kesayangan kalian di Syurga kelak.

6. The clock is ticking//when our time is up//will we be ready

7. "Buat baik orang ingat, buat jahat lagi orang ingat. Baiklah berbuat baik, tak rugi apa pun," kata-kata nasihat seorang kakak kepada adiknya.

8. Pada suatu hari hati saya terdetik, adakah kucing-kucing saya gembira tinggal di rumah ini? Saya harap mereka gembira

9. The Unseeable: literally it's a story full of ghost! The Patience Stone: I hope that's not real! Dilwale: so overrated, blergh. Bajrangi Bhaijan: at least better than Dilwale.

10. Awww that's so sweet until I realised it was originally from one of Mariah Carey's songs. But I liked it anyway. Except it wasn't for me at the first place, alas!

01/07/2016

Can't help I'm falling


The sweetest scene in the movie. Look at the eye contact between Ed and Lorraine, schwit sangat oke. To me, it was, indeed, executed beautifully.

This also reminds me how I met the Fly Me to the Moon song, which happened while I'm watching Robocop long ago. It became one of my fave jiwang songs ever since. And, only then I realised this song is actually played, instrumentally, in one of P. Ramlee's movies; I can't remember which one, though. Here is the scene from Robocop:


Alahai bila nak ada boifren ni woi