27/09/2016

Sedikit nasihat untuk Syuhada

Kalau kau perlu pilih sama ada nak makan burger daging double special cheese atau hadap Facebook pada pukul dua belas tengah malam, kau pilih la untuk makan burger tu.

Walaupun makan burger pada tengah malam adalah sangat tidak menyihatkan, melihat kehidupan orang lain dalam Facebok lagi berpuluh ganda bahaya.

Serius. Biar sakit fizikal, jangan sakit mental.

23/09/2016

Tolong tanyakan pada Tuhan, berapa lama lagi saya kena tunggu ni?

Syok juga jadi anak perempuan tunggal

1. In a way, I am glad I don’t have any sister. Otherwise I have to cover up when they get married later in life. & covering up at your own house is not an easy task to do.

2. Tolonglah faham nak tutup aurat ni bukan benda senang. Dengan strangers mungkin senang, tapi bila kau balik kampung? Balik rumah mertua? Stail ustazah-ustazah pula jadinya sebab kena bertudung aja depan ipar duai sepupu sepapat.

3. Benda ni bukan senang, tau tak?

4. Tapi serius, jauh di sudut hati aku, kalau bukan sebab Allah yang suruh tutup aurat, memang aku sarung t-shirt lengan pendek, jeans, dan selipar jepun je ke mana-mana.

5. Cuma sebab aku sedar aku ni hanyalah hamba, aku pun follow je lah rules and regulations walaupun dalam hatiku ini sob sob sob tak selesa.

Tentang belajar secara formal

Boleh saya berlaku jujur?

Saya tidak peduli pada kata-kata orang seperti 'gaji driver lori lagi tinggi dari gaji pelajar berijazah', atau 'orang-orang yang berjaya tidak habis sekolah pun!', atau 'jual nasi lemak lebih kaya dari pelajar berijazah', atau apa-apa sahaja yang sama waktu dengannya---

kerana saya tetap akan suka belajar, secara formal, di universiti.

Saya tahu sijil saya tidak menjanjikan wang ringgit. Semua orang patut tahu itu. Jadi tidak perlu terkejut sangat apabila gaji tidak setimpal dengan sijil yang ada di tangan.

Dan tidak perlulah bercakap seolah-olah sijil-sijil pengajian ini seperti tiada harga pula, i.e. membandingkan gaji driver lori dengan lepasan ijazah. Nak galakkan kita semua ni tak payah belajar dan kejar wang ringgit, macam tu?

Saya harap sangat masyarakat kita appreciate ilmu. Belajar bukan untuk wang ringgit tetapi untuk dapatkan ilmu. Ilmu pun pun bukan orang lain punya, milik Tuhan yang Esa juga. Melalui ilmu itulah kita dapat mendekatkan diri dengan Sang Punya Ilmu.

Adakalanya saya berdoa di dalam hati, moga-moga mereka yang sudah kaya-raya di Malaysia ini mengambil inisiatif untuk melanjutkan pelajaran tidak kiralah apa jua bidang.

Supaya masyarakat kita nampak, oh walaupun sudah berjaya, tiada salah untuk meningkatkan taraf pendidikan.

Pembelajaran di dalam kelas adalah berbeza dengan kehidupan sebenar. Dan saya merasakan manusia yang hebat adalah mereka cemerlang dalam keduanya.



ps: As much as I love to be in university, saya tetap tidak setuju dengan 'memperniagakan' ilmu. Memetik kata Ungku A. Aziz, "more universities will mean lower standards".

---

This was actually written, more or less, about a year ago. I do not know why I kept this in draft all these while?

21/09/2016

"belum rezeki"

Membelek tulisan lama, saya terjumpa ini:
Aku baru lepas baca blog notsoinred. Real life drama. Shit happens. Semoga si penulis tabah. Cerita-cerita macam ni la yang mengingatkan aku yang hidup tak selalunya indah. Masing-masing dengan bahagian masing-masing. Itu semua Tuhan punya kerja and He knows what is best for each of us.
Fokus pada ayat 'Itu semua Tuhan punya kerja'.

Hmm.
Saya ada terfikir, okay, macam ni.

Bila orang tanya (sebagai contoh) bila nak kahwin, atau bila nak dapat anak, atau soalan-soalan lain yang berskala sukar-untuk-dijawab,
jawapan paling selamat adalah: belum rezeki, Tuhan belum izin.

Adakalanya saya melihat perkara ni seolah-olah macam menjadikan Tuhan sebagai jalan keluar.
Seolah-olah kerana aturanNya lah kita belum mendapat apa yang kita rasa kita patut dapat.

Atau mungkin di antara seolah-olah menyalahkan Tuhan dan benar-benar berserah itu hanya dipisah oleh satu garis halus?

20/09/2016

That moment when

lagu-lagu P. Ramlee become so relatable.

For e.g. from Bila Larut Malam, which I classify it as a song with a kinda gloomy lyrics but a happy tone:

Ingin ku katakan
Tapi pada siapa
Purnama membisu
Embun pun membeku

And this song, also from the movie Labu dan Labi, Yang Mana Satu Idaman Kalbu, of course I'm referring to Manisah's parts which go like:

Yang mana satu idaman kalbu
Tidak tertahan menanggung rindu
Mungkinkah jauh berbatu-batu
Atau dibalik awan yang biru
Hai tukang masak aku tak sudi
Oh tukang cuci menyakitkan hati
Aku mencari biar berpadan
Asal di hati dapat berkenan

But my all time favourite would always be Malam Bulan Di Pagar Bintang; ah, asik bangat sich!

19/09/2016

Bebelan tentang status halal makanan ternakan

Before I start, let me tell you: animal feed dekat Malaysia ni bebas unsur kebinatangan (for e.g.: bone meal, fish meal, blood meal, unsur babi), so technically speaking, you should have no worries on that.

---

I have a sceptical view on so-called Islamic products.

I mean like hey I don't mind you guys wanna sell ayam muslim coklat muslim air muslim, but please, don't you ever speculate on the halal status of other products.

"Ayam ada DNA babi, coklat ada DNA babi, such and such ada DNA babi."

I am sorry folks, I am so not gonna buy that easily.

Let me be frank, Chinese people have dominated the halal industry since forever. Come on guys, Chinese are not stupid. They are aware if they wanna be millionaire in Malaysia, they need to reach Malay market, in order to get into Malay market, they need halal certification, and eventually they did. In fact, not forgetting some Malay entrepreneurs, there are some Chinese taikos who act as active players in global halal industry.

tldr; kau nak jual tu jual aje lah, tak payah nak keluar cerita zaman 1999 zaman tok kaduk pasal makanan ternakan tak halal apa semua.

Oh yes, pasal makanan ternakan tu pun satu hal. As a consumer myself, be it animal feed or pet food, I believe as long as the sources of the feed are not harmful and prepared accordingly, that's enough for me. They call it animal feed/pet food for a reason, right? It's not for human consumption anyway, so there's no need of halal certificate on any animal feed/pet food.

Kau punya ayam/kucing tu Islam mengucap dua kalimah syahadah ke sampai diorang pun kena makan makanan halal?

I always end up membebel when it comes to this topic. Sigh. Why you people like to complicate things, huh? And yes, my sceptical view stands still no matter what.

18/09/2016

Back to reality, please

Terbaca nota hari jadi orang lain. Sweet ngat ngat, but, alas, that's not for me.

No one's gonna write you a note like that, okay? Literally no one. Nada. Nil. Zero. Yilek.

16/09/2016

Hello from the other side

I am (still) torn between moving on and keeping the hope alive. Sigh.

Most of the times I am a-okay, but sometimes the memories popped up in mind yet again.

I guess maybe because it is the time of the month. The time when all the bunga-bunga yang dah layu dan mati muncul kembali.

Aku fikir aku dah sapu habis semua bunga yang dah lama layu dan mati, rupanya masih ada saki-baki yang tinggal.

Masih ada lagi yang terselit di sana-sini.

12/09/2016

The Soothing Black

Kalau nak diikutkan, apalah yang ada pada Kaabah tu, hanyalah binaan empat segi yang ditutup dengan kain hitam bersulam emas.

Tapi binaan empat segi itulah yang mampu buat kau rasa sebak, rindu, gembira, senang hati, syukur, dalam satu masa.

Belum pernah lagi aku dengar orang yang dah jejakkan kaki ke sana kata cukuplah sekali tu je tak payah pergi lagi. Mesti nak pergi lagi, nak pergi lagi.

Dah pergi sana pun apa kau buat, pusing-pusing Kaabah, berulang-alik di antara Sofa Marwa, dah la bersesak-sesak dengan ramai orang pula tu.

Sungguhpun macam tu, kenapa kita masih lagi bercita-cita nak ke sana? Duduk solat kat Malaysia je kan senang, tak payah berebut, tak bersesak, selesa pun selesa.

Mungkin itulah yang Tuhan namakan sebagai Bumi Barokah. Ikut pandangan mata kasar memang kelihatan sesak dan padat, tetapi di hati kita tetap berasa aman, tenang, dan lapang.

Salam Aidil Adha kepada semua. Moga-moga dipermudah urusan kita semua untuk menjadi tetamu Tuhan.

Taqabbal Allahu minna wa minkum.

10/09/2016

Memang payah

Dalam hidup ni memang tidak ada benda yang senang. Orang dulu-dulu kata, yang pipih tak datang melayang, yang bulat takkan datang bergolek!

Kita ni kalau boleh buat kerja biar bersungguh-sungguh, biar betul-betul. Kalau tak mahu sungguh-sungguh, ada baiknya tak usah mulakan.

Tapi sekiranya asa sudah terputus semangat sudah hilang, apa lagi yang harus aku katakan?

Selagi boleh cuba, kita cuba. Tapi bila kau rasa kau sudah lelah, percayalah, undur diri juga bukanlah satu pilihan yang salah.

---

Aku sebenarnya tengah cari Feebas ni. Sedikit sebanyak usaha aku ni membuatkan aku dapat menyelami perasaan pemancing tegar. Rasa macam nak angkat bendera putih, tapi ada sedikit api optimis yang masih menyala. 

08/09/2016

Setakat diari untuk bacaan sendiri boleh la

Pada page Tere Liye di Goodreads ada tertulis:

"Jangan mau jadi kritikus buku, tapi TIDAK pernah menulis buku."

"1000 komentar yang kita buat di dunia maya, tidak akan membuat kita naik pangkat menjadi penulis buku. Mulailah menulis buku, jangan habiskan waktu jadi komentator, mulailah jadi pelaku."

Kalau aku ikut nasihat Tere Liye ni bulat-bulat, mesti dia menyesal tak sudah dan tarik balik kata-kata dia ni. Apa kamu fikir siapa-siapa sahaja boleh tulis buku?

Macam menyanyi la, semua orang boleh menyanyi, tapi dua tiga orang je yang betul-betul power suara dia. Atau driving, memang semua orang ada lesen memandu, tapi berapa ramai yang memandu menggunakan akal yang sempurna?

Atau mungkin Tere Liye sebenarnya nak bagi kata-kata semangat kepada orang-orang yang ada bakat tapi masih belum menulis, kot?