29/12/2016

Harapan (bebelan panjang sebenarnya)

Dalam hidup aku, ada dua benda je aku mintak kat Tuhan supaya Dia makbulkan sebelum aku mati. Satu, aku nak jadi tetamu Tanah Suci; dua, aku nak langsaikan hutang PTPTN. Dua tu je yang penting sekarang, yang lain-lain tu kalau Tuhan nak bagi aku terima, kalau Tuhan nak halang pun aku rasa aku boleh survive, dan itu sudah tentunya atas izin Dia jugak.

Alhamdulillah sangat-sangat, aku pun tak tahu apa terjadi, entah macam mana boleh jadi; Tuhan dah pun makbulkan salah satu daripada dua ultimate goal aku tu pada tahun 2016 ni.

Aku selalu kata kalau boleh nak sampai sana sebelum/semasa umur aku 30 tahun, tup-tup Dia dah aturkan semua tu pada umur aku 28 tahun. Bila dikenang-kenang balik, rasa macam mimpi. Serius, siapa sangka, dalam banyak-banyak permintaan aku, permintaan yang itu dahulu yang Allah makbulkan. Harap-harap lepas ni dapatlah ke sana lagi.

So, masuk tahun 2017 ni, aku harap sangat boleh settlekan goal aku yang satu lagi, dengan mendapatkan pendapatan tetap. Aku pun tak tahulah berapa lama kena tunggu untuk itu, tapi orang kata benda yang bagus datangnya lambat. Aku pun tak berapa pasti kebenarannya, atau mungkin tu semua hanyalah ayat penyedap hati.

Dari segi material pulak, tahun ni aku berjaya mendapatkan konsol Nintendo 3DS & game Pokemon Sun. Duit dalam bank pun dah berkurangan tahap teruk tapi aku peduli apa, hahaha. Tahun ni memang aku tak beli buku langsung (kecuali dua komik Detektif Conan), dan hasilnya dapatlah seketul konsol yang diharap-harapkan sedari umur 17 tahun lagi.

Ada satu lagi benda aku nak rekodkan kat sini. Mak aku, unexpectedly, telah mengeluarkan satu kenyataan. Mak aku kata dia tak kisah sangat pasal aku tak sudah-sudah lagi memetik anggur, tapi yang dia kisah apasal la jodoh aku lambat?! Nampaknya aku dah silap besar dalam membaca fikiran mak aku. Kufikirkan bonda risaukan anaknya tak bergaji tetap, ternyata bonda lagi risau anaknya tak berlaki, hahaha. Takpe lah Ma, ada jodoh nanti ada; kalau takde kenalah Along puasa banyak-banyak.

Itulah, Allah tu Maha Adil, benda yang aku idam-idamkan tu lah yang dilambatkan, tapi dalam masa yang sama Allah tetap compensate dengan benda lain yang aku idamkan jugak. So yeah I have no right to complain.

Lebih-lebih lagi semalam aku ternampak ada satu famili homeless di pondok bas Taman Maju. Cuba kau beritahu aku siapa yang bentang tikar dan baring satu famili dekat pondok bas dengan beg di kiri dan kanan ketika malam semakin pekat, melainkan gelandangan? Sungguhpun aku tak bergaji, aku masih lagi tidur berbumbungkan atap rumah dan dapat makan nasi putih setiap hari.

Nikmat yang mana lagi yang aku nak dustakan?

14/12/2016

Prioriti

Masa aku dan mak aku tengah khusyuk tengok drama Jang Young-shil, ada satu scene tu si heronya berada dalam situasi ditelan mati emak, diluah mati bapak.

"Kalau macam tu, tak payah telan, tak payah luak; biar je dalam mulut, barulah emak dan bapaknya selamat. Apa macam?"

"Kalau udah dibiar je tak telan tak luak, takut kamu la yang mati!"

Ada betulnya juga apa yang mak aku cakapkan tu.

Cumanya, wahai Tuhan yang mengatur segalanya, aku mohon agar diberi kesempatan untuk langsaikan PTPTN dulu lah apa-apa hal pun.

10/12/2016

Tekan tekan tak dapat

Orang yang asyik tukar nombor ni tak ke susah? These days urusan dengan bank apa semua nak kena ada latest phone number, ater kalau udah asyik tukar nombor je, tak ke jenuh?

07/12/2016

Don't be silly, Syuhada

Ah, sudah tentulah si lelaki berkemeja biru yang membawa kasutnya sambil keluar dari surau itu sudah punya pacar!

Mana ada lelaki single melepak di Pusat Kelengkapan Rumah selepas habis waktu kerja, ye dak?