20/12/2017

A closure, finally.

Wow, after so many years, his name popped up on my phone screen, and he told me that he's now married. Then why bother contacting me at the first place, kan? After so many years of silence, after a mountain of hopes yang I bina dalam diam, it turned out semuanya berkecai begitu sahaja dengan jawapan 'Dh...'

You know what, Syuhada, don't be stupid no more. Delete his number. Delete the messages. Delete everything.

Now. Now and forever.

19/12/2017

30

Lagi sikit hari je lagi umur aku nak mencecah ke angka tiga puluh. Aku dapat rasa satu perasaan berbeza sekarang, banding dengan zaman aku nak mencecah angka dua puluh. Seingat aku lah, pada awal dua puluhan dulu, aku cukup gerun dengan angka tiga puluh. Tahun demi tahun, aku rasa aku semakin rileks dan chill dengan umur aku. Aku masih lagi Syuhada yang dulu, cuma mungkin adalah juga perubahan sedikit sebanyak, tapi aku rasa secara overall nya aku masih orang yang sama.

Dulu aku ingatkan wanita tiga puluhan sudah berjaya menakluk dunianya tersendiri, rupanya Syuhada tidak begitu. Syuhada, pada umur tiga puluh, masih lagi dalam proses membina dunianya. Adakalanya Syuhada bingung juga memikirkan dunia apa yang mahu dibinanya? Dunia apa yang mahu dikejar? 

Fikir banyak-banyak, sampai stress bagai pun tak bagus juga, so baik aku tidur.

24/11/2017

Sendiri

Hai guys. Hari ni aku menaip dalam public transport juga, tapi bukan LRT, kali ini aku dalam MRT pula. Ke mana halanya biarlah aku sahaja yang tahu, haha! Sebagai pengguna public transport tegar, aku boleh berbangga dengan MRT yang menjadi trademark kepada PM kita. Malas nak duduk, aku berdiri sahaja di tepi pintu. Banyak betul billboard iPhone X, ya? Tapi maaflah, aku bukan gila gadget. Selain daripada tidak mahu commit dalam hal-hal hati dan perasaan, aku juga tidak kuasa mahu commit dengan kontrak tahunan semata-mata satu telefon pintar yang berjenama Apple itu. Aku pun bukan orang kaya. Tapi aku lihat ramai je orang-orang dalam public transport menggunakan jenama tersebut. Ah, terpulanglah pada diri masing-masing, bukan? Aku ada baca tentang komsumerisme, dengan mudahnya aku mengelaskan diri ini tergolong dalam golongan minimalis. Kau orang nak sembang lebat tentang barang-barang branded, dipersilakan. Aku akan tetap juga begini. Terfikir juga, kalau aku kaya adakah aku akan berbelanja atas nama jenama? Entah, tapi aku harap tidak. Aku bertekad mahu menjadi golongan minimalis.

Sebagai penutup, kau rasa romantik atau tidak menyaksikan matahari terbenam dalam MRT? Aku betul-betul setentang dengan Sang Mentari yang sedang berlabuh. Sekurang-kurangnya ia membuatkan aku tersenyum. Okay, aku sudah tiba di stesen destinasi, chow!

23/11/2017

Tunggu sekejap

Hampir sahaja aku mahu menulis di mana aku sekarang, mujur second thought aku masih berfungsi, jadi aku kira aku cuma boleh beritahu yang aku di dalam LRT, dan harinya hujan di luar sana. Dan ada seseorang yang menarik pandangan aku, haha! Ah, sedarlah wahai diri, si dia itu hanya bisa dipandang sahaja, takkan mungkin terjadi apa-apa antara kamu dan dia! Entah-entah dia sudah ada yang punya. Okay, cukup, aku sendiri sudah berhenti berharap sebenarnya. Setakat nak ushar-ushar je boleh la, lebih-lebih tu aku sendiri tidak mahu. Cukuplah komitmen dalam genggaman, tak kuasa aku nak menambah komitmen yang melibatkan hati dan perasaan ini. Nampaknya aku sudah tiba di stesen destinasi, bye semua.


28/10/2017

Apapun, syukurlah Malaysia masih aman.

Fikir pasal aliran wang tunai yang keluar lebih laju berbanding yang masuk buat aku rasa susah betul jadi orang miskin.

Jujur, aku tengah susah hati ni. Kalau boleh give up hidup ni memang dah lama aku blah.

Mungkin aku kena berhenti daripada buat kira-kira. Rezeki datang dari Allah dan aku bukannya tak usaha. Allah mesti tolong orang yang berusaha, bukan?

Ah, sekali sekala susah hati apa salahnya. Asyik optimis je, letih juga.

22/09/2017

Say hi to commitment, woman.

As much as I want to live a life that is just enough, I finally realised that I actually cannot afford to settle less. The optimist side of me said I would survive this; while the realist side of me said I need to find another way out. Wouldn't it be nice if I could give more.

How I wish.

22/07/2017

Self-discovery, perhaps?

I finally realised that I don't really need more; instead, what I truly need is just enough.

Just enough.

And life is not a race between me and them. I am my own strength, as well as my own enemy.

Trust me, you're gonna get through this; and you'll get there eventually.

28/06/2017

Farewell.

As you can see, all previous posts are no longer here. I think it is time for me to bid farewell to the blogosphere. (Guess what, I changed my mind, hah!)

Akhir kata, harap ampunkan salah dan silap saya sepanjang bersiaran dari tahun 2009. Terima kasih kerana terus setia walaupun entah apa lah yang saya bebelkan selama ini.



Peace and out,
Syuhada.