14/03/2017

Isu semasa: ragam peniaga

Hari ini saya berkesempatan menonton Bersamamu, kali ini ia memaparkan kisah seorang ibu tunggal yang bernama Ina, yang menyara ibunya yang lumpuh dan dua anak lelakinya.

Memandangkan Ina tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana ibunya yang lumpuh memerlukan perhatian sepenuhnya, dia menyara keluarganya dengan menjual nasi lemak dan mi rebus, serta sambal kentang goreng bercampur kacang dan ikan bilis (panjang betul nama).

Okay, ini adalah perkara yang saya ingin kongsikan. Ingin sekali saya maklumkan bahawa ini hanyalah sekadar pemikiran dangkal dan bersifat segera, yang langsung tidak menimbang perkara-perkara lain ke dalam akaun (haha!).

Ina memberitahu yang perniagaan kecil-kecilan itu tidaklah membawa pulangan yang besar, namun cukuplah untuk dibuat modal pusingan. Iyalah, mana tidaknya, harga nasi lemak dan mi rebus yang dijual bersama rakannya itu hanya berharga seringgit? Adakah anda serius, Ina?

Lantas, saya terfikir. Orang miskin macam ni pun tak sampai hati nak jual mahal-mahal. Tapi orang-orang kaya rileks sahaja letak harga produk mereka dengan harga yang saya hanya mampu lihat.

Saya ulangi, ini hanyalah lontaran segera yang tidak berfikir dengan teliti. Jika hendak difikirkan secara teliti, sudah tentu kedua-duanya mempunyai sebab tersendiri dalam menentukan harga produk mereka. Tapi itulah, kalau nak ikutkan hidup susah, Ina boleh sahaja letak harga RM3 atau lebih, semahal harga di kedai-kedai hipstur, tetapi dia tidak melakukan sedemikian.

Orang susah jual harga ikut cara hidup orang susah, orang kaya jual barang ikut gaya hidup deme ler, itu yang tudung sehelai pun ratus-ratus. Mereputlah kau di sana melihat harganya. Sobs sobs sobs.

Bercakap tentang harga, dalam hal membeli-belah ini, kita hendaklah berpegang teguh pada pepatah ukur baju di badan sendiri, dan jauhilah sifat biar papa asal bergaya!

Permisi,
Tin kosong.

2 comments:

klohv said...

aku baca dulu. japgi datang balik komen. permisi.

Syuhada said...

Oke 👌