25/04/2017

RIP, Miki.

Tak sampai 24 jam entri semalam ditulis, Miki dah pun meninggalkan dunia ini.

Cedey.

24/04/2017

Tidak tenang

1. Miki, kucing kesayangan saya, jatuh sakit.

2. Rabu depan saya ada agenda penting dalam hidup dan saya sudah mula rasa gemuruh sedari saat ini.

3. Saya baru perasan, besar betul batu yang duduk dalam kepala saya.

4. Apabila saya sudah mengatakan tidak pada sesuatu, saya benar-benar tidak akan berganjak daripada keputusan itu.

5. Teruk betul. Tapi saya peduli apa. Apa yang saya rasa adalah lebih utama daripada benda lain.

22/04/2017

Sayang tanpa syarat

Habis tu Along dekat rumah buat apa? Main Facebook je ke?

Hish, takdenya. Dia bukan jenis main Facebook.

---

Saya jawab pada Mama, daripada Along main Facebook, baik Along main game. Malas nak tengok Facebook, nanti sedih.

Hah? Sedih?

Hmm bukan sedihlah, tapi macam rendah diri lah.

Saya menyambung penjelasan kerana Mama seakan masih tidak erti. Rendah diri lah, Ma. Orang lain semua dah berjaya berjaya. Along ni satu hapah pun takde.

Hish! Takde takde. Pada Mama, sungguh pun kamu tu duduk rumah, kamu tu <masukkan kata-kata semangat daripada seorang emak>

---

Siapa lagi nak sokong kita kalau bukan emak nan seorang?

Moga Mama hidupnya terus barokah, terpelihara kesihatannya, dan dikurniakan tempat di Syurga Abadi.

Selamat, Mama!

19/04/2017

Waktu ini, tahun enam belas


Rasa seperti VVIP juga apabila membawa passport merah ke Tanah Arob. Dan dan itu juga officer airport buka barisan baru untuk beri laluan kepada saya dan Mama, berbanding orang lain yang terpaksa beratur panjang di barisan sedia ada.

Begitu juga sewaktu kami hendak pulang ke tanah air, salah seorang officer bertanya, Malizie? Yes, Malizie; tatkala itu juga mereka bawa kami ke kaunter kosong untuk urusan pemeriksaan.

Pejam celik, setahun sudah. Rindu!

13/04/2017

Farewell, Tora Aman.

It took me fifteen years to fill up the shelf, in fact, some of 'em are even older than the shelf itself.

Fifteen freaking years. Kalau budak, sekarang dia sedang ambil PT3 dah pun.

Nampaknya kena lah akur dengan peredaran zaman, terpaksalah baca online.

Cedey.

12/04/2017

Ekonomi Rumah Tangga

1. Come on people, spending tracker?, pakai WhatsApp? Kalau korang nak tahu, aku yang menganggur dan takde berlaki ni pun dah zaman-berzaman pakai aplikasi Spending Tracker. Engkorang yang lebih dahulu pakai smartphone, lebih dahulu berkeluarga, baru sekarang nak buat spending tracker? Pakai WhatsApp pula tu?

2. Ahahah maaflah mengutuk. Tu je satu benda yang aku payah sikit nak perbetul. Ada sahaja yang salah, ada sahaja nak dikomen. Baguslah tu, sekurang-kurangnya ada juga inisiatif nak rekodkan perbelanjaan, ye dak? Walaupun korang lambat sikit la daripada aku, ahaha!

3. Sejak dahulu lagi aku memang ada buku nota kecil untuk catat duit masuk dan duit keluar. Kemudian aku jadi rajin sikit, aku pun buat satu file Excel, khas untuk belanjawan persendirian.

4. Maka, bila aku dapat je smartphone pada September 2014, dengan segera aku cari app yang boleh rekod perbelanjaan harian. Tak lama lepas tu, laptop aku tu pula almarhum, so memang harapkan app pada smartphone je lah.

5. Serius, kalau nak lagi proper, bukalah Google Play atau Apple Store, cari sahaja spending tracker, ada banyak aplikasi yang boleh track duit in/out, siap boleh compare monthly expenditure apa semua. Jadilah smart macam phone yang kau pegang tu. Takkan lah itu pun nak kawan-kawan Facebook ajar?

p/s: inilah akibat scroll timeline FB, nak mengutuk orang je kerjanya!

02/04/2017

Lady boss menggerunkan?

Dengar cerita, ramai orang kata lady boss ni kebanyakannya cerewet, terutama yang sudah berumur tetapi belum berkahwin.

Apa memang baran ni ada kaitan dengan status perkahwinan atau macam mana?

Memanglah aku bukan bos, in fact, aku pun belum la berumur sangat, tapi rasa sedih juga bila baca diorang sewenang-wenangnya menyalahkan status perkahwinan bos masing-masing.

Balik-balik status single tu juga yang dipersalahkan. Hmmm hina sangat ke pun hidup tak berlaki, ni?

Maaflah kawan-kawan, aku rasa ini kali kedua aku up topik yang sama. Maklum sahajalah, blog ni merupakan tempat aku melepaskan geram dan meluahkan perasaan, yang kebanyakannya tidak puas hati pada dunia dan masyarakat. Memandangkan aku masih hidup di bawah tempurung yang sama, topik yang sama jugalah yang berlegar di minda.

Cukup dulu sampai sini bebelan hari ini, aku nak pergi cari inspirasi untuk bincang pasal topik lain pula.