25/05/2017

Tentang hal-hal yang kita sayang

Sayang lah macam mana pun, akan ada satu-satu masa benda yang kita sayang tu bagi tahi pulak kat kita.

Kita kena berpijak di bumi yang nyata, sematkan di hati bahawa tiada makhluk yang sempurna di dunia ini.

Hujan-hujan begini si ucing kecik tu agaknya malas hendak meredah hujan untuk membuat pelaburan. Solusinya? Curi masuk ke dalam rumah, atau lebih tepat lagi ke bilik yang mempunyai katil yang empuk, dan senyap-senyap sahaja sebuah pelaburan dilakukan di situ. Apabila selesai, keluar lah ia dari rumah melalui tingkap yang ia masuk tadi, mission accomplished. Tahu-tahu sahaja sudah harum semerbak baunya memenuhi bilik.

Geram juga dibuatnya, tetapi atas nama sayang dan tanggungjawab, kucuci juga lah hasil pelaburan tersebut.

Power juga kasih sayang ni. Padahal bukan bilik aku pun.

17/05/2017

Drama sangat

Bila tengok pasangan yang baya-baya aku selamba aje bergaduh tatkala orang surau baru habis kuliah, rasa macam, ya Tuhan ku, aku rela single selamanya daripada dapat suami macam tu.

Pasangan tu memang jenis keluar pagi balik lewat petang dan memang tak pernah join aktiviti kemasyarakatan. Jauh di sudut hati aku rasa kasihan sangat, masa mula-mula kahwin dulu happy-happy, seronok-seronok, tapi lepas kahwin pasal benda kecil je dah boleh menyebabkan si suami beraku-engkau dengan si isteri, dan si isteri pun sama naik suara. Memanglah yang aku lihat hanya sekilas dan Tuhan sahaja lah yang tahu apa yang mereka lalui, tapi aku percaya benda ni boleh diurus dengan cara yang lebih baik.

Entahlah wehhh. Nak cakap banyak pun aku tak layak. Anggaplah ia sebagai peringatan kepada diri sendiri supaya tidak bertindak sedemikian di kemudian hari. Kot yer nak bergaduh bertekak pun, masuklah ke dalam rumah dulu, ye dak?

Oke tu je nak bagitahu. Apapun, berbahagialah wahai setiap pasangan!

15/05/2017

Hal-hal random yang ingin saya katakan pada kamu tetapi kamu sudah tiada di hujung talian

1. Apa rahsia orang-orang yang pergi interview sekali sahaja dan terus dapat kerja, ya? Saya ni gagalis betul apabila tiba pasal interview. Terutama ketika mereka bertanya apa dream job saya. Tatkala saya berlaku jujur, mereka katakan, maaf, kami tidak menawarkan impian anda di sini. Long story short, that is how to screw up an interview in an instant.

2. Saya berharap Tuhan akan makbulkan hasrat saya untuk belanja semua orang baju raya tahun ini. Semoga ada rezekinya supaya hasrat murni ini terlaksana.

3. Pinjam telefon polis sebab telefon sendiri tertinggal di dalam kereta adik, adik pula sudah drop kan saya di KL Sentral. Sejurus sahaja talian disambungkan, berhamburan ketawa kedengaran, diikuti dengan TERTINGGAL ENFUN KE TUUU WOIII. Hmm hampeh betul.

The first sentence, yes. The latter, nope.

4. Saya tak faham kenapa orang asyik kata, kamu takyah lah risau lambat kahwin, orang lain yang lagi tua daripada kamu pun ada yang tak kahwin lagi. Setahu saya lah, tak pernah pula saya risau tak kahwin, risau nak kahwin tu adalah!

5. Kan best kalau kita boleh bercinta je tanpa perlu komitmen, haha! Tapi itulah, nak bercinta kang macam mana nak jadi muslimah sejati, hahahah! Tu saya tak dapat nak nafi la, mempunyai seorang teman opposite gender untuk berbual hal-hal random pun sudah boleh bahagia, apatah lagi teman bercinta, ye dak?

6. Teman hidup? Hmmmm itu ya kena fikir empat puluh hari empat puluh malam.

7. Kepada kalian yang masih di sini, berbahagialah hendaknya. Cheers!

08/05/2017

Pedih

Aku masih tak boleh lupa saat Miki mati sebenarnya. Rebah je Si Miki, aku terus tekan-tekan dada Miki, macam dalam drama. Miki, Miki, Miki, aku cuba sedarkan Miki tapi dia sedikit pun tak bergerak. Kau tahu aku buat apa lepas tu?

Aku masuk rumah, lari ke bilik, dan menangis semahunya. Woi, dia punya sedih tu, sampai sekarang aku sedang menaip ni pun berair mata. Thank God aku seorang perempuan, jadi takde lah pelik sangat air mata aku tumpah dek kerana kucing seekor.

Kalau aku nak cerita pasal Miki sekarang ni pun aku boleh berair mata, tau tak? Padahal Miki ada anak, Si Nini. Tapi Nini lain, Nini tak macam bapak dia. :'(

Tak sempat dua tahun pun lagi. Miki lahir satu Ramadhan tahun 1436.

Aku sebenarnya ada benda lain nak bebel, tapi tu lah bila tengok last post pasal Miki mati, terkenanglah pulak.

Padahal dia binatang kot???!!! Arghh perlu ke nak sedih-sedih sampai macam ni, hah???