16/01/2017

Enam belas hari pada tahun tujuh belas

1. Masih memetik anggur halimunan.

2. Entah kenapa aturan oleh Maha Pengatur Segala seakan memudahkan pilihan saya yang terakhir? Akan tetapi saya tidak lekas menaruh harapan, saya masih mengambil langkah tunggu dan lihat; adakah memang ini jalan yang tertulis atau bukan?

3. Moga Ayah saya dapat pencen paling lambat tahun hadapan. Tolong doakan, ya?

4. Tahun ni mesti banyak muka terkejut bila bertanya tentang umur, kerja, dan status perkahwinan. Hahahah bring it on and amuse me with your surprised faces!

5. Seringkali saya memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana mencipta saya dengan rupa begini; ternyata, ia adalah satu kelebihan dalam menghadapi kehidupan yang super-perlahan ini.

Moga-moga kalian yang berada di sebelah sana baik-baik hendaknya.

06/01/2017

Meh?

A husband means commitment, while a boyfriend means fun.

And, apparently, I have neither.

04/01/2017

Amanah

Kalau kau kahwin, kemudian beranak-pinak, dan anak-anak kau tak reti buang sampah ke dalam tong sampah, ternyata kau adalah ibu bapa yang gagal.

Sampah sekecil itu pun kau tak boleh nak amanah, apatah lagi dengan wang sebanyak 2.6 bilion?

Tak usah hairan kenapa kau ada pemimpin korup, sedangkan kau sendiri buang sampah pun bukan pada tempatnya.