28/02/2017

.

Ada benda yang kau buat semata-mata sebab mak bapak kau suruh, dan ada jugak benda yang kau tetap tidak akan buat walaupun mak bapak kau yang suruh.

Hidup ini harus ada toleransi dan sedikit kedegilan, bukan?

22/02/2017

Kau orang semua tolong sabar jap

Aku sendiri pun sedang menunggu jawapan pada soalan-soalan panas kalian itu. Kalau kalian tak sabar, aku yang tuan punya badan beribu kali ganda tak sabar. Aku ni lagilah tertanya-tanya apa kebenda yang Tuhan nak bagi kat aku ni sampai begini lama aku kena tunggu, mesti istimewa, bukan?

Tolong rileks sekejap sehingga aku beritahu kesinambungan segala permohonan aku ini. Aku sendiri pun kena sabar juga ni, bukan senang nak atasi segala persoalan yang bermain di minda kalian itu. Silap haribulan boleh ada letusan perang mulut!

Tetapi sebagai seorang yang diberi didikan yang sempurna sudah tentu aku masih menjaga kesopanan dan kesusilaan walau ditembak berdas-das soalan. Cuma yang aku paling kasihan ialah mak aku sendiri, mana tidaknya, mak aku pun terkena tempias hujan kata-kata daripada seorang-dua ni, alahai.

Ah, sekali lagi, topik yang sama aku up kat blog!

B

Bercakap dengan orang tua ni satu je, kau kena sabar.
Dia sahajalah yang betul dalam dunia ni,
tak sedar yang mulut dia tu dah sakitkan hati kita ke hapa ke.
Nak dilawan kang katanya mak bapak tak ajar adab ke?
Tapi itulah entah siapa lah yang biadap dahulu?
Kita jugak yang salah.
Nasib kau lah orang muda!

21/02/2017

In the end i will be the me

Pernah sekali tu, aku rasa macam, hei mungkin aku patut berhenti memilih dan redah sahajalah apa-apa pun. Mungkin aku patut mohon jadi cikgu, misalnya. Atau lecturer? Sampai bila hendak menganggur ni, woi? Patutkah aku lupakan sebentar sifat memilih dan ikut sahaja nasihat orang lain?

But, me being the choosy me, of course it will be a hell no. Lantaklah, I don't wanna be cikgu terjun and I'll continue scrolling JobStreet instead, and at the same time I pray that He will grant me the best answer, soon.

One door closes and He will open another and <insert all other motivation quotes here>

Idk man.

Apapun, aku dah apply dengan employers, as well as pada Yang Maha Kaya. Inshaallah ada jalannya, buk! Nggak perlu risau!

14/02/2017

I'm getting there,

but not there yet.

Almost there. Bersepah ni, woi! Apa tu orang kata, our life is a work in progress? Ha, ini lah dia work in progress. Progress yang dah nak masuk dua minggu, kah kah kah.


Apapun, syukur, jam yang Niza bagi masih elok, and I also found my two old watches that I dearly love but dah mampus baterinya, finally have a proper place for my Brotherrr (a sewing machine, mind you), dan nak buang segala benda kenangan yang tidak perlu diingat lagi cewwah.

10/02/2017

3 series

Rasa macam dah umur tiga puluh, in fact kalau ikut tahun qamari memang dah tiga puluh pun. Azam sempena berumur tiga puluh tahun ni adalah sis nak jadi living proof yang bukan semua andartu tu garang macam singa. Tak faham kenapa orang pukul rata kata andartu ni garang padahal dah memang dia jadi bos memanglah tegas kau pulak kerja macam haram memang jadi makanan dia, lah!

Come on, dah 2017 pun kau orang masih pandang serong pada orang yang jodohnya lambat??!!!

Penunggu tegar

Aku dah menunggu selama ini, mungkin aku boleh survive untuk menunggu lagi beberapa tahun. Maybe that's what I do best, kan? Jadi penunggu lol. Takpelah sis tabah sebab tu Allah bagi ujian jadi penunggu. Mungkin sis tak cukup amal ibadat lagi ni agaknya. Bawak-bawak lah bertaubat sis, tu ha puasa tu, ganti lekaih! Kadang-kadang dah jadi malas nak cakap, malas nak ambil tahu hal viral di media sosial, malas nak update khabar rakan sebaya, haha! Bukan apa nanti mereka tanyakan hal diri ini aduhai entah apa nak dijawab. Balik-balik jawapannya, belum, tak ada, belum, tak ada; hish, takde kemajuan langsung! Cedey pedey.

Takpelah hidup macam ni pun syukur dah, tak payahlah nak cedey cangat. Rejekinya ada je, cuma ia banyak datang dalam bentuk kasih sayang melimpah-ruah, makanan yang sedap, tidur yang lena, rancangan tivi yang bagus, etc etc.

Oke lah sekian muhasabah petang Jumaat. Asyik isi yang sama je sis tulis dalam blog ni, kan? Rasa dah malas nak ulas hal sekeliling, nak komplen hal jiran pun dah malas, dok diam-diam main game lagi bagus.

Oke lah bye semua. Moga kalian tenang menghadapi ujian kehidupan.

03/02/2017

Membebel

Aku bukan jenis orang yang akan cakap, ya robbi banyaknya masalah susahnya jadi Syuhada, pada sesiapa, termasuklah ibu aku sendiri. Datanglah seribu masalah pun, I will not say thing like that. Sebab aku tahu, semua orang dalam dunia ni ada masalah masing-masing dan aku tidak mahu percakapan aku tentang masalah sendiri akan menjadi masalah pula pada yang mendengar. Mungkin pada aku masalah kau tu hanya kacang goreng, tetapi pada pihak kau masalah kau tu ibarat batu besar menghempap diri. Mungkin pada masa lain pula kau akan beranggapan apalah sangat masalah yang aku hadapi, sedangkan aku sudah hampir mati mengenang nasib diri? Ah, agak panjang di situ, sebenarnya point aku cuma nak kata yang setiap orang carry their own weight, jadi kau tak perlulah nak menjaja sana sini yang beban kau lah yang paling terberat sekali. Sekali kau cakap mungkin orang terima, tapi kalau setiap kali jumpa benda sama diulang, ditambah pula kau seakan memperlekeh masalah orang lain, maaflah, tidakkah kau sedar bahawa aku ini hanya manusia dan aku jauh daripada sifat Maha?

Ya, sengaja aku biar tulisan ini tidak berperenggan. Moga urusan kita semua dipermudah.